Skuad bolasepak Kuala Lumpur suatu ketika dulu pernah menjadi skuad bolasepak kebanggaan warga kota. Tapi sekarang satu poster dengan tajuk SELAMATKAN KUALA LUMPUR FA terpampang kat wall Facebook aku. Poster yang dikongsikan oleh Ultras The City Boys.
Aku heran jugak kenapa poster macam tu tiba-tiba muncul. Apa dah jadi sebenarnya dengan KLFA? Wowww!!! Nampak sangat skuad bolasepak Kuala Lumpur ni dah terlalu jauh dari diri aku. Skuad yang sekarang ni menghuni tangga tercorot Liga Super Malaysia. Liga yang berehat seketika dan sehingga 16 Mei 2012 skuad Kuala Lumpur hanya berjaya mengutip 3 mata setelah 17 perlawanan. Hanya mampu seri 3 perlawanan, tewas 14 perlawanan, bolos 32 gol dan hanya berjaya menjaringkan 6 gol??!! Sangat teruk. Apa dah jadi ni?? Kenapa teruk sangat sampai jadi macam ni? Selidik punya selidik, rupa-rupanya poster tu muncul setelah dikhabarkan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur akan digugur taraf oleh FAM setelah KLFA gagal melunaskan bayaran gaji pemain sejak beberapa lama.
Aku tengok ada dua isu kat sini. Yang pertama, isu kewangan dan yang kedua adalah isu prestasi pasukan. Satu masa dulu masa skuad bolasepak Kuala Lumpur diuruskan oleh Tan Sri Elyas Omar, pasukan bolasepak Kuala Lumpur adalah salah satu pasukan gergasi. Pernah menjuarai Piala Malaysia tiga kali berturut-turut sejak '87, '88 & '89. Ramai pemain yang hebat-hebat dibawa masuk antaranya adalah 3 orang pemain Singapura Malek Awab, K.Kannan & Fandi Ahmad yang pernah bermain di Liga Eridivisie iaitu Liga Belanda dan pernah menjaringkan salah satu gol semasa mewakili FC Gronigen menewaskan Inter Milan 2-0!!
KLFA juga pernah melahirkan beberapa bintang bolasepak yang pernah mewakili pasukan kebangsaan. Antara mereka Rashid Hassan, Shebby Singh, Arwah Zaid Jamil, Subadron Aziz, Razip Ismail, V.Murugan, Shahrin Majid & Azman Adnan, pemain termahal Liga Malaysia apabila Kuala Lumpur meletakkan yuran perpindahan RM1 Juta ke Selangor pada usia 21 tahun setelah menjaringkan 22 gol bersama Skuad Kuala Lumpur. Azman Adnan kekal sebagai pemain paling mahal walaupun yuran perpindahan diturunkan ke angka RM250,000 -RM300,000. Seorang lagi pemain yang dilahirkan oleh Kuala Lumpur adalah Azrul Amri Borhan yang pernah beraksi menentang Thierry Henry di Kejohanan Piala Dunia Remaja kali ke 11 pada tahun 1997 yang pernah dilangsungkan di KUALA LUMPUR!!! Manakala yang pemain yang sedang beraksi bersama pasukan Selangor kini adalah Azidan yang pernah menjadi kapten pasukan Kuala Lumpur dan pemain Harimau Muda A, Hazwan Bakri yang menjaringkan hatrik semasa perlawanan persahabatan Malaysia menentang Sri Lanka bulan lalu.
Andai kewangan yang menjadi masalah kepada kejatuhan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur yang menyumbang kepada prestasi merudum skuad bolasepak Kuala Lumpur menjadi punca, persoalannya mana pergi penaja atau sponsor skuad ni? Kutipan tiket pulak macam mana? Aku rasa kutipan tiket kompom sangat rendah pada ketika skuad gagal menyerlah pada saingan liga. Siapa nak pergi tengok skuad KL main? Bila kurang penonton, jualan tiket pun kurang. Penaja takde. Syarikat korporat pun tak nak dengar pasal nak sponsor team KL. Silap-silap syarikat korporat tak tau pun bahawa Kuala Lumpur yang menjadi lubuk rezeki ada pasukan bolasepak yang bertanding dalam Liga Super!!!
Sesuatu perlu dilakukan. Diturunkan ke Liga Perdana adalah sesuatu yang agak pedih untuk diterima oleh penyokong bolasepak Kuala Lumpur tapi digugur taraf oleh FAM ada sesuatu yang mungkin tak boleh diterima mereka. Pegawai-pegawai dalam Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur harus berbuat sesuatu. Mungkin bertindak macam Pegawai Pemasaran syarikat korporat untuk menjana kewangan yang lebih jitu. Bila kewangan padu, pembangunan dan pemilihan pemain yang mantap demi membina pasukan yang kuat dan bukan tangkap muat untuk menjadi pasukan belasahan dalam saingan liga. Sediakan padang dan kekalkan padang bolasepak yang bermutu. Bukan hanya menyokong penyediaan gelanggang futsal yang tumbuh merata-rata je.
Aku harap someone seperti Tan Sri Elyas Omar akan muncul untuk mengembalikan kegemilangan skuad bolasepak Kuala Lumpur sepertimana aku pernah seronok tengok game yang melibatkan Kuala Lumpur satu ketika dulu walaupun aku adalah penyokong Selangor!!!
Published with Blogger-droid v1.7.4
6 comments:
sebarkan juga entry blog nih viral kat page dbkl, klfa dll....
Akan diusahakan....Insyaallah
Tabiklah entri mcm ni....tp kenapa lu sokong Selangor?hehe
Relevan tak?...puncanya dulu gua hampir main utk Selangor..
http://answers.yahoo.com/question/index?qid=20100329222937AAp6uGw
Saya google ni. How to make a football club profitable. Memang Ada Banyak cara sebenarnya.
Selain Dari Jualan ticket, mungkin KLFA harus menjual merchandise seperti bag, jam Tangan, pen, Cawan, pinggan, etc lah. Selain daripada tu, di stadium KLFA harus meletak papal Papan Tajaan untuk siapa siapa sponsor. Satu Papan Tajaan, syarikat tu kena bayar 1000 ringgit. Ni contoh je lah. Selain Dari tu, jual player pun dapat duit. Malah, Contoh Kalau Nike sponsor player KL, KLFA kena mintak Wang Dari Nike Kerana mengguna Pemain KL untuk tujuan pengiklanan.
Sebenarnya Banyak lagi cara untuk KLFA Jana kewangan. Ia Hana terletak pada individu yang menerajui persatuan ini sama Ada, individu itu bekerja keras untuk cari Dana kewangan sponsorship atau pun goyang kaki dia meja office.
Bagi saya lah, Kalau saya menerajui KLFA lah kan, saya Akan buat jawatan presiden kehormat atau honorary life president. Jawatan ni macam adviser lah. Jawatan ni Patut disandang Oleh tan Sri Elyas omar, Mantan datuk bandar KL. lepastu klfa ni kena Ada CEO. CEO ni kena bagi dekat businessman yang tau selok belok perniagaan Dan bola sepak. Kalau boleh CEO tu Dari KL jugak lah. Then, saya akan buat KLFA ni macam sebuah syarikat. Dekat stadium Ada cafe, Ada megastore jual jersi, merchandise. Lepastu sponsor Bukan satu tapi Banyak.
Dekat Kl ni Malah lembah kelang ni Ada beratus ratus syarikat. Kenapa Kl Susah sangat nak ambil satu sponsor? Apa pihak Atasan KLFA buat? Kalau liga FAM PUN boleh Ada at least Ada satu sponsor tak kan klfa yang Dari liga super pun Susah nak Ada sponsor. Sponsor penting dalam bola sepak di era sekarang ni. Tampa sponsor bola sepak tak Akan Maju.
Kalau boleh buat sementara waktu ni, promote selamatakan KLFA di seluruh Kl. buat advertisement dekat bus, taxi, bus stop, mana mana tempat Awam lah. Mungkin boleh buat charity drive ke, then duit tu kita donate dekat KLFA untuk baiki Padang tu kan. Saya pelajar Dari ipts. Saya belajar business. Kalau budak budak yang buat assignment di orang untuk charity, dalam sehari boleh dapat 10,000 ringgit, tak kan Klfa tak boleh buat business jugak. Saya rasa KLFA Patut diterajui Oleh bekas Pemain KLFA Dan businessman anak KL. supaya dengan Ada Nya synergy atau gabungan tenaga Dari bekas Pemain Dan businessman, bola sepak kl Alan Maju. Asingkan politik dengan bola sepak.
Ini Hanya pendapat saya. Maaf jilka Ada kesalahan atau Kasar Bahaya. Yang baik datang tuhan, yang buruk Dari kelamahan saya. Harap idea saya ni Akan Buka minda klfa.
Thanx di atas buah fikiran yg saudara berikan..aku harap ada org dari KLFA baca dan buat sesuatu...sekurang kurangnya pertimbangkan buah fikiran yg diberikan...
Post a Comment