Wednesday, 18 January 2012

Kiamat Sudah Dekat 2012?

Ini la topik yang gua rasa agak hangat tahun ni. Topik yang menghantui manusia sejak terbitnya filem 2012. Apakah benar kiamat sudah dekat?, Apakah benar dunia akan kiamat pada 2012? Kiamat sudah dekat 2012?
Dan macam-macam persoalan lagi yang timbul pasal kiamat yang dikatakan akan tiba pada 2012.




Gua teringat dulu Nostradamus juga pernah meramalkan dunia akan kiamat pada 1997. Sekarang ni ramai yang agak 'terbeli' dengan ramalan kaum Mayan yang meramalkan dunia akan kiamat pada 2012. Pada gua mudah, dalam Islam setiap Muslim wajib berpegang kepada 6 perkara dalam Rukun Iman iaitu beriman kepada Allah, beriman kepada Malaikat, beriman kepada kitab-kitab, beriman kepada Rasul-Rasul, beriman kepada Hari Kiamat dan beriman kepada Qada dan Qadar. Dalam enam perkara Rukun Iman tu ada tak tertulis percaya kepada ramalan? ada tak tulis percaya kepada kaum Mayan? Jawapannya mudah...TAKDA kan?!!..Simple ...mudah kan...kat sini gua nak tegur juga la kepada media yang suka tulis pasal Kiamat 2012 ni. Jangan la korang jadikan ramalan-ramalan tu semua sebagai modal untuk melariskan media korang. Korang tau tak tulisan korang tu boleh mempengaruhi orang ramai yang nipis iman macam gua ni dan yang paling utama boleh mempengaruhi akal kanak-kanak!!!







Betul gua cakap kat korang. Gua cakap berdasarkan pengalaman. Anak gua yang berumur 8 tahun tanya masa gua tengah mengecat apartment Springville untuk disewakan. Pertanyaan Aiman macam ni.."Abah, betul ke tahun ni akan Kiamat?" terkedu gua. Gua tanya balik "Macam mana Aiman boleh tau tu?"...Aiman jawab "Aiman baca kat suratkhabar la Bah...."...Gua terangkan kat Aiman yang memang betul sebagai Muslim kita wajib percaya kepada Hari Kiamat tapi takde sesiapa pun dalam dunia ni yang boleh tau bila Kiamat akan berlaku. Itu rahsia Allah. Allah je yang tau. Nasib baik Aiman ni budak yang cerdik. Mudah dia paham. Tapi gua amat kesal dengan orang suratkhabar yang bikin topik Kiamat 2012 ni.....Gua harap korang paham kenapa gua tegur korang pasal korang bikin topik Kiamat 2012!!!...






Kat sini gua amik kesempatan untuk ajak korang join Ceramah Agama yang dianjurkan oleh pihak pengurusan Stesen Sentral Kuala Lumpur. Ceramah bulanan ni.. Untuk ceramah yang pertama bulan ni akan menyentuh pasal Kiamat dengan tajuk Kiamat Sudah Dekat 2012? Jom kita join ceramah ni....klik sini untuk maklumat selanjutnya.....

2 comments:

MasyaAllah.. inilah olahan yang saya harap2kan.. harap2 kita semua sedar apa yang perlu kita percaya dan apa yang tak perlu.. insyaAllah..

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More