Metallica Live in KL

Adakah impian akan jadi kenyataan?

Metallica Live in KL

Adakah akan disertai The Big 4?.

Safee Sali Bakal ke Bundesliga

Jom tengok selanjutnya.

Team J-League minat Amirul Hadi

Apa pendapat anda?.

Fara Fauzana HotFm Jatuh Cinta?

Jatuh cinta kat siapa?

Saturday, 10 September 2011

Awek Baru.

Semalam 9 September 2021, tepat pukul 3 petang wife gua selamat melahirkan seorang awek. Awek yang dilahirkan dengan berat 3.05kg selamat dilahirkan kat Pusat Perubatan Naluri, Wangsa Maju. Berbeza dengan 2 orang hero yang wife gua lahirkan sebelum ni. Dulu Aiman & Arshad dilahirkan secara normal, tapi kali ni anak gua yg ketiga ni terpaksa dilahirkan secara pembedahan caesarean sebab kedudukan anak gua songsang, kepala kat atas. Kali ni betul betul buat gua risau. Macam macam kemungkinan singgah kat kepala gua.

Masa pembedahan tu, gua join temankan wife gua kat OT Room tu. 1st. Time gua tengok orang kena bedah walaupun sebelum ni dah banyak kali gua masuk OT Room, tapi tak penah tengok orang kena potong. Doctor pun bagi greenlight untuk gua amik gambar. Cuma gua kaget punya pasal, satu gajet pun gua tak bawak masuk OT Room.

Gua tengok Doctor Zanariah tu buat kerja macam mekanik tengah repair keta. Selambe je...kalau nak cite memang panjang. Gua pendekkan je la ye...

Sebaik je doctor keluarkan baby dari perut wife gua, gua terasa macam nak nangis je...gua bersyukur anak gua yang ketiga ni sihat dan cukup sifat walaupun dalam kandungan posisi songsang. Tu yang buat gua macam nak nangis... Pastu lepas semua dah settle gua azan dan iqamatkan pada anak gua yang ketiga ni. Dan dengan rasmi gua namakan anak gua dengan nama NURAIAN AWATIF dan dah tentu dibintikan dengan nama gua....

Malam ni gua temankan wife gua bermalam kat wad Pusat Perubatan Naluri. 2 hero gua plak tido kat rumah kakak gua. Thanx pada kakak dan abang ipar gua yang banyak tolong gua.....
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, 7 September 2011

CF Apartment Springville Ukay Perdana

Setelah hampir 9 tahun gua beli rumah apartment Springville kat Ukay Perdana, gua dapat info yang terbaik sebagai hadiah Hari Raya tahun ni. Budak-budak lain enjoy, seronok main bunga api...bakar mercun yang pada gua diorang seronok bakar duit mak bapak diorg, gua pulak seronok dapat tahu tak lama lagi gua akan dapat kunci apartment yang dah lama gua beli tu. Untuk makluman kepada pembeli-pembeli unit apartment Springville tu, saya mengisytiharkan bahawa Master CF Springville Apartment Ukay Perdana telah dikeluarkan oleh pihak MPAJ. Master CF dah siap tandatangan 22 August 2011.


Maka perancangan gua untuk jadikan rumah gua sebagai rumah pelacuran  sewa semakin hampir. Perancangan yang telah diubah selepas gua start tumpang tinggal kat rumah gomen kat Putrajaya ni. Padahal dulu gua nak tinggal kat apartment tu lepas kawin. 


Maklumat terkini gua dapat tau, kemungkinan besar kunci kejayaan  unit apartment Springville akan diserahkan pertengahan September 2011 atau selewat-lewatnya hujung September 2011. APa apa hal pun, kita tunggu je.....

Sunday, 4 September 2011

Terpikat Kat Awek Korea Dari Galaxy S-TWO.

Pada  gua Raya tahun ni memang Raya Rabak la. Mana tak nya, matlamat gua untuk  bertahan sampai hujung tahun ni daripada tukar handphone baru tak tercapai.  Semuanya gara gara handphone gua yang bernama incik Sony Bin Ericsson berjaya  dalam percubaan bunuh diri buat kali ke 28!!!...

Sehari sebelum raya gua  terpaksa sediakan duit hantaran untuk meminang 'awek' korea bernama cik Samsung.  Tapi gua nak maklumkan yang gua bukan peminat k-pop...gua takkan terjebak mcm  budak budak yang ala ala menangis teresak esak mcm lagu k-pop kalau tak dapat  tengok konsert k-pop.

Matlamat gua untuk tunggu handphone cap buah Apple kena gigit yang  pertama sejak pemerintahan Tim Cook tak tercapai. Lepas gua buat kira kira depan  tokey cik Samsung, gua nekad melamar cik Samsung. Kejap lagi gua tangkap gambar  cik Samsung yang datang dari Galaxy S2 untuk tatapan korang...gua harap jangan  ada yang tak puas hati kat gua plak sbb gua berjaya melamar cik Samsung. Sebab  sebenarnya, gua terpaksa melamar 'awek' korea bernama cik Samsung dari Galaxy  S2...tapi gua ngaku mmg gua terpikat dgn 'kegebuan wajahnya'...




Gambar Muka depan 'Awek Korea' cukup la...Mana boleh share 'Awek Korea' ni dengan orang lain...Kalau nak, pergi la pinang sendri....

Published with Blogger-droid v1.7.4

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More