Monday 25 July 2011

Malaysia Vs. Singapore Perjuangan Belum Berakhir!!!

Photo by Mashelmy Mastor of Piccalasso.com





Jiwa gua masih tak tenteram dengan keputusan game Malaysia vs. Singapore malam kelmarin. Gua tengok kat tv je pun. Memang emosi habis gua malam kelmarin. Gua perasan ada something happen kat komrad Ultras Malaya masa game semalam. Gua tak tau apa sebenarnya yang berlaku. Cuma gua harap semua komrad Ultras Malaya ok sebab gua akan join Ultras Malaya kat SNBJ Khamis ni untuk bagi sokongan pada pejuang pejuang Harimau Malaya. Walaupun harga tiket dah dinaikkan ke RM30, gua bertekat untuk join Ultras Malaya. Gua tak kira. Gua akan pastikan ngauman Harimau Malaya akan membuatkan Sang Singa kecut perut. Lagipun gua bangga jadi penyokong Harimau Malaya yang dibarisi 100% rakyat Malaysia berbanding pemain Singapore yang dibarisi oleh orang luar yang diberikan taraf kerakyatan oleh Singapore.

Photo by Nadzmi James Zakaria

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More