Wednesday, 25 January 2012

Blogger Adalah Usahawan.

Aku harap jangan ada yang melenting atau melatah lebih-lebih. Ini adalah pandangan peribadi aku bahawa sebenarnya blogger adalah usahawan. Kenapa aku cakap blogger adalah usahawan?




Jawapan yang aku nak bagi ni mungkin ada yang setuju dan mungkin ada yang akan sangkal. Tak pe. Aku hormati pendirian korang. Aku juga harap korang hormati pendapat aku. Pada aku blogger adalah usahawan sebab kebanyakkan blogger akan meletakkan iklan-iklan kat blog masing-masing. Betul? Kenapa nak letak iklan-iklan tu semua? Untuk bagi blog nampak cantik? Mungkin. Masa aku mula-mula kenal dunia IT/siber ni memang syok tengok macam-macam gambar ada kat website dan blog. Siap gerak-gerak gambar iklan tu semua. Sebelum tu persoalan apa tujuan kita tulis blog? Mungkin ada yang jawapan sama macam aku iaitu nak berkongsi ilmu, pengetahuan dan pengalaman dengan korang semua. Ok...boleh terima jawapan tu. Tapi berbalik kepada persoalan tadi kenapa nak letak iklan contoh iklan Nuffnang kalau sekadar nak kongsi ilmu, pengetahuan dan pengalaman? Bukan Nuffnang aje tapi Adverlets, Google Adsense, Innity dan macam-macam lagi kita letak. Aku rasa kalau setakat nak kongsi ilmu, pengetahuan dan pengalaman tu takde iklan pun takpe kan?




Boleh tak kalau aku cakap yang blogger juga ingin pendapatan sampingan dan tambahan? Macam aku jugak la tu...Tapi ada jugak yang jadi Blogger sebagai kerjaya sepenuh masa. Sebab tu pendapat aku, blogger adalah usahawan. Sebagai blogger kita kena promote blog kita. Kita kena sentiasa cari idea untuk promote blog. Kena sentiasa ada idea baru untuk buat entri baru. Kalau boleh setiap hari nak update entri blog. Entri blog juga aku anggap sebagai produk. So, setiap hari blogger kena ada entri baru iaitu produk baru. Kena buat merketing. Contoh marketing sebagai blogger, blogwalking. Mesti korang penah buatkan? Jangan sembang la yang korang tak penah buat. Skang ni ada SEO pulak. Dengan SEO kita nak blog kita mudah dicapai dan dikenali. Betul tak apa yang aku cakap? Setuju tak? Kalau tak setuju, itu pendapat korang.







Pada aku, sebenarnya tak salah dan jangan malu untuk letakkan diri blogger sebagai usahawan. Daripada menjadi part time blogger dan hanya sekadar menjana part time online income, apa salahnya bloggers upgrade menjadi professional blogger untuk generate constant online income dari blog. Setiap bulan boleh dapat gaji tetap. Sebenarnya blogger ni kalau letak diri sama macam komposer, blogger pun boleh dapat income pasif dengan bekerja mengikut masa dan cara sendiri. Nanti aku explain maksud aku yang sebenar dari kata-kata aku tadi. Bloggers boleh bantu sesama sendiri untuk meletakkan tahap blogging sebagai professional carrer dan dapat generate stabil income. Siapa setuju? Boleh follow, komen, klik iklan, singgah selalu kat blog aku. Tapi kalau tak setuju pun tak pe...aku hormat pendapat korang.


Published with Blogger-droid v1.7.4

3 comments:

gua blogwalk blog2 yg sama je, not a good marketing strategy...I know.

depend kpd tujuan lu blog bro...

sekadar pendapatan sampingan rasanya ok je bro..yang paling penting niat sebenar berblogging..kalo betul caranya rezeki dtg sendiri.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More