Tuesday 12 July 2011

Arsenal Asia Tour 2011: Arsenal Vs. Malaysia. Bagus Sangat ke Arsenal Tu?







Peminat-peminat team Arsenal yang baca tajuk entri gua kali ni mesti bengang, panas hati kan...? Rilex der...gua takde niat nak panaskan hati sesiapa pun.  Lagi beberapa jam team kesayangan korang akan bersaing lawan team Malaysia a.k.a Harimau Malaya. Sempena Arsenal Asia Tour 2011: Arsenal Vs. Malaysia. Gua syak korang peminat Arsenal tak tido lagi malam-malam ni. Biasa la tu, teruja lebih la katakan. Padahal skuad Arsenal tu tengah nenyak tido kat hotel. Sebagai pro athlete diorang kena disiplin la kan...

Masa gua baca surat khabar tadi, gua ternampak la beberapa gambar-gambar penyokong Arsenal yang seronok gile sebab pasukan pujaan diorang tu datang Malaysia. Gua harap korang penyokong Arsenal tu jangan la ada perasaan seronok atau gembira kalau team pujaan korang tu dapat score gol. Pada gua, kalau korang seronok sangat, umpama korang seronok tengok negara korang kena belasah.

Gua harap korang yang pergi Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok sempena Arsenal Asia Tour 2011: Arsenal Vs. Malaysia tu, ramai-ramai la pakai jersi Harimau Malaya. Bagi la sokongan korang pada Harimau Malaya sebagai tanda korang bangga dengan team negara sendiri. Biar Arsenal terkejut & respect sebab Malaysia punyai penyokong yang sentiasa berjuang bersama pasukan negara sendiri.


Gua sendiri ada favorite team gua (bukan EPL team). Tapi kalau favorite team gua datang lawan dengan team Malaysia, gua akan tetap pakai jersi atau mafla Harimau Malaya. Gua akan tetap bersorak untuk bagi semangat & sokongan pada team negara gua. Gua takkan berbangga untuk pakai jersi favorite team gua sebab gua lebih bangga untuk support team negara gua sendiri. TANAH TUMPAH DARAHKU. Pada gua IF YOU ARE ASHAMED TO STAND BY YOUR COLORS, YOU BETTER SEEK FOR ANOTHER FLAG!!!!

Walaupun esok Ultras Malaya secara rasminya tak turun atas sebab sebab tertentu, tapi gua yakin ada Ultras Malaya yang turun SNBJ untuk bagi sokongan pada Harimau Malaya.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More