Semalam 9 September 2021, tepat pukul 3 petang wife gua selamat melahirkan seorang awek. Awek yang dilahirkan dengan berat 3.05kg selamat dilahirkan kat Pusat Perubatan Naluri, Wangsa Maju. Berbeza dengan 2 orang hero yang wife gua lahirkan sebelum ni. Dulu Aiman & Arshad dilahirkan secara normal, tapi kali ni anak gua yg ketiga ni terpaksa dilahirkan secara pembedahan caesarean sebab kedudukan anak gua songsang, kepala kat atas. Kali ni betul betul buat gua risau. Macam macam kemungkinan singgah kat kepala gua.
Masa pembedahan tu, gua join temankan wife gua kat OT Room tu. 1st. Time gua tengok orang kena bedah walaupun sebelum ni dah banyak kali gua masuk OT Room, tapi tak penah tengok orang kena potong. Doctor pun bagi greenlight untuk gua amik gambar. Cuma gua kaget punya pasal, satu gajet pun gua tak bawak masuk OT Room.
Gua tengok Doctor Zanariah tu buat kerja macam mekanik tengah repair keta. Selambe je...kalau nak cite memang panjang. Gua pendekkan je la ye...
Sebaik je doctor keluarkan baby dari perut wife gua, gua terasa macam nak nangis je...gua bersyukur anak gua yang ketiga ni sihat dan cukup sifat walaupun dalam kandungan posisi songsang. Tu yang buat gua macam nak nangis... Pastu lepas semua dah settle gua azan dan iqamatkan pada anak gua yang ketiga ni. Dan dengan rasmi gua namakan anak gua dengan nama NURAIAN AWATIF dan dah tentu dibintikan dengan nama gua....
Malam ni gua temankan wife gua bermalam kat wad Pusat Perubatan Naluri. 2 hero gua plak tido kat rumah kakak gua. Thanx pada kakak dan abang ipar gua yang banyak tolong gua.....
Honda Prelude Concept akan dipamer di KLIMS 2024 – penampilan pertamanya di
Asia selain Jepun
-
Honda Malaysia baru sahaja mengumumkan bahawa ia akan mempamerkan Honda
Prelude Concept di Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2024
yang bak...
1 day ago
0 comments:
Post a Comment