Pergh..dalam tempoh seminggu ni macam-macam konsert dah berlangsung dan bakal berlangsung. Last week Konsert Search Fenomena 30 Tahun kat Mines Internation Exibition & Convention Centre (MIECC), The Mines. Hari ni konsert yang sama diteruskan pula di Tawau, Sabah. Aku dengar banyak rock band cakap rockers Sabah memang padu kalau layan konsert rock. Aku tak pasti la pasal tu. Aku pun tak penah jejak ke Sabah, apatah lagi layan konsert rock kat Sabah.
Esok pula, satu lagi konsert rock akan berlangsung kat stadium yang penuh dengan sejarah, Stadium Merdeka. Seingat aku sepanjang aku layan konsert ni, baru 2 kali je aku layan konsert kat Stadium Merdeka. 1st. layan konsert Peter Stuyvesant. 2nd. layan Konsert Search dengan bini dan anak aku yang baru lahir 7 tahun lepas, duduk dalam stroller lagi masa tu. Tapi esok gabungan 4 rock band akan menggegar Stadium Merdeka. 2 band lama dan 2 band baru. Wings, favorite band aku. Aku mula kenal music rock dengan Wings. Tak perlu cerita lagi pasal Wings. Another favorite band aku, Heavy Metal band, XPDC. Sama juga tak payah nak cerita pasal band ni. RAJA FUNFAIR tahun 90an. Aku pernah layan konsert XPDC kat Stadium Negara. Head banging sampai basah kuyup baju. Siap boleh perah peluh kat baju!! Azlan & The Typewriter, vokal Lan memang padu. Pernah dijemput untuk perform di Konsert Opera Hidup Wings di Istana Budaya bersama Superfriends. Yang terakhir Faizal Tahir & Royale FT Force, band yang dianggotai oleh musician yang sangat talented. Dengan energy yang akan dipersembahkan oleh keempat-empat band ni esok, aku rasa Konsert Loudspeaker akan menjadi satu konsert berskala besar yang berjaya selepas Konsert Ikhlas yang juga pernah diadakan di tampat yang sama, Stadium Merdeka.
Konsert Loudspeaker ni juga akan disaksikan oleh Afdlin Shauki, salah seorang artis yang performed masa Konsert Ikhlas dulu. Kalau jumpa Afdlin Shauki esok boleh la borak dengan dia esok pasal kegempakan Konsert Ikhlas tu dulu.
Aston Martin Vanquish dilancarkan di Malaysia – 5.2L turbo berkembar V12,
835 PS/1,000 Nm; dari RM5 juta
-
Aston Martin Malaysia telah pun membawakan model generasi terkini Vanquish
untuk pasaran tempatan. Pastinya kehadiran supercar yang merupakan
kelahiran g...
7 hours ago
4 comments:
mmng fobia nk p konsert lg. tengok bola lg best. hehehe
Aik??!! Fobia pi konsert??!!.. Heran gak ni..kenapa fobia plak..??. Lain kali tgk bola jom join kat curva ultras..kompom best..hehe
tak mampu nak pergi.. tengok kat youtube je lah, ahha
Itu yg terbaik...
Post a Comment