Metallica Live in KL

Adakah impian akan jadi kenyataan?

Metallica Live in KL

Adakah akan disertai The Big 4?.

Safee Sali Bakal ke Bundesliga

Jom tengok selanjutnya.

Team J-League minat Amirul Hadi

Apa pendapat anda?.

Fara Fauzana HotFm Jatuh Cinta?

Jatuh cinta kat siapa?

Saturday, 10 September 2011

Awek Baru.

Semalam 9 September 2021, tepat pukul 3 petang wife gua selamat melahirkan seorang awek. Awek yang dilahirkan dengan berat 3.05kg selamat dilahirkan kat Pusat Perubatan Naluri, Wangsa Maju. Berbeza dengan 2 orang hero yang wife gua lahirkan sebelum ni. Dulu Aiman & Arshad dilahirkan secara normal, tapi kali ni anak gua yg ketiga ni terpaksa dilahirkan secara pembedahan caesarean sebab kedudukan anak gua songsang, kepala kat atas. Kali ni betul betul buat gua risau. Macam macam kemungkinan singgah kat kepala gua.

Masa pembedahan tu, gua join temankan wife gua kat OT Room tu. 1st. Time gua tengok orang kena bedah walaupun sebelum ni dah banyak kali gua masuk OT Room, tapi tak penah tengok orang kena potong. Doctor pun bagi greenlight untuk gua amik gambar. Cuma gua kaget punya pasal, satu gajet pun gua tak bawak masuk OT Room.

Gua tengok Doctor Zanariah tu buat kerja macam mekanik tengah repair keta. Selambe je...kalau nak cite memang panjang. Gua pendekkan je la ye...

Sebaik je doctor keluarkan baby dari perut wife gua, gua terasa macam nak nangis je...gua bersyukur anak gua yang ketiga ni sihat dan cukup sifat walaupun dalam kandungan posisi songsang. Tu yang buat gua macam nak nangis... Pastu lepas semua dah settle gua azan dan iqamatkan pada anak gua yang ketiga ni. Dan dengan rasmi gua namakan anak gua dengan nama NURAIAN AWATIF dan dah tentu dibintikan dengan nama gua....

Malam ni gua temankan wife gua bermalam kat wad Pusat Perubatan Naluri. 2 hero gua plak tido kat rumah kakak gua. Thanx pada kakak dan abang ipar gua yang banyak tolong gua.....
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, 7 September 2011

CF Apartment Springville Ukay Perdana

Setelah hampir 9 tahun gua beli rumah apartment Springville kat Ukay Perdana, gua dapat info yang terbaik sebagai hadiah Hari Raya tahun ni. Budak-budak lain enjoy, seronok main bunga api...bakar mercun yang pada gua diorang seronok bakar duit mak bapak diorg, gua pulak seronok dapat tahu tak lama lagi gua akan dapat kunci apartment yang dah lama gua beli tu. Untuk makluman kepada pembeli-pembeli unit apartment Springville tu, saya mengisytiharkan bahawa Master CF Springville Apartment Ukay Perdana telah dikeluarkan oleh pihak MPAJ. Master CF dah siap tandatangan 22 August 2011.


Maka perancangan gua untuk jadikan rumah gua sebagai rumah pelacuran  sewa semakin hampir. Perancangan yang telah diubah selepas gua start tumpang tinggal kat rumah gomen kat Putrajaya ni. Padahal dulu gua nak tinggal kat apartment tu lepas kawin. 


Maklumat terkini gua dapat tau, kemungkinan besar kunci kejayaan  unit apartment Springville akan diserahkan pertengahan September 2011 atau selewat-lewatnya hujung September 2011. APa apa hal pun, kita tunggu je.....

Sunday, 4 September 2011

Terpikat Kat Awek Korea Dari Galaxy S-TWO.

Pada  gua Raya tahun ni memang Raya Rabak la. Mana tak nya, matlamat gua untuk  bertahan sampai hujung tahun ni daripada tukar handphone baru tak tercapai.  Semuanya gara gara handphone gua yang bernama incik Sony Bin Ericsson berjaya  dalam percubaan bunuh diri buat kali ke 28!!!...

Sehari sebelum raya gua  terpaksa sediakan duit hantaran untuk meminang 'awek' korea bernama cik Samsung.  Tapi gua nak maklumkan yang gua bukan peminat k-pop...gua takkan terjebak mcm  budak budak yang ala ala menangis teresak esak mcm lagu k-pop kalau tak dapat  tengok konsert k-pop.

Matlamat gua untuk tunggu handphone cap buah Apple kena gigit yang  pertama sejak pemerintahan Tim Cook tak tercapai. Lepas gua buat kira kira depan  tokey cik Samsung, gua nekad melamar cik Samsung. Kejap lagi gua tangkap gambar  cik Samsung yang datang dari Galaxy S2 untuk tatapan korang...gua harap jangan  ada yang tak puas hati kat gua plak sbb gua berjaya melamar cik Samsung. Sebab  sebenarnya, gua terpaksa melamar 'awek' korea bernama cik Samsung dari Galaxy  S2...tapi gua ngaku mmg gua terpikat dgn 'kegebuan wajahnya'...




Gambar Muka depan 'Awek Korea' cukup la...Mana boleh share 'Awek Korea' ni dengan orang lain...Kalau nak, pergi la pinang sendri....

Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, 19 August 2011

Jual Apartment Springville, Ukay Perdana.

Gua rasa sejak tahun lepas gua dah terpikir nak jual Apartment Springville, Ukay Perdana yang gua beli sejak 2003. Tapi lepas gua bincang dengan wife gua, hajat gua terbantut sebab wife gua tak brapa setuju dengan niat gua nak jual Apartment Springville tu. Sebab mula-mula gua beli Apartment Springville tu sebenar untuk gua tinggal kat situ sebaik je lepas gua kahwin. Tapi sebab Apartment Springville tu lambat siap yang berpunca daripada kerenah developer, tu yang skang ni gua tak duduk situ. Sejak gua tak dapat duduk kat situ, gua tumpang la tinggal kat rumah kerajaan kat Putrajaya ni. Start daripada gua belajar main property ni & dah berjaya mendapatkan sebuah rumah tanpa keluarkan deposit, gua dah plan nak beli rumah lagi. Apartment lagi laaaa...dan gua dah mula plan nak sediakan apartment-apartment tu semua untuk setiap anak-anak gua. At least setiap sorang akan dapat sebuah apartment. Skang ni gua akan dapat sorang lagi anak, anak yang ketiga. Maknanya gua kena beli lagi 3 apartment tu!!!!...





Gua plan macam tu sebab sekurang-kurangnya akan ada saving untuk setiap anak-anak gua.  Atau setiap anak-anak gua akan ada sumber pendapatan diorang walaupun ketika diorang belum ada kerja tetap lagi, dengan syarat diorang tak tinggal kat apartment tu. Tinggal kat rumah gua, yang gua baru beli kat Hillpark 2, Kajang bulan April 2011 lepas. Tak kisah la samada masa tu gua hidup lagi atau dah takde kat dunia ni lagi dah, diorang mesti tinggal kat Hillpark 2, Kajang.

Tapi sejak semalam, gua dah mula terpikir balik untuk jual Apartment Springville, Ukay Perdana tu. Gua ada plan lain yang gua rasa lebih baik untuk gua, wife gua & anak-anak gua. Insyaallah, kalau gua jadi jual & teruskan plan investment gua yang gua dah terpikir semalam. Insyaallah, sebelum raya ni, CF untuk Apartment Springville Ukay Perdana akan dapat. Gua akan discuss balik dengan wife gua.....kalau setuju, maka gua akan dapat meroketkan sumber pendapatan investment gua. Tapi apa-apa hal pun gua nak bagitau la yang gua dah start layan Emas balik...kalau korang tak perasan la...kat Menu Tab blog gua kat atas tu gua dah letak link harga Emas terkini....harga Emas memang tengah roket gile skang ni...Insyaallah, lepas raya ni, gua akan start jadi SAUDAGAR EMAS pulak....hehehehe...doa-doa kan la kejayaan gua...Gua anak korang layan PESTA EMAS kat SINI..JOM...Oh yaaa...klik SINI kalau korang nak usha harga terkini EMAS,...memandangkan harga EMAS berubah setiap 20 mnit, maka korang kena refresh/reload page PESTA EMAS setiap 20 minit untuk tau harga terkini EMAS......

Wednesday, 17 August 2011

Dapat RM32,800.00 Dari Nuffnang!!!





Kenapa? Tak percaya ke??..RM32,800.00??!!!...Gile banyak.!!!..Ya gua tau, memang banyak gile amount ni. Gua syak mesti lu orang nak tau mana gua dapat RM32,800.00 ni. Gua syak je la..macam polis syak orang buat jahat la kan...syak ni kira belum tentu sohih lagi. Yang pasti gua tak merompakjual dadah & jauh skali gua jadi bapak ayam supply 'ayam'...






Ok sebenarnya gua dapat RM32,800.00 dari Nuffnang!!!...Perghhh...!!! gile kecoh satu Malaya kalau ada blogger baru macam gua ni boleh dapat RM32,800.00 dari Nuffnang. Lagi skali gua syak, Brader Ben Ashaari pun tak dapat banyak macam ni dari Nuffnang. Sama jugak la macam Red Mummy, gua syak dia pun tak dapat RM32,800.00 dari Nuffnang.

Ok...ok..gua cakap betul-betul la. Kali ni gua cakap terus -terang, gua dapat RM32,800.00 ni masa gua beli rumah awal tahun hari tu. Tak payah la nak percaya tajuk entri gua dapat RM32,800.00 dari Nuffnang ye...hehehe...Kalau tak silap gua hujung bulan March 2011. Gua beli rumah cuma keluar duit tak sampai RM800.00 pun. Tu pun untuk bayar duit lawyer. CHop!!!!...silap. Gua terlupa gua kena keluar duit booking RM3,000.00. Tapi gua rasa tak aci la, sebab duit booking tu refundable. Hehehe..gile kan...beli rumah boleh dapat duit banyak macam tu. Orang beli rumah kena keluar duit, tapi gua....

Ini kisah benar & nyata. Gua nak ajar gua tak pandai. Sebab gua pun belajar dari kawan gua jugak yang dah ada aset rumah melebihi RM1 juta...kalau lu orang nak belajar, lu orang bleh roger dia kat KuasaHartanah.

PakcikCamWhore

Gelaran yang brader ni dapat memang agak ...agak...agak macam apa gua pun tak tau nak cakap. Sebab kalau tengok maksud whore tu sendiri pun dah agak kasar. Tapi kalau tengok maksud camwhore tu, korang mesti tau apa maksudnye kan...Brader ni pun tak tau yang dia digelar sebagai #pakcikcamwhore kat twitter. Betul bro...kalau korang tak percaya, korang bleh tengok kat sini. Memula gua tengok blog dia gua macam "hek elehhhh brader ni..." ..Tapi bila gua tengok balik posting dia yang lama-lama gua jadi ketawa sorang-sorang bro...Brader ni kelakar jugak la walaupun memek muka dia masa camwhore tu sepesen je....Gua rasa brader ni dah jadi salah sorang blogger yang popular skang ni. Korang tak percaya??...korang tengok la komen-komen yang dia dapat setiap kali dia post entri gambar terbaru dia.....Yang gua boleh cakap "Bro Marzuki...lu memang cool la bro....selambe kodok abis...."....Gua nak petik butang follow kat blog BB@40, tapi takde la pulak....yang ada cuma gambar ni je.....

Tuesday, 16 August 2011

Badrol Bahtiar Sah ke Wigan!!!





Sepertimana yang korang baca kat tajuk entri gua kali ni, Badrol Bahtiar Sah ke Wigan!!!...Info yang gua dapat dari web WIGAN. Gua memang bangga walaupun ini cuma panggilan percubaan untuk Badrol Bahtiar. Walaupun Badrol Bahtiar baru je dipanggil balik join skuad kebangsaan, dan sering memanaskan bangku simpanan, nampaknya bakat Badrol Bahtiar tetap dikesan oleh kelab dari luar. Gua harap dengan panggilan untuk pergi trial kat Wigan ni, akan beri kesan pada Coach Rajagobal dalam pemilihan pemain utama skuad Harimau Malaya nanti. Apa-apa hal korang bleh usha web WIGAN ye... Kalau ada rezeki, dapat la kot dia main sepadang dengan Steven GerrardWayne RooneyNicholas Anelka & ramai lagi jutawan-jutawan bola sepak kat sana. Kalau ada rezeki, mungkin Badrol Bahtiar pun akan tersenarai sebagai salah sorang jutawan bolasepak. Kalau tak dapat title tu kat sana pun, paling koman bila tukar Pound Sterling ke RM mesti jadi juta-juta jugak kan...

Sunday, 14 August 2011

Malaysia Kalah Di Tangan Brazil.

Team Malaysia kalah lagi. Kali ni team Malaysia kalah di tangan Brazil. Perlawanan menentang pasukan Brazil diakhiri dengan jaringan Malaysia 1 - Brazil 2.  Keputusan perlawanan bolasepak Sukan Universiti Dunia ((Universiade 2011) Shenzen, China memang dijangka. Tapi gua tetap respect pada pasukan Malaysia (Universiti) berjaya mengelakkan diri daripada menjadi pasukan belasahan. Setelah perlawanan pertama menentang Juara bertahan, Ukraine, Malaysia yang berjaya mendahului terpaksa akur dengan kekuatan team Ukraine yang akhirnya kalah dengan jaringan yang sama 2-1.

Gua tengok rakaman perlawanan tu. Gua rumuskan sebenarnya Malaysia tak jauh ketinggalan dengan pasukan luar. Game agak teratur. Passing agak kemas. Cuma ada beberapa perkara yang gua rasa kena polish lagi. 

Apa-apa hal pun, jangan malu, jangan segan. Walaupun kalah & tak layak ke pusingan seterusnya, Malaysia tetap berjuang dengan mantap & tak menjadi pasukan belasahan.

Hadiah Sempena Hari Raya

Hari ni gua dapat satu email. Email pasal ada orang nak bagi gua hadiah sempena hari raya tak lama lagi. Gua pun apa lagi, click la link email tu sebab email tu dari sumber yang boleh gua percayai. Gua kalau dapat email dari sumber mengarut-ngarut memang gua tak buka punye. Bila terbukak je website link url yang gua click tadi, perghhh...sekali ada sorang yang berpangkat "Datuk" la pulak yang nak bagi gua hadiah. Gua nak kongsi dengan lu orang, so gua ajak lu orang pegi usha link tu skali....jom...jom tengok HADIAH....tapi kalau gua dapat hadiah PLAYBOOK BLACKBERRY ni pun ok gak

Tajuk Entri Blog

Kali ni gua tak tau nak letak tajuk entri blog gua.  Cuma kali ni, entri blog ni agak peribadi skit. Lagipun kewujudan Pesta Irama Jiwa ni memang untuk gua luahkan rasa jiwa gua pun....Semuanya pasal kejadian hari Jumaat lepas. Kejadian gua kena sound dengan Big Bos gua. Kali ni gua rasa makin demoralized. Dah lebih 10 tahun gua kerja kat divisyen skang ni, kali ni gua rasa sangat demoralized. Sebelum ni penah gak rasa macam tu, tapi takde la teruk sangat. Kira boleh recover la bila bangun tidur esoknya tu. Kali ni gua tak bleh nak lupa kejadian hari Jumaat lepas.

Gua dengan divisyen skang ni dah 10 tahun 3 bulan dah. Tapi dengan subsidiary yang gua kerja skang ni baru je 10 bulan. Gua join pun sebab dulu Bos-bos besar divisyen gua ni penah offer. Memula tu macam tak jadi, tapi sebab gua memang nak gerak dari subsidiary dulu tu, gua follow up la sampai jadi gua join subsidiary skang ni. Arghhh...panjang sangat la perjalanannya kalau nak gua cerita balik...

Gua coretankan balik la kejadian Jumaat lepas...chewahhh...coretan la..hahah...Ok, sebenarnya gua join subsidiary skang ni sebab company ni bawak masuk system baru, system dari Europe. Konon-konon gua akan handle application untuk system ni. Tapi sejak gua join, gua tak dapat nak fokus pada apa yang sepatutnya gua buat. Ada 2 sebab. Yang pertama, supplier control bahagian software application maintenance. Maknanya diorg takkan bagi gua tau satu haram pun hal-hal bahagian software application maintenance ni. Gua paham, sebab tu sumber diorang untuk terus survive in business. Walaupun gua dah attend training yang tak serupa training, diorang cuma ajar yang berkaitan hardware parts je. Kedua, sejak gua join company ni, kerja gua dah macam Project Manager. Padahal gua tahap kuliketif je pun. Gua takde hal. Gua buat je sebab gua bleh handle.

Tapi bila Bos gua cakap something yang buat gua tak rasa diorang appreciate gua kat company tu atau bahasa kasarnya "kalau software application maintenance kau tak bleh buat, then untuk apa kau join company ni.."...Perghh....korang bayangkan macam mana kedudukan gua skang ni. 

Gua pulak dah agak lama rasa tak syok kerja makan gaji ni. Asyik kena sound je. Gua dah bikin something extra untuk company pun gua kena gak. Something yang elok la..gua boleh pikir lagi apa yang elok, apa yang tak elok. Insyaallah gua takkan buat orang lain terjejas. Gua compare hasil kerja gua dengan company pesaing, jauh beza bro...tapi Bos gua tetap tak puas hati. Gua tak paham apa lagi yang tak cukup. Gua rasa nak meniaga, tapi gua tak tau nak meniaga apa. Business yang gua nak buat, plak perlu modal yang tinggi gile. Tu yang sampai skang ni gua tak start meniaga sejak bertahun-tahun gua rasa tak nak makan gaji lagi dah. Gua tak tau sampia bila gua akan rasa demoralized ni. Gua harap kejap lagi lepas gua publish post ni, gua akan ok. Paling koman pun lepas gua bangun tido esok pagi, gua akan ok....mintak mintak la....



Join contest CHill-lah              Konsert Mini Kat Alor Gajah, Melaka.                    Proton VIP Owner




http://bit.ly/o2v81a

Friday, 12 August 2011

RM10,000.00

Gua takde apa sgt nak cerita kali ni. Cuma gua nak kongsi dengan lu orang pasal contest dari Nescafe ni. Diorang panggil contest ni Nescafe Chill-lah Contest. Gua rasa contest ni sesuai untuk lu orang yang creative. Nescafe nak lu orang design cun-cun punya untuk letak kat Nescafe punya tin. Ni kira limited edition punya tin Nescafe la...

Hadiah untuk lu orang yang menang contest ni nanti, RM10,000.00. Kalau lu orang menang, boleh la lu orang belanja gua tengok konsert Metallica hujung tahun ni nanti .... tak pun belanja gua pegi Vietnam lagi ke...tapi kali ni gua tak nak naik kapal terbang awek uniform merah...gua nak naik kapal terbang awek baju kebaya pulak...amacam boleh?...

Tapi apasal gua rasa macam penah post entri pasal contest ni ek...? Gua rasa RM10,000.00 punya pasal la ni....Dah .dah..kalau lu orang nak join contest ni, klik je SINI. Gua malas nak letak gambar untuk entri kali ni...

Thursday, 11 August 2011

Kasut Raya, Kasut Bola

Lokasi : Kat rumah
Watak : Seorang Abah (30-an), Seorang Emak (30-an), Anak 1 (belum akil baligh), Anak 2 (minum susu botol) & Anak 3 (dalam perut Emak..dah ada bernyawa, kena masukkan dalam cerita la..).


Abah : "Jom..jom..kita gerak skang. Dah lewat dah ni..."


Emak, Anak 1 & Anak 2 bersiap-siap pakai kasut. Anak 3 pulak masih berkaki ayam, tak pakai kasut sebab masih dalam perut Emak..belum lahir lagi.


Anak 1 : "Kita nak pegi mana, Abah?"
Emak   : "Pegi beli baju raya, kasut raya...dah pegi siap cepat.."
Anak 1 :  "OOooo...okay Mader ..."..(cakap omputih...)


Lokasi 2.
Depan Kedai Jual Kasut Raya. Kedai Kasut BataJusco Cheras Selatan.


Abah    : "Pegi tengok kasut dalam tu..pilih nak yang macam mana..."
Anak 1  : "Adik, jom usha tengok kasut.....kasut raya.."
Anak 2 :  "Jom....."


Emak  senyum je tengok telatah Anak 1 & Anak 2....Anak 3 plak masih belum tau lagi macam mana rupa kasut raya...


Tiba-tiba.....


Anak 2  : "Abah, Acat nak kasut bola...Acat nak pakai kasut bola masa raya nanti...."....

Wednesday, 10 August 2011

Apartment Springville Ukay Perdana

Dah lama jugak gua tak update status pasal Apartment Springville Ukay Perdana. Tapi sejak akhir-akhir ni gua tengok makin rancak pulak carian keyword untuk Springville Ukay Perdana ni. Kebanyakkannya ada keyword Springville CF. Maknanya ramai yang nak tau status berkaitan CF Springville Aprtment ni.

Okay la, gua update skit je la. Sebab gua pun hanya pembeli yang sama macam pembeli lain jugak, pembeli yang teraniaya. Tapi gua ada la contact sikit-sikit dengan pembeli lain yang tengah berusaha untuk memastikan developer serah kunci dalam tahun ni jugak. Diorang tu adalah wakil kepada pembeli-pembeli lain. Gua gelar diorang ni PEJUANG la.

Setakat yang gua dapat info, sepatutnya CF akan dikeluarkan oleh pihak MPAJ sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun ni jugak. Ada beberapa syarat yang diberikan oleh MPAJ kepada developer. Antaranya menyediakan BG (Bank Guarantee) untuk membaiki sokongan cerun kat kawasan berhampiran Springville Apartment. Ada lagi lain-lain syarat yang gua tak brapa ingat lagi dah. Sebab gua looking forward untuk dapat CF sebelum Aidilfitri tahun ni.

Mintak maaf la kalau ada pembeli-pembeli Springville Apartment tak selesa dengan bahasa gua kat blog gua ni. Pada gua, as long as info sampai pada reader blog gua ni, kira ok la ....Nanti ada update lain pasal Springville Apartment ni nanti, gua update lagi ye...rajin-rajin la singgah..

Gua Kecewa Kalau Metallica Datang Malaysia

Korang memang cari pasal la...

Memang gua kecewa kalau Metallica jadi datang Malaysia. Bukan datang jalan-jalan. Kalau takat datang jalan-jalan, gua tak peduli.Skang ni dah heboh pasal Metallica akan bikin konsert kat KL. Macam gua cakap sebelum ni, mesti ramai yang seronok tahap kodi sebab Metallica nak bikin konsert kat Malaysia dan gua syak Zamri Rockers pun sama jugak, syok tahap kodi. Tapi gua pulak akan rasa kecewa tahap kodi. Sebab rambut gua dah pendek!!!!!!!...Gua dah makin tua!!!...walaupun umur baru pertengahan 3 Series...dan gua dah gemok!!!...

Bila rambut dah pendek, gua tak bleh headbang!!...Bila dah tua & gemok, gua dah tak larat...stamina semput!!!! Sampai hati kau ye Lars Ulrich...kau komplot dengan Kirk Hammet & James Hetfiled dengan bassist baru korang tu yang gua tak tau nama dia( gua tak tau sebab gua lebih minat stail Cliff Burton & Jason Newsted)...Dah la korang bikin Album Load yang menyebabkan gua nekad meninggalkan korang. Korang betul-betul kecewakan gua masa album Load dulu..sebab masa tu gua harap gua akan dengar something yang gempak, maklumlah kakak gua blanja gua CD original Metallica Load masa dia blaja kat Amerika ..gua betul-betul kecewa la dude.....gua syak Jason Newsted blah sebab dia dah tau korang akan kecewakan gua satu hari nanti sebab Metallica akan buat konsert kat KL time gua dah berambut pendek, tua & gemuk!!!!!
Kalau Metallica bikin konsert kat KL 11 tahun lepas, gua selamba je headbang...



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More