Wednesday 6 July 2011

Mood Ke Universal Studio Singapore Dengan Duit Nuffnang.

Hari ni baru hari Rabu. Pertengahan minggu kerja la kiranya. Tapi gua sejak semalam lagi mood kerja tu dah takde. Mood gua dah masuk mood pergi bercuti dah. Kena pulak Jumaat malam akan datang nanti gua nak pi layan Transformers 3 dengan famili gua. Kira mood 'bertukar' gua dah meluap-luap dah ni. Layan Transformers 3 in 3D plak tu...perghh...sendri mau ingat la kan. Hari tu layan Green Lantern pun dah mantap. Inikan pulak Transformers 3 in 3D. Cuma yang tak best Megan Fox je dah takde.

Esoknye pulak, Sabtu gua akan ke Temasek. Singapore la tu. Company trip. Lama gila tak ke Singapore. Last pergi Singapore pun tahun 80-an. Kali ni peruntukan tak meriah, so tak dapat la trip jauh-jauh naik kapal terbang. Tak pe, asalkan luar negara. Singapore tu kira luar negara la kan....Walaupun cuma naik bas je, gua takde hal.  Yang penting gua akan layan Universal Studio Singapore.

Gua nak survey dulu Universal Studio Singapore tu. Nanti gua ada bajet yang mantap, gua nak bawak famili gua layan Universal Studio Singapore pulak. Lagi best kalau guna duit dari Nuffnang. Macam bloggers yang power-power & otai tu semua. Dapat duit Nuffnang sampai 4-5 angka. Boleh la pi jalan-jalan ke negara orang dengan famili. Gua harap-harap korang yang singgah blog Pesta Irama Jiwa ni, rajin-rajin la singgah lagi. Lagi best kalau korang petik iklan-iklan Nuffnang & Churp- Churp kat blog Pesta Irama Jiwa ni....

Sebab mood gua skang ni dah Mood ke Universal Studio Singapore dengan duit Nuffnang...!!!!





0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More