Monday 27 June 2011

Konsert 2 Raksasa

Konsert 2 Raksasa ni bukan bermaksud 2 ekor Raksasa Gorgon akan buat konsert besar besaran kat Malaysia ni. Tapi Konsert 2 Raksasa ni adalah satu konsert gabungan 2 band yang amat terkenal sejak awal penubuhan kedua dua band ini sampai la sekarang. Kira diorang ni macam The Living Legend la. Band tersebut adalah Sweet Charity dan Blues Gang. Perghhh...siapa tak kenal dengan kedua dua band ni.  Sweet Charity dan Blues Gangadalah nama yang cukup besar dalam industri muzik Malaysia.


 Sweet Charity popular dengan lagu Kamelia & Teratai dan Blues Gangpopular dengan lagu Apo Nak dikato. Bukan saja dua lagu ni, banyak lagi lagu lagu yang popular dari kedua dua kmpulan ni.

9 Julai 2011 akan datang, Konsert 2 Raksasa gabungan  Sweet Charity dan Blues Gangakan diadakan di Stadium Merdeka. Waktu persembahan konsert bermula adalah pada jam 8:30mlm. Gua rasa kali ni bukan saja budak budak muda akan turun layan Konsert 2 Raksasa ni, tapi ramai pak cik pak cik & mak cik mak cik akan datang layan ...

Buktinya petang tadi gua dapat satu call dari awek kat opis gua tanya "abg pegi tak konsert  Sweet Charity ?....Tiket nak beli kat mana bang?....gua pun heran gak la, sebab awek ni tak menggambarkan yang dia layan  Sweet Charity atau Blues Gang. Gua tanya la siapa yang nak pegi konsert tu. Sekali jawapan dia "Mak saya suruh belikan tiket untuk dia la bang..."....
Perghhh...kan gua dah cakap....

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More