Metallica Live in KL

Adakah impian akan jadi kenyataan?

Metallica Live in KL

Adakah akan disertai The Big 4?.

Safee Sali Bakal ke Bundesliga

Jom tengok selanjutnya.

Team J-League minat Amirul Hadi

Apa pendapat anda?.

Fara Fauzana HotFm Jatuh Cinta?

Jatuh cinta kat siapa?

Friday, 31 August 2012

Senarai Pemain Bolasepak Malaysia Perlawanan Persahabatan Malaysia vs. Vietnam 11 September 2012.

Sempena kembalinya aku blogging kat blog Fauziblues.com, aku cuma akan share senarai pemain bolasepak Malaysia sempena perlawanan persahabatan Malaysia vs. Vietnam 11 September 2012 nanti. Maklumat selanjutnya aku share kat blog fauziblues.com ye...jemput la ke blog fauziblues.com ...sumber info ESPNSTAR.MY

Published with Blogger-droid v2.0.8

Wednesday, 29 August 2012

4 Info Sukan Paling Menarik Hari Ini.

Assalamualaikum...Selamat Hari Raya...memandangkan esok 31 Ogos, aku ucapkan juga Selamat Hari Merdeka ke 55 .. Dua hari lepas game ketiga Piala Malaysia. Ada beberapa keputusan perlawanan Piala Malaysia 2012 yang agak mengejutkan. Tapi takpe..semua tu dah lepas.... Kita cerita benda terbaru dan akan datang.. So aku share 4 info sukan paling menarik hari ini... Sumber dari Blog Haresh Deol, Wartawan Sukan Malay Mail.

1. Pemain Selangor yang pernah training dengan kelab PSV Eindhoven iaitu Asraruddin Putra Omar diintai dua kelab Eropah, Divisyen 5 Sepanyol iaitu yang berpusat di Santander dan OS Belenenses
Kelab Divisyen 2 Portugal. Buat masa ni hanya Internacional FC yang dah buat offer secara rasmi dengan bertanyakan harga serta gaji yang ditawarkan kepada Selangor FA. Belum ada apa-apa tawaran rasmi dari OS Belenenses.

2. Vuvuzela diharamkan!! Johor merupakan negeri pertama di Malaysia haramkan penggunaan vuvuzela kat Stadium Larkin. Dikhabarkan Kelantan akan jadi negeri ke 2 haramkan vuvuzela. Bagus la tu...memekak je ..bukan bleh bagi semangat pun bila dengar bunyi vuvuzela tu.. Negeri lain bila lagi nak haramkan vuvuzela tu???

3. Nazmi Faiz dah score satu gol masa game U19 SC Beira Mar sebelum ni. Semalam Nazmi main dengan skuad utama SC Beira Mar vs. Agueda. Nazmi masuk sebagai pemain gantian pada minit ke 75 dan main sampai habis game. Persefahaman permainan antara Nazmi dan lain-lain pemain utama SC Beira Mar. Insyaallah sebaik sijil sebagai pemain profesional Nazmi dikeluarkan oleh FA Portugal, Nazmi ada peluang cerah untuk beraksi dalam liga utama Portugal, Primiera Liga.

4. Skuad senior bolasepak Malaysia, Harimau Malaya akan beraksi dalam 3 perlawanan persahabatan. Ketiga-tiga game ni dah sah. Terdekat adalah pada 11 September 2012 nanti. Perlawanan persahabatan Malaysia menentang Vietnam akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada jam 8:45 malam. Seterusnya perlawanan lawan Hong Kong dan kemudian kembali lawan Vietnam di tempat lawan pulak...

Terbaru...Zaquan Adha yang tidak tersenarai dalam skuad bolasepak kebangsaan sejak sekian lama, kembali mendapat perhatian Coach Rajagopal. Namanya dilihat berada dalam senarai pemain perlawanan persahabatan lawan Vietnam nanti. Tunggu senarai terkini pemain skuad bolasepak Malaysia yang akan disiarkan kat blog ni nanti...Insyaallah
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, 27 August 2012

ATM Tundukkan Kelantan | Piala Malaysia 2012. | Keputusan Akhir & Muktamad Seri 1-1.

Tu dia...!! Tajuk entri yang agak keterlaluan. Aku harap penyokong skuad bolasepak Kelantan atau pasukan The Red Warriors tak marah. Siapa tak kenal penyokong fanatik team Kelantan terutama sekali penyokong Ultras Kelantan, The Red Mania. Tak dinafikan pasukan bolasepak Kelantan adalah pasukan bolasepak yang terbaik dalam kejohanan bolasepak Malaysia sekarang ni, sambil mendapat sokongan padu dari penyokong Kelantan. Pada aku penyokong Kelantan adalah penyokong pasukan bolasepak terbaik di Malaysia pada ketika ini. Setiap kali pasukan Kelantan bermain...stadium kompom penuh...selamba je. Jadi Kelantan FA boleh dikatakan takkan mengalami masalah dalam generate income melalui kutipan harga tiket. Ok...kita fokus balik kepada tajuk entri ATM tundukkan Kelantan dalan perlawanan ketiga peringkat kumpulan Piala Malaysia 2012.

Perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada jam 8:45 malam ini bakal menyaksikan satu pertembungan yang hebat. Selepas dua game Piala Malaysia 2012, ATM dilihat sebagai satu pasukan yang mantap. Game pertama lawan Kedah 22 Ogos 2012, ATM kalahkan Kedah dengan jaringan 2 - 0. 25 Ogos 2012 pulak...ATM benam Terengganu 2-1. Rekod menunjukkan ATM mempunyai barisan yang seimbang dengan hanya bolos 1 gol sahaja. Pasukan yang dikendalikan oleh bekas Jurulatih Kelantan, B.Sathianathan jelas mempunyai kelebihan di setiap bahagian. Satu lagi kelebihan ATM ialah B.Sathianathan pernah melatih pasukan Kelantan dan tidak mustahil dia kenal dan tau setiap kelebihan dan kekurangan pasukan Kelantan. Lagipun skuad Kelantan yang kini merajai senario bolasepak negara ini dibentuk oleh B.Sathianathan pada 2009. Skuad ATM pula dikatakan sebagai 'dream team' apabila dibarisi oleh beberapa pemain pasukan kebangsaan dan mempunyai penyerang yang berbisa seperti Marlon Alex James dan Hairuddin Omar.

Skuad The Red Warriors pun hebat. Muncul sebagai satu-satunya pasukan dari Malaysia yang layak ke peringkat suku akhir Piala AFC 2012. Juga dibarisi oleh beberapa pemain kebangsaan dan bekas pemain kebangsaan. Nama-nama seperti Apek, Indra Putra, Ghaddar, Subra dan Shakir Shaari juga memperlihatkan keseimbangan pasukan Kelantan. Tapi sejak perlawanan Piala Malaysia bermula, persembahan pasukan Kelantan agak goyah. Hanya menjaringkan 2 gol selepas 2 game apabila menewaskan Kedah 2-1 dan gagal menjaringkan sebarang gol apabila tewas kepada Terengganu 2 - 0. Lebih memedihkan keadaan apabila Daudsu dikenakan perintah keluar padang pada game lawan Terengganu. Mat Yo pula gagal mengembalikan kecemerlangannya sejak kembali pulih daripada kecederaan lututnya. Tetapi kekurangan pada bahagian serangan berjaya diatasi apabila pemain pinjaman Kelantan dari skuad Kuala Lumpur yang berasal dari Perlis, Afiq Azmi jelas mencuri perhatian apabila berjaya menjaringkan dua gol ketika menewaskan Kedah baru-baru ni. Pastinya Bojan Hodak ingin melihat kebangkitan pasukan kendaliannya dan mengembalikan keyakinan penyokong pasukan Kelantan yang dikatakan agak tak gembira dengan persembahan beberapa pemain Kelantan baru-baru ini. Dengan kembalinya beberapa tonggak utama pasukan Kelantan selepas pulih dari kecederaan dan penggantungan, perlawanan Kelantan lawan ATM bakal menghidangkan corak permainan yang mantap setelah Juala Liga Super 2012 dan Juara Liga Perdana 2012 bolasepak Malaysia bertemu malam ini.

Aku menjangkakan perlawanan Kelantan lawan ATM bakal berkesudahan seri 2-2. Saksikan perlawanan Kelantan lawan ATM melalui siaran langsung di Astro Arena 801.

Sumber grafik dari page Facebook Bolasepak Malaysia. Game tamat. Keputusan akhir Kelantan lawan ATM adalah Seri 1- 1. Marlon Alex James utk ATM. Obinna Nwaneri utk Kelantan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Apa Respon Fans Liverpool Bila Tengok Gambar Ni??




 

 
Salam kepada semua.. Hari ni ramai yang mula kerja selepas seminggu Aidilfitri disambut. Aku plak masih cuti. Saja lebihkan sehari cuti raya..heheh.. Tu yang semalam baru balik dari Kuantan tu..lagipun nak elak traffic jamm.. Instinct aku tepat atas izin Allah. Kalau aku gerak balik Putrajaya hari Sabtu, memang aku akan terjebak memeriahkan traffic jamm.. Alhamdulillah..semalam perjalanan lancar.. Tadi sesambil layan Facebook, aku terjumpa satu gambar yang aku tak tau nak kategorikan macam mana. Kreatif ke.. Penghinaan ke.. Penghargaan ke..atau jijik... Susah nak cakap.. Pada peminat atau penyokong team Liverpool, aku tak tau korang nak terima perbuatan pemilik kedai kondom kat Thailand tu macam mana...sebab replika jersi Liverpool direka dengan menggunakan kondom!! Dipahamkan replika Kapten Liverpool, Steven Gerrard pun diorg buat guna kondom jugak...hmmn ..macam-macam diorang ni...Gambar ni dapat dari Facebook Sukan Star..

Thursday, 23 August 2012

Gambar Sambutan Harijadi Nazmi Faiz Di SC Beira-Mar.

Tanggal 16 Ogos 2012, genaplah umur bintang bolasepak muda negara kita, Nazmi Faiz Mansor yang berkelana di bumi Beira Mar, Portugal mencapai umur 18 tahun. Maka secara rasminya Nazmi Faiz bergelar pemain bolasepak profesional Malaysia yang bermain di Eropah. Sambutan harijadi Nazmi Faiz yang dirancang oleh Ultras Auri Negros (Ultras Kuning Hitam) seakan satu kejutan kepada Nazmi. Kita boleh tengok reaksi pada wajahnya sepertimana yang dipaparkan kat dalam gambar. Kelihatan juga Leader Ultras Auri Negros, Artur Cruz bergambar bersama Nazmi Faiz. Gambar sambutan harijadi Nazmi Faiz di SC Beira-Mar memperlihatkan kehadiran Nazmi dalam pasukan SC Beira-Mar adalah amat dialu-alukan dan seakan memberi impak positif dalam pasukan yang hampir terperosok ke liga bawahan di Portugal. Difahamkan Nazmi juga telah menjaringkan satu gol pada perlawanan pertamanya bersama skuad U19 SC Beira-Mar dimana SC Beira-Mar U19 menewaskan lawan dengan jaringan 3-0. Nazmi Faiz disenaraikan di dalam pasukan U19 SC Beira-Mar dan skuad utama SC Beira-Mar. Keutamaan beraksi adalah bersama U19 SC Beira-Mar untuk tahun pertama Nazmi di sana. Insyaallah Nazmi akan beraksi dengan pasukan utama di musim akan datang. Pun begitu menjelang perlawanan kedua Liga Primiera SC Beira-Mar vs. SC Braga pada 25 Ogos 2012 nanti, Nazmi dikhabarkan turun menjalani latihan bersama skuad senior SC Beira-Mar. Adakah Nazmi akan diturunkan pada perlawanan menentang SC Braga nanti? Sama-sama kita tengok perkembangan beliau di sana...sumber gambar FB Nucleo Sector 13 (Ultras Auri Negros)...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, 22 August 2012

Sila Matikan.

Masih lagi mood beraya ke? Dah masuk raya ke 4 dah. Ada yang still syok beraya...bagus la.. Ziarah sedara mara dan kawan-kawan yang lama tak jumpa. Makan-makan, borak-borak dan bermaafan. Ada juga yang dah start kerja hari ni. Tahniah..!! Ibadat juga tu... Aku?? Aku still kat Kuantan. Cuti sampai hujung minggu. Semalam harungi perjalanan lebih 400 km. Beraya satu rumah je. Walaupun satu rumah, ianya tetap bermakna. Letih pun tak habis lagi. Sambil lepak rehat, saja la blogwalking. Cari artikel best-best nak baca blog orang. Baru je blogwalking singgah kat satu blog dan nak komen, tahap keghairahan untuk mulakan langkah seterusnya terbantut. Target aku untuk layan blogwalking 100 blog hari ni terkubur...hahaha..tak agak-agak nak blogwalking sampai 100 blog..ada orang bleh buat..aku?? Blum tahap padu macam tu lagi la.. Punca terbantutnya blogwalking aku ialah sebab WORDS VERIFICATION!! Baru je nak publish komen blog ni dah mintak words verification. Sori la der...gua tak minat kalau ada words verification ni... Sila matikan fungsi words verification kat blog korang la ye..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Kelab Pengkid Malaysia.

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya!!! Kalau diikutkan aku takde perancangan pun nak updtae blog time time raya ni. Idea pun takde. Habis-habis pun mesti entri raya juga yang keluar nanti. Aku rasa sepanjang bulan Syawal ni, mesti penuh entri blog pasal sambutan Hari Raya atau pun pasal aktiviti open house dari blogger-blogger lain. So..aku taknak la tambah entri blog pasal raya.

Aku ada kat Marang, Terengganu sekarang ni. Beraya la..apa lagi kan..tapi sebab kesihatan tak berapa nak cun..batuk je manjang sejak seminggu sebelum raya, mood beraya tak berapa nak padu. Orang lain tengah syok makan kuih raya kat dalan rumah, aku lepak kat sofa kat luar rumah Maksu bini aku..layan batuk..layan Internet. Itu la salah satu kelebihan guna smartphone terutama sekali Samsung Galaxy S2!! Heheh...layan internet tak perlu keluarkan suara... Layan tengok keywords yang menyebabkan orang singgah ke blog aku ni.. Agak mengejutkan apabila keyword KELAB PENGKID MALAYSIA tersenarai dalam keyword list. Perghh... Sampai macam tu sekali..teruk sangat ke senario aktiviti songsang kat negara kita ni? Hari tu blog ariffshah.com pun cerita pasal PENGKID. Kali ni keyword berkaitan aktiviti songsang singgah ke blog aku...heran?? Aku pun heran juga.. Kenapa aktiviti songsang ni menjadi pilihan masyarakat Malaysia? Apa yang mampu aku lakukan demi membendung kegiatan yang tak bermoral dan salah disisi undang- undang negara terutama sekali melanggar ajaran Islam? Apa yang pemimpin negara kita patut buat? Sesungguhnya sukar untuk aku berbuat sesuatu untuk membendungnya. Apa yang aku boleh buat hanya berdoa agar kegiatan macam tu padam di negara kita seterusnya lenyap dari muka bumi ini. Insyaallah....
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, 17 August 2012

Punca Tak Dapat Buffered Earning.

Assalammualaikum...Salam sejahtera. Salam Hari Raya. Insyaallah esok kita sambut Hari Raya Aidilfitri..apa apa hal tunggu pengumuman Hari Raya sebab petang ni nanti baru tengok anak bulan Syawal yang akan tentukan tarikh Hari Raya Aidilfitri. Warga kota ramai yang dah sampai di kampung halaman. Ramai juga yang masih dalam perjalanan dan terjebak dalam kesesakan kat highway. Rata-rata aku tengok kat timeline twitter bagitau sesak bumper to bumper. Aku pulak still kat Putrajaya. Tengah layan DVD Tron!! Sambil tu buka page Nuffnang. Saje nak tengok traffic blog sesak ke tak sesak. Seperti yang dijangka, traffic blog lancar. Tak banyak pengunjung. Mungkin sebab mood raya dah menjelma. Takkan nak layan blog plak kan...mesti la orang tengah prepare persiapan sambut Hari Raya. Usha Earnings Nuffang pulak. BE ke 15 dan 16 dah jadi Metered Earnings. Dah agak dah. Salah satu tips untuk tau Buffered Earnings akan jadi Metered Earnings ialah earning tu takkan bergerak jumlahnya dalam tempoh seminggu. Tapi alhamdulillah..BE ke 17 atau BE yang ke 9 untuk tahun 2012 ni still running. Cuma tak selaju highway LPT sebelum Hari Raya. Yang tak bestnya, tertengok plak kat status Glitterati bertukar Non-Glitterati. Dengan bertukarnya ke status Nin-Glitterati jafi Punca tak dapat Buffered Earnings padahal aku tengok ramai bloggers dah dapat BE baru dari Nuffnang. Ramai yang dapat BE dari John MAster. Ni gara-gara aku test letak iklan affiliates la ni...aku terlupa pulak pantang Nuffnang dimadukan dengan letak iklan pesaing dari Asia terutama sekali dari Malaysia. Tanpa banyak soal, aku remove la iklan affiliates tu. Takde hal...lagipun aku test je... Aku harap dalam tempoh 48 jam spider bot Nuffnang crawling tengok takde ads lain selain dari ads Nuffnang kat blog aku ni...dapat la Nuffnang bagi BE kat sini...heheh
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, 16 August 2012

Karangan Budak Sekolah Rendah.

Tajuk Karangan : Saya Seorang Terrorist Sebenar.
Darjah 6 Anggerik.
Tidak melebihi 100 patah perkataan.

Nama saya Fauzi. Saya tinggal dekat dengan Nenek dan Atok saya Kg. Cheras Baru. Dekat Kuala Lumpur. Saya nak cerita pasal diri saya. Saya seorang terrorist sebenarnya. Nak tau kenapa saya cakap saya sorang terrorist? Baiklah, mari saya ceritakan.

Masa saya 5 tahun, saya dah pergi perang. Saya cakap ni betul sebab saya pergi perang dengan Sharil, dengan Abang Rasyid, dengan Abang Sepul. Saya selalu perang kat belakang rumah nenek saya. Senjata kami adalah tanah liat yang dah keras dan kering. Tanah liat kering yang kecik ialah peluru mesingan. Tanah liat kering yang besar ialah bom. Saya jarang guna bom sebab selalu saya tembak guna mesingan mesti kena tepat. Terror tak saya? Terror kan? Bila terror skit lagi, saya buat mesingan M16 pakai kayu. Atok saya ajar macamana nak buat. Kira atok saya pun terrorist la kan.

Bila umur saya 7 tahun, saya mula sekolah masuk darjah satu kat S.R.K Jalan Pasar kat Pudu. Saya masuk sekolah tadika 3 hari je masa umur 6 tahun. Lepas tu tak pegi dah. Terus masuk darjah satu. Terror kan? Saya sekolah kat Pudu tu sampai dah lima. Kat sekolah tu ramai budak Cina. Terror kan? Sebab tak ramai budak Melayu kat sekolah tu. Budak Cina kan terror Kung Fu, kira saya terror la sebab boleh kawan dengan geng Kung Fu. Tiap kali masa rehat saya akan main bola cop kat padang sekolah. Padang sekolah saya besar. Habis seluruh padang kami berlari sebab nak elak dan kejar budak lain yang nak kena cop tu. Terror kan? Setiap balingan saya mesti budak tu kena cop kat kepala. Padan muka. Terror kan?

Darjah 3 saya dapat main bola untuk Zon Pudu. Padahal saya tak main bola untuk sekolah pun. Saya terus main dengan budak-budak sekolah lain yang umur 10 dan 11 tahun. Terror kan? Kalau Atok saya tak dapat hantar saya pergi training bola kat padang sekolah, saya pergi training jalan kaki je dari Kg. Cheras Baru sampai Pudu. Jauh jugak tu. Kena lalu kubur, lalu Flet tinggi, lalu stadium badminton, lalu tokong cina lepas tu baru sampai kat padang sekolah saya. Terror kan sebab lalu kat kubur? Budak lain tak berani pun..

Bila umur saya dah 12 tahun, saya tinggal dengan Abah dan Emak saya pulak kat Taman Melawati. Abah masukkan saya kat S.R.K Taman Melawati. Sekolah tu campur budak lelaki dan perempuan. Masa sekolah kat Pudu dulu semuanya budak lelaki. Lagi sekali saya rasa saya terror. Yelah, sekarang saya dah ada geng perempuan pulak. Kira lagi ramai la bila lelaki campur perempuan. Boleh lawan geng Kung Fu pulak. Masa sekolah kat Taman Melawati tu, ada team bola nama Killer Bees. Saya dapat main dengan team Killer Bees. Team tu terror jugak. Semua team yang lawan Killer Bees semuanya kalah. Padan muka team lain sebab tak ajak saya join team diorang. Kan dah kalah..saya kan terror.

Akhirnya, saya nak tanya betul tak saya terrorist? Sebab saya tak boleh cerita lagi panjang. Cikgu cakap jangan lebih 100 patah perkataan. Ini pun dah lebih dah agaknye. Takpe, Cikgu tau saya terrorist. Takkan cikgu nak marah saya.

"Karangan ini adalah untuk Contest anjuran Abang Ensem dan Zarul Umbrella dan disponsor oleh Azri[Dot]My.

Pesanan utk penganjur " kalau saya menang, tolong bank-in terus ke akaun Brader ni. Beliau lebih memerlukan. Let's pray to #SaveJejai. INSYAALLAH.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, 14 August 2012

9 Tips Keselamatan Tinggalkan Rumah Semasa Hari Raya | Part 2.

Ok... Semalam kita dah cerita tips keselamatan tinggalkan rumah semasa Hari Raya. Tapi yang semalam tu baru first part. Aku share 5 tips je dulu. Korang Boleh klik Sini UNtuk baca tips 1st Part tu! Dalam entri ni aku share baki 4 tips bagi melengkapkan 9 tips keselamatan tinggalkan rumah semasa Hari Raya atau semasa korang bercuti untuk satu tempoh yang panjang. Jom kita sambung ke tips yang seterusnya...

6. Pastikan barang kemas dan barang berharga disimpan kat tempat yang selamat. Kena pula ramai yang kaya-kaya skang ni. Ramai yang dah ada jongkong emas dan perak, laptop, intan berlian. Untuk pelaburan katanya. Sila pastikan pelaburan korang betul-betul selamat. Demi persediaan masa depan kan...? Kalau boleh pi la sewa peti simpanan keselamatan yang ada kat bank-bank terpilih atau syarikat persendirian yang sediakan servis tu.

7. Pada yang ada buat langganan suratkhabar dari mamak suratkhabar yang hantar suratkhabar setiap pagi kat rumah korang, sebaiknya stop dulu. Sementara je... Bagitau kat mamak suratkhabar tu yang korang nak stop sementara. Kalau tak stop, maknanya korang dengan secara murah hati dah bagitau kat penyangak bahawasanya takde orang kat rumah korang tu.

8. Inform Polis pasal korang takde kat rumah sebab cuti panjang. Tinggalkan sekali info korang contohnya nombor kenderaan korang, contact nombor korang, nama penghuni rumah korang, tarikh ketiadaan korang. Ini memudahkan Polis untuk mengesan sebarang perkara yang mencurigakan sekiranya Polis buat rondaan ke rumah korang.

9. Last sekali, kalau ada kemampuan dicadangkan korang untuk subscribe insuran untuk tempoh ketiadaan korang. Mana la tau kot-kot terbakar ke...penyangak pecah masuk rembat barang kat rumah korang ke at least boleh la kurangkan beban kerugian yang ditanggung kalau terjadinya malapetaka yang tak diduga sepanjang ketiadaan korang tu...

Itu dia ... Maka lengkaplah 9 tips keselamatan tinggalkan rumah semasa Hari Raya atau untuk bercuti panjang yang aku share dengan korang. Tips ni pun aku dapat dari kawan aku yang share info dari pihak Polis. Kalau korang ada tips tambahan, sila tinggalkan kat ruangan komen....akhir kata
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...BERHATI HATI SEMASA MEMANDU...
JAGA MAKAN MINUM...JANGAN MAIN BEDAL AJE YE...Hehehe...

Boleh klik Sini UNtuk baca tips 1st Part tu!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Jemputan Jamuan Berbuka Puasa Dari Dato' Lee Chong Wei.

Nampaknya Dato' Lee Chong Wei ingin berkongsi kejayaan beliau pada Sukan Olimpik London 2012 dengan menjemput lima peminat Dato' Lee Chong Wei yang beragama Islam untuk ke jamuan berbuka puasa bersama Dato' Lee Chong Wei. Majlis jemputan berbuka puasa bersama Dato' Lee Chong Wei dijadualkan pada 16 Ogos 2012 pada jam 7:00 malam. Namun venue majlis tersebut belum diumumkan. Jemputan buka puasa bersama Dato' Lee Chong Wei dibuat di laman sosial Facebook milik beliau. Peminat yang ingin hadir pada majlis tersebut hanya perlu membalas komen pada ruangan komen Facebook Dato' Lee Chong Wei yang berbunyi "Saya ingin menghadiri Jamuan Buka Puasa bersama Dato' Lee Chong Wei kerana....." 5 Komen yang paling kreatif dikira sebagai pemenang seterusnya akan menerima jemputan buka puasa bersama pemenang pingat Perak badminton Olimpik London 2012. Setiap pemenang berpeluang bawak seorang rakan hadir bersama dalan majlis tu.... So..kepada peminat Dato' Lee Chong Wei apa lagi tunggu...cepat la...Aku cadaangkan kalau boleh Dato' Lee Chong Wei jemput keluarga Mualaf 18 beranak dari Rawang tu ke majlis tu sekali. Dalam masa yang sama beri sebahagian dari wang tunai hasil dari kemenangan beliau kepada keluarga tersebut untuk buat persiapan Hari Raya yang tak berapa lama je lagi...Sedih baca kisah keluarga tu kat Harian Metro semalam. Keluarga tu tak pernah sambut Hari Raya sejak 20 tahun lalu....Aku harap DLCW baca cadangan aku ni...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, 13 August 2012

9 Tips Keselamatan Tinggalkan Rumah Semasa Hari Raya.

Insyaallah hujung minggu ni semua umat Islam kat Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Macam biasa setiap kali tiba musim perayaan terutama sekali Hari Raya majoriti penghuni kota akan balik kampung. Lembah Kelang atau secara spesifiknya bandaraya Kuala Lumpur dan sebahagian Selangor akan lengang. Situasi ini seakan memberi peluang kepada golongan penyangak untuk beraksi mencari 'rezeki'. Untuk entri kali ni aku share dengan korang 9 tips keselamatan tinggalkan rumah semasa Hari Raya atau semasa bercuti.

Tips ni boleh diamalkan pada bila-bila masa bila kita plan nak bercuti dalam tempoh yang lama. Tak nak cerita panjang, jom kita tengok 9 tips keselamatan tinggalkan rumah untuk balik kampung sempena Hari Raya nanti.

1. Tips yang pertama ni benda biasa tapi sering dipandang remeh. Gunakan padlock yang tahan umpil, yang padu skit. Jangan la pakai yang jenis biasa-biasa. Laburkan sikit duit untuk protect harta yang lebih bernilai dalam rumah tu..

2. Pasanglah alat kunci tambahan selain padlock tu tadi. Tambahlah rantai kat pintu pagar. Guna je yang besar kapal pun takpe..

3. Gunalah auto timer untuk nyalakan lampu bahagian depan dan belakang rumah. Kalau untuk rumah flat atau apartment memadai guna auto timer untuk nyalakan lampu bahagian ruang tamu. Setkan lampu agar diaktifkan pada jam 6:30 petang sampai 7:00 pagi. Pada yang berkemampuan, pasanglah alarm system..

4. Inform la jiran berdekatan yang tak balik kampung tu tarikh ketiadaan korang. Bagi sekali contact nombor handphone korang agar mudah dihubungi kalau ada emergency kat rumah korang.

5. Pada korang yang ada bela binatang, sebaiknya bawak la sekali. tapi kalau keadaan tak mengizinkan korang untuk bawak sekali, korang boleh tinggalkan kat pusat jagaan haiwan peliharaan. Jangan tinggalkan macam tu je...mati kebulur pulak binatang kesayangan korang tu..

Boleh tak aku share baki lagi 4 tips tu dalam entri esok...? Sori ye...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Berhati-hati Semasa Blogging.

Sejak aku mula blogging kat blog Pesta Irama Jiwa tahun lepas, aku perasan sesuatu yang tak berapa best dalam dunia blogging ni. Ada beberapa entri blog yang seakan ditulis dan disiarkan tanpa memperdulikan etika penulisan. Aku takde la cakap yang aku tulis blog ikut etika penulisan blog. Aku pun tak tau apa etika dalam penulisan blog ni. Cuma aku sentiasa cuba untuk berhati-hati semasa blogging.

Maksud aku aku cuba untuk bikin entri yang tidak menyentuh sesuatu yang lucah atau menyinggung seseorang. Sebab utama ialah aku tak nak aku akan dipersoalkan semasa di dunia dan di akhirat nanti terutamanya. Aku pernah pesan kat salah satu entri blog ni..kalau aku ada bikin entri yang mengarut macam entri blog lucah atau menyinggung sesiapa, tolong tegur aku. Aku yakin kebanyakkan blogger cuba menulis dan berkongsi dengan ikhlas serta dalam masa yang sama cuba untuk generate income melalui blog. Tak banyak, sikit harapan tu mesti ada kan...

Bila nak generate pendapatan melalui blog, kita kena hati-hati dalam menulis supaya pendapatan yang diperolehi tidak tergolong dalam kategori 'kotor'. Takkan nak makan dan sara keluarga dengan pendapatan 'kotor'. Yang paling utama kita takkan dipersoalkan dikemudian hari. Sebab kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap perbuatan kita termasuklah penulisan kita diakhirat nanti.

Entri ni aku consider sebagai peringatan kepada diri aku sendiri dan juga bloggers lain...janganlah sebab nak kejar traffic yang tinggi sekaligus generate income melalui blog yang lumayan, kita sanggup membelakangkan etika dan garis keagamaan. Berhati-hati semasa blogging.....
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, 11 August 2012

BE ke-17!!! Terima Kasih Nuffnang!!!

Alhamdulillah...syukur rezeki bertambah lagi. Terima kasih Nuffnang dan adevrtiser yang menyaksikan iklan Step Up Expandables 2 melekat kat blog Pesta Irama Jiwa ni. Dengan melekatnya iklan Step Up Expandables 2 kat sini menjadikan ianya BE ke-17!!! secara keseluruhannya yang pernah blog ni dapat sejak blogging secara serius setahun lepas. Secara serius tu bukan bermaksud aku jadi fulltime blogger, tapi boleh dikatakan setiap hari aku akan usaha cari idea untuk update blog. Update blog kat sini ataupun kat blog baru aku, http://www.fauziblues.com.

Walaupun dah hampir sebulan aku tak update blog ni sebelum semalam la maksud aku, Alhamdulillah, Nuffnang dan advertisers tetap bermurah hati pilih blog Pesta Irama Jiwa untuk bagi Buffered Earnings (BE). Walaupun sebenarnya aku lebih mengharapkan supaya Nuffnang dan advertisers pilih blog fauziblues.com, aku tetap bersyukur ...sekurang-kurangnya aku tetap dapat BE kat sini. At least aku still boleh blogging dalam masa blog fauziblues.com tak boleh access sebab bandwidth reached limit. Nak tak nak terpaksalah aku tunggu domain bandwidth provider akan auto reset bandwidth setiap 1 haribulan.

Pada semua followers, pembaca, haters dan bloggers yang singgah kat blog Pesta Irama Jiwa ni, aku jemput korang untuk ke blog rasmi aku di http://www.fauziblues.com kalau korang tengok takde entri terbaru kat blog Pesta Irama Jiwa ni ye...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, 10 August 2012

Janji Kerat Punya Pasal.

Memandangkan blog yang baru aku guna dan register atas domain fauziblues.com tak boleh di access sebab bandwidth dah lebih, terpaksa la aku buat entri ni kat sini balik. Nasib baik aku tak delete blog ni lagi..heheh..ada gunanya jugak. Bagi blogger yang guna self hosted domain kalau bandwidth dah capai limit ni lepas tu tak bleh nak update blog dengan entri baru, dah kira macam kena malapetaka je...hahaha..Uishh..tak baik la cakap macam tu..hehhe..ok aku tarik balik kata-kata aku tu...Entri ni cerita pasal status Facebook janji kerat punya pasal.

Gara-gara bergurau kat Facebook, sorang brader, Johari Pain terkena tempias tuntutan janjinya sendiri. Johari Pain mengatakan dia berani kerat kemaluannya kalau Pandalela Rinong menang pingat pada saingan akhir acara terjun platform 10m Olimpik London baru-baru ni. Aku rasa korang pun dah tau pasal kisah ni. Kena pulak dah masuk suratkhabar. Sinar Harian dah siarkan perkara ni dengan tajuk 'Peminat Pandalela Tuntut Janji Kerat'.

Tujuan aku post entri bukan nak ulas pasal kes kerat-mengerat kemaluan ni. Tapi aku nak tegur lagi media..terutama sekali Sinar Harian yang siarkan artikel ni. Apa perlu ke siarkan kes macam ni? Sinar Harian sedar tak apa kemungkinan yang akan jadi kepada Johari Pain selepas artikel janji keratnya disiarkan kat suratkhabar korang? Kalau tak sedar meh sini aku nak bagitau.

1st..aku takde kena mengena dengan Johari Pain. Walupun takde kena mengena aku rasa aku patut tegur..Gini, korang sedar tak dengan tersiarnya artikel janji kerat Johari Pain, boleh menyebabkan Johari Pain rasa tertekan. Ada kemungkinan tekanan yang dialami menyebabkan Johari Pain bertindak melulu sekali lagi. Sama seperti dia bergurau kerat kemaluannya sendiri. Kita boleh tengok bila dia update status Facebooknya dengan gurauan macam tu, kita tau dia update tanpa berfikir dengan rasional. Sebab tertekan dengan apa yang dah jadi ni..kalau dia kerat jugak macam mana??!! Korang yang bertanggungjawab siarkan artikel kat Sinar Harian tu nak bertanggungjawab??!! C'mon laa..takkan benda macam ni pun korang tak boleh pikir.. Mana etika kewartawanan korang?? Banyak lagi benda yang boleh korang siarkan.. Jangan la sebab nak lariskan jualan korang siarkan artikel macam ni...Kami perlu maklumat sahih dan membina..

Aku harap peminat Pandalela Rinong sedia maafkan Johari Pain...lagipun Johari Pain dah minta maaf diatas ketelanjuran gurauan dia tu...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More