Sunday, 8 July 2012

PFSLJ Breakfast Gathering @ Royale Chulan Hotel.

Satu komplot yang dirancang , PFSLJ Breakfast Gathering @ Royale Chulan Hotel untuk serahkan memorandum kepada Presiden FAM. Sejak jam 9 pagi, hampir 30 peminat dan penyokong bolasepak Malaysia mula berkumpul kat kawasan sekitar Royale Chulan Hotel, Jalan Conlay. Jumlahnya bertambah sedikit demi sedikit sampai aku pun tak pasti jumlah sebenar yang datang untuk sama-sama bagi sokongan serahkan memorandum kepada Presiden FAM.

Lebih kurang pukul 10:45 pagi wakil pecinta bolasepak Malaysia yang diwakili orang kuat Ultras Malaya cuba masuk ke ruang legar hotel. Tapi dihalang oleh pihak Polis yang berkawal di ruang legar pintu masuk utama dan sekitar kawasan hotel. Hanya 5 orang wakil pecinta bolasepak Malaysia dan Ultras Malaya dibenarkan untuk berjumpa Pegawai FAM. Pegawai FAM berjumpa face to face dengan wakil-wakil pecinta bolasepak Malaysia dan Ultras Malaya sambil diiringi beberapa pegawai polis beruniform dan preman.

Wakil pecinta bolasepak Malaysia dan Ultras Malaya menyatakan tujuan mereka adalah untuk menyerahkan sendiri memorandum kepada Presiden FAM. Tetapi Pegawai FAM bertegas supaya memorandum tersebut diserahkan kepada beliau. Dalam masa yang sama beliau berjanji akan menyerahkan sendiri memorandum tersebut kepada Presiden FAM. Namun, wakil pecinta bolasepak Malaysia dan Ultras Malaya tak yakin dengan kata-kata janji tersebut. Beberapa dialog antara wakil pecinta bolasepak Malaysia dan Ultras Malaya dan Pegawai FAM :

Peg. FAM : "Korang tak boleh buat kecoh macam ni..."

UM : "Kami tak buat kecoh Tuan. Tujuan kami hanya nak serahkan memorandum kat Presiden FAM..tu aje."

Peg. FAM : "Kalau betul korang nak bagi surat tu..korang bagi kat saya. Saya sendiri akan serahkan kat Tuanku. Lagipun korang tak boleh suka-suka nak bagi. Korang kena ikut protokol. Saya ni ahli kongress..saya akan bagi.."

UM: "Apa jaminan Tuan surat kami akan sampai kepada Presiden FAM?"

Peg. FAM : "Saya orang Islam. Saya janji, saya akan tunaikan. Korang sepatutnya kalau nak bantah korang kena melalui persatuan bolasepak negeri. Korang bukan wakil seluruh rakyat Malaysia..."

UM :"Tuan..inilah yang kami biasa dengar. Dah berapa kali kami hantar surat. Kami rasa dah 3-4 kali dah. Last skali masa final Terengganu lawan Negeri Sembilan. Kami hantar by hand (sambil tunjuk bukti gambar dalam kamera)..kami email. Itu dari kami. Dari pihak lain kami tak tau la brapa banyak surat yang dah dihantar kepada FAM".

Peg. FAM : "Korang rasa korang tau semua pasal bola tapi sebenarnya tidak..."..

UM : "Apa yang Tuan rasa kami tak tau? Tuan bagitau kat kitorang..."


Itulah serba sedikit beberapa dialog antara Pegawai FAM dan wakil pecinta bolasepak Malaysia serta Ultras Malaya yang didengari. Dan dialog tersebut berlangsung dalam keadaan tenang dan aman. Komunikasi dalam tonasi yang amat tenang. Tahniah kepada kedua-dua pihak.

Komrad Ultras Malaya cuba untuk menyusup ke dalam hotel buat kali kedua. Mereka berjaya dan menunggu di kafe hotel sambil mesyuarat kongress tamat. Setelah kongress tamat sekali lagi 5 orang wakil pecinta bolasepak Malaysia yang terdiri dari orang kuat Ultras Malaya dibenarkan untuk menyerahkan dokumen protes kepada Timbalan Presiden FAM sambil diiringi oleh sekumpulan anggota polis (Sori gambar tak de..). Namun secara asasnya memorandum ketidakpuasan hati penyokong dan peminat bolasepak Malaysia berjaya diserahkan. Sampai tahap mana dokumen tersebut berada, sukar untuk kami jangka. Presiden dan Timbalan Presiden FAM berangkat pulang lebih kurang jam 12:30 tengahari. Begitu juga para pecinta bolasepak Malaysia yang bersurai pulang ke destinasi masing-masing lebih kurang 30 minit selepas itu setelah melaungkan chants "Presiden FAM sila letak jawatan...!!"

Aku secara peribadi takde masalah dengan Presiden FAM sekarang ni. Aku akur dengan apa yang ada.. Aku cuma rasa marah dengan gelagat dan alasan FAM yang bertindak seperti pengecut dan seakan tidak menghargai keringat dan komitmen skuad bolasepak Malaysia U22 di Myanmar baru-baru ni. Alasan bukti tak kukuh punca FAM tak buat bantahan secara rasmi kepada AFC sangat tak boleh diterima. Kami tak harap FAM untuk siasat pun. Kami tau itu bukan kerja FAM untuk siasat... Ramai yang bersorak menyokong tindakan Ultras Malaya di laman sosial tapi yang hadir hanya sekitar 30-40 orang je...Amat jauh dengan jumlah komrad semasa berada di curva...Mungkin yang lain terlalu sibuk dengan agenda peribadi masing-masing.... Apa pun, setakat ni matlamat telah dilaksanakan.

Gambar sekitar PFSLJ Breakfast Gathering @ Royale Chulan Hotel akan menyusul nanti.
Published with Blogger-droid v1.7.4

1 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More