Monday, 18 July 2011

Tiket Malaysia Vs. Singapore


Team Chelsea dah sampai ke KL siang tadi. Press Conference sempena perlawanan persahabatan antara Skuad Pilihan Malaysia lawan Chelsea akan dilangsungkan 21 Julai nanti. Tak lama je lagi. Kalau tak silap gua Coach Ong panggil 9 player senior Joseph Kalang Tie & Piya adalah antara player yang gua rasa patut King Raja panggil untuk masuk ke skuad senior Harimau Malaya antara yang dipanggil untuk game tu nanti. Tapi game dengan Chelsea tak berapa nak hangat sangat la. Pada gua la. Pada orang lain gua tak tau. Sebab 2 hari lepas game lawan Chelsea, 23 Julai nanti Skuad Utama Malaysia akan lawan Singapore untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia pusingan kedua.

Topup kredit handphone korang kat sini

Untuk pengetahuan korang, tiket Malaysia vs. Singapore kat Stadium Jalan Besar Singapore dah HABIS!!!... Senang-senang je habis sebab kapasiti Stadium Jalan Besar tu pun 6000 orang je...hehehe

Pergi Beli Tiker Naik Proton Persona


Tapi untuk perlawanan kedua tiket Malaysia Vs. Singapore kat Stadium Nasional Bukit Jalil akan dijual lebih awal, tak macam biasa. Biasanya tiket akan mula dijual pada hari game. Tapi kali ni tiket akan mula dijual 2 hari sebelum game. 26 Julai dah start jual kat Stadium MBPJ, Stadium Shah Alam & SNBJ. Kaunter tiket dibuka start pukul 9pagi sampai 5petang. Harga tiket pulak RM50 Grandstand. RM30 terbuka. RM5 untuk bawah 12 tahun.

Gua rasa kali ni SNBJ mesti penuh. Gua yakin sangat. Rakyat Malaysia dah mula seronok nak bagi sokongan pada team Malaysia sejak Malaysia Champion AFF hari tu. Kena pulak Malaysia dapat score 3 bijik masa lawan Liverpool Sabtu lepas. Walaupun kalah, tapi permainan team Malaysia dah makin bagus.

Music Video Semangat Malaysia.

Gua pulak kali ni akan join Ultras Malaya lagi sekali untuk sama-sama berjuang bagi semangat pada player Malaysia. Gua harap Curva Ultras Malaya dapat diperluaskan lagi. Gua juga harap agar seluruh penyokong yang pergi SNBJ 28 Julai nanti akan join ikut Ultras Malaya chants. Gua yakin kali ni pejuang-pejuang Ultras Malaya akan bertambah. Geng-geng opis gua dari KL Sentral yang nak pergi SNBJ pun dah hampir 30 orang. Tapi tak tau la diorang tu sanggup tak berjuang sama macam Ultras Malaya. Gua tak kisah. Diorang pun 1st time nak join Ultras Malaya. Gua harap sokongan diorang pada team Malaysia takkan pudar walau apa jua keadaan team Malaysia.

korang boleh top-up kredit handphone korang kat sini
Layan Music Video Semangat Malaysia.
Pergi Beli Tiket Bola Naik Proton Persona.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More