Sunday, 8 January 2012

Apartment Untuk Disewa.

Semalam settle kerja-kerja pemasangan lampu dining area, curtain rod dan kerusi bar kat Apartment Springville Ukay Perdana. Maka bersedialah unit apartment untuk disewa yang aku khaskan untu disewakan kepada wanita bujang sahaja. Last week aku dah iklankan apartment untuk disewa kat dalam mudah.my. Ada yang berminat nak sewa tapi tak menepati kriteria utama, iaitu wanita bujang. Yang nak sewa lelaki bujang atau pasangan yang dag berkahwin. Ada sebab kenapa aku nak sewakan apartment kepada wanita bujang sahaja. Aku dah bincang pun dengan wife aku.

Jenuh juga aku nak pasang lampu dengan curtain rod semalam. Nak tebuk satu lubang pun amik masa lebih daripada sejam. Gara-gara drill yang aku pinjam dari ayahanda aku tu bukan jenis hammer drill yang power. Brand Skil. Memang tak power langsung. Buat kerja pun macam orang yang takde skil je. Aku tak boleh tahan. Aku pun apa lagi, cari hardware la beli hammer drill cap Bosch. Kejap je settle bila guna tools yang betul. Tapi terpaksa la mengantar RM480.00!!!.. Rabak lagi...takpe la..demi menyediakan yang terbaik untuk bakal penyewa apartment tu nanti, aku invest je. Lain kali boleh pakai lagi bila diperlukan.

So kepada pembaca blog aku ni kalau ada yang minat nak sewa apartment tu boleh la call/sms aku 019-3311275 atau email. Kita boleh bincang atau set appoinment kalau nak tengok apartment untuk disewa tu. Aku sewakan dengan harga RM900 sebulan. Deposit 1+1+0.5 (utiliti deposit). Kemudahan yang disediakan dapur, meja dan kerusi makan, gym, kolam renang, covered parking. Lain-lain tu kita bolen bincang kemudian....amacam...boleh?...

Tags: Apartment untuk disewa, sewa apartment, springville apartment untuk disewa, apartment ukay perdana untuk disewa, ukay perdana.
Published with Blogger-droid v1.7.4

2 comments:

peh murah. 900 untuk apartment mcm ni sungguh murah dengan ade mcm2 facilities lg... nasib baik bkn kat cheras. kalo tak sggup pindah rumah. ehhe.

*btw, knape hadkan nak penyewa wanita bujang je? rasional? :)

Dihadkan utk wanita bujang sbb penyewa akan byk berurusan dgn wife...asset yg disediakan utk wife dan anak anak...

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More