Metallica Live in KL

Adakah impian akan jadi kenyataan?

Metallica Live in KL

Adakah akan disertai The Big 4?.

Safee Sali Bakal ke Bundesliga

Jom tengok selanjutnya.

Team J-League minat Amirul Hadi

Apa pendapat anda?.

Fara Fauzana HotFm Jatuh Cinta?

Jatuh cinta kat siapa?

Tuesday, 20 December 2011

Tribute To Abang Kawasan KL Sentral.

Suhadita Jusoh @ Abang Kawasan KL Sentral...heheh

Sejak beberapa hari ni gua tengok status Facebook kawan-kawan opis gua agak muram. Banyak kedukaan yang diorg luahkan. Dalam bulan Disember 2011 ni pula dah ramai gak kawan-kawan gua yang hantar surat resign, berenti keja. Salah sorangnye kawan gua yang dah sama-sama kerja dengan gua sejak 9 tahun lepas. “Dah sampai masa ..” kata Abang Kawasan KL Sentral bila ramai yang tanya apa punca dia berenti kerja. Memang ramai kawan-kawan agak terkejut. Bos-bos pun terkejut. Terkejut sebab keputusan muktamad dibuat sebaik saja dia balik dari Republik of Besut.

Sebelum gua teruskan kisah ala-ala Ombak Rindu ni..silap gua x penah tengok movie Ombak Rindu..Gua perbetulkan..kisah ala-ala Malek dalam Filem KL Gangster, gua bagitau dulu kenapa dia digelar Abang Kawasan KL Sentral. Kalau lu orang nak tau, member gua ni dapat gelaran Abang Kawasan KL Sentral sebab dia adalah orang yang paling 'kaya' kat area KL Sentral. Lu orang mesti tak percaya kalau tengok penampilan dia. Dia ni adalah 'pemilik' salah sebuah bangunan kat KL Sentral tu. Kalau setakat beli 2-3 unit kondo kat Suasana Sentral Kondominium tu, tak payah la nak kodi claim lu kaya. Macam gua cakap tadi, member gua ni 'owner' bangunan bro... kondo lu guna Sukahatidiaidilfitri (Sekuriti la ....), dia ada Polis Bantuan untuk jaga keselamatan. Lu ada orang gaji 2-3 orang lu dah sembang kencang. Dia siap ada cleaner untuk jaga kebersihan setiap tingkat kat 'rumah' dia. Kawasan parking kat 'rumah' dia plak boleh muat 200 buah kereta, 200 buah motorsikal. Macam-macam kenderaan parking kat situ, tapi bukan semua bukan dia punya...betapa pemurahnya Abang Kawasan KL Sentral ni..

Tapi dia sempoi bro... walaupun dia 'kaya' dia tetap kerja. Hari-hari dia akan pakai jersi warna biru bagi sumbangan kepada agama, bangsa & negara melalui ilmu serta pengetahuan yang Allah kurniakan kat dia. Lagipun, takkan dia nak tunjuk yang dia 'kaya'. Kantoi la nanti..sebab semua staff dia yang gua cakap tadi tu tak tau yang dia adalah 'owner' bangunan tu... Dressing sempoi...stokin bocor menjadi identiti dia...Kenderaan untuk dia bergerak ke sana, ke mari.. Honda tu bro...Honda 'C' Class...Lu orang tak tau ke Honda 'C' Class?..Honda C70 la...Dengan Honda C70 tu la dia gunakan untuk ke tempat jajahan favourite dia... Gombak, pi layan Pasar Malam. Chow Kit, gunting rambut & Kg. Baru, beli Nasi Briani Kambing. Makan pun sempoi..Nasi putih tanpa kuah, ikan masin & ulam jadi kemestian setiap kali makan tengah hari sejak 3 tahun lepas.

Dalam banyak-banyak memori gua sepanjang gua kenal Abang Kawasan KL Sentral ni, yang paling gua tak akan lupa 2 je...Yang pertama, kes bulb lampu Honda 'C' Class...kes ni melibatkan kawan gua yang sorang lagi, Nyok, skang Nyok ada kat Alor Setar yang mungkin akan jadi 'orang kaya' juga andai kata khabar angin yang gua dapat ni jadi kenyataan...hehehe..Yang kedua pulak, gua takkan lupa sampai bila-bila pun. Kenangan kedua ni tak ramai yang tau. Kali ni gua cerita skit untuk kongsi pasal Abang Kawasan KL Sentral, bukan pasal gua. Gua rasa kes ni jadi 8 tahun yang lepas. Kalau ditakdirkan Allah, masa kejadian tu Abang Kawasan KL Sentral dan Abang Kawasan Lot E takde gua rasa gua mungkin dah ada kat penjara atau tengah tunggu masa nak kena gantung. Masa tu gua hilang pertimbangan, gua hampir ketuk member gua sendiri guna marton...hammer la..Alhamdulillah kejadian tu tak berlaku. Kat sini gua nak minta maaf kat member gua yang hampir-hampir gua ketuk kepala dia dengan marton. Gua minta maaf Yeop...

Panjang dah sebenarnya gua taip ni. Penat juga la menaip sambil makan kerepek, sambil bagi anak minum susu. Berhenti kejap mandikan anak...dugaan jugak tu...lagi pun sebenarnya gua nak blog pasal kedukaan kawan-kawan gua skang ni...kes gaji la...tapi gua decide elok gua jangan campur, sebab boleh mengeruhkan lagi keadaan...Apa-apa hal pun gua ucapkan semoga berjaya kepada Suhadita Jusoh @ Abang Kawasan KL Sentral @ Presiden Republik Of Besut. Jangan lupa kawan-kawan kat KL ni....dan paling penting JANGAN MAKAN GAM!!! Hahhhahaha...

Abang Kawasan KL Sentral santai berkelah atas bumbung bersama jiran yang se'kaya' beliau.


p/s: penggunaan istilah Abang Kawasan takde kena mengena dengan mana-mana individu/entiti. Ianya hanya istilah yang kami gunakan semasa perbualan harian....itu je..

Tuesday, 13 December 2011

Salah Masuk Lubang - Tragedi Tragis Malam Pertama

Gua kesian jugak bila tengok keadaan makhluk yang satu ni. Sampai salah masuk lubang yang menyebabkan satu tragedi tragis malam pertama menimpa. Gua syak makhluk yang satu ni mungkin baru pertama kali menjelajah ke seluruh pelusuk susuk ruang sampai tak tau lubang mana satu yang boleh masuk dan lubang yang mana satu bahaya untuk dimasuki. Sebab tu sebelum dibenarkan menjelajah kita ni sebagai manusia akan dihantar kursus. Paling tidak pun ada penyelia untuk guide. Tapi disebabkan makhluk ni berada dalam dunia yang lain....maka terjadila kisah yang amat tragis pada malam pertama dalam penjelajahanya....


Jom tengok apa jadi kalau salah masuk lubang .......scroll bawah la yeee......



































*Gambar kredit kepada Kami Boikot Buletin Utama TV3 Facebook Fan Page 

Tuesday, 15 November 2011

For The First Time

For the first time....chewahh...gua buat percubaan untuk cakap bahasa orang putih yang selalunya takde la putih sangat pun kulit diorang tu...merah je ada laa...gua selalu jumpa orang putih ni kat tempat kerja gua. So gua tau la...Tak puas hati?...Gua punye pasal la kan...Yang gua selalu jumpa kat tempat kerja gua dan confirm putih selalunya orang Jepun...awek Jepun memang selalu jumpa. Awek Jepun yang nama Maria Ozawa je yang gua belum penah jumpa...hahahah...gua pun tak tau macam mana rupa Maria Ozawa tu. Bukan gua penah tengok pun...Selalu dengar nama Maria Ozawa je...Siapa Maria Ozawa?...Ntah gua pun tak tau...walaupun kerja gua selalu berurusan dengan orang Jepun... 


For the first time, gua nak letak senarai blog yang gua selalu skodeng masa gua kat blog CorneaMelayu. Sejak gua bikin blog baru ni, gua dah jarang skodeng blog diorg ni. Letih der main skodeng skodeng ni. Lagipun diorg dah agak jarang update blog diorg. Sesekali ku rasa teringin je diorang update. Mungkin sibuk kot, biasa la masing-masing ada tanggungjawab kan....


Nanti gua tambah lagi blog-blog yang gua rasa agak panas. Sepanas rancangan The Voice yang terpancar kat TV Soni gemok milik bini gua yang bini gua beli masa kitorang bercinta lebih 10 tahun dulu...Kalau korang nak join gua skodeng, petik la kat link diorang kat sebelah tu...

Monday, 31 October 2011

Ashley Cole Main Untuk Team Bola Singapore

Mula-mula gua tengok gambar yang gua dapat dari page Facebook Persatuan Bolasepak Singapura pasal latihan pusat team bolasepak Singapura ni gua macam tak percaya. Jenuh gua gosok-gosok mata gua. Gua zoom in mata gua. Lepas tu gua zoom out balik mata gua ni. Ada la dua tiga kali gua zoom in zoom out mata gua macam budak-budak yang baru nak main kamera DSLR kat area Bukit Bintang tu. Gua tak puas hati jugak lagi. Gua zoom in zoom out plak guna tripod..gua zoom in zoom out dengan kepala & leher gua sekali gus la tu. Still tak dapat mengesahkan betul ke Ashley Cole main bola untuk Team bola Singapore. Kalau betul la kan, gua rasa nak caples je kepala Ashley Cole sebab janda dia cun der....hahaha..tak relevan langsung...!!






Tapi yang pasti, habis satu team gua tengok yang ada cuma player kulit putih & kulit hitam je. Mat Salih & Negro la tu bro....Gila la!!! Takkan Singapore dah ikut Malaysia buat Program 6P untuk semua Mat Salih & Negro tu dengan lantik player tu semua wakil Singapore main bolasepak. Gua tak pasti. Tapi kat Facebook Persatuan Bolasepak Singapura tulis Centralised Trial - Training Session


Elok la Persatuan Bolasepak Singapura yang tolong respon dengan info yang gua dapat ni. Gua tak nak mengeruhkan keadaan atau sampaikan info yang tak betul sambil anyam ketupat. Check la sendiri kat SINI ye.

Saturday, 29 October 2011

Permainan Untuk Orang Dewasa.



Terus terang gua cakap la yang gua paling benci dengan permainan untuk orang dewasa ni. Gua pun tak paham kenapa ramai sangat orang dewasa yang suka main dengan bendalah ni. Agaknye dulu diorang tak sempat main tarik upih pinang kot masa kecik kecik kat kampung. Atau diorng poyo poyo kononnya nak bagitau diorang terer main upih pinang dulu lantas menjadikan bendalah tu sebagai alat alternatif untuk bawak barang masa beli belah kat pasaraya.


Tapi pada gua la kan, orang yang guna bendalah macam tarik upih pinang ni sebagai pemalas. Sori la gua sembang cakap luorang yg pakai bendalah tu sebagai pemalas. Gua tgk bendalah ni mmg jadi favorite orang Putrajaya masa beli barang kat Carrefour. Sori la, gua memang tak suka tengok luorang yang pakai bendalah tu. Memang nampak macam pemalas sangat. Gua sendiri pun penah gak guna bendalah tu, tapi gua tak seret, tak tarik tapi gua angkat. Sebab benda tu bakul. Bila bakul kena la diangkat. Atas sebab tu gua syak terciptanya peribahasa "masuk bakul angkat sendiri". Kalau nak beli barang banyak elok la guna troli tu. Bila luorang guna bakul yang ditarik secara tak sedar luorang akan halang laluan orang lain sebab luorang tak sedar dan tak nampak. Yelah, dah bakul tarik luorang tu duduk kat belakang luorang kan. Takkan kat depan plak. Kalau kat depan takde la gua cakap bakul tu bakul tarik. Jangan nak kodi ye...


Carrefour pun satu, yang pergi sediakan bakul tarik tu buat apa? Lepas tu Giant pun sama ikut. Tesco gua tak tau la plak. Gua slalu pi shopping barang dapur kat dua tempat tu je. Bukan pilihan kesukaan gua ye. Carrefour dengan Giant jangan nak kodi. Gua nak minta tolong sikit la dengan Carrefour dan Giant, daripada luorang sediakan permainan untuk orang dewasa yang tak best tu bukan ke lebih elok luorang repair je troli yang banyak rosak tu. Jangan la nak pikir kononnya luorang baik hati sediakan kemudahan bakul tarik yang memudahkan pelanggan luorang. Padahal luorang nak meminimakan kos beli troli atau repair troli tu kan?...


Pada orang dewasa yang suka guna bakul tarik tu, sudah sudah la ye.. Jangan la tarik bakul tu lagi. Nampak sangat PEMALASnya!!.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, 27 October 2011

Cara Lain Untuk Logout Facebook.

Gua memang tak paham dengan si Mark ni. Apahal ntah suka sangat main tukar tukar rupa wajah Facebook. Gua syak Mark cuba nak usha awek Cinta Muka Buku, si Najwa Latif. Sudah sudah la Mark, lu tak payah la nak try ni Najwa Latif tu. Dia pandai main gitar, lu takat tau tukar rupa paras wajah Facebook je pun. Skang ni lu dah timbulkan masalah pada orang lain terutamanya Aiman. Dia tak tau camana cara nak logout Facebook. Sampai Aiman terpaksa tanya kat penerbit filem kutipan RM4juta... Apa??!! Lu tak kenal jugak dengan penerbit filem tu?!!.. Lu memang cari pasal la Mark. Ok la.. Aiman terpaksa tanya Dr. Rozmey cara untuk logout Facebook la bro... Lu punye pasal la ni Mark..!!!




Sumber gambar gua dapat dari Facebook Incik Hidemichi.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, 24 October 2011

2 Tips Bagaimana Hadapi Bos Garang - Tip 1.

Kali ni gua nak kongsi tips bagaimana hadapi bos garang.dan hanya tau nak cari atau salahkab orang je. Gua ada dua tips. Sebab tu gua tulis t.i.p.s. Ada 's' maknanya ada lebih daripada satu la kan. Tip yang pertama ni gua nak kongsi sebab idea gua ni datang secara tiba tiba pagi tadi. Secara teori memang agak 50-50 la hasilnya. Tapi bila gua praktik idea tiba tiba gua pagi tadi, ia memberikan hasil yang 100% lumayan. Berkesan dan mujarab la maksud gua tu.

Ok.. Macam ni...mula mula lu orang kena tune kepala macam nak makan orang. Amik mood la. Emosi kena adjust baru nampak ganas. Lepas tu, lu kena kenalpasti mangsa lu orang. Sebaiknya mangsa lu orang adalah kawan lu orang yang ada kebolehan tahan maki dalam resume dia dan rambut potongan rambut pengkid...heheh.. Mangsa lu orang mungkin akan cuba nak bermesra dengan lu orang dengan berkata "Bro...lama tak nampak lu..tetiba naik buat muka ketat...jalan mengepak macam bagus je..."... Harus diingat, mangsa lu orang tu cuba bermesra dalam ertikata lain, cuma cuba menyakat lu. Masa tu la lu yang dah tune kepala macam nak makan orang dan berada dalam penglihatan Bos lu orang cakap macam ni "Lu ni takde keja lain kan!!!... Lu tau bak cari salah orang je keja lu!!!. Lu ni silap silap akan penampar gua!!!" Masa ni lu kena steady. Selamba. Lu jeling skit kat Bos lu orang. Gua yakin Bos lu orang mesti goyang. Sebab tu yang gua buat pagi tadi sampai Bos gua tercengang tengok gua eksyen macam Jebat.

Tapi kalau tak berjaya paling teruk pun Bos lu orang sound lu orang balik...hhehehe...jgn salahkan gua kalau tak berjaya. Gua buat ok je tadi... Kalau tak berjaya nanti gua buat entri tip yang kedua pulak nanti.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, 22 October 2011

Gempar! Bukan Ciptaan Steve Jobs!!


Kalau tak silap gua dah hamipr sebulan Steve Jobs meninggalkan dunia ni. Sepanjang hayat Steve Jobs, dah macam macam produk yang Apple perkenalkan. Pada pendapat gua Steve Jobs adalah CEO Apple yang terbaik dalam sejarah dunia gajet. Produk yang famous brand Apple antaranya adalah iPhone, iPad, iPod & MacBook. Kalau dulu dulu iMac antara laptop yang menjadi target gua. Tapi sampai skang gua tak dapat. Yang gua dapat iPod. Tu pun gua dapat masa gua beli rumah Hillpark 2 kat Kajang. Lagi satu gua beli MacBook masa gua jadi ratusribuwan sebab jual ESOS. Itu pun dah rosak 2 tahun lepas.


Target gua nak sambar iPhone 5 tak tercapai sebab gua sambar 'awek korea' dulu. Cik Samsung Galaxy S2.


Satu je yang gua yakin bukan ciptaan Steve Jobs dalam dunia ni. Ciptaan yang takde siapa tau siapa penciptanya sampai skang. iPaid. Ya...itulah 'produk' yang bukan ciptaan Steve Jobs.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, 19 October 2011

Handphone Terbaik 2011

Sambungan kepada entri gua sebelum ni. Tapi kali ni gua bagi tajuk yang straight forward. Takde poyo poyo punya. Gua takkan sebut awek korea tu lagi sebab awek korea gebu cun gila hanya dalam dunia nyata.


Kali ni gua nak memudahkan korang yang mungkin tengah pening kepala, serba salah tak tau nak beli handphone apa. Kena plak macam kes gua. Handphone rosak sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri hari tu. Gua cakap terus terang la handphone terbaik 2011 jatuh kepada Samsung Galaxy S2!! Ya...handphone yang gua guna skang ni. Sebab tu gua berani cakap kat korang handphone terbaik 2011 adalah Samsung Galaxy S2... Walaupun sebenarnya gua tunggu Apple release iPhone 5, tapi sebab handphone gua dah bunuh diri sebelum Apple keluar model iPhone yang baru tu yang gua tak boleh tunggu lagi.


Gua bersyukur gak la sebab benda tu jadi. IPhone 5 yang gua tunggu sekali tak keluar. Yang keluar iPhone 4s. Ok, berbalik pada Samsung Galaxy S2, pengiktirafan sebagai Handphone Terbaik 2011 memang tak boleh disangkal sebab telah dipilih sebagai T3 Best Handphone Award 2011 baru baru ni. Sebelum ni 2 kali keluar artikel dalam suratkhabar yang handphone Samsung Galaxy S2 dah dijual sebanyak 10juta unit diseluruh dunia!!!.... So, nak sembang apa lagi kan...dah sohih dah laa...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, 18 October 2011

Awek korea utk gua dipilih oleh wife gua sendiri.


Wife gua betul betul berjaya mempengaruhi gua untuk mempunyai awek baru. Gua penah cite pasal awek korea ni dulu. Awek korea untuk gua dipilih oleh wife gua sendiri. Betul...gua tak kencing la bro... Awek korea ni pulak baru je menang award. Memang gua amat bertuah dan berbaloi sebab terima cadangan wife gua untuk memiliki awek korea ni. Awek korea yg gua pilih ni bernama Cik Samsung Galaxy SII... Hahaha...tajuk, intro poyo gila...


Tapi gua nak bagitau la yang Samsung Galaxy SII ni telah dianugerahkan sebagai Handphone of the Year T3 Award. Korang boleh check kat web T3 utk tgk senarai pemenang T3 Award....
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, 14 October 2011

Yang DiPertuan Agong ke 14

Sultan Abdul Halim yang juga Sultan Kedah dipilih sebagai Yang Di Pertuan Agong yang ke-14. Sultan Abdul Halim dipilih buat kali kedua sebagai Yang Di Pertuan Agong selepas 36 tahun lalu Tuanku pernah menjadi Yang Di Pertuan Agong kali pertama pada tahun 1970 sehingga 1975. 


Hanya ini maklumat yang mampu ditulis setakat ini berkaitan pemilihan Yang Di Pertuan Agong yang ke 14.


Patik mohon ampun daripada Tuanku sekiranya ada salah & silap dalam penulisan patik, Tuanku.
Ampun Tuanku, beribu ampun......

Wednesday, 12 October 2011

Memori Bersama Kapten Pelita Jaya

Rezeki yang Allah bagi tanpa gua rancang ni masa gua anta mak mertua gua pi KLIA. Mak mertua gua nak balik kg. Ni la antara peristiwa yang gua alami sejak hampir sebulan gua rehat dari blogging. Gua dapat bergambar bersama Safee Sali kat KLIA masa Harimau Malaya nak gerak ke Australia untuk game persahabatan last week. Peristiwa ni la yang buat gua senyum je manjang selama 2 hari 2 malam. Mana taknya...gua bukan je dapat jumpa Super Safee...tapi satu team Harimau Malaya tu...memang gua puashati. Tapi gua akan lebih puashati kalau anak gua yang bergambar dengan Safee Sali, yg baru je dilantik sebagai Kapten Pelita Jaya. Gua nak anak gua ada memori berjumpa dengan Safee Sali. Sebab anak gua muda lagi..gua harap kenangan dia jumpa Safee Sali ni boleh bagi semangat utk dia main bola. Gua dah tua..tak lama dah nak jalan...hehee...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, 11 October 2011

Bersawang.

Lama betul gua tak update blog gua ni. Sampai gua dah tak ingat last entri gua cite apa. Tapi entri gua pagi tadi gua ingat la. Gua rasa sejak gua dapat awek baru 9 September 2011, gua dah tak update blog ni.


Sejak daripada tu takde la banyak sangat hal hal yang best gua alami. Gua rasa yg paling best pun gua dapat awek baru la. Lagi best daripada masa gua jumpa Safee Sali. Walaupun kejadian gua jumpa Safee Sali tu membuatkan gua senyum 1 hari 2 malam tu...heheh...Nanti nanti la gua cite camana gua bleh jumpa dengan pria terhebat Malaya tu...sebenarnya ada sebab lain kenapa gua lama tak update blog ni...pun sama jugak..nanti nanti la gua cite...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, 10 October 2011

KL SENTRAL RUNTUH!!!

Lama gua tak update blog gua ni. Tetiba gua rasa macam nak update bila ramai kawan kawan gua call gua tanya pasal KL Sentral Runtuh. Gila!!!...Kalau KL Sentral runtuh takkan ada update dari gua kat Pesta Irama Jiwa ni...Sebenarnya bukan la KL Sentral ni yang runtuh. Tapi bangunan kat belakang KL Sentral yang dikenali sebagai Lot G yang runtuh. Lantai je pun yang runtuh. Bukan semua bangunan tu yang runtuh. Bangunan yang sedang dalam pembinaan ni mengadap Jalan Brickfields ni runtuh lantainya dan hampir meragut nyawa dua orang pekerja. Nasib baik tak menjejaskan bangunan KL Sentral ni. Terutama sekali lantai KL Sentral. Sebab KL Sentral ni support kat atas platform je bro...kalau la construction foundation KL Sentral ni tak kuat & terjejas...gua lari duluuu....hahahah

Ok...korang klik la kat sini kalau nak tau kisah selanjutnya....




Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More