Tuesday 17 January 2012

Lagi Kebakaran Di KL Sentral.

Sedikit Gambar Kebakaran Di Salah Satu Bangunan Di KL Sentral.

Pagi ni gua dapat satu info dari member gua yang sampai awal kat opis. Member gua ni memang staff cemerlang sebab datang paling awal ke opis, pukul 7 pagi sejak lebih 10 tahun kerja kat KL Sentral. Tahniah!! Ok, berbalik kepada info yang gua dapat tadi, lagi kebakaran di KL Sentral berlaku.


Kali ni kebakaran yang berlaku di KL Sentral melibatkan bangunan yang sedang dalam pembinaan. Bagunan tersebut adalah 348 Sentral atau kami panggil sebagai bangunan Lot 348. Dipercayai kebakaran tersebut berlaku sejak jam 3 pagi. Gua tak pasti masa sebenar kebakaran bermula. Kita tunggu maklumat rasmi dari pihak yang menguruskan KL Sentral. Tapi setakat pagi ni asap tebal dan api kebakaran masih besar. Mungkin sebab pihak Bomba menghadapi kesulitan untuk memadamkan kebakaran tu sebab kebakaran berlaku di tingkat paling atas atau roof top bangunan yang sedang dalam pembinaan tu. Dimaklumkan juga semakin banyak jentera Bomba sampai untuk support lagi team Bomba yang sediaada. Jalan sekitar KL Sentral ditutup buat sementara, so sendiri mau ingat la kan...dah tentu jalan jam...ramai jugak kawan kawan gua yang update status Facebook bagitau sangkut kat NPE.





Punca kebakaran belum dapat diketahui. Bomba pun tengah usaha nak padam. Kita tunggu je la....Kalau korang nak tengok gambar lain pasal kebakaran ni korang bleh singgah blog CTHoney.
Published with Blogger-droid v1.7.4

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More