Insyaallah hujung minggu ni semua umat Islam kat Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Macam biasa setiap kali tiba musim perayaan terutama sekali Hari Raya majoriti penghuni kota akan balik kampung. Lembah Kelang atau secara spesifiknya bandaraya Kuala Lumpur dan sebahagian Selangor akan lengang. Situasi ini seakan memberi peluang kepada golongan penyangak untuk beraksi mencari 'rezeki'. Untuk entri kali ni aku share dengan korang 9 tips keselamatan tinggalkan rumah semasa Hari Raya atau semasa bercuti.
Tips ni boleh diamalkan pada bila-bila masa bila kita plan nak bercuti dalam tempoh yang lama. Tak nak cerita panjang, jom kita tengok 9 tips keselamatan tinggalkan rumah untuk balik kampung sempena Hari Raya nanti.
1. Tips yang pertama ni benda biasa tapi sering dipandang remeh. Gunakan padlock yang tahan umpil, yang padu skit. Jangan la pakai yang jenis biasa-biasa. Laburkan sikit duit untuk protect harta yang lebih bernilai dalam rumah tu..
2. Pasanglah alat kunci tambahan selain padlock tu tadi. Tambahlah rantai kat pintu pagar. Guna je yang besar kapal pun takpe..
3. Gunalah auto timer untuk nyalakan lampu bahagian depan dan belakang rumah. Kalau untuk rumah flat atau apartment memadai guna auto timer untuk nyalakan lampu bahagian ruang tamu. Setkan lampu agar diaktifkan pada jam 6:30 petang sampai 7:00 pagi. Pada yang berkemampuan, pasanglah alarm system..
4. Inform la jiran berdekatan yang tak balik kampung tu tarikh ketiadaan korang. Bagi sekali contact nombor handphone korang agar mudah dihubungi kalau ada emergency kat rumah korang.
5. Pada korang yang ada bela binatang, sebaiknya bawak la sekali. tapi kalau keadaan tak mengizinkan korang untuk bawak sekali, korang boleh tinggalkan kat pusat jagaan haiwan peliharaan. Jangan tinggalkan macam tu je...mati kebulur pulak binatang kesayangan korang tu..
Boleh tak aku share baki lagi 4 tips tu dalam entri esok...? Sori ye...
Hyundai to open RM2.16bil plant in Kulim next year
-
Hyundai Motor Company (HMC) is set to open its first plant in Malaysia next
year with an investment valued at RM2.16 billion, Bernama reports.
Investment...
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment