Tuesday 10 April 2012

Photomanipulation.

Perghh..lama jugak aku tak buat entri baru kat blog ni ek..? Asyik crite pasal bola je...Hobi aku masa muda-muda dulu memang main bola. Macam dalam crite P.Ramlee filem Masam-Masam Manis "cikgu suka main bola. Hari-hari cikgu main bola"...gitu la aku.. Hari-hari main bola. Kalau tak dapat main bola, resah gelisah macam mat pet tak dapat hisap fit...hahaha...Tapi sejak Archilles Tendon aku injured..putus, aku terpaksa lupakan terus aktiviti main bolasepak. Tapi aku puas, sempat main Liga Kuala Lumpur Divisyen 3 & Liga Dunhill Selangor. Ada la jugak dapat bayaran masa main liga-liga tu dulu. Tapi takde la masyuk macam gaji Safee Sali kat Pelita Jaya tu. Entri ni bukan nak crita pasal hobi aku main bola, tapi nak crita skit pasal Photomanipulation atau cakap Melayu Manipulasi Foto....heheheh...



Free Palestine.

Hopes.

Kedua-
 dua gambar atas ni masa aku amat tersentuh dengan apa yang menimpa Bumi Palestine....

Sejak 2 tahun lepas aku syok layan main grafik design. Aku bukan grafik designer atau artis grafik. Cuma aku suka tengok karya hasil kerja kawan aku main grafik design ni. Sama tempat kerja. Cuma dia ni jarang layan Photomanipulation. Bila dah slalu tengok kawan aku ni main grafik design aku mula tercari-cari karyawan grafik yang banyak main photomanipulation. Salah sorang yang aku sangat syok layan karyanya adalah Kuku Besi. Pereka poster Filem Merong Mahawangsa terbitan KRU Studios. Kuku Besi juga pemenang untuk Kategori Poster Filem Terbaik dalam Festival Filem Malaysia yang lepas. 







Logo Watermark Untuk Setiap Gambar Yang Aku Tangkap


1st. Trial 

Ada beberapa lagi artis photomanipulation tempatan yang aku suka layan karya diorang. Ada juga aku try layan sesikit tapi standard amatur gile la...hahah..Post Processing yang sangat minimal..maklum la bukan orang seni la katakan. Tapi sejak kebelakangan ni aku dah tak layan sangat sebab banyak komitmen dengan urusan seharian. 



Tapi bulan lepas aku try layan balik sebab aku bercadang untuk register blog aku ni guna domain dot com dan nak start blogging guna Wordpress. Aku design la skit Header untuk blog baru aku tu nanti...hasilnya kat bawah ni la...



0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More