Sunday 1 April 2012

Perhimpunan Baju Merah Di Wisma F.A.M.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Macam mana hujung minggu korang? Enjoy? Bawak famili pegi jalan-jalan? Ada tak yang pegi layan Rock & Blues sempena Rock & Blues IV kat Havana Club Bukit Bintang? Kalau ikut keinginan aku nak jugak pegi. Tapi tak jadi sebab feel untuk aku layan entertainment macam tu dah kurang dan hampir pupus..heheh. Ada tak yang pegi pelancaran komik Super Safee kat Taman Permata petang tadi? Ada? Amacam syok jumpa Safee Sali? Ok..tu antara aktiviti hujung minggu yang diadakan kat area KL. Tapi korang tau tak pertengahan minggu ni iaitu hari Rabu 4 April 2013 nanti akan ada satu aktiviti yang dipanggil Perhimpunan Baju Merah di Wisma F.A.M?

Sebenarnya Perhimpunan Baju Merah ni bukanlah satu aktiviti santai macam aktiviti hujung minggu dan langsung tak sama macam Perhimpunan BERSIH. Tapi Perhimpunan Baju Merah adalah respon para peminat dan penyokong bolasepak Malaysia terhadap situasi dan status terkini arena bolasepak negara. Mesti korang dah tau pasal tindakan yang dikenakan terhadap Tan Sri Anuar Musa yang juga Timbalan Presiden F.A.M.

Perhimpunan Baju Merah ni dipercayai dinaungi oleh penyokong bolasepak dari Pantai Timur dan disokong oleh kebanyakan penyokong bolasepak dari seluruh negara termasuklah Ultras negeri. Perhimpunan yang dikatakan sebagai suara protes terhadap hukuman yang dikenakan terhadap Tan Sri Anuar selepas Tan Sri Anuar membuat kritikan terbuka terhadap perancangan dan prestasi semasa skuad Harimau Malaya yang tak konsisten dan hanya mengadakan perlawanan persahabatan menentang skuad negeri yang beraksi dalam Liga Malaysia.

Pada aku, kritikan Tan Sri Anuar tu ada betulnya. Sepatutnya pihak F.A.M kena berusaha untuk dapatkan perlawanan persahabatan Kelas A. Bukan buat friendly match dengan skuad negeri dan terutama sekali jangan buat eksperimen. Aku bagi contoh sepatutnya masa skuad Harimau Malaya friendly lawan skuad Piala Dunia Australia baru-baru ni, sepatutnya bawa full skuad yang terkuat. Bukan bagi player yang takde pengalaman dalam game antarabangsa. Bila bawa team yang tak mempunyai kekuatan sebenar, pihak lawan akan rasa diperlekeh. Sepatutnya kita appreciate jemputan opponent. Kita bukan lawan team Liga Kampung tapi Harimau Malaya lawan skuad Piala Dunia dan dibarisi player yang main kat liga-liga yang kompetetif kat Eropah nun...

Satu lagi Perhimpunan Baju Merah ni sebagai desakan peminat dan penyokong bolasepak negara yang inginkan perubahan pada organisasi F.A.M terutama sekali pucuk pimpinan F.A.M yang telah menerajui F.A.M sejak tahun 1984. Peminat dan penyokong berpendapat pimpinan sekarang gagal membawa kegemilangan bolasepak negara.

Aku tak pasti samada aku akan join Perhimpunan Baju Merah ni nanti atau tidak. Kalau aku join, ada la update tu nanti...heheh
Published with Blogger-droid v1.7.4

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More