Metallica Live in KL

Adakah impian akan jadi kenyataan?

Metallica Live in KL

Adakah akan disertai The Big 4?.

Safee Sali Bakal ke Bundesliga

Jom tengok selanjutnya.

Team J-League minat Amirul Hadi

Apa pendapat anda?.

Fara Fauzana HotFm Jatuh Cinta?

Jatuh cinta kat siapa?

Friday, 8 June 2012

Senarai Terkini Pemain Malaysia dan Singapura Malam ni.

Kita boleh tengok kat gambar yang dilampirkan dalam entri ni keseluruhan pemain starting 11 masa lawan Filipina kekal kecuali Khairul Fahmi Che Mat menggantikan Farizal Marlias. Kita tengok senarai terakhir pemain Malaysia dan Singapura pada perlawanan persahabatan Malaysia lawan Singapura malam ni.

Aku jangka Malaysia menang 3-1. Safee 2 gol.
Safiq 1 gol.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Live Streaming Malaysia Lawan Singapura.

Pada kawan-kawan yang ada kat luar negara atau yang tak melanggan Astro, jangan risau. Anda masih boleh tonton perlawanan bolasepak persahabatan melalui internet di antara Malaysia lawan Singapura. Link Live Streaming Malaysia lawan Singapura aku sertakan kat entri ni. Klik atau copy dan paste je url ni http://ubolanetworktv.weebly.com/
Published with Blogger-droid v1.7.4

Barisan Kemungkinan Skuad Kesebelasan Utama Malaysia.

Satu senarai kemungkinan skuad kesebelasan utama Malaysia pada perlawanan persahabatan bolasepak menentang Singapura telah diperolehi dari twitter Wan Fakhrul Bakar yang juga Wartawan Sukan Berita Harian.

Kesebelasan utama yang sama semasa perlawanan persahabatan menentang Filipina awal bulan ini akan digunakan pada malam ini. Kecuali Mahali yang beraksi sebagai pemain pertahanan kiri menggantikan tempat Azmi Muslim akan diturunkan sebagai kesebelasan utama apabila Azmi Muslim menyertai Wan Zack Haikal dan Ashari Shamsudin atau Saha yang cedera. Difahamkan Wan Zack Haikal langsung tidak dibawa ke Singapura.

Keselebelasan kemungkinan skuad bolasepak Malaysia pada malam ini adalah seperti yang disenaraikan kat bawah.

GOALKEEPER.
Khairul Fahmi Che Mat (Apek).

PERTAHANAN.
Mahali Jasuli.
Fadhli Shas.
Aidil Zafuan.
Bunyamin Umar.

MIDFIELD.
Safiq Rahim.
K. Gurusamy.
Shahurain (Kecik).
S. Kunalan.

STRIKER.
Safee Sali.
Nor Shahrul Idlan Talaha (Mat Yo).
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, 7 June 2012

Kelebihan Berada Di Pihak Pasukan Singapura.

Hari yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat dan penyokong bola sepak Malaysia dah tiba. Malam ni pukul 7:45 malam perlawanan bola sepak persahabatan antara Malaysia menentang Singapura yang sememangnya seteru utama sejak sekian lama akan berlangsung. Untuk perlawanan kali ni aku tengok kelebihan berada di pihak pasukan Singapura.

Pasukan Singapura kali ni adalah sebab diorang beraksi di hadapan penyokong sendiri. Semangat pemain bila main depan penyokong sendiri pasti membuak-buak. Tapi sorakkan Kallang Roar akan ditenggelamkan oleh chants Ultras Malaya yang baru bergerak menuju Stadium Jalan Besar awal pagi tadi dengan menaiki 5 buah bas. Faktor tambahan yang aku cakap Singapura ada kelebihan lagi ialah 18 pemain yang disenaraikan adalah dari skuad Lions XII yang bermain dalam Liga Super. Diorang tak perlu susah susah nak arrange friendly game untuk mantapkan keserasian permainan pasukan. Faktor padang juga memberi kelebihan kepada pasukan bola sepak Singapuran. Padang rumput tiruan ternyata tidak memberi sebarang masalah kepada Singapura. Manakala penggunaan pemain naturalisasi seperti Qiu Li dan Shi Jiayi iaitu pemain yang berasal dari China mempunyai kemahiran serta teknik yang sangat tinggi.

Tetapi kalau diikutkan kepada rekod pertemuan sejak 2007 kedua-dua pasukan mempunyai rekod yang sama. Aku harap Coach Rajagobal serta pemain tak menerapkan permainan yang terlalu berhati-hati. Permainan menyerang harus dimulakan sebaik wisel permulaan ditiupkan. Tiada lagi formasi eksperimen untuk pasukan pada perlawanan kali ni dan seterusnya. Sampai bila nak eksperimen? Sepatutnya Coach Rajagobal dah ada pemain serta formasi yang mantap sepertimana yang dilakukan oleh kebanyakkan pasukan terkuat di seluruh dunia. Memang betul Coach Raja kenal dengan pemain dan pasukannya, tapi kami sebagai penyokong juga mahukan permainan terbaik dan dahagakan kemenangan. Aku yakin Coach Rajagobal dan semua pemain yang diturunkan malam ni akan memberikan komitmen 100% sebab mereka juga dahagakan kemenangan!!! Aku sikit pun tak merasakan diorang akan bermain ala kadar. Safee Sali juga menyatakan adrenalinnya pumpin' untuk perlawanan menentang Singapura dalam twitternya. Harimau Malaya pasti mengaum dan membaham Singapura malam ni.

Nantikan senarai kemungkinan kedua-dua pasukan dalam entri akan datang.

Published with Blogger-droid v1.7.4

12 Buffered Earnings!!

Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah murahkan rezeki untuk aku. Terima kasih juga aku ucapkan kat Friso dan Nuffnang yang pilih blog Pesta Irama Jiwa untuk bagi Buffered Earnings yang sentiasa diinginkan oleh bloggers yang register program Nuffnang. 12 Buffered Earnings setakat ni yang singgah kat blog aku. Tapi 11 dah jadi Metered Earnings. Takpe..no problem. Aku akan usaha lagi untuk share info kat blog aku. Pada korang yang singgah kat blog ni aku harap korang tak terkejut bila tiba-tiba aku bikin entri pasal Buffered Earnings ni. Sejak seminggu ni aku banyak cerita pasal sukan, pasal bolasepak sekali tiba-tiba ada entri pelik plak. Untuk pengetahuan korang aku akan bikin entri blog macam-macam. Ikut rasa jiwa aku. Blog ni bukan blog sukan atau blog bolasepak semata-mata ye... Lagipun bila orang dah bagi something macam Nuffnang dan Friso bagi iklan Buffered Earning kat blog ni, kenalah ucap terima kasih kan...appreciate la skit..betol tak? Ok.. Entri selepas ni entri pasal bola balik...maklumlah game Malaysia lawan Singapore tinggal berapa jam lagi nak berlangsung. EURO 2012 pun dah nak start dah...hehehe.. Lagi sekali thanks Nuffnang & Friso... Oh ye... Anak aku si Aiman pun minum susu Friso masa dia baby dulu...kira relevan la kot Friso dengan famili aku..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Senarai Pemain Skuad German EURO 2012.

German pasukan favorite untuk jadi Champion EURO 2012. Rata-rata peminat bolasepak memilih pasukan German. Mungkin reputasi pasukan German yang dibarisi pemain-pemain berpengalaman seperti Philipp Lahm, Lukas Podolski, Miroslav Klose disamping bintang muda seperti Mesut Ozil dan Thomas Mueller yang cemerlang diperingkat kelab masing-masing mewakilk kelab Real Madrid dan Bayern Munich. Ok, jom kita tengok senarai pemain skuad German pada EURO 2012 yang bermula esok.

SENARAI PENUH SKUAD GERMAN EURO 2012/b>.
Manuel Neuer (Bayern Munich), Tim Wiese (SV Werder Bremen), Ron-Robert Zieler (Hannover 96), Holger Badstuber (Bayern Munich), Jerome Boateng (Bayern Munich), Benedikt Howedes (FC Schalke 04), Mats Hummels (Borussia Dortmund), Marcel Schmelzer (Borussia Dortmund), Philipp Lahm (Bayern Munich), Per Mertesacker (Arsenal), Lars Bender (Bayer 04 Leverkusen), Toni Kroos (Bayern Munich), Thomas Mueller (Bayern Munich), Mesut Ozil (Real Madrid), Sami Khedira (Real Madrid), Marco Reus (VfL Borussia Monchengladbach), Andre Schurrle (Bayer 04 Leverkusen), Bastian Schweinsteiger (Bayern Munich), Mario Gotze (Borussia Dortmund), Ilkay Gundogan (Borussia Dortmund), Miroslav Klose (Lazio), Mario Gomez (Bayern Munich), Lukas Podolski (FC Koln).
Published with Blogger-droid v1.7.4

25 Jam Sebelum Perlawanan Persahabatan Malaysia Lawan Singapura | Stadium Jalan Besar Singapura.

Pasukan Harimau Malaya dah sampai di Singapura sejak semalam didahului oleh ketibaan Safee Sali yang terbang terus dari Indonesia ke Singapura. Team bolasepak Malaysia sampai tak berapa lama kemudian dan terus ke Stadium Jalan Besar, Singapura untuk menjalani latihan pada pada jam 5 petang semalam dan sekali lagi latihan akan diadakan di lokasi yang sama hari ini jam 7 malam.

Tengahari tadi sidang akhbar perlawanan persahabatan Malaysia lawan Singapura yang dimulakan oleh pasukan Singapura telah diadakan. Sidang akhbar yang diwakili oleh Jurulatih Radojko dan Baihakki Khaizan, Kapten Singapura untuk perlawanan esok.

Dalam press conference Coach Radojko cakap team Malaysia adalah pasukan yang kuat dan telah membuktikannya dengan menjuarai Piala AFF dua tahun lepas. Baihakki pula cakap setiap perlawanan menentang Malaysia adalah perlawanan yang berbeza dan Singapura ingin menang di hadapan penyokong sendiri.

Coach Rajagobal pulak yakin terhadap prestasi Safee Sali walaupun kemarau gol bersama skuad kebangsaan sejak 6 bulan lalu dan masalah berat badan Mat Yo yang diperkatakan sejak tampil pada perlawanan menentang Filipina adalah tanggungjawab FA Kelantan. Dalam sidang akhbar tersebut >b>Safee Sali
yakin akan menjaringkan gol sekaligus menang pada perlawanan esok.

Dalam ranking yang dikeluarkan FIFA semalam, ranking Malaysia berada dikedudukan 154 dunia dengan 151 mata setelah turun 1 tangga walaupun seri lawan Filipina pada 1 Jun lepas. Ranking Singapura pula berada di kedudukan 3 tangga kebawah dikedudukan 157 dengan 143 mata. Kedudukan ranking FIFA akan diupdate sekali lagi pada 4 Julai 2012.

Sumber info dan gambar dari ESPNSTARMY.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, 6 June 2012

Malaysia Dapat Pujian Dari Kapten Manchester City.

Vincent Kompany, kapten pasukan bolasepak Manchester City FC kini berada di Malaysia. Kunjungan Vincent Kompany ke nagara kita ni adalah satu lawatan untuk mempromosi perlawanan persahabatan antara Malaysia menentang Manchester City FC yang dijadualkan pada 30 July 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil iaitu selepas Man City menentang skuad China di Bird Nest Stadium Beijing, China.

Kunjungan Vincent Kompany ke Malaysia yang baru tiba ke Malaysia jam 10 malam tadi adalah kunjungannya yang pertama. Walaupun kali pertama dia dah memberikan satu respon yang baik terhadap negara kita, Malaysia. Dia recommend follower twitter nya untuk datang melawat Malaysia...buktinya tu gambar dari twitter Vincent Kompany yang aku attached skali untuk tatapan korang.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Senarai Pemain Skuad England EURO 2012.

Assalamualaikum. Memandangkan carian untuk keyword berkaitan EURO 2012 yang akan berlangsung tak berapa lama je lagi, aku share senarai pemain skuad England URO 2012 untuk korang.

Untuk pengetahuan korang sebenarnya aku takde la berkobar-kobar sangat nantikan EURO 2012 ni. Sebabnya aku lebih semangat untuk follow perlawanan persahabatan Malaysia lawan Singapura jumaat ni dan yang kedua Selasa 12 Jun 2012 nanti. Lagipun bukan ada negara kelahiran aku pun yang bertanding kat EURO 2012 tu nanti yang aku beriya-iya sangat nak sokong dan berjaga tengah malam. Lagipun baru permulaan, biasanya aku hanya akan follow team favorite aku ataupun aku akan start follow bila dah stage semi final. Hampir semua tournament aku buat macam tu kecuali tournament yang melibatkan pasukan bolasepak Malaysia. Aku akan follow sejak start tournament lagi.

Kat bawah ni adalah senarai awal pemain skuad bolasepak England pada EURO 2012. Kita boleh nampak nama Gary Cahill masih tersenarai. Terkini pemain pertahanan Liverpool, Martin Kelly disenaraikan menggantikan Gary Cahill setelah Gary Cahill digugurkan atas sebab injury. Patah tulang rahang pada friendly match sabtu lepas. Steve Gerrard telah dilantik sebagai kapten pasukan England oleh Hodgeson. Team England akan bermula tanpa Wanye Rooney pada 2 perlawanan awal akibat penggantungan.

ENGLAND.
Joe Hart (Manchester City), Glen Johnson (Liverpool), Ashley Cole (Chelsea), Steven Gerrard (Liverpool), Gary Cahill (Chelsea), John Terry (Chelsea), Theo Walcott (Arsenal), Frank Lampard (Chelsea), Andy Carroll (Liverpool), Wayne Rooney (Manchester United), Ashley Young (Manchester United), Leighton Baines (Everton), Robert Green (West Ham), Phil Jones (Manchester United), Joleon Lescott (Manchester City), James Milner (Manchester City), Scott Parker (Tottenham), Phil Jagielka (Everton), Stewart Downing (Liverpool), Alex Oxlade Chamberlain (Arsenal), Jermain Defoe (Tottenham), Danny Welbeck (Manchester United), Jack Butland (Birmingham).
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, 5 June 2012

Selamatkan Kuala Lumpur FA!!

Skuad bolasepak Kuala Lumpur suatu ketika dulu pernah menjadi skuad bolasepak kebanggaan warga kota. Tapi sekarang satu poster dengan tajuk SELAMATKAN KUALA LUMPUR FA terpampang kat wall Facebook aku. Poster yang dikongsikan oleh Ultras The City Boys.

Aku heran jugak kenapa poster macam tu tiba-tiba muncul. Apa dah jadi sebenarnya dengan KLFA? Wowww!!! Nampak sangat skuad bolasepak Kuala Lumpur ni dah terlalu jauh dari diri aku. Skuad yang sekarang ni menghuni tangga tercorot Liga Super Malaysia. Liga yang berehat seketika dan sehingga 16 Mei 2012 skuad Kuala Lumpur hanya berjaya mengutip 3 mata setelah 17 perlawanan. Hanya mampu seri 3 perlawanan, tewas 14 perlawanan, bolos 32 gol dan hanya berjaya menjaringkan 6 gol??!! Sangat teruk. Apa dah jadi ni?? Kenapa teruk sangat sampai jadi macam ni? Selidik punya selidik, rupa-rupanya poster tu muncul setelah dikhabarkan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur akan digugur taraf oleh FAM setelah KLFA gagal melunaskan bayaran gaji pemain sejak beberapa lama.

Aku tengok ada dua isu kat sini. Yang pertama, isu kewangan dan yang kedua adalah isu prestasi pasukan. Satu masa dulu masa skuad bolasepak Kuala Lumpur diuruskan oleh Tan Sri Elyas Omar, pasukan bolasepak Kuala Lumpur adalah salah satu pasukan gergasi. Pernah menjuarai Piala Malaysia tiga kali berturut-turut sejak '87, '88 & '89. Ramai pemain yang hebat-hebat dibawa masuk antaranya adalah 3 orang pemain Singapura Malek Awab, K.Kannan & Fandi Ahmad yang pernah bermain di Liga Eridivisie iaitu Liga Belanda dan pernah menjaringkan salah satu gol semasa mewakili FC Gronigen menewaskan Inter Milan 2-0!!

KLFA juga pernah melahirkan beberapa bintang bolasepak yang pernah mewakili pasukan kebangsaan. Antara mereka Rashid Hassan, Shebby Singh, Arwah Zaid Jamil, Subadron Aziz, Razip Ismail, V.Murugan, Shahrin Majid & Azman Adnan, pemain termahal Liga Malaysia apabila Kuala Lumpur meletakkan yuran perpindahan RM1 Juta ke Selangor pada usia 21 tahun setelah menjaringkan 22 gol bersama Skuad Kuala Lumpur. Azman Adnan kekal sebagai pemain paling mahal walaupun yuran perpindahan diturunkan ke angka RM250,000 -RM300,000. Seorang lagi pemain yang dilahirkan oleh Kuala Lumpur adalah Azrul Amri Borhan yang pernah beraksi menentang Thierry Henry di Kejohanan Piala Dunia Remaja kali ke 11 pada tahun 1997 yang pernah dilangsungkan di KUALA LUMPUR!!! Manakala yang pemain yang sedang beraksi bersama pasukan Selangor kini adalah Azidan yang pernah menjadi kapten pasukan Kuala Lumpur dan pemain Harimau Muda A, Hazwan Bakri yang menjaringkan hatrik semasa perlawanan persahabatan Malaysia menentang Sri Lanka bulan lalu.

Andai kewangan yang menjadi masalah kepada kejatuhan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur yang menyumbang kepada prestasi merudum skuad bolasepak Kuala Lumpur menjadi punca, persoalannya mana pergi penaja atau sponsor skuad ni? Kutipan tiket pulak macam mana? Aku rasa kutipan tiket kompom sangat rendah pada ketika skuad gagal menyerlah pada saingan liga. Siapa nak pergi tengok skuad KL main? Bila kurang penonton, jualan tiket pun kurang. Penaja takde. Syarikat korporat pun tak nak dengar pasal nak sponsor team KL. Silap-silap syarikat korporat tak tau pun bahawa Kuala Lumpur yang menjadi lubuk rezeki ada pasukan bolasepak yang bertanding dalam Liga Super!!!

Sesuatu perlu dilakukan. Diturunkan ke Liga Perdana adalah sesuatu yang agak pedih untuk diterima oleh penyokong bolasepak Kuala Lumpur tapi digugur taraf oleh FAM ada sesuatu yang mungkin tak boleh diterima mereka. Pegawai-pegawai dalam Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur harus berbuat sesuatu. Mungkin bertindak macam Pegawai Pemasaran syarikat korporat untuk menjana kewangan yang lebih jitu. Bila kewangan padu, pembangunan dan pemilihan pemain yang mantap demi membina pasukan yang kuat dan bukan tangkap muat untuk menjadi pasukan belasahan dalam saingan liga. Sediakan padang dan kekalkan padang bolasepak yang bermutu. Bukan hanya menyokong penyediaan gelanggang futsal yang tumbuh merata-rata je.

Aku harap someone seperti Tan Sri Elyas Omar akan muncul untuk mengembalikan kegemilangan skuad bolasepak Kuala Lumpur sepertimana aku pernah seronok tengok game yang melibatkan Kuala Lumpur satu ketika dulu walaupun aku adalah penyokong Selangor!!!

Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, 4 June 2012

Perlawanan Bolasepak Persahabatan Malaysia lawan Singapura, Stadium Jalan Besar | Tiket.

Perlawanan bolasepak persahabatan antara Malaysia menentang Singapura atau dikenali sebagai The Causeway Challenge 2012 oleh warga Singapura akan berlangsung tak lama je lagi. 8 Jun 2012 bersamaan pada hari Jumaat akan berlangsung di Stadiun Jalan Besar, Singapura pada jam 7:45 malam. Standard la orang Singapore ni memang suka main bola time maghrib-maghrib.

Difahamkan bahawa tiket perlawanan persahabatan Malaysia lawan Singapura di mana pasukan Singapura menjadi tuan rumah telah habis dijual sebanyak 1/3 daripada keseluruhan jumlah tiket dah habis dijual. Aku tak pasti berapa jumlah tiket yang akan dijual untuk perlawanan persahabatan ni. Mungkin 8,000 keping tiket akan dijual mengikut kapasiti tempat duduk di Stadium Jalan Besar, Singapura. Boleh jadi FA Singapore akan kurangkan ke 6,000 tiket atas sebab-sebab keselamatan. Tak kira berapa jumlah tiket yang akan dijual untuk perlawanan bolasepak persahabatan Malaysia menentang Singapura di Stadium Jalan Besar, Singapura nanti, yang pasti komrad-komrad Ultras Malaya sudah bersedia untuk turut sama berjuang sebagai pemain ke 12 Harimau Malaya. Satu komplot yang digelar ADAKONEK 3.0 telah dilancarkan. Komplot ADAKONEK 3.0 adalah satu aktiviti oleh Ultras Malaya yang akan ke stadium pihak lawan pada hari perlawanan tanpa kepastian samada dapat tiket untuk masuk.ke stadium atau tidak. Mungkin ada yang cakap ADAKONEK 3.0 ada unsur-unsur lucah. Sebenarnya maksud ADAKONEK 3.0 adalah singkatan kepada Awaydays Komplot Nekad kali ke 3.

Setakat di sini entri blog perlawanan bolasepak persahabatan Malaysia lawan Singapura di Stadium Jalan Besar. Insyaallah akan ada entri susulan sehingga hari perlawanan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Brazil Pernah Juarai EURO.

Sebagai seorang peminat bola sepak, aku rasa macam nak lupakan je bolasepak ni sebab aku tak tau bahawa Brazil pernah juarai EURO!! Aku yakin kalau diikutkan semua peminat bolasepak seluruh dunia kena join aku lupakan bolasepak..betul aku cakap kat korang... Jangan cakap la korang yang selalu lepak kat kedai mamak tengok EPL tengah-tengah malam terer pasal bola. Awek ni lebih tau pasal bolasepak dari korang...

Aku harap kawan-kawan aku terutama yang pompuan tu berhati-hati bila cakap pasal bola. Pesanan ni juga aku pesan untuk diri aku sebab aku bukan tau sangat pasal bolasepak ni...hehee.. Aku rasa samada NUrul Hidayah ni memang tak tau pasal EURO atau kesilapan pihak media dalam menerbitkan keratan akhbar tu...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, 3 June 2012

Bolasepak Filipina Makin Maju??

Keputusan seri tanpa jaringan antara Malaysia lawan Filipina Jumaat lepas menjelmakan pelbagai anggapan terhadapat situasi bolasepak negara. Pelbagai kata-kata yang kembali memperlekeh skuad negara dihamburkan. Ada yang kutuk player, ada yang maki player. Yang kutuk FAM toksah kata laaa... Umpama skuad bolasepak negara kembali mundur. Harimau Malaya kembali tidor. Ada yang kata bolasepak Filipina makin maju!! Betul ke bolasepak Filipina makin maju??

Inilah lumrah attitude peminat bolasepak Malaysia. Nak salahkan, kang ada yang kata "apa dah tak boleh kritik ke!! ".. Boleh kritik tapi biarlah dengan fakta yang munasabah. Aku nak tanya adakah dengan menggunakan pemain naturalisasi menandakan tahap bolasepak sesebuah negara tu dah maju? Bangga ke gunakan players naturalisasi untuk dapatkan sesuatu kejayaan?

Betul, Filipina 'BERJAYA' ikat Malaysia daripada menang perlawanan persahabatan hari tu. Tapi boleh ke dibanggakan 'KEJAYAAN' sebegitu? Aku lebih bangga dengan players anak jati Malaysia, yang lahir, dibesarkan dan mengerah keringat berbakti kepada negara. Dalam game hari tu, sebahagian besar pemain Filipina adalah pemain naturalisasi. Antara diorang ialah Stephen Schrock (JERMAN), Dennis Wolf (JERMAN), Luiz Guirado (SPAIN) & Angel Guirado (SPAIN).

Korang boleh Google pasal players yang aku bagitau ni. Check asal usul diorang. Sebenarnya bolasepak Filipina tak kemana-mana pun. Yang berubah hanya dasar pemilihan pemain skuad negara Filipina je... Situasi sekarang ni menyebabkan ada yang kutuk "ada striker gaji berjuta-juta pun tak boleh score!!" .."player Malaysia ni nak glamer je, tu yang buat fesyen rambut pelik-pelik"... Kamon laaa... Fernando Torres tu berapa lama tak score? Lawan team rojak Malaysia pun tak boleh score... Lagi berkepuk-kepuk gaji Fernando Torres tu. Tapi bagi peminat Fernando Torres, korang tetap bersabar sambil cakap " kita bagi dia masa". Kenapa bila player MAlaysia tak boleh score korang bising-bising kutuk dia? Pasal fesyen rambut pulak, relevan ke stail rambut dengan kegagalan jaringkan gol? Kita kena yakin semua pemain yang dipilih sentiasa memberi sepenuh komitmen tak kira gaji besar atau gaji kecik. Player Super League atau Primier League tak jadi isu. Diorang tetap bagi 100% komitment!! Diorang sedar diorang tengah bawa nama negara!! Aku rasa kalau Filipina membariskan pemain warga Filipina, sejarah 1962 pasti berulang. Filipina pasti dibelasah!!

Aku tak nak tulis panjang-panjang. Sebab kadang-kadang orang bukan boleh paham dengan apa yang nak kita sampaikan melalui penulisan macam ni. Tapi aku nak tinggalkan satu soalan untuk dipikirkan "Adakah anda berbangga sekiranya isteri anda mengandung dan melahirkan anak yang spermanya dari lelaki lain? Sebab anda tidak subur dan anda mahukan anak" Ops!! Lupa plak... Ranking Thailand lagi tinggi tanpa pemain naturalisasi tapi pemain bolasepak Thailand bermain untuk kelab luar. Nampak tak? Dah lama dan dah ramai players Thailand main kat luar. Players kita baru dapat peluang. Insyaallah satu hari nanti Malaysia kembali menjadi raja bolasepak di rantau Asia.
Lelaki lain = pemain naturalisasi.
Anak = kejayaan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sejam Selepas Perlawanan Persahabatan Malaysia lawan Filipina | Makan Sate Basi!!

Sori lambat update entri pasal perlawanan persahabatan Malaysia lawan Filipina yang berlangsung kat Stadium Shah Alam jumaat lepas. Ada beberapa sebab yang menghalang tahap kekentalan aku untuk update blog ni.

Game secara keseluruhan pada aku agak menarik. Game laju. Kualiti game team Filipina agak menarik perhatian. Cuma aku tak berapa impress sebab bukan 100% pure Pinoy. Ada sorang player Filipina yang aku kagum dengan skill dia. Kalau tak silap namanya, Shrock. Tu pun berasal dari Jerman.Team Malaysia banyak peluang tapi mungkin atas sebab kegopohan beberapa players termasuk Kapten Safiq Rahim hampir semua peluang yang dicipta berakhir dengan sepakan menuju puncak. Semua player Malaysia komited untuk menang game tu. Terutama sekali Safee Sali. Nampak kesungguhan dia untuk dapatkan gol selepas 6 bulan kemarau gol bersama skuad kebangsaan. Amiridzwan Taj, player yang aku nak tengok keupayaan sebenarnya dalam skuad kebangsaan. Nyata dia sempoi, tenang dan tidak menghampakan.

Ok cukup pasal tu. Cerita bersambung di foodcourt seksyen 11 Shah Alam. Seperti yang dirancang lepas game aku, Din Puaka, Dukun Kudin & Zizan terus ke foodcourt seksyen 11 untuk melampiaskan nafsu makan. Sate yang kitorang pekena lepas game Malaysia lawan Sri Lanka menjadi sasaran. Niat nak belasah sampai puas. Dukun Kudin order 50 cucuk sate. Baru order, kitorang dah dikecewakan sebab tinggal 40 cucuk sate je. Tu pun sate daging je yang tinggal. Takde hal ... Nak puaskan nafsu serakah punya pasal, kitorang ok je..sate daging pun ok gak...

Prappp...40 cucuk sate daging sampai.. Nafsu serakah makin sukar untuk dibendung. Masing-masing capai, celup sate ke kuah kacang ...Ngap!!! .. Dalam hati gua berkata "apasal lain sangat rasa sate kali ni?..tak padu macam hari tu..".. Sekali Dukun Kudin bersuara " sate ni peram lama sangat kot..."..nampak sangat ayat nak sedapkan hati...

Tapi sampai ke sate yang ke-3 cucuk..kitorang decide untuk roger brader sate tu sebab kitorang rasa semua sate tu rasa masam melekit-lekit. Lepas Dukun Kudin slowtalk minta brader sate test secucuk, brader sate datang cakap "abang tak payah bayar la..".. Ok..kompom.kitorang makan sate basi!!

Dipendekkan cerita, malam tu jugak gua dengan Din Puaka sakit perut. Tapi gua parah skit sebab sakit perut gua membawa sampai ke kampung. Gua balik Kuantan esoknye tu... Nasib Dukun Kudin dengan Zizan gua tak tau laaa..

Secara jujurnya aku isytiharkan aku tetap akan makan sate kat foodcourt seksyen 11 Shah Alam lepas tengok bola kat Shah Alam. Sebab aku Hantu Sate!! Cuma malam tu maybe bukan rezeki untuk kitorang melampiaskan nafsu serakah kitorang....

Korang nak kenal Dukun Kudin? Tu aku dah letak gambar Dukun Kudin yang tengah sedapkan hati kitorang yang makan sate basi...Gambar Din Puaka takde sebab Din Puaka yang amik gambar..Gambar Zizan, Din Puaka tak ambik sebab takut ada kaum sejenis atau mak datin yang nak try si Zizan tu plak...susah kitorang nak tolong Zizan nanti..Peringatan: Dukun Kudin bukanlah seorang Dukun tapi seorang Technician dan bakal bisnessman berjaya satu hari nanti...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More