Metallica Live in KL

Adakah impian akan jadi kenyataan?

Metallica Live in KL

Adakah akan disertai The Big 4?.

Safee Sali Bakal ke Bundesliga

Jom tengok selanjutnya.

Team J-League minat Amirul Hadi

Apa pendapat anda?.

Fara Fauzana HotFm Jatuh Cinta?

Jatuh cinta kat siapa?

Thursday, 31 May 2012

7 Jam Sebelum Perlawanan Persahabatan Malaysia lawan Filipina | Barisan Kemungkinan.

Aku menjangkakan sebahagian besar players yang berjaya membawa pulang Piala AFF edisi tahun 2010 akan membarisi starting 11 skuad Harimau Malaya game malam ni. Barisan kemungkinan yang aku senaraikan kat bawah ni yang biasa membarisi skuad Coach Rajagobal selepas lebih 60 pemain dicuba oleh Coach Rajagobal sebelum ni. Jangkaan aku untuk tengok Ashaari Shamsudin main malam ni mungkin tak menjadi kenyataan sebab dikhabarkan Sahar injured semalam.

Dijangkakan K.Gurusamy akan menggantikan tempat Amar Rohidan sekiranya Amar tak perform. Namun Coach Rajagobal ada beberapa pilihan lain dibahagian Midfield yang agak lebih mantap sekiranya Shakir Shaari diturunkan.

Kalau ikut rekod Aidil Zafuan sering mengalami kecederaan dan mungkin tempatnya akan diambil oleh Amiridzwan Taj yang konsisten bersama ATM dan masa game lawan Sri Lanka. Tapi kali ni kita boleh tengok kemampuan sebenar Amiridzwan Taj memandangkan skuad Filipina lebih mantap dari Skuad Sri Lanka.

So bawah ni skuad starting 11 team Malaysia lawan Filipina malam ni....

PENJAGA GOL
Khairul Fahmi Che Mat

PERTAHANAN
Mahali Jasuli - kanan
Aidil Zafuan - tengah
S.Subramaniam - tengah
Fadhli Shah - kiri

MIDFIELD
Amar Rohidan - defensive
Safiq Rahim - Playmaker / attacking
Wan Zack - flanker kanan
S.Kunalan - flanker kiri

STRIKER
Nor Shahrul Idlan Talaha
Safee Sali

PESANAN : HARAMKAN VUVUZELA DAN HORNS DI STADIUM SELURUH MALAYSIA !!!!!
Published with Blogger-droid v1.7.4

20 Jam Sebelum Perlawanan Persahabatan Malaysia lawan Filipina | Fesyen Rambut Player Malaysia, Kapten Safiq Rahim.

Fesyen dan stail tak boleh lari dari selebriti. Pemain bolasepak adalah ahli sukan. Sebahagian dari mereka umpama selebriti. So diorang ni pun tak boleh lari dari fesyen dan stail. Ada ketika apa saja stail yang diorang gayakan menjadi ikutan orang ramai. Kita ambil contoh David Beckham. Ada satu ketika fesyen rambut mohawk yang digayakan David Beckham menjadi kegilaan peminat dia. Aku rasa fesyen rambut mohawk yang digayakan David Beckham popular sampai sekarang. Dan kebanyakan digayakan oleh player bolasepak termasuklah Safee Sali atau digelar Super Safee. Kebelakangan ni digelar Abang Besar oleh penyokong dia.

Gambar Kapten Skuad Harimau Malaya, Safiq Rahim dirakam oleh Shari Bibir Official memperlihatkan beliau mengubah stail rambutnya dengan gaya mohawk dan ada line-line dibahagian tepi kepala. Dikhabarkan beberapa orang players lagi mengubah gaya rambut yang hampir sama macam stail baru rambut Safiq Rahim sempena perlawanan persahabatan menentang Filipina di Stadium Shah Alam esok malam...

Mungkinkah akan ada peminat bolasepak MAlaysia buat stail rambut macam Safiq Rahim selepas ni?..kita tengok je la nanti...heheh

Op!!..lupa plak ..foto kredit Facebook Shari Bibir Official.
Published with Blogger-droid v1.7.4

27 Jam Sebelum Perlawanan Persahabatan Malaysia Lawan Filipina.

Tinggal beberapa jam lagi perlawanan akan bermula. Atau secara lebih tepat lagi 28 jam sebelum perlawanan persahabatan Malaysia lawan Filipina akan bermula. Perlawanan persahabatan kedua dalam tahun 2012 ini setelah perlawanan persahabatan yang pertama dilangsungkan di Filipina pada 29 Februari lalu.

Perlawanan persahabatan tersebut yang berakhir dengan keputusan seri 1-1. Pasukan Harimau Malaya pada ketika itu tidak dibarisi oleh pemain terbaik dimana beberapa pemain utama mengalami kecederaan. Berbeza dengan pertemuan esok di Stadium Shah Alam skuad Coach Rajagobal akan dibarisi oleh pemain yang terbaik di mana rata-rata pemain yang dipanggil untuk perlawanan esok bebas dari sebarang kecederaan.

Namun, COach Rajagobal tidak memandang rendah dengan keupayaan skuad Filipina atau digelar sebagai The Azkals. Skuad The Azkals dibarisi oleh sebahagian besar pemain naturalisasi setelah polisi mereka membenarkan pemain kelahiran atau mempunyai ikatan pertalian keluarga Filipina mewakili pasukan bolasepak negara tersebut. Pemain-pemain tersebut ada yang bermain di Belanda, Jerman dan England.

Manakala skuad Harimau Malaya dibarisi oleh sebahagian besar pemain yang berjaya memenangi Piala AFF edisi 2010. 10 orang kesemuanya yang diketuai oleh Kapten Safiq Rahim dan Kapten Pelita Jaya Safee Sali. Manakala pertahanan kiri yang bermain pada Piala AFF 2010, Asrarudin Putra terpaksa digugurkan setelah mengalami kecederaan. Berkemungkinan besar Coach Rajagobal akan meletakkan Fadli Shas menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Asrarudin esok. Manakala Subra yang bermain cemerlang ketika perlawanan persahabatan menentang Chelsea bermain di posisi pertahanan tengah bergandingan dengan Aidil Zafuan atau Amiridzwan Taj yang bermain cemerlang pada perlawanan menentang Sri Lanka bulan lalu.

Wan Zack Haikal yang mengalami kecederaan pada sesi latihan pusat sebelum ini menghadirkan kebimbangan peminat bolasepak telah pun kembali turun menjalani latihan semalam menandakan persembahan mantap bakal disajikan pada perlawanan esok.

Berikut adalah senarai pemain yang dipanggil untuk perlawanan persahabatan menentang Filipina esok dan seterusnya menentang Singapura pada 8 Jun 2012 di Stadium Jalan Besar & 12 Jun 2012 di Stadium Shah Alam Selangor.

KELANTAN FA
Khairul Fahmi Che Mat
Norshahrul Idlan Talaha
S. Subramanian
Shakir Shaari
S. Chanturu

TERENGGANU FA
Sharbinee Allawee
Faizal Muhammad
Ashaari Shamsudin

N.SEMBILAN FA
Farizal Marlias
Shahurain Abu Samah
S. Kunalan
Shakir Ali

SELANGOR FA
Bunyamin Omar
Safiq Rahim
K. Gurusamy

KEDAH FA
Amar Rohidan
Sabree Abu
Khyril Muhymeen

HARIMAU MUDA
Mahali Jasuli
Fadhli Shas
Wan Zack Haikal

ATM FA
Aidil Zafuan
Amirizdwan Taj
Azmi Muslim

T-TEAM FC
Faiz Subri

PAHANG
Azimudin Akil

PELITA JAYA (INDONESIA)
Safee Sali

Nantikan senarai pemain pilihan starting 11 Pesta Irama Jiwa untuk perlawanan esok. Tapi sebelum tu...TOLONG INGAT JANGAN BUNYIKAN HORN, VUVUZELA TAPI BERIKAN SORAKAN SEMANGAT KEPADA HARIMAU MALAYA ESOK!!! HORN & VUVUZELA HANYA MENGHASILKAN BUNYI BISING. PEMAIN PERLUKAN SORAKAN DAN SOKONGAN KATA-KATA SEMANGAT SEMASA BERMAIN!!! JADILAH PEMAIN KE-12 YANG PADU!!!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, 30 May 2012

David Villa Tak Main EURO 2012.

Merujuk kepada entri sebelum ni mesti ada yang perasan nama striker Barcelona iaitu David Villa takde dalam senarai skuad kendalian Vicente del Bosque. Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa David Villa tak main EURO 2012.

Korang ingat lagi tak kecederaan yang David Villa alami masa perlawanan akhir World Club Cup menentang Al-Sadd bulan Disember 2011 lepas? Perlawanan yang dimenangi oleh Barcelona FC dengan jaringan 4-0 juga menyaksikan David Villa mengalami kecederaan patah tulang kering kaki kirinya.

Sejak Disember 2011 juga David Villa tak sentuh bola. Boleh dikatakan kecederaan yang dialami David Villa agak teruk. Hampir 6 bulan selepas kejadian tu, David Villa masih tak yakin untuk kembali cergas dan beliau telah memaklumkan kedudukan beliau kepada del Bosque baru-baru ni....

So...korang dah paham dah kenapa nama David Villa tak tersenarai untuk EURO 2012 nanti?.. del Bosque meletakkan sandaran kepada Fernando El Nino Torres sebagai peledak jaringan gol pada EURO 2012 edisi ke 14 ni...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, 29 May 2012

EURO 2012 & Senarai Skuad Sepanyol EURO 2012.

Kejohanan bolasepak tahap tertinggi di benua Eropah iaitu UEFA European Football Championship 2012 atau lebih dikenali sebagai EURO 2012 oleh peminat bolasepak seluruh dunia. Kejohanan edisi ke 14 ni buat pertama kalinya akan dianjurkan oleh dua buah negara.

Tournament yang dianjurkan oleh UEFA ni akan dihoskan oleh 2 negara iaitu Poland dan Ukraine bermula pada 8 Jun 2012 hingga 1 Julai 2012. Pertama kali dihoskan oleh kedua-dua negara setelah diputuskan oleh UEFA pada tahun 2007. Edisi kali ni juga adalah edisi terakhir disertai oleh 16 pasukan bertanding. Pada edisi akan datang iaitu edisi ke 15 yang akan diadakan pada 2016, sebanyak 24 pasukan layak untuk bertanding pada pusingan akhir EURO 2016.

Disertakan bersama entri ni adalah senarai akhir pemain pasukan juara edisi ke 13 tahun 2008 yang juga juara bertahan, Sepanyol.

SENARAI AKHIR PEMAIN SEPANYOL EURO 2012.

Goalkeeper.
Iker Casillas (Real Madrid)
Victor Valdes (Barcelona)
Jose Manuel Reina (Liverpool)

Defender.
Jordi Alba (Valencia)
Raul Albiol (Real Madrid)
Alvaro Arbeloa (Real Madrid)
Sergio Ramos (Real Madrid) Juanfran (Atletico Madrid)
Gerard Pique (Barcelona)
Javi Martinez (Athletic Bilbao)

Midfield.
Xavi (Barcelona)
Andres Iniesta (Barcelona)
Sergio Busquets (Barcelona)
Cesc Fabregas (Barcelona)
Xabi Alonso (Real Madrid)
Silva (Manchester City)
Santi Cazorla (Malaga)
Jesus Navas (Sevilla)
Juan Mata (Chelsea)

Striker.
Fernando Llorente (Athletic Bilbao) Fernando Torres (Chelsea)
Alvaro Negredo (Sevilla)
Pedro (Barcelona).
Published with Blogger-droid v1.7.4

Kapten Skuad U22 Harimau Muda A.

Pemain midfield berjersi nombor 7, Irfan Fazail diberitakan akan memegang tanggungjawab sebagai Kapten Skuad U22 Harimau Muda A pada kejohanan Piala Asia U22 di Myanmar bulan depan.

Coach Ong Kim Swee, memberikan tanggungjawab kepada Irfan Fazail yang pernah dipinjamkan kepada FC Vion Zlate Moravce untuk memakai lilitan Kapten setelah mencuba kredibiliti beberapa pemain termasuk Thamil Arasu sebagai Kapten pasukan pada siri perlawanan perasabatan di Hungary.

Esok skuad U22 Harimau Muda A akan menentang pasukan Honved yang menduduki tangga ke 4 liga Hungary sekaligus pasukan Honved akan menjanjikan perlawanan yang sengit dan sukar kepada skuad OKS.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Gaji Nazmi Faiz Mansor RM300,000.00??!!

Angin bertiup agak kencang jugak sejak pagi tadi orang bercakap pasal gaji player bolasepak paling terkenal dan berbakat yang baru sign pre-contract dengan SC Beira-Mar, Nazmi Faiz Mansor. Betul ke gaji yang Nazmi Faiz Mansor dapat RM300,000.00 sebulan??!!


Perghhh...hebat betul diorang ni. Belum ada apa-apa announcement pun pasal gaji atau kontrak rasmi Nazmi dengan SC Beira-Mar. Nazmi baru sign pre-contract, belum sign official contract sebab Nazmi Faiz ada bersama Harimau Muda A yang skang ni ada kat Hungary sempena persediaan menghadapi Kejohanan Piala Asia U22 di Myanmar bulan depan.

Walaumacamanapun aku harap semua rakyat Malaysia bersabar. Jangan percaya sangat dengan khabar angin ni. Kita tunggu pengumuman rasmi dari pihak Nazmi Faiz Mansor.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, 28 May 2012

Hari Gaji.

Salam sejahtera sekali lagi. Alhamdulillah bertemu lagi kita dan ada lagi update kat blog ni. Hari ni Insyaallah hari ni hari gaji kepada warga kerja swasta. Hari yang ditunggu-tunggu kepada semua. Warga gomen dah settle dah. Dah dapat gaji last week.

Ok..apa nak buat bila dapat gaji? Korang ingat lagi tak entri pasal apa nak buat bila dapat gaji? Korang tengok kat sini http://pestairamajiwa.blogspot.com/2012/03/apa-nak-buat-tiap-kali-dapat-gaji.html?m=1. Korang tengok first skali yang kita kena buat adalah simpan 10% daripada gaji bulanan sebagai financial freedom saving atau simpanan bebas kewangan.

Aku cadangkan supaya korang tukarkan wang simpanan bebas kewangan ni kepada emas. Kalau 10% daripada gaji korang tu adalah RM200, dapatkan emas dengan berat 1g. Buat cara ni secara konsisten. Cukup setahun dah ada 12g. Kenaikan harga emas minima adalah sebanyak 20%...!! Banyak tu..cukup 20 tahun kalau disiplin simpan 1g emas setiap bulan dah berapa banyak dah simpanan korang. Tu belum kira bila dapat bonus. Insyaallah setahun sekali dapat bonus boleh tukarkan duit bonus kepada emas. Dapat lebih emas tu.

Aku cakap ni sebab aku dah start buat. Aku tukarkan kepada 1g cincin emas GSR atau kalau ada lebih aku tukarkan kepada 1Dinar emas PUblic Gold. Aku dah buat kira-kira. Insyaallah, bila anak-anak aku nak sambung belajar aku tak perlu apply PTPTN.... Korang bila lagi? Bukan susah pun...kalau x sure korang boleh email aku... pestajiwa@gmail.com
Published with Blogger-droid v1.7.4

Pra Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Malaysia lawan Filipina.

Jumaat ni, 1 Jun 2012 perlawanan persahabatan antarabangsa diantara Malaysia lawan Filipina akan diadakan. Perlawanan yang akan memberikan mata tambahan kepada salah satu pasukan yang menang.

Kepada team yang menang, akan bertambahlah point pada ranking FIFA. Bila ranking FIFA meningkat dan berada dikedudukan yang lebih baik dan tinggi. Bila kedudukan ranking tinggi maka team team terbaik di dunia lebih berminat untuk adakan perlawanan persahabatan dengan pasukan bolasepak Harimau Malaya kita ni. Ni pendapat aku la...sebab aku rasa ranking penting. Aku tak tau la plak dengan FAM...FAM kan lebih tau..sebab tu FAM tak kisah dengan ranking.

Korang tengok gambar poster yang aku dapat dari page Malaysia National Football Team. Kat situ ada beberapa fakta berkaitan kedua-dua pasukan. Hebat jugak Filipina ni dulu rupanya.. Jepun memang lauk la dulu. Dengan Filipina pun penah kena 15-1 dulu. Dengan Harimau Malaya toksah cerita la kan. Korang tau tak dulu ada player Filipina penah main untuk Barcelona FC? Haaa..jangan tak tau...sepertimana yang tak tau Nazmi Faiz bukan player Asia Tenggara yang bermain untuk team bola Eropah sebab ada yang kata Nazmi Faiz pemain Asia Tenggara yang berjaya memikat dan sign kontrak dengan kelab Eropah...heheheh...nanti aku bikin entri pasal tu..Insyaallah

Ok..Insyaallah kalau aku sihat dan aku jadi pergi tengok game dan bagi sokongan pada Harimau Malaya pada perlawanan persahabatan lawan Filipina nanti, akan ada la update pasal game tu. Lagipun hari kerja tu...agak.berat skit la...tapi game lawan Singapore musti mau turun bro...

Pesanan kepada yang pegi stadium tak kira la tengok bola ke..tengok hoki ke...tolong la jangan bunyikan vuvuzela, airhorn atau trumpet tu semua...semak la..player nak dengar sorakan dan sokongan ..bukan bunyi horn tu semua...tak percaya?? Tengok la bukti gambar yang aku attached tu... Tiket untuk game ni dah start jual. Harga RM20 je..korang bleh beli secara online kat www.tickethotline.com.my ..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Pemenang Tender Nombor Pendaftaran Kenderaan WWW.

Wow!!! Disebut wau!!! Bukan wau macam layang-layang tu. Tapi Wow!!! yang teruja atau terkesima..
Teruja dan terkejut dengan harga yang dibayar untuk dapatkan nombor pendaftaran kenderaan yang bermula dari WWW. Ni aku dapat senarai pemenang tender nombor pendaftaran kenderaan WWW.

Senarai ni aku dapat kat page Facebook Info Skuad Olimpik Malaysia (Footaball Team). Sebelum ni kecoh suratkhabar tulis harga nombor pendaftaran kenderaan atau yang kita cakap nombor plat kereta WWW 1 mencecah harga RM500K !!! Memang betul..sahih...malah lebih mahal skit dari yang suratkhabar cakap. Cait!!! Mana bleh suratkhabar cakap ye tak...dicetak kat suratkhabar la secara tepatnya..

Tapi aku agak musykil la jugak dengan senarai ni. Betul ke Sultan Ibrahim dan Yang DiPertuan Agong beli nombor plat WWW1? Bukan ke Sultan dan Agong pakai nombor plat khas? Mungkin beli untuk kenderaan persendirian. Lepas tu ada jugak satu nama beli 3 nombor. Hebat...banyak duit depa ni kalau sahih la senarai ni.

Aku tak brapa paham jugak kenapa diorang ni sanggup berhabis duit beratus ribu atau berpuluh ribu untuk dapatkan nombor plat kenderaan. Tapi aku yakin ada sesuatu yang istimewa kepada diorang. Kalau ikutkan aku teringin gak nak guna nombor WWW 5555. Tapi sebab aku tak jadi beli kereta baru, so terlepas la...xde hal..apa sangat la nombor tu kan...(ayat nak sedapkan jiwa..hahaha).. Kalau aku ada duit banyak macam diorang, aku beli emas....hehehe...siapa nak beli emas..contact aku..aku dealer emas dan perak fizikal Public Gold dan GSR.. Tapi maybe diorang ni dah banyak emas kot tu yang beli nombor plat WWW tu...kaya la JPJ..heheh..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, 25 May 2012

Coach Ong Nafi Wan Zack Ke Real Betis | Latest

Ni info terbaru yang diperolehi dari twitter @ESPNSTARMY. Coach Ong Kim Swee menafikan Wan Zack Haikal akan ke Real Betis.

Pulak dahhh...mana satu nak percaya ni? Coach Ong dah tentu lebih arif pasal player kendalian beliau. Cuma kesahihan belum jelas. Mungkin Coach tak nak persiapan mental Wan Zack Haikal dan Harimau Muda Aterjejas. Maklumla ada tournament besar just around the corner. Atau mungkin jugak betul Wan Zack Haikal bukan ke Real Betis. Mungkin juga tak ke Real BEtis tetapi ke team lain dalam La Liga juga..sebabnya Coach Ong menafikan Wan Zack Haikal ke Real Betis, tidak menafikan Wan Zack Haikal ke La Liga....jeng jeng jengggg....spekulasi la plak...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wan Zack Haikal Ke Real Betis.

Hebat betul skang ni sejak Nazmi Faiz diikat oleh kelab profesional dari Portugal, SC Beira-Mar. Player muda dari Harimau Muda semakin panas dan semakin mendapat perhatian. Yang terbaru diberitakan Wan Zack Haikal akan ke Real Betis. Salah satu kelab dari Sepanyol, La Liga. Liga nombor satu di dunia. Liga terbaik!!!

Info yang diperolehi dari FAM, sepertimana yang disampaikan pada status Facebook Info Skuad Olimpik Malaysia sebentar tadi. Kesahihan berkenaan info ni belum dapat disahkan. Belum ada apa-apa pengumuman dari pihak FAM. Tapi sebelum ni Coach Ong Kim Swee pernah maklumkan akan ada lagi 3 player dari Harimau Muda A akan dapat trial dengan kelab Eropah.

Nama Wan Zack Haikal pun hangat diperkatakan akan dipancing oleh kelab Divisyen 2 Jepun. Bukan dia sorang. Tapi sorang lagi player Harimau Muda A, Wan Zaharul Nizam atau lebih dikenali sebagai Kecik, pun akan join kelab yang sama kat Jepun.

Apa-apa hal pun kita tunggu pengumuman dari pihak yang berkenaan. Aku cari gak info untuk pengesahan, tapi tak jumpa. Tapi kalau jadi la kan, bertambah la sorang lagi player profesional dari Malaysia. Harap-harap bila semakin ramai player Malaysia dapat main dengan kelab profesional luar negara, mutu bolasepak pasukan Harimau Malaya akan lebih paduuu!!! Setakat ni yang aku tau anak Malaysia yang berkelana main pro kat luar Arif Zulkifly (Island Bay United, New Zealand), Nazmi Faiz (SC Beira Mar, Portugal), Titus James Palani (Nanteuil FC, Peranchis), Fandi Anuar (Gisborne City FC, New Zealand), Faril Anuar (Gisborne City FC), Tam Sheang Tsung (Shanghai Shenhua FC, China), S. Kumaahran (trial Cruzeiro FC, Brazil). Aku yakin ada lagi player yang main kat luar...siapa tau sila la komen bagi nama ye..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, 23 May 2012

Gaji Nazmi Faiz & Gaji Safee Sali.

Lagi entri pasal Nazmi Faiz Mansor. Tapi bukan pasal dia sorang. Entri ni juga melibatkan Safee Sali. Aku tengok ada beberapa keyword yang menggunakan gaji Nazmi Faiz dan Safee Sali.


Tu dia... Sampaikan gaji Nazmi dan gaji Safeerezeki dalam bolasepak ni.


Aku rasa gaji Nazmi Faiz ni mau cecah juta juta RM jugak dalam setahun. Kalau gaji Safee Sali yang main kat Indonesia pun bleh capai juta juta RM, ini kan plak Nazmi Faiz main kat Portugal. Biasanya gaji mingguan. Dibayar dalam matawang Euro. Sebelum ni pun khabar angin Nazmi Faiz pernah ditawarkan gaji RM20,000 sebulan kalau main dgn ATM. Ini cuma pendapat peribadi aku je pasal gaji Nazmi Faiz. Tahun 1994, kalau main bola untuk KL pun dah dpt gaji RM5000 sbln untuk player simpanan...ini plak main kat luar negara...sendiri mau ingat la kan..


Tapi lumrah orang kita ni memang agak sukar untuk mendedahkan brapa banyak gaji kita dapat sebulan. Takut boleh menimbulkan riak. Sebab tu susah nak tau berapa gaji Nazmi Faiz kat SC Beira Mar.. Tak macam kebanyakkan player profesional yang lain yang kebanyakkan peminat tau berapa gaji player pujaan diorang dapat...


Pesanan aku kat korang yang nak tau sangat berapa gaji Nazmi Faiz kat SC Beira Mar tu...kita tunggu la announcement dari ejen dia...tu pun kalau Nazmi rela untuk dedahkan pendapatan dia ye...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, 22 May 2012

Kehebatan Nazmi Faiz Mansor.

Sejak Nazmi Faiz Mansor sign kontrak dengan kelab dari Liga Divisyen 1 Portugal, trending untuk nama Nazmi Faiz mencanak-canak naik. Memang terserlah kehebatan Nazmi Faiz Mansor sekarang ni.

Lama aku tak update blog aku ni. Lemau semacam je. Takde idea nak blog pasal apa. So terbiar je bersawang. Tapi Nazmi Faiz Mansor ni buat aku tergerak untuk update blog ni balik. Tanda aku berbangga dengan pencapaian dia. Aku penah cakap kat wife aku masa tengok game Malaysia lawan Thailand masa Sukan SEA lepas. Tengok kat klinik. "Gile bagus betul budak skolah ni main...bleh pegi jauh"... Masa game tu aku sorang je yang bersorak kat klinik...terbawak-bawak chants Ultras Malaya...hahaha..ye statement poyo...

Akhirnya...NAzmi Faiz MAnsor betul-betul pergi jauh...kehebatan Nazmi Faiz beri tempias kat blog aku sejak aku update blog pasal Nazmi sign kontrak dengan SC Beira-Mar. Korang tengok printscreen NUffnang Traffic Analysis blog aku ni...ye betul..takde la tinggi pun..tapi bagi impak jugak la skit...aku tak ping langsung pasal entri blog pasal Nazmi Faiz tu. Lepas update aku biar je...skali nampak beza dengan sebelum update pasal Nazmi tu. Kalau aku ping..sendri mau ingat la kan...kena plak ada Buffered Earning...heheh...

Ok...chow..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More