Metallica Live in KL

Adakah impian akan jadi kenyataan?

Metallica Live in KL

Adakah akan disertai The Big 4?.

Safee Sali Bakal ke Bundesliga

Jom tengok selanjutnya.

Team J-League minat Amirul Hadi

Apa pendapat anda?.

Fara Fauzana HotFm Jatuh Cinta?

Jatuh cinta kat siapa?

Sunday, 29 January 2012

Modal RM50 Jadi RM35,000!!!

Gua pun nak join bloggers lain juga nak cerita pasal Anugerah Juara Lagu 26 malam tadi. Cuma gua takde la nak cite pasal senarai pemenang AJL26 atau komen pasal lagu-lagu yang masuk Final AJL 26 tu. Walaupun gua tau pasal muzik, tapi gua tak nak sentuh. Sebab gua tau ciput je, biarlah yang lebih arif buat kerja tu. Gua cuma nak cite tempias skit je pasal AJL26. Pasal dengan modal RM50 jadi RM35,000!!!


Lain - lain Info         Info F1          Info MPV         Info Haiwan           Info Seni Tatoo


Korang jangan tak percaya Hafiz AF7 yang menyanyikan lagu Awan Nano komposernya M.Nasir dan lirik oleh Buddey Hekayat hanya mengeluarkan modal sebanyak RM20 untuk T-shirt dan RM30 untuk track bottom pada persembahan AJL26 malam semalam. Takde penambahan prop dan hanya Wak Herman Tino yang berlakon sebagai ayah kepada Hafiz AF7. Tak pasti la berapa Wak Herman Tino dapat bayaran.


Artis-artis lain gah dengan macam-macam gaya persembahan yang gua pasti memerlukan modal yang agak besar. Takpe...semua tu usaha. Takde masalah pun...Tapi Hafiz membuktikan apakah AJL yang sebenarnya, iaitu pertandingan lagu terbaik. Yang bertanding adalah komposer dan penulis lirik. Penyanyi hanya menjalankan tanggungjawab untuk deliver nyanyian pada tahap yang terbaik. Nyanyian dan penghayatan memberi impak tambahan kepada jiwa lagu yang dipertandingkan.


Tahniah kepada pemenang dan semua yang bertanding!!! Semua adalah pemenang..tiada pengalah...heheh...


Lain - lain Info         Info F1          Info MPV         Info Haiwan           Info Seni Tatoo

P/s: Baju awek-awek yang pi AJL lagi mahal dari pakaian Hafiz semalam..tapi sayang, tak cukup kain dan tak memberi hasil lumayan macam Hafiz dapat...hahaha...


P/s lagi... M.Nasir adalah bekas Bos gua dulu....heheheh....
Published with Blogger-droid v1.7.4

Komuniti Blogger Kena Hack

Apa projek korang hari Ahad ni? Setakat jam 7:26 malam ni iaitu waktu blog ni diupdate, gua xde apa-apa projek. Pada hal kalau ikut perancangan gua, pagi hari ni gua nak bawak anak-anak gua mandi kolam kat Dewan Komuniti Presint 9 Putrajaya. Tapi sebab anak-anak gua bangun lambat, gua postpone la ke petang. Tapi bila dah petang, gua terpaksa membatalkan plan gua bawak diorg mandi kolam sebab anak gua yang no. 2 tu taknak siapkan kerja sekolah. Nasib la kan...kira kena denda la. Ok apa...daripada gua denda RM500 kan...? Hehe..


Lain - lain Info         Info F1          Info MPV         Info Haiwan           Info Seni Tatoo

So, petang-petang ni sambil gua baring-baring sambil mengharapkan bini gua bikin cekodok atau goreng keropok, gua layan la baca blog orang..blogwalking la tu. Gua usha innit je. Sekali tu gua nampak la alongxp bikin entri pasal ping aggregiator yang biasa dia guna. Ada 6 ping aggregiator kalau tak silap. Salah satu yang agak menggoda mata gua adalah Komuniti Blogger. Gua kurang periksa plak kenapa Komuniti Blogger menggoda mata gua. Goda la Shila Amzah ke...Ning Baizura ke...Fazura ke...Hattan ke..Najwa Latif ke...ok..x relevan..gua admit..


Gua pun try la usha Komuniti Blogger guna Smartphone Samsung Galaxy S2... Tapi sebelum tu gua nak bisik skit..Samsung Galaxy S3 nak launch dah tak lama lagi..ok..balik ke jalan yang benar..gua buka Internet browser kat S2 gua lantas menyentuh huruf Komunitiblogger.com satu persatu dengan penuh ghairah kat skrin S2 ni. Web Komuniti Blogger pun dipaparkan setelah gua tunggu detik-detik yang menghairahkan Datin Ghairiah...tapi gua dikecewakan sebab yang keluar adalah web Komuniti Blogger kena hack!!!...Demmm!! Tindakan gua seterusnya ialah gua bikin entri ni...


Lain - lain Info         Info F1          Info MPV         Info Haiwan           Info Seni Tatoo

P/s: gua tak dapat makan cekodok mahupun keropok sampai skang sebab bini gua layan baby gua nak susu....redha....
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, 26 January 2012

Punca Khairul Fahmi Apek Hilang.

Susulan kepada entri aku sebelum ni pasal Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek tak muncul pada hari pertama latihan pusat Skuad Olimpik Malaysia. Aku sure ramai yang dah tau apa punca Khairul Fahmi Apek hilang atau perkataan yang lebih sesuai tidak hadir hari pertama training hari tu. Tapi atas rasa tanggungjawab dan aku patut buat entri susulan demi memastikan tidak timbul kata-kata seolah-olah berat sebelah, aku patut buat satu entri bagi menjelaskan punca apa yang berlaku sebenarnya. Aku tak nak la sekadar jawab kat komen entri sebelum ni kan...


Lain - lain Info         Info F1          Info MPV         Info Haiwan           Info Seni Tatoo

Sebenarnya masalah komunikasi antara Apek-Kelantan FA-FAM yang menjadi punca ketidakhadiran Apek pada sesi latihan yang pertama hari tu. Apek tak sure bila tarikh sebenar sepatutnya dia kena daftar diri samada selepas game lawan KL atau sebelum game. Itu je masalahnya. Aku harap masalah remeh macam ni tak jadi lagi. Maklum la semuanya profesional kan...Apek pun skang nak fokus pada game lawan Bahrain tak lama lagi.


So tak timbul masalah peribadi yang melanda atau jadi punca Apek tak datang training hari tu....kira settle la...


Lain - lain Info         Info F1          Info MPV         Info Haiwan           Info Seni Tatoo
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, 25 January 2012

Khairul Fahmi a.k.a Apek Tak Muncul

Coach Ong Kim Swee bingung apabila Skuad Olimpik Malaysia yang mula menjalani latihan pusat sempena Kelayakan Olimpik semalam dihadiri oleh semua player tapi Khairul Fahmi a.k.a Apek tak muncul. Pening kepala Ong Kim Swee sebab latihan semalam merupakan permulaan Ong Kim Swee untuk nilai prestasi setiap player. Difahamkan Apek tak muncul tanpa ada sebarang makluman dari pihak Apek sendri atau pun Kelantan FA. Dah la tak berapa lama lagi ada game dengan Bahrain kat Manama 5 Februari 2012 nanti. Memang terkejut la Ong Kim Swee bila Apek tak muncul-muncul. Tapi Ong Kim Swee masih bagi chance kat Apek dan tak nak komen apa-apa bila ditanya apa tindakan yang akan diambil ke atas Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apek.


Gua harap Apek takde apa-apa masalah. Sekaligus menyelesaikan persoalan kenapa Apek tak muncul untuk latihan pusat. Demi strategi yang akan direncana oleh Ong Kim Swee untuk memastikan Skuad Olimpik Malaysia layak ke Olimpik London tahun ni.

Blogger Adalah Usahawan.

Aku harap jangan ada yang melenting atau melatah lebih-lebih. Ini adalah pandangan peribadi aku bahawa sebenarnya blogger adalah usahawan. Kenapa aku cakap blogger adalah usahawan?




Jawapan yang aku nak bagi ni mungkin ada yang setuju dan mungkin ada yang akan sangkal. Tak pe. Aku hormati pendirian korang. Aku juga harap korang hormati pendapat aku. Pada aku blogger adalah usahawan sebab kebanyakkan blogger akan meletakkan iklan-iklan kat blog masing-masing. Betul? Kenapa nak letak iklan-iklan tu semua? Untuk bagi blog nampak cantik? Mungkin. Masa aku mula-mula kenal dunia IT/siber ni memang syok tengok macam-macam gambar ada kat website dan blog. Siap gerak-gerak gambar iklan tu semua. Sebelum tu persoalan apa tujuan kita tulis blog? Mungkin ada yang jawapan sama macam aku iaitu nak berkongsi ilmu, pengetahuan dan pengalaman dengan korang semua. Ok...boleh terima jawapan tu. Tapi berbalik kepada persoalan tadi kenapa nak letak iklan contoh iklan Nuffnang kalau sekadar nak kongsi ilmu, pengetahuan dan pengalaman? Bukan Nuffnang aje tapi Adverlets, Google Adsense, Innity dan macam-macam lagi kita letak. Aku rasa kalau setakat nak kongsi ilmu, pengetahuan dan pengalaman tu takde iklan pun takpe kan?




Boleh tak kalau aku cakap yang blogger juga ingin pendapatan sampingan dan tambahan? Macam aku jugak la tu...Tapi ada jugak yang jadi Blogger sebagai kerjaya sepenuh masa. Sebab tu pendapat aku, blogger adalah usahawan. Sebagai blogger kita kena promote blog kita. Kita kena sentiasa cari idea untuk promote blog. Kena sentiasa ada idea baru untuk buat entri baru. Kalau boleh setiap hari nak update entri blog. Entri blog juga aku anggap sebagai produk. So, setiap hari blogger kena ada entri baru iaitu produk baru. Kena buat merketing. Contoh marketing sebagai blogger, blogwalking. Mesti korang penah buatkan? Jangan sembang la yang korang tak penah buat. Skang ni ada SEO pulak. Dengan SEO kita nak blog kita mudah dicapai dan dikenali. Betul tak apa yang aku cakap? Setuju tak? Kalau tak setuju, itu pendapat korang.







Pada aku, sebenarnya tak salah dan jangan malu untuk letakkan diri blogger sebagai usahawan. Daripada menjadi part time blogger dan hanya sekadar menjana part time online income, apa salahnya bloggers upgrade menjadi professional blogger untuk generate constant online income dari blog. Setiap bulan boleh dapat gaji tetap. Sebenarnya blogger ni kalau letak diri sama macam komposer, blogger pun boleh dapat income pasif dengan bekerja mengikut masa dan cara sendiri. Nanti aku explain maksud aku yang sebenar dari kata-kata aku tadi. Bloggers boleh bantu sesama sendiri untuk meletakkan tahap blogging sebagai professional carrer dan dapat generate stabil income. Siapa setuju? Boleh follow, komen, klik iklan, singgah selalu kat blog aku. Tapi kalau tak setuju pun tak pe...aku hormat pendapat korang.


Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, 22 January 2012

Highway Pasti Sesak DiMusim Perayaan.

Minggu ni orang yang bekerja dapat cuti straight 4 hari. Sabtu, Ahad, Isnin dan Selasa. Mantap. Lebih mantap sambung lagi Rabu sampai Ahad depan. Memang padu abis la. Sama macam cuti sekolah pulak. Gua macam biasa takde plan apa-apa tiap kali sampai musim cuti. Sebab gua agak-agak highway pasti sesak dimusim perayaan.




Jangkaan gua betul. Member gua semalam gerak pergi Cameron Highland. Konvoi naik motor ramai-ramai 25 biji motor. Semua Yamaha LC135 kalau tak silap gua. Member gua ni join geng EB Bikers katanya. Tak kisah la tu. Asalkan diorang enjoy, disiplin dan selamat. Sebelum gerak ke Cameron Highland diorang berkumpul kat R&R Rawang pukul 9 pagi. Gua agak-agak paling lewat pukul 11 pagi konvoi gerak la ke Cameron Highland. Tadi gua tengok status Facebook member gua yang baru beli Samsung Galaxy Note bagitau konvoi baru sampai kat Cameron Highland pulul 1900hrs.!!! Pukul 7 malam la tu. Sampai lewat sebab highway sesak. Tu konvoi naik moto tu...kalau naik keta plak..sendri mau ingat la bro...Sesak kat highway PLUS la tu...







Kat blog brader Erryqazz plak bagitau highway sesak kat highway LPT. Punca Highway LPT sesak dari tol gombak ke tol Bentong telah dikenalpasti. Lori tangki minyak Shell rosak kat laluan kedua. Lane tengah la tu...kompom sesak highway LPT tu..




Sebab tu gua jarang ada plan bersiar-siar setiap kali musim perayaan. Gua penah kena dulu sekali. Sangkut jem kat Highway LPT start dari Tol Lanchang sampai Tol Gombak!!. Sejak tu tiap kali musim perayaan gua lepak rumah layan anak-anak je. Macam hari ni la..bini gua layan 5S kat rumah. Bini gua ni memang terrer bab kemas mengemas ni. Gua tolong skit je..kemas wayar yang bersepah...hehee tu je...tapi agak effective gua bagitau korang. Nanti gua bikin entri cara-cara nak elak wayar berserabut ye...selebihnya gua layan anak-anak je...heheh...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, 20 January 2012

Tutorial Cara Logout Facebook Guna Handphone Samsung.

Amik korang...punya la panjang tajuk entri gua kali ni. Tutorial cara logout Facebook guna handphone Samsung. Itu la tajuknye...Gua tengok ada juga yang mencari cara macam mana nak logout Facebook guna handphone Samsung kat Nuffnang Keyword Analisys. Takde la ramai pun yang cari, tapi ada la 3-4 kali gua ternampak keyword tu. So gua tanpa segan silu bak semalu, gua kongsi la sikit apa yang gua tau pasal cara nak logout Facebook guna handphone Samsung ni.



1) Ok, korang assume korang kat page Facebook korang macam contoh gambar pertama ni.



2) Lepas tu korang tengok kat sebelah kiri atas page Facebook korang ada button seperti mana yang gua tanda kat gambar tu. Petik kat situ...


3) Korang akan nampak page macam gambar ke 3 ni. Tengok bawah dengan cara scroll ke bawah ...bukan tunduk kepala korang ke bawah ye..



4) Korang akan nampak Account kat situ. Klik kat Account...kat Account la..bukan kat sini..



5) Korang nampak button Logout? Nampak kan...? Klik la kat button Logout tu untuk logout Facebook guna Handphone Samsung.






Diingatkan bahawa gambar-gambar yang gua bagi dirujuk melalui handphone Samsung Galaxy S2. Handphone terbaik 2011. Gua syak korang boleh guna cara yang sama juga untuk logout Facebook guna Samsung Galaxy Note, Samsung Galaxy Tab dan lain-lain handphone Samsung.



Mungkin korang belum nampak dengan jelas cara nak logout Facebook guna handphone Samsung ni sebab gua belum susun dan edit gambar-gambar tu dengan marking yang sepatutnya. Gua post entri blog guna Samsung Galaxy S2 dulu. Nanti sampai umah gua update balik....ye bro...









P/S: Ok, gua dah update entri ni pada 25 Januari 2012...hehehe


Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, 18 January 2012

Kiamat Sudah Dekat 2012?

Ini la topik yang gua rasa agak hangat tahun ni. Topik yang menghantui manusia sejak terbitnya filem 2012. Apakah benar kiamat sudah dekat?, Apakah benar dunia akan kiamat pada 2012? Kiamat sudah dekat 2012?
Dan macam-macam persoalan lagi yang timbul pasal kiamat yang dikatakan akan tiba pada 2012.




Gua teringat dulu Nostradamus juga pernah meramalkan dunia akan kiamat pada 1997. Sekarang ni ramai yang agak 'terbeli' dengan ramalan kaum Mayan yang meramalkan dunia akan kiamat pada 2012. Pada gua mudah, dalam Islam setiap Muslim wajib berpegang kepada 6 perkara dalam Rukun Iman iaitu beriman kepada Allah, beriman kepada Malaikat, beriman kepada kitab-kitab, beriman kepada Rasul-Rasul, beriman kepada Hari Kiamat dan beriman kepada Qada dan Qadar. Dalam enam perkara Rukun Iman tu ada tak tertulis percaya kepada ramalan? ada tak tulis percaya kepada kaum Mayan? Jawapannya mudah...TAKDA kan?!!..Simple ...mudah kan...kat sini gua nak tegur juga la kepada media yang suka tulis pasal Kiamat 2012 ni. Jangan la korang jadikan ramalan-ramalan tu semua sebagai modal untuk melariskan media korang. Korang tau tak tulisan korang tu boleh mempengaruhi orang ramai yang nipis iman macam gua ni dan yang paling utama boleh mempengaruhi akal kanak-kanak!!!







Betul gua cakap kat korang. Gua cakap berdasarkan pengalaman. Anak gua yang berumur 8 tahun tanya masa gua tengah mengecat apartment Springville untuk disewakan. Pertanyaan Aiman macam ni.."Abah, betul ke tahun ni akan Kiamat?" terkedu gua. Gua tanya balik "Macam mana Aiman boleh tau tu?"...Aiman jawab "Aiman baca kat suratkhabar la Bah...."...Gua terangkan kat Aiman yang memang betul sebagai Muslim kita wajib percaya kepada Hari Kiamat tapi takde sesiapa pun dalam dunia ni yang boleh tau bila Kiamat akan berlaku. Itu rahsia Allah. Allah je yang tau. Nasib baik Aiman ni budak yang cerdik. Mudah dia paham. Tapi gua amat kesal dengan orang suratkhabar yang bikin topik Kiamat 2012 ni.....Gua harap korang paham kenapa gua tegur korang pasal korang bikin topik Kiamat 2012!!!...






Kat sini gua amik kesempatan untuk ajak korang join Ceramah Agama yang dianjurkan oleh pihak pengurusan Stesen Sentral Kuala Lumpur. Ceramah bulanan ni.. Untuk ceramah yang pertama bulan ni akan menyentuh pasal Kiamat dengan tajuk Kiamat Sudah Dekat 2012? Jom kita join ceramah ni....klik sini untuk maklumat selanjutnya.....

Tuesday, 17 January 2012

Lagi Kebakaran Di KL Sentral.

Sedikit Gambar Kebakaran Di Salah Satu Bangunan Di KL Sentral.

Pagi ni gua dapat satu info dari member gua yang sampai awal kat opis. Member gua ni memang staff cemerlang sebab datang paling awal ke opis, pukul 7 pagi sejak lebih 10 tahun kerja kat KL Sentral. Tahniah!! Ok, berbalik kepada info yang gua dapat tadi, lagi kebakaran di KL Sentral berlaku.


Kali ni kebakaran yang berlaku di KL Sentral melibatkan bangunan yang sedang dalam pembinaan. Bagunan tersebut adalah 348 Sentral atau kami panggil sebagai bangunan Lot 348. Dipercayai kebakaran tersebut berlaku sejak jam 3 pagi. Gua tak pasti masa sebenar kebakaran bermula. Kita tunggu maklumat rasmi dari pihak yang menguruskan KL Sentral. Tapi setakat pagi ni asap tebal dan api kebakaran masih besar. Mungkin sebab pihak Bomba menghadapi kesulitan untuk memadamkan kebakaran tu sebab kebakaran berlaku di tingkat paling atas atau roof top bangunan yang sedang dalam pembinaan tu. Dimaklumkan juga semakin banyak jentera Bomba sampai untuk support lagi team Bomba yang sediaada. Jalan sekitar KL Sentral ditutup buat sementara, so sendiri mau ingat la kan...dah tentu jalan jam...ramai jugak kawan kawan gua yang update status Facebook bagitau sangkut kat NPE.





Punca kebakaran belum dapat diketahui. Bomba pun tengah usaha nak padam. Kita tunggu je la....Kalau korang nak tengok gambar lain pasal kebakaran ni korang bleh singgah blog CTHoney.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Peluang Untuk Drive BMW.


Gua ada satu promosi nak bagitau kat korang yang mana korang boleh dapat peluang untuk drive BMW!!! Bukan drive BMW tu kat jalan raya biasa kat Malaysia ni. Tapi drive BMW kat Litar Nurburgring, iaitu litar paling mencabar di dunia. Litar Nurburgring mempunyai track sepanjang 20km. Korang tak payah nak susah-susah kumpul duit sampai beratus ribu untuk dapatkan pengalaman drive BMW kat Litar Nurburgring. Apa yang korang kena buat adalah 'like' page Facebook Castrol Malaysia. Senang je bro...klik SINI dan korang akan re-direct ke page Facebook Castrol Malaysia. Lepas tu korang klik je butang 'Like' kat page tu. Insyallah kalau ada rezeki korang menang contest yang dianjurkan oleh Castrol Malaysia dan korang boleh dapat peluang untuk drive BMW kat Litar Nurburgring sepuas-puasnya....!!! Amacam??...Berani?...Kalau berani jom follow gua klik SINI....

Monday, 16 January 2012

Tak Tahu Nak Makan Kat Mana.


Gua rasa ramai yang selalu hadapi situasi yang menimbulkan persoalan 'tak tahu nak makan kat mana'. Tak payah la korang jawab "makan kat mulut la bro..." heheh...itu semua orang pun tahu. Takkan korang makan kat telinga plak kan. Gua rasa persoalan tak tahu nak makan kat mana ni selalu dihadapi oleh orang bujang. Gua tau la, gua pun penah bujang gak dulu bro...

Lain kali kalau korang ada masalah tak tahu nak makan kat mana, gua cadangkan korang untuk singgah SINI dulu. Kat SINI disediakan cadangan kat mana nak makan, kat mana nak dapat tempat makan yang best. Siap boleh review lagi pasal sesuatu restoran yang korang pernah pergi makan tu. Bukan review kosong bro. Sekali review boleh bagi peluang untuk korang untuk menang IPAD2 + WiFi tu...!!!!...Apa lagi...jom la usha SINI...review  kat SINI...mana tau korang boleh menang IPAD2 tu....

Saturday, 14 January 2012

Buletin Utama TV3 Kena Hack Live.

Buletin Utama TV3 Kena Hack.

Agak gila sebenarnya bila dapat Buletin Utama TV3 kena hack. Live pulak tu. Memang la live sebab Buletin Utama TV3 kan memang ditayangkan secara live. Gua tak berapa pasti pasal info Buletin Utama TV3 kena hack ni. Gua terlepas tengok Buletin Utama semalam sebab masa tu gua tengah sibuk jaga baby gua. Gua sebagai bapa kena la jaga anak gua kan sementara wife gua jadi cikgu kepada anak-anak gua yang lago dua orang tu. Gua kan suami dan bapa mithali...gua up sendri la..heheh..


Lain - lain Info         Info F1          Info MPV         Info Haiwan           Info Seni Tatoo

Bila gua dapat tau pasal Buletin Utama TV3 kena hack tu terus gua usha youtube. Gua jumpa satu video clip dengan tajuk 'Buletin Utama TV3 Kena Hack Live'. Video yang berdurasi selama 20saat kalau tak silap. Kejap sangat. Mula-mula keluar la pembaca berita membaca berita dengan penuh semangat kewartawanan. Sekali tiba-tiba boleh muncul plak gambar basikal diikuti wajah sorang budak dengan mimik muka bak orang tak cukup vitamin sambil tunjuk jari tengah. Apa tujuan budak tu tunjuk jari tengah tak dapat la gua nak pastikan. Nak bagitau jari dia sakit kot. Tapi pada gua, yang sakit sebenarnya adalah otak dia laa...


Kalau betul la Buletin Utama TV3 tu kena hack dan yang buat kerja tu adalah budak tak cukup vitamin tu, gua rasa memang tak lama lagi kantoi la budak tu. Nasihat gua "sudah sudah la buat kerja mengarut tu. Tenangkan jiwa korang...." kalau nak tengok video clip tu korang boleh tengok kat link NI......

Lain - lain Info         Info F1          Info MPV         Info Haiwan           Info Seni Tatoo

Published with Blogger-droid v1.7.4

Album Gambar Online.


Aku tengok skang ni ramai blogger suka bikin entry Wordless Wednesday. Entri bergambar tanpa ada apa-apa penulisan. Entri Wordless Wednesday ni muncul pada hari Rabu setiap minggu. Memang sesuai sangat la tu. Tapi aku memang tak pernah buat pun entri Wordless Wednesday ni. Yang aku ada cuma satu album gambar online.


Album gambar online ni aku guna blogspot jugak. Walaupun ramai yang guna Flickr, tapi aku bukan ada banyak sangat gambar nak simpan kat Flickr tu dan aku tak nak keluar modal untuk subscribe album gambar online ni. Aku tak kisah sangat, asalkan aku ada tempat untuk tengok balik gambar-gambar yang aku penah shoot dulu. Kebanyakkan gambar yang aku shoot tu pun gambar-gambar famili aku. Album gambar online tempat aku save tu aku namakan Cornea Photozone. Kalau korang teringin nak tengok, korang boleh click kat SINI.

Friday, 13 January 2012

Dapat RM30,000 Hasil Blogging.

Gambar Cilok Dari Blog Eyriqazz Bayaran Pendahuluan (sori bro...main cilok je ni..heheh)..
Sejak dua menjak ni korang perasan tak gua asyik cerita pasal duit je dalam blog aku ni. Mata duitan ke apa aku ni?!! hehehe...Terus-terang cakap la yang kita tak boleh lari dari bercakap pasal duit ni. Kena pulak kalau cerita pasal buat duit dengan blog atau jana duit secara online ni. Aku terbaca pasal sorang blogger ni, aku tak tau nama sebenar dia, mungkin Eyriqazz kot sebab url blog dia eyriqazz.com. Eyriqazz dapat RM30,000 hasil dari blogging!!! 

Perghh...!!! Aku yakin mesti ramai yang tak percaya boleh dapat duit hanya dengan tulis blog je. Memang susah nak percaya tapi ramai blogger yang generate pendapatan dengan  tulis blog. Antaranya adalah Redmummy, Abang Nara, Budak Sekolah Mamat, DarkBatman dan ramai lagi. Tapi bukan senang nak capai tahap macam diorang tu. Aku pun sejak mula blogging balik ni dah mula nak fokus dan mula nampak akan dapat  duit gaji pertama hasil tulis blog tak lama lagi. Cuma sejak masuk tahun baru 2012 ni, status Glitterati aku kat Nuffnang asyik ada masalah je. Aku tak pasti apa masalahnya tapi aku yakin akan selesai sebab setiap kali aku hantar ticket kat Nuffnang, Nuffies yang bertugas tanpa segan silu respon setiap pertanyaan aku dengan baik.






Ops!!!...lupa plak. Berbalik kepada topik dapat RM30,000 hasil dari tulis blog, korang boleh check kat blog Eyriqazz untuk dapatkan kepastian. Mula-mula Eyriqazz main-main je, tapi akhirnya jadi kenyataan....Jangan tak percaya boleh dapat duit dengan tulis blog bro......

Thursday, 12 January 2012

Safee Sali Bakal ke Thailand?


Sejak semalam khabar angin bertiup kencang dari Negara Gajah Putih, Thailand. Desas desus mengatakan Safee Sali bakal ditawarkan untuk bermain dengan salah satu team kat sana. Team yang dikaitkan dengan Safee Sali adalah Juara Liga Thailand tahun 2009 dan 2010, Muangthong United.


Tapi khabar angin ni belum ada apa-apa pengesahan dari kedua-dua pihak. Cuma dah disiarkan dalam laman web ni. Tapi maklumat terakhir yang aku dapat kejap tadi menyatakan Safee Sali mungkin terpaksa meninggalkan Pelita Jaya F.C demi menyelamatkan kariernya bersama Skuad Harimau Malaya setelah ISL diharamkan oleh FIFA. Apa-apa hal pun kita tunggu pengesahan dari Safee Sali atau wakil sah beliau. Aku harap Safee Sali akan buat keputusan yang betul....
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, 11 January 2012

Myvi Langgar Pasir Terbang??!!


Entri kali ni adalah susulan kepada entri semalam. Semalam gua tak tau apa punca Myvi terbang. Kejadian kemalangan tu agak pelik. Myvi terbang, memang pelik la sebab Perodua belum cipta lagi kenderaan yang boleh terbang ni. Tapi bila gua ternampak artikel kat suratkhabar yang member gua tengah baca tadi lagi gua pelik. Myvi langgar pasir terbang, hempap van.


Gua memang tak paham dengan tajuk artikel kat suratkhabar skang ni. Gua bukan la cikgu atau pakar bahasa yang boleh mempertikaikan kewibawaan atau kredibiliti wartawan. Kat syarikat suratkhabar tu pun dah ada editor yang check penulisan wartawan. Sebab bahasa yang gua guna kat blog gua pun berterabur. Gua tak kisah, asalkan gigi gua tak berterabur pun dah cukup baik. Cuma gua perasan sekarang ni orang suratkhabar selalu guna tajuk yang agak mengelirukan pembaca. Mungkin tajuk yang macam tu boleh menarik perhatian orang ramai bagi melariskan jualan suratkhabar.


Ntah la. Gua harap ada pihak yang boleh memperbaiki kekeliruan yang sering timbul setiap kali gua nak baca suratkhabar. Peace......
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, 10 January 2012

2077 Dari Nuffnang

Kompom gua bikin lompat bintang kalau betul gua dapat RM2077 dari Nuffnang. Gua rasa bukan gua sorang je bikin lompat bintang, gua rasa ramai lagi akan lompat bintang..siap lompat katak lagi..heheh..asal jangan jadi katak dah la ye...


Sebenarnya earning gua sejak join Nuffnang dengan blog ni tahun lepas baru je RM20.77. Gua rasa agak padu jugak la kalau nak dibandingkan dengan pencapaian masa blogging kat CorneaMelayu.blogspot.com. Skit lagi menyamai RedMummy kot. Sebab RedMummy baru dapat anak ketiga.. Sama tahap dengan gua dah tu..kalau tak dapat capai macam RedMummy pun takpe la. Dapat earning macam Darkbatman pun cukup padu. Earning 4 angka sebulan tu...perghh..


Gua cuba untuk jadi blogger yang 'sebenar' agar kejayaan akan muncul suatu hari nanti. Kalau korang yang singgah kat blog gua ni boleh tolong gua untuk jadi 'blogger sebenar' dengan bagi pendapat dan teguran yang membina lagi best....amacam..bleh? Lagi best kalau korang bleh selalu singgah dan klik iklan Nuffnang tu....heheheh
Published with Blogger-droid v1.7.4

Kereta Terbang Sempena Red Warrior Kalahkan Lions XII


Sempena The Red Warrior kalahkan Lions XII dalam game pertama Liga Super Malaysia semalam, penduduk Kelantan 'dihadiahkan' sebuah kereta terbang!!... Korang jangan tak percaya pulak. Tengok la gambar kat atas tu. Amacam?..ada berani?...percaya?...Punya la dasyat...tu baru kalahkan Singapore Lions XII. Kalau Malaysia layak ke FIFA World Cup dan jadi FIFA World Cup Champion camana la agaknya ek...hehehe...Entri santai je ni. Cuma kesian juga la dengan mangsa kemalangan tu...gua harap diorg ok....gua pun heran juga macama kereta Myvi tu boleh terbang sampai macam tu....
Kredit gambar dari Facebook Calvin Hah.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, 9 January 2012

Kenapa Kompany Kena Kad Merah


Persoalan kenapa Kompany yang juga Kapten Manchester City dikenakan kad merah semasa perlawanan 3rd. Round FA Cup antara Manchester City vs. Manchester United Ahad, 7 Januari 2012 lepas hebat diperkatakan dikalangan peminat-peminat Liga    Inggeris (EPL). Ramai yang tak puashati dengan keputusan pengadil, Chris Foy, yang mengenakan straight red card kat Kompany. Aku tak tengok pun game tu. Aku kurang tengok EPL ni. La Liga aku layan la, tu pun selalu jugak missed...heheh..Yang bising-bising pasal Kompany kena kad merah tu aku tengok datangnya dari bukan peminat Manchester United. Agak-agak la kan...takkan fans Manchester United nak bising kan...diorang mesti la lagi suka...kena plak Manchester United menang sekaligus berjaya menebus aib kalah 6-1 masa lawan Manchester City hari tu.


Ok...pada aku la kan, ni pendapat aku sebagai bukan penyokong kepada kedua-dua team. Dari sudut pandangan Chris Foy, memang nampak Kompany buat tackle atau terjahan yang bahaya, walaupun tacklenya clean dan berjaya dapatkan bola dari kaki Nani. Tapi dalam undang-undang bolasepak, tak silap aku kalau tackle dengan menghulur kedua-dua belah kaki (two footed tackle)..memang akan dapat staright red card. Cuma Chris Foy agak lewat meniupkan wisel dan aku tengok Chris Foy tiup wisel selepas Wayne Rooney provoke dia. Memang pandai la Rooney...padahal kalau tengok dari sudut lain, tackle dari Kompany tu memang cun dan clean habis...tapi nak buat macam mana kan...game tu pun dah settle...terima je la ye...kalau tak percaya jom kita tengok clip Kompany kena kad merah kat youtube....


Tags : Wayne Rooney provoke, Kompany, Chris Foy, Manchester City, Manchester United, straight red card.

Sunday, 8 January 2012

Apartment Untuk Disewa.

Semalam settle kerja-kerja pemasangan lampu dining area, curtain rod dan kerusi bar kat Apartment Springville Ukay Perdana. Maka bersedialah unit apartment untuk disewa yang aku khaskan untu disewakan kepada wanita bujang sahaja. Last week aku dah iklankan apartment untuk disewa kat dalam mudah.my. Ada yang berminat nak sewa tapi tak menepati kriteria utama, iaitu wanita bujang. Yang nak sewa lelaki bujang atau pasangan yang dag berkahwin. Ada sebab kenapa aku nak sewakan apartment kepada wanita bujang sahaja. Aku dah bincang pun dengan wife aku.

Jenuh juga aku nak pasang lampu dengan curtain rod semalam. Nak tebuk satu lubang pun amik masa lebih daripada sejam. Gara-gara drill yang aku pinjam dari ayahanda aku tu bukan jenis hammer drill yang power. Brand Skil. Memang tak power langsung. Buat kerja pun macam orang yang takde skil je. Aku tak boleh tahan. Aku pun apa lagi, cari hardware la beli hammer drill cap Bosch. Kejap je settle bila guna tools yang betul. Tapi terpaksa la mengantar RM480.00!!!.. Rabak lagi...takpe la..demi menyediakan yang terbaik untuk bakal penyewa apartment tu nanti, aku invest je. Lain kali boleh pakai lagi bila diperlukan.

So kepada pembaca blog aku ni kalau ada yang minat nak sewa apartment tu boleh la call/sms aku 019-3311275 atau email. Kita boleh bincang atau set appoinment kalau nak tengok apartment untuk disewa tu. Aku sewakan dengan harga RM900 sebulan. Deposit 1+1+0.5 (utiliti deposit). Kemudahan yang disediakan dapur, meja dan kerusi makan, gym, kolam renang, covered parking. Lain-lain tu kita bolen bincang kemudian....amacam...boleh?...

Tags: Apartment untuk disewa, sewa apartment, springville apartment untuk disewa, apartment ukay perdana untuk disewa, ukay perdana.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More