Minggu ni orang yang bekerja dapat cuti straight 4 hari. Sabtu, Ahad, Isnin dan Selasa. Mantap. Lebih mantap sambung lagi Rabu sampai Ahad depan. Memang padu abis la. Sama macam cuti sekolah pulak. Gua macam biasa takde plan apa-apa tiap kali sampai musim cuti. Sebab gua agak-agak highway pasti sesak dimusim perayaan.
Jangkaan gua betul. Member gua semalam gerak pergi Cameron Highland. Konvoi naik motor ramai-ramai 25 biji motor. Semua Yamaha LC135 kalau tak silap gua. Member gua ni join geng EB Bikers katanya. Tak kisah la tu. Asalkan diorang enjoy, disiplin dan selamat. Sebelum gerak ke Cameron Highland diorang berkumpul kat R&R Rawang pukul 9 pagi. Gua agak-agak paling lewat pukul 11 pagi konvoi gerak la ke Cameron Highland. Tadi gua tengok status Facebook member gua yang baru beli Samsung Galaxy Note bagitau konvoi baru sampai kat Cameron Highland pulul 1900hrs.!!! Pukul 7 malam la tu. Sampai lewat sebab highway sesak. Tu konvoi naik moto tu...kalau naik keta plak..sendri mau ingat la bro...Sesak kat highway PLUS la tu...
Kat blog brader Erryqazz plak bagitau highway sesak kat highway LPT. Punca Highway LPT sesak dari tol gombak ke tol Bentong telah dikenalpasti. Lori tangki minyak Shell rosak kat laluan kedua. Lane tengah la tu...kompom sesak highway LPT tu..
Sebab tu gua jarang ada plan bersiar-siar setiap kali musim perayaan. Gua penah kena dulu sekali. Sangkut jem kat Highway LPT start dari Tol Lanchang sampai Tol Gombak!!. Sejak tu tiap kali musim perayaan gua lepak rumah layan anak-anak je. Macam hari ni la..bini gua layan 5S kat rumah. Bini gua ni memang terrer bab kemas mengemas ni. Gua tolong skit je..kemas wayar yang bersepah...hehee tu je...tapi agak effective gua bagitau korang. Nanti gua bikin entri cara-cara nak elak wayar berserabut ye...selebihnya gua layan anak-anak je...heheh...
Published with Blogger-droid v1.7.4
0 comments:
Post a Comment