Friday, 13 January 2012

Dapat RM30,000 Hasil Blogging.

Gambar Cilok Dari Blog Eyriqazz Bayaran Pendahuluan (sori bro...main cilok je ni..heheh)..
Sejak dua menjak ni korang perasan tak gua asyik cerita pasal duit je dalam blog aku ni. Mata duitan ke apa aku ni?!! hehehe...Terus-terang cakap la yang kita tak boleh lari dari bercakap pasal duit ni. Kena pulak kalau cerita pasal buat duit dengan blog atau jana duit secara online ni. Aku terbaca pasal sorang blogger ni, aku tak tau nama sebenar dia, mungkin Eyriqazz kot sebab url blog dia eyriqazz.com. Eyriqazz dapat RM30,000 hasil dari blogging!!! 

Perghh...!!! Aku yakin mesti ramai yang tak percaya boleh dapat duit hanya dengan tulis blog je. Memang susah nak percaya tapi ramai blogger yang generate pendapatan dengan  tulis blog. Antaranya adalah Redmummy, Abang Nara, Budak Sekolah Mamat, DarkBatman dan ramai lagi. Tapi bukan senang nak capai tahap macam diorang tu. Aku pun sejak mula blogging balik ni dah mula nak fokus dan mula nampak akan dapat  duit gaji pertama hasil tulis blog tak lama lagi. Cuma sejak masuk tahun baru 2012 ni, status Glitterati aku kat Nuffnang asyik ada masalah je. Aku tak pasti apa masalahnya tapi aku yakin akan selesai sebab setiap kali aku hantar ticket kat Nuffnang, Nuffies yang bertugas tanpa segan silu respon setiap pertanyaan aku dengan baik.






Ops!!!...lupa plak. Berbalik kepada topik dapat RM30,000 hasil dari tulis blog, korang boleh check kat blog Eyriqazz untuk dapatkan kepastian. Mula-mula Eyriqazz main-main je, tapi akhirnya jadi kenyataan....Jangan tak percaya boleh dapat duit dengan tulis blog bro......

3 comments:

mmg byk...boleh bayar deposit beli rumah tuuu....

perghh...
best gilerr dapat macam itu punyer banyak!!!!
bile lerr boleh dapat macam diorang nih..usaha!!!

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More