Wednesday 11 January 2012

Myvi Langgar Pasir Terbang??!!


Entri kali ni adalah susulan kepada entri semalam. Semalam gua tak tau apa punca Myvi terbang. Kejadian kemalangan tu agak pelik. Myvi terbang, memang pelik la sebab Perodua belum cipta lagi kenderaan yang boleh terbang ni. Tapi bila gua ternampak artikel kat suratkhabar yang member gua tengah baca tadi lagi gua pelik. Myvi langgar pasir terbang, hempap van.


Gua memang tak paham dengan tajuk artikel kat suratkhabar skang ni. Gua bukan la cikgu atau pakar bahasa yang boleh mempertikaikan kewibawaan atau kredibiliti wartawan. Kat syarikat suratkhabar tu pun dah ada editor yang check penulisan wartawan. Sebab bahasa yang gua guna kat blog gua pun berterabur. Gua tak kisah, asalkan gigi gua tak berterabur pun dah cukup baik. Cuma gua perasan sekarang ni orang suratkhabar selalu guna tajuk yang agak mengelirukan pembaca. Mungkin tajuk yang macam tu boleh menarik perhatian orang ramai bagi melariskan jualan suratkhabar.


Ntah la. Gua harap ada pihak yang boleh memperbaiki kekeliruan yang sering timbul setiap kali gua nak baca suratkhabar. Peace......
Published with Blogger-droid v1.7.4

4 comments:

pasir terbang?

kedudukan ',' tu rasanya silap. Gua perasan gak td.

hehehe power betul kete tu :D




http://ch000tz.blogspot.com/2012/01/kucipta-kepulauan-buatmu-hahahah.html

Power Root gamaknye...tu yg jadi power sampai mcm tu...

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More