Friday 10 August 2012

Janji Kerat Punya Pasal.

Memandangkan blog yang baru aku guna dan register atas domain fauziblues.com tak boleh di access sebab bandwidth dah lebih, terpaksa la aku buat entri ni kat sini balik. Nasib baik aku tak delete blog ni lagi..heheh..ada gunanya jugak. Bagi blogger yang guna self hosted domain kalau bandwidth dah capai limit ni lepas tu tak bleh nak update blog dengan entri baru, dah kira macam kena malapetaka je...hahaha..Uishh..tak baik la cakap macam tu..hehhe..ok aku tarik balik kata-kata aku tu...Entri ni cerita pasal status Facebook janji kerat punya pasal.

Gara-gara bergurau kat Facebook, sorang brader, Johari Pain terkena tempias tuntutan janjinya sendiri. Johari Pain mengatakan dia berani kerat kemaluannya kalau Pandalela Rinong menang pingat pada saingan akhir acara terjun platform 10m Olimpik London baru-baru ni. Aku rasa korang pun dah tau pasal kisah ni. Kena pulak dah masuk suratkhabar. Sinar Harian dah siarkan perkara ni dengan tajuk 'Peminat Pandalela Tuntut Janji Kerat'.

Tujuan aku post entri bukan nak ulas pasal kes kerat-mengerat kemaluan ni. Tapi aku nak tegur lagi media..terutama sekali Sinar Harian yang siarkan artikel ni. Apa perlu ke siarkan kes macam ni? Sinar Harian sedar tak apa kemungkinan yang akan jadi kepada Johari Pain selepas artikel janji keratnya disiarkan kat suratkhabar korang? Kalau tak sedar meh sini aku nak bagitau.

1st..aku takde kena mengena dengan Johari Pain. Walupun takde kena mengena aku rasa aku patut tegur..Gini, korang sedar tak dengan tersiarnya artikel janji kerat Johari Pain, boleh menyebabkan Johari Pain rasa tertekan. Ada kemungkinan tekanan yang dialami menyebabkan Johari Pain bertindak melulu sekali lagi. Sama seperti dia bergurau kerat kemaluannya sendiri. Kita boleh tengok bila dia update status Facebooknya dengan gurauan macam tu, kita tau dia update tanpa berfikir dengan rasional. Sebab tertekan dengan apa yang dah jadi ni..kalau dia kerat jugak macam mana??!! Korang yang bertanggungjawab siarkan artikel kat Sinar Harian tu nak bertanggungjawab??!! C'mon laa..takkan benda macam ni pun korang tak boleh pikir.. Mana etika kewartawanan korang?? Banyak lagi benda yang boleh korang siarkan.. Jangan la sebab nak lariskan jualan korang siarkan artikel macam ni...Kami perlu maklumat sahih dan membina..

Aku harap peminat Pandalela Rinong sedia maafkan Johari Pain...lagipun Johari Pain dah minta maaf diatas ketelanjuran gurauan dia tu...
Published with Blogger-droid v1.7.4

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More