Thursday 7 July 2011

Perhimpunan

Pehimpunan.
Memang daripada dulu sejak sekolah sampai la dah tua ni memang tak brapa minat dengan perhimpunan ni. Kalau dulu masa sekolah, setiap pagi Isnin kena pegi perhimpunan. Kena nyanyi macam macam lagu. Dah la sound system pakai horn speaker yang langsung tak merangsang adrenalin gua. Takde bunyi riff gitar, takde bunyi pukulan dram yang gumpak. Tapi kena nyanyi juga. Lepas semua lagu dah abis nyanyi, dengar pulak pesanan, teguran & amanat dari cikgu. Masa tu kalau dengar ucapan dari cikgu-cikgu memang ok la. Tapi skang ni gua tengok cikgu-cikgu yang bagi ucapan masa perhimpunan suka jerit-jerit. Padahal diorang berucap pakai microphone & speaker.

Sekarang ni bila dah kerja ni pun ada perhimpunan jugak kena attend. Tapi nasib baik la sebulan sekali je. Tapi yang paling best, perhimpunan tu siap ada makan-makan lagi. Tu la yang paling best pun.

Tapi ada lagi satu perhimpunan. Perhimpunan yang ni memang tak best. Tak best sampai bila-bila pun. Gua paling tak suka perhimpunan yang yang tunjuk-tunjuk perasaan ni. Bila dah tunjuk perasaan, macam macam perasaan yang diluahkan. Selalunya perasaan tak puashati je yang diluahkan. Macam perhimpunan BERSIH 2.0 yang nak diadakan esok 9 July 2011, memang menyusahkan. Macam-macam spekulasi pasal perhimpunan BERSIH 2.0 tu. Gua pun tak paham apa yang diorang tak puashati.

Pada gua, semua perkara yang tak kena, semua ada jalan penyelesaian. Semua boleh dibawa bincang. Tak payah nak buat perhimpunan, lepas tu berdemonstrasi bagai. Lepas tu banyak kerosakan akan jadi. Kerosakan harta benda, kerosakan fizikal manusia yang mungkin menghilangkan nyawa. Lepas tu semua nak kena bersihkan kawasan-kawasan perhimpunan yang terlibat. Pada gua orang yang buat hal macam tu semua jiwa teramat kacau!!!!...

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More