Metallica Live in KL

Adakah impian akan jadi kenyataan?

Metallica Live in KL

Adakah akan disertai The Big 4?.

Safee Sali Bakal ke Bundesliga

Jom tengok selanjutnya.

Team J-League minat Amirul Hadi

Apa pendapat anda?.

Fara Fauzana HotFm Jatuh Cinta?

Jatuh cinta kat siapa?

Tuesday, 12 July 2011

Arsenal Asia Tour 2011: Arsenal Vs. Malaysia. Bagus Sangat ke Arsenal Tu?







Peminat-peminat team Arsenal yang baca tajuk entri gua kali ni mesti bengang, panas hati kan...? Rilex der...gua takde niat nak panaskan hati sesiapa pun.  Lagi beberapa jam team kesayangan korang akan bersaing lawan team Malaysia a.k.a Harimau Malaya. Sempena Arsenal Asia Tour 2011: Arsenal Vs. Malaysia. Gua syak korang peminat Arsenal tak tido lagi malam-malam ni. Biasa la tu, teruja lebih la katakan. Padahal skuad Arsenal tu tengah nenyak tido kat hotel. Sebagai pro athlete diorang kena disiplin la kan...

Masa gua baca surat khabar tadi, gua ternampak la beberapa gambar-gambar penyokong Arsenal yang seronok gile sebab pasukan pujaan diorang tu datang Malaysia. Gua harap korang penyokong Arsenal tu jangan la ada perasaan seronok atau gembira kalau team pujaan korang tu dapat score gol. Pada gua, kalau korang seronok sangat, umpama korang seronok tengok negara korang kena belasah.

Gua harap korang yang pergi Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok sempena Arsenal Asia Tour 2011: Arsenal Vs. Malaysia tu, ramai-ramai la pakai jersi Harimau Malaya. Bagi la sokongan korang pada Harimau Malaya sebagai tanda korang bangga dengan team negara sendiri. Biar Arsenal terkejut & respect sebab Malaysia punyai penyokong yang sentiasa berjuang bersama pasukan negara sendiri.


Gua sendiri ada favorite team gua (bukan EPL team). Tapi kalau favorite team gua datang lawan dengan team Malaysia, gua akan tetap pakai jersi atau mafla Harimau Malaya. Gua akan tetap bersorak untuk bagi semangat & sokongan pada team negara gua. Gua takkan berbangga untuk pakai jersi favorite team gua sebab gua lebih bangga untuk support team negara gua sendiri. TANAH TUMPAH DARAHKU. Pada gua IF YOU ARE ASHAMED TO STAND BY YOUR COLORS, YOU BETTER SEEK FOR ANOTHER FLAG!!!!

Walaupun esok Ultras Malaya secara rasminya tak turun atas sebab sebab tertentu, tapi gua yakin ada Ultras Malaya yang turun SNBJ untuk bagi sokongan pada Harimau Malaya.

Singapore Yang Letih

Gua skang ni memang tengah letih gile. Letih sebab gua baru balik dari Singapore. Gua gerak pergi Singapore sabtu lepas. Semalam baru balik ke K.L. Gua rasa kalau gua gerak pergi Singapore naik flight, kompom gua takkan letih. Tapi kali ni gua terpaksa travel naik bas. Kali ni bajet ciput. Tu yang letih tu...

Pagi semalam, sebelum gerak balik Putrajaya dari JB, opss..gua lupa nak bagitau gua pegi Singapore tapi tak tido kat Singapore tapi tido kat JB. Tunggu la nanti bila dapat duit Nuffnang banyak-banyak baru gua pegi Singapore & tido kat hotel area Singapore. Ok, sebelum gerak balik Putrajaya dari JB, gua dapat sms dari wife gua. Gua goyang jugak la. Gua memang risau kalau dapat sms atau call dari wife gua masa gua  kat luar klang valley ni. Bila baca sms tu, gua ok je kali ni, tak goyang sangat. Bini gua bagitau kereta tua gua tu pintu kanan sebelah driver tak boleh bukak dari luar atau dalam. Gua suspect mesti door handle patah.

Sampai je KL Sentral, gua dengan rakusnya gerak beli tiket ERL utk balik Putrajaya. Gua bajet mesti orang tak ramai kalau naik train pukul 6ptg. Sekali bila turun je...perghhhh...ramai gile!!...Nanti lain kali gua cerita pasal situasi tu. Itupun kalau gua nak cerita la kan...

Sampai Putrajaya, gua cari spare part door handle untuk ganti door handle yang patah tu. Lepas solat maghrib, gua turun ke parking dengan anak gua, Arshad. Settle ganti door handle dalam pukul 9:45 malam. Semua kerja-kerja gua dibantu oleh anak gua, Arshad, yang baru berumur 4 tahun...hehehe...boleh diharap dah anak gua yang nombor 2 ni...ikut abang dia la tu...Dalam keadaan gua yang letih gile tu, gua berjaya jugak settlekan...yes, of course dgn bantuan arshad.

Malam pulak gua layan KL Gangster. Layan Astro First je. Kekadang tu tertido gak la layan KL Gangster tu. Sedar-sedar je wife gua kejut solat subuh. Perghhh...memang gua letih gile. Lepas settle hantar anak-anak gua pegi skolah & nurseri, gua sms bos gua " Salam Bos, gua masuk lewat. Halfday."...sebab gua Letih ........

Thursday, 7 July 2011

Perhimpunan

Pehimpunan.
Memang daripada dulu sejak sekolah sampai la dah tua ni memang tak brapa minat dengan perhimpunan ni. Kalau dulu masa sekolah, setiap pagi Isnin kena pegi perhimpunan. Kena nyanyi macam macam lagu. Dah la sound system pakai horn speaker yang langsung tak merangsang adrenalin gua. Takde bunyi riff gitar, takde bunyi pukulan dram yang gumpak. Tapi kena nyanyi juga. Lepas semua lagu dah abis nyanyi, dengar pulak pesanan, teguran & amanat dari cikgu. Masa tu kalau dengar ucapan dari cikgu-cikgu memang ok la. Tapi skang ni gua tengok cikgu-cikgu yang bagi ucapan masa perhimpunan suka jerit-jerit. Padahal diorang berucap pakai microphone & speaker.

Sekarang ni bila dah kerja ni pun ada perhimpunan jugak kena attend. Tapi nasib baik la sebulan sekali je. Tapi yang paling best, perhimpunan tu siap ada makan-makan lagi. Tu la yang paling best pun.

Tapi ada lagi satu perhimpunan. Perhimpunan yang ni memang tak best. Tak best sampai bila-bila pun. Gua paling tak suka perhimpunan yang yang tunjuk-tunjuk perasaan ni. Bila dah tunjuk perasaan, macam macam perasaan yang diluahkan. Selalunya perasaan tak puashati je yang diluahkan. Macam perhimpunan BERSIH 2.0 yang nak diadakan esok 9 July 2011, memang menyusahkan. Macam-macam spekulasi pasal perhimpunan BERSIH 2.0 tu. Gua pun tak paham apa yang diorang tak puashati.

Pada gua, semua perkara yang tak kena, semua ada jalan penyelesaian. Semua boleh dibawa bincang. Tak payah nak buat perhimpunan, lepas tu berdemonstrasi bagai. Lepas tu banyak kerosakan akan jadi. Kerosakan harta benda, kerosakan fizikal manusia yang mungkin menghilangkan nyawa. Lepas tu semua nak kena bersihkan kawasan-kawasan perhimpunan yang terlibat. Pada gua orang yang buat hal macam tu semua jiwa teramat kacau!!!!...

Wednesday, 6 July 2011

Mood Ke Universal Studio Singapore Dengan Duit Nuffnang.

Hari ni baru hari Rabu. Pertengahan minggu kerja la kiranya. Tapi gua sejak semalam lagi mood kerja tu dah takde. Mood gua dah masuk mood pergi bercuti dah. Kena pulak Jumaat malam akan datang nanti gua nak pi layan Transformers 3 dengan famili gua. Kira mood 'bertukar' gua dah meluap-luap dah ni. Layan Transformers 3 in 3D plak tu...perghh...sendri mau ingat la kan. Hari tu layan Green Lantern pun dah mantap. Inikan pulak Transformers 3 in 3D. Cuma yang tak best Megan Fox je dah takde.

Esoknye pulak, Sabtu gua akan ke Temasek. Singapore la tu. Company trip. Lama gila tak ke Singapore. Last pergi Singapore pun tahun 80-an. Kali ni peruntukan tak meriah, so tak dapat la trip jauh-jauh naik kapal terbang. Tak pe, asalkan luar negara. Singapore tu kira luar negara la kan....Walaupun cuma naik bas je, gua takde hal.  Yang penting gua akan layan Universal Studio Singapore.

Gua nak survey dulu Universal Studio Singapore tu. Nanti gua ada bajet yang mantap, gua nak bawak famili gua layan Universal Studio Singapore pulak. Lagi best kalau guna duit dari Nuffnang. Macam bloggers yang power-power & otai tu semua. Dapat duit Nuffnang sampai 4-5 angka. Boleh la pi jalan-jalan ke negara orang dengan famili. Gua harap-harap korang yang singgah blog Pesta Irama Jiwa ni, rajin-rajin la singgah lagi. Lagi best kalau korang petik iklan-iklan Nuffnang & Churp- Churp kat blog Pesta Irama Jiwa ni....

Sebab mood gua skang ni dah Mood ke Universal Studio Singapore dengan duit Nuffnang...!!!!





Tuesday, 5 July 2011

Cara Aizat Kuruskan Badan

Sambil gua layan baca blog para bloggers yang mempunyai ramai follower ni kat TV tu cite Fuhh! tengah disiarkan. Bukan gua tengok pun. Gua biar je TV tu terpasang. Skali artis undangan dalam Fuhh! tu Aizat Amdan muncul. Masa tu gua still buat tak reti je. Tiba-tiba gua terdengar diorang borak pasal berat badan Aizat. Keluar la gambar-gambar Aizat masa mula-mula jadi artis. Berat dia masa tu dah lebih 100kg, kalau tak silap gua 112kg. Sekarang ni berat Aizat around 70kg-71kg. Korang kira la sendiri brapa banyak berat Aizat ni dah turun!!...


Lain - lain Info         Info F1          Info MPV         Info Haiwan           Info Seni Tatoo

Aizat bagitau dia ada kongsi tips cara-cara dia kuruskan badan kat Facebook Page dia. Gua pun search kat Facebook & jumpa page Aizat Amdan. Gua click Notes & kat situ ada dia kongsikan cara Aizat kuruskan badan. Gile simple je cara si Aizat ni, tapi gua yakin memang susah jugak la sebenarnya. Hanya orang yang komited dan berdisiplin macam Aizat Amdan je yang mampu buat....apa-apa hal pun Aizat Amdan memang gile kreatif...!!!!


Lain - lain Info         Info F1          Info MPV         Info Haiwan           Info Seni Tatoo


Monday, 4 July 2011

Geli-Geli Glitterati Nuffnang

Status Geli-Geli Glitterati gua dengan Nuffnang kembali diturunkan kepada status Ordinary Member. Kali ni berpunca daripada percubaan gua untuk memahami adakah status Geli-Geli Glitterati Nuffnang gua akan diturunkan kepada Ordinary Member walaupun gua tampal script pesaing Nuffnang kat dalam content entri gua hari tu.







Gua tempek script manggaonline & YMads. Maka padanlah dengan muka gua menerima padah di atas percubaan haram gua tu....Lagi sekali gua harap status Geli-Geli Glitterati Nuffnang Pesta Irama Jiwa dikembalikan setelah gua delete script pesaing Nuffnang. Gua cuba menjadi pasangan yang setia kepada Nuffnang...Gua minta ampun la wahai Cik N a.k.a Nuffnang....





External Hard Disk

Sebenarnya gua dah sediakan satu entri yang sepatutnya gua post malam ni. Entri tu gua buat siap siap sebelum gua kluar lunch tengahari tadi. Gua save entri gua tu dalam external Hard Disk. Tapi malangnya, gua tertinggal la pulak external Hard Disk gua kat opis gua. Nak pegi amik Hard Disk tu, gua rasa macam tak berbaloi. Opis gua tu bukannye dekat der...jauh tu. Kat KL Sentral. Gua pulak skang ni ada kat Putrajaya. 42km jauhnye dari Putrajaya ni.

Nak tak nak, pagi esok sampai je terus gua post entri gua. Entri yang mempunyai tajuk yang agak seram. Tajuk yang boleh meremangkan bulu hidung tengkuk korang. Entri pasal tarikh kematian. Kalau nak tau pasal tarikh kematian ni, rajin rajin la jengah blog Pesta Irama Jiwa ni ye....

Pada yang Google pasal Apartment Springville Ukay Perdana, nanti la ye. Bila gua ada mood nak post pasal Springville, gua akan post pasal apartment tu nanti....yang penting selalu selalu la singgah sini....

Aidil Zafuan Mendapat Perhatian Liverpool

Jaringan gol yang dihasilkan oleh pemain pertahanan Malaysia, Mohd Aidil Zafuan, melalui sepakan percuma mendapat perhatian Liverpool. Sepakan percuma yang diambil dari jarak lebihkurang 40 meter adalah satu jaringan World Class. Aidil Zafuan adalah pemain pertahanan yang memakai jersi nombor 7. Hampir hampir menyamai sepakan percuma yang diambil oleh Roberto Carlos yang juga menghasilkan gol. Klip rakaman jaringan gol pada perlawanan Malaysia lawan Taiwan tu disiarkan kat weblog Liverpool dengan tajuk Aidl Zafuan's Thunderous Free Kick. Gua memang tumpang bangga dengan kejayaan Harimau Malaya mara ke pusingan seterusnya walaupun kalah masa game tu. Yang pasti gua akan terus bersama Ultras Malaya mengaum di Stadium Nasional Bukit Jalil 28 Julai 2011 nanti....


Sunday, 3 July 2011

Satay Kajang Haji Samuri Vs. Satay Willy

Petang semalam masa gua kat rumah mak bapak gua, kakak gua satu famili datang. Bukan datang kosong je, tapi bawak 2 bungkus plastik. Plastik putih yang gua kenal. Tertera kat plastik putih tu logo Satay Kajang Haji Samuri. Satay beb, favorite gua tu. Ayam KFC yang tinggal 2 ketul yang gua beli sebagai lauk makan tengahari tu pun gua tak usik lagi. Sebab kakak gua tau gua ni memang hantu satay, dia beli sampai 150 cucuk!!!...Gile jadahnya, takkan gua nak habiskan sampai 150 cucuk satay kot..!! Agak agak la...


Tapi kali ni memang gua tak rasa ghairah untuk terus terkam Satay Kajang Haji Samuri. Terus terang la gua cakap, sejak gua rasa Satay Willy yang abang ipar gua beli kat tepi hiway Sg. Ramal Kajang tu jauh lebih power dari Satay Kajang Haji Samuri gua dah tak brapa nak pandang dah Satay Kajang Haji Samuri.


Mintak maaf la Haji Samuri. Produk Haji Samuri tu dah lari la kualiti rasanya. Jauh sangat lari. Mungkin Haji Samuri terlepas pandang tentang kualiti Satay Kajang Haji Samuri. Elok Haji Samuri tengok balik apa yang kurang. Ni pendapat gua sebagai penggemar satay & pernah menjadi penggemar setia Satay Kajang Haji Samuri.

Rumah Sewa

Semalam masa gua balik umah mak bapak gua kat area U.K, Ulu Kelang lah..mak bapak gua dah sediakan satu mission untuk gua. Ala ala Mission Impossible yang sebenarnya Possible is nothing. Macam biasa la gua akan balik jenguk mak bapak gua 2 minggu sekali. Bukan jauh pun.



Mission yang disediakan adalah membuat lawatan sambil belajar membaiki kerosakan yang terdapat kat salah satu rumah sewa milik mak bapak gua. Chewah, macam banyak je bunyinye.. Mak gua cakap kipas kat rumah sewa tu rosak, soket outlet ada masalah. Gua ni bukan apa, gua tak reti pasal karen karen ni. Disebabkan gua dah join dengan Mail Lambung, kira ramai skit la kaum. Senang nak mintak tolong. Bukan tolong kosong, tapi bayar la kan...dah orang buat kerja mesti kena bayar.

Sampai je kat rumah sewa tu, kat Cheras je pun, gua jumpa penyewa. Dia pun bagitau kat gua apa yang gua dah tau pasal masalah rumah sewa tu. Tapi ada penambahan, lampu kat bilik mandi pun rosak. Gua takde hal sebab gua bawak Din yang kawan kawan gua panggil Mail Lambung Abang Kawasan Ampang hahahahaha...



Lepas settle semua tugasan kat rumah sewa yang mak bapak gua sediakan, gua bawak Din layan roti telur...lepas tu gua balik rumah sambil bawak balik satu pengalaman dan ilmu pasal pengurusan rumah sewa. Ilmu ni akan gua gunakan bila sampai masa bila gua sewakan apartment Springville gua yang kat Ukay Perdana tu.....Tapi sebelum gua sampai umah mak bapak gua, gua singgah tengok status Apartment Springville Ukay Perdana yang bakal gua iklankan Rumah Untuk Disewa.

Adalah sikit gua amik gambar Springville Ukay Perdana tu...Nanti bila gua ada mood nak cite pasal apartment tu...gua post je terus...

Tido Tapi Mata Celik Lepas tu Mimpi & Berjalan

Gua heran tengok anak gua skang ni. Tiap-tiap malam mimpi, mengigau-ngigau. Yang paling gua heran disertai dengan adik beradik heran iaitu si pelik, anak gua tu mengigau tapi mata celik. Tapi bila gua tegur atau tanya dia, dia tak respon. Macam dia still dalam dunia mimpi dia, padahal mata dia celik.


Risau gua tengok. Dah dua malam dia macam tu. APa kes?...penat sangat ke main masa siang?







Ni gua belum tido. Kalau gua dah tido, pastu gua tak sedar plak yang dia mimpi mengigau macam tu kan ke bahaya. Sebab dia berjalan der...berjalan dalam tido. Ishhh..tak tau gua nak explain.


Anak gua yang mimpi mengigau berjalan sambil mata celik, walhal dia tido tu Aiman namanya....Walaupun Aiman tak kisah, gua kisah der....

Saturday, 2 July 2011

Rompak, Tembak, Tebusan Di KL Sentral.

Entri ni adalah sambungan kepada Entri Ini.

25 June lepas, ada satu kedai Money Changer kat KL Sentral kena rompak. Perompak 4 orang, semua lelaki. Gua syak semua rakyat tempatan. Gua rasa masa tu kedai Money Changer sebelah McDonald tu tengah nak tutup. Gile betul perompak tu. Bukan je merompak, tapi siap main bakar-bakar lagi kat KL Sentral. Perompak tu bukan tak tau kat KL Sentral tu ramai Polis Bantuan. Tapi perompak tu nekad. Biasa la nak buat kerja jahat ni memang kena nekad la kan. Tapi perompak tu semua tak takut der, sebab diorang siap ada pistol. Berapa ramai Polis Bantuan yang mati kena tembak. Orang awam pun ramai gak yang mati kena tembak. Kebanyakkan yang kena tembak tu semua kawan kawan gua tu…sedih gak la…







Tapi Polis Malaysia terer laa…Siapa tak kenal Polis Malaysia. Polis Malaysia datang berlumba-lumba, satu peluru pun diorang tak lepas der…Tapi semua 4 perompak tu kena tangkap, menyerah diri. Polis guna Negotiator. Bukan main nego nego macam nak beli barang kat Uptown. Tapi ada la cara Negotiator Polis tu nak buat. Gua pun tak boleh la nak cerita. Polis kena guna cara negotiate sebab 4 perompak tu ada tebusan. Lepas rompak Money Changer & tembak-tembak kat tingkat 1 KL Sentral, diorang lari sembunyi kat dalam Surau Perempuan KL Sentral. Sebab tu Polis tak serbu & bunuh semua perompak tu.
 


Suspen jugak la masa kejadian rompak & ada tebusan kat KL Sentral. Kalau tengok gambar pun memang ngeri la. Tapi tu semua adalah latihan kecemasan yang pihak Building Management KL Sentral iaitu Semasa Sentral Sdn Bhd kena buat setiap tahun. Tiap tahun lain scenario. So kali ni, scenario rompak & ada tebusan dipilih. Latihan Kecemasan ni melibatkan semua pihak macam Bomba pun datang berlumba-lumba, Hospital, Polis & ramai lagi….Korang tengok je la gambar-gambar yang gua attached. Gambar-gambar diambil oleh member gua Encik Osman & Encik Musalman (dua dua bukan nama sebenar)….Kalau tak gua pun join amik gambar jugak…tapi kan masa tu gua kena jaga anak-anak gua sebab bini gua out station…hehehe

Eksekutif Mati Ditembak Di KL Sentral

Ni kisah kawan gua yang sama tempat kerja dengan gua kat Stesen Sentral Kuala Lumpur atau lebih dikenali sebgaia KL Sentral. Kawan gua ni yang kerja sebagai Eksekutif Parking masa tu tak kerja. Tapi dia pergi jugak KL Sentral dengan kawan kawan dia. Masa dia nak tengah beratur dengan kawan dia nak beli tiket Komuter kat KL Sentral tu, tiba tiba je kena tembak. Kesian gua tengok. Bukan dia je yang kena tembak masa kat KL Sentral tu. Kawan gua yang sama kerja dengan kawan gua yang Eksekutif kat KL Sentral tu pun mati jugak kena tembak. Korang tengok je la gambar mayat kawan gua yang kena tembak tu...

Apa punca dia kena tembak sampai mati kat KL Sentral tu, nanti gua cerita next entri...ok....lagipun kejadian kat KL Sentral tu baru lagi...dalam minggu lepas..25hb June 2011.... 

Jasad Eksekutif Parking Yg Mati Kena Tembak Di KL Sentral.

Friday, 1 July 2011

Tiket Free Liverpool

Pada korang yang memang peminat tegar team bolasepak HatiKolam, Liverpool la tu, kalau korang nak layan tengok sesi latihan team Liverpool & perlawanan persahabatan lawan team bola sepak Malaysia. Korang boleh klik link yang gua bagi ni atau pun klik gambar poster kat bawah. Mana la tau kalau-kalau  korang dapat jumpa brader Jerat Percintaan ke..Korang tak kenal ke brader tu?...Steven Gerrard la der....hehehehe... Tak pun Steven Gerrard ajak korang main untuk Liverpool ke masa perlawanan persahabatan tu nanti...angan-angan mesti mau ada der...klik link MotorTrader ni  pastu Like je page MotorTrader...Kalau korang menang nanti diorg akan call korang....

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More