Metallica Live in KL

Adakah impian akan jadi kenyataan?

Metallica Live in KL

Adakah akan disertai The Big 4?.

Safee Sali Bakal ke Bundesliga

Jom tengok selanjutnya.

Team J-League minat Amirul Hadi

Apa pendapat anda?.

Fara Fauzana HotFm Jatuh Cinta?

Jatuh cinta kat siapa?

Monday, 21 May 2012

Barcelona FC Terpikat kat Nazmi Faiz.

Sejak malam tadi otak aku ni dok nampak Nazmi Faiz je. Terus terang aku cakap memang aku terlalu bangga dengan pencapaian Nazmi Faiz. Bak kata Safee Sali yang twit pada Nazmi Faiz 'ingat, tiada yang mustahil dalam bolasepak'. Maka memang tak mustahil Barcelona FC pun terpikat kat Nazmi Faiz.

Ada yang kata hilang la spotlight kisah Safee Sali. Tapi pada aku Safee Sali pembuka jalan kepada players lain seperti mana yang telah dirancang oleh Allah. Insyaallah lepas ni peluang Wan Zack & Kecik yang dikatakan akan je Jepun. Safiq Rahim ke Thailand. Kita tunggu perkembangannya.

SC Beira Mar amat pantas buat keputusan mengikat Nazmi Faiz. Dalam komen kat entri sebelum ni kata Sporting Lisbon pun dah mula minat Nazmi Faiz. Mungkin itu sebabnya SC Beira Mar ikat Nazmi cepat cepat. Boleh jadi ini khabar angin. Boleh jadi jugak sahih...apa pun Nazmi Faiz dah jadi milik SC Beira Mar dengan kontrak 3 tahun menandakan SC Beira Mar serius!!! Dan Nazmi Faiz akan meninggalkan Harimau MUda A....

Twit dari Barcelona FC (mungkin akaun twitter dari kelab peminat Barcelona Brasil) yang highlight berita pasal Beira Mar sign Nazmi Faiz. Skang ni aku dah berkira kira nak pegi tengok Nazmi Faiz main masa perlawanan liga tu nanti. Tapi modal sendri mau ingat la.

Kawan aku cakap pakej dari KLM 2 dewasa dan 2 kanak-kanak cecah RM12K!!!... Insyaallah andai ada rezeki...dapatla pi sana sambil kibar bendera Malaysia kat stadium SC Beira Mar....
Published with Blogger-droid v1.7.4

Respon Nazmi Faiz Setelah Tandatangan Kontrak SC Beira Mar.

Susulan kepada entri sebelum ni, kita tengok apa respon Nazmi Faiz setelah tandatangan kontrak SC Beira Mar. Kontrak selama 3 tahun akan tamat pada Jun 2015 nanti. Namun diberitakan pada twitter ESPNSTARMY, Nazmi Faiz hanya akan bermain pada OGos 2012 nanti setelah umurnya mencapai 18 tahun. Mungkinkah Nazmi Faiz terus disenaraikan dalam skuad utama SC Beira Mar? Harus diingat Nazmi Faiz layak untuk mewakili skuad utama dan skuad remaja SC Beira Mar!! P/s Nazmi Faiz sama level dengan Joao Matinho dah skang ni...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Nazmi Faiz Sign Kontrak 3 Tahun di Portugal.

Lama tak update blog. Malam ni aku tak boleh tido. Semuanya sebab dapat info Nazmi Faiz sign kontrak 3 tahun di Portugal. Nazmi dah sign kontrak dengan SC Beira Mar kejap tadi. 2 hari selepas trial Nazmi dengan SC Beira Mar tamat.

SC Beira Mar tak tunggu lama untuk buat keputusan tawarkan kontrak 3 tahun yang akan tamat pada Jun 2015 nanti. Ini meyakinkan bahawa SC Beira Mar nampak bakat besar yang ada pada Nazmi Faiz. SC Beira Mar tak nak terlepas player sehebat Nazmi. Aku yakin tu. Kalau tak takkan secepat ini SC Beira Mar offer kontrak kat Nazmi...betul tak?

Tahniah pada Nazmi Faiz, keluarga dia serta warga AU5 Lembah Keramat. Tak lupa juga Coach OKS yang nampak talent Nazmi Faiz utk diserapkan dlm skuad utama Harimau Muda A. Aku cuma nak pesan walau apa pun yg berlaku, walau di mana saja Nazmi berada..ingat tanggungjawab sebagai Muslim. Allah dah makbulkan impian kau. Lagi sekali TAHNIAH!!!

P/s aku dah deal beli jersi original SC Beira Nazmi Faiz...heheh ..deal direct dgn ultras SC Beira Mar iaitu Ultras AuriNegros..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, 3 May 2012

Rakyat Malaysia Kaya.

Perghh..semakin bersawang dah blog aku ni. Daripada update tiap-tiap hari skang ni dah jadi sebulan sekali je update!! Bukan senang nak jadi blogger padu bro... Nak tak nak ikut je la rentak sendiri.. Kadang-kadang kalau ikut rentak sendiri pun bleh merana diri beb.. Boleh jadi macam kes rakyat Malaysia kaya jadi kayap.

Macam kes keratan akhbar yg aku letak tu. Korang bayangkan RM411 juta tu. Tak ke kaya rakyat Malaysia ni sebenarnya...tu la masalahnya. Melabur ikut rentak sendiri tanpa rujuk pada pakar. Kes-kes penipuan dalam pelaburan ni dah banyak kali jadi. Tapi orang MAlaysia ni macam tak serik..tak amik iktibar. Kena pulak dalam pelaburan Emas ni.

Kenapa la dok yakpur ghapla jingga sangat pi campak duit banyak-banyak melabur dalam skim-skim macam tu. Ni aku nak habaq kat hangpa.. Kalau nak melabur dalam emas pastikan duit pelaburan korang tu adalah pembelian emas. Maknanya.. BELI EMAS, DAPAT EMAS FIZIKAL. EMAS REAL la kata orang..bukan bayaq BELI EMAS, DAPAT KERTAS..kalau BELI EMAS, DAPAT KERTAS aku gerenti korang akan menangis tak berlagu la tak lama lagi..

Serius aku cakap kat korang. Masa memula korang laburkan duit kat skim pelaburan macam tu, kompom korang akan dapat pembayaran yang dikatakan pembayaran untung. Aku berani cakap kalau korang dapat balik modal korang kira dah cukup bagus laa. Selalunya banyak kes kena scam dari skim pelaburan macam ni, selepas pembayaran ke 3..korang tak dapat dah bayaran selepas tu. Korang tau apa jadi??! Syarikat tu dah tutup la... Duit korang?? Geng-geng scammers tu dah bawak lari la enjoy braderr...

Pasal pembayaran yang dikatakan pembayaran keuntungan tu. Bila masa korang dapat untungnye cuba habaq mai??!! Kalau modal RM10000, bulan pertama korang dibayar 4%, baru RM400..tu baru balik modal 4% bukan nya untung..paham?? Dapat bayaran 3 bulan..baru RM1200. Lepas tu tak dapat dah...hahhh!!! Skang bukan korang yang dapat untung tapi korang RUGI!! Yang untung para scammers tu la...korang plak rugi RM8800!! Skang siapa nak jawab??

Dah tak mau cerita panjang sangat. Ni pun dah panjang dah ni. Kalau korang nak melabur dalam emas.. Mai datang jumpa aku..kalau segan nak jumpa..call pun boleh..sma pun boleh ..whatsapps pun boleh...facebook pun boleh...LIne pun boleh... Aku ada jual emas dan perak fizikal..REAL PUNYA EMAS & PERAK. Kalau nak harga murah elok jadi DEALER. Modal besar pun boleh...Modal kecik pun boleh...dont worry...SKANG NI SESIAPA PUN BOLEH JADI TAUKE EMAS...yang penting modal dan usaha....bolehhhh..?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, 26 April 2012

Pelekat Kereta Ultras Malaya.

Ultras Malaya mengorak langkah ke satu tahap lagi. Kalau sebelum ni ULtras Malaya bergerak secara indiependant yang memerlukan mereka mengeluarkan dana sendiri untuk berjuang demi bola sepak negara. Kini ni Ultras Malaya mempunyai produk sendiri yang bakal dimiliki oleh komrad Ultras Malaya. Sebelum ni Ultras Malaya mengeluarkan T-Shirt Ultras Malaya dan Mafla Ultras Malaya yang mula dijual dan digunakan oleh komrad pada perlawanan skuad Olimpik Malaysia Harimau Muda menentang skuad Olimpik Jepun pada perlawanan terakhir kelayakan olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kali ni Ultras Malaya mengeluarkan produk Pelekat Kereta Ultras Malaya.


Pelekat kereta ULtras Malaya akan mula dijual pada perlawanan persahabatan MAlaysia lawan Sri Lanka sabtu ni. Pelekat kereta Ultras Malaya dijual pada harga RM4, RM10 & RM20. Mengikut saiz. Tapi kalau nak beli semua saiz yg ada korang boleh beli dengan harga pakej RM15 saja. Untuk pilihan saiz korang boleh tengok kat gambar tu.
Aku rasa pihak Ultras Malaya keluarkan produk ni sebagai salah satu sumber untuk mengumpul dana bagi meneruskan gerakan dan perjuangan diorang sebagai penyokong bola sepak Malaysia secara lebih tersusun dan lebih baik. Setiap apa yang dirancang memerlukan dana. Korang ingat nak bikin tifo, banner bagai tu tak pakai sen? Semua kena pakai sen betul tak?...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, 22 April 2012

8 Buffered Earnings!!

As Salam aku ucapkan kat korang semua...aku rasa dah dekat sebulan aku tak update blog aku dengan entri baru. Maka dekat sebulan juga aku x usha page Nuffang Traffic Analysis dan page Nuffnang Earnings aku. Pagi ni tiba tiba tergerak nak usha. Apa lagi aku sambar Samsung Galaxy S2 Smartphone terbaik dalam pasaran dan yang terbaik tahun lepas, 2011. Aku touch icon shortcut Nuffnang yang aku saved kat HOme screen Samsung Galaxy S2. Sekali...WALLLLLAAAHHHHHH...!!!.. Hamik kau!!! 8 Buffered Earnings yang aku penah dapat sebelum ni kekal jadi Metered Earning sejak awal tahun 2012!!..


Tapi bukan tu yang aku nak cerita. Yang aku nak cerita..tu yang kat atas tu...of course la yang Buffered Earning tu. Yang ada tulis Samsung Olympic Bloggers (Audition) tu la.. Akhirnya blog Pesta Irama Jiwa dipilih untuk diletakkan Buffered Earning (BE) oleh pihak SAMSUNG. SYUKUR ALHAMDULILLAH...melekat jugak..Firstly, aku ucapkan terima kasih kepada ALLAH...seterusnya aku ucapkan terima kasih kepada SAMSUNG, NUFFNANG, my family..my fans...hahahha...macam menang anugerah la plak...hahaha...


So terbuktilah, kebanyakkan tips untuk dapatkan Buffered Earning yang diwar-warkan di Internet tidap tepat...Cuma satu tips yang boleh diterima tentang Cara terbaik untuk dapat Buffered Earnings ialah blogging la dengan seikhlas hati. Jadi la diri sendiri. Blogging ikut stail sendiri. InsyaAllah, BUffered Earnings tu akan datang singgah melekat kat blog kita... Aku rasa korang pun tau kita boleh generate income dari blog. Tapi tak ramai yang berjaya jadi blogger fulltime untuk generate income macam Red MUmmy. Sama la macam aku. Tapi aku gunakan satu lagi cabang untuk generate income. PELABURAN EMAS & PERAK. Dengan pelaburan ni Insyaallah aku akan generate pasif income sebab dah terbukti keuntungan dari Emas boleh dapat profit sebanyak 20% setahun.. minimum!! Aku memang suka dengan pasif income ni..sebelum ni aku dah start generate pasif income dari sewaan apartment aku. Skang ni aku dah start jadi Dealer jual produk Emas dan Perak PUblic Gold. Aku rasa dalam Emas ni aku tak risau andai kata takde jualan. Sebab hanya dengan simpan emas yang aku beli (dapat diskaun tu...) aku bleh dapat.keuntungan!! Jangan tak percaya...so kalau ada antara korang yang nak beli.emas atau perak untuk start simpan emas & perak seterusnya generate profit..korang bleh email aku kat mnfauzi@gmail.com atau cari aku kat Facebook...pm je inbox message aku tu...kita cite...lagipun harga emas berada di paras harga terendah sejak awal tahun 2012 ni..maksudnya skang ni waktu yang sangat sesuai untuk mulakan pelaburan Emas ni...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, 10 April 2012

Photomanipulation.

Perghh..lama jugak aku tak buat entri baru kat blog ni ek..? Asyik crite pasal bola je...Hobi aku masa muda-muda dulu memang main bola. Macam dalam crite P.Ramlee filem Masam-Masam Manis "cikgu suka main bola. Hari-hari cikgu main bola"...gitu la aku.. Hari-hari main bola. Kalau tak dapat main bola, resah gelisah macam mat pet tak dapat hisap fit...hahaha...Tapi sejak Archilles Tendon aku injured..putus, aku terpaksa lupakan terus aktiviti main bolasepak. Tapi aku puas, sempat main Liga Kuala Lumpur Divisyen 3 & Liga Dunhill Selangor. Ada la jugak dapat bayaran masa main liga-liga tu dulu. Tapi takde la masyuk macam gaji Safee Sali kat Pelita Jaya tu. Entri ni bukan nak crita pasal hobi aku main bola, tapi nak crita skit pasal Photomanipulation atau cakap Melayu Manipulasi Foto....heheheh...



Free Palestine.

Hopes.

Kedua-
 dua gambar atas ni masa aku amat tersentuh dengan apa yang menimpa Bumi Palestine....

Sejak 2 tahun lepas aku syok layan main grafik design. Aku bukan grafik designer atau artis grafik. Cuma aku suka tengok karya hasil kerja kawan aku main grafik design ni. Sama tempat kerja. Cuma dia ni jarang layan Photomanipulation. Bila dah slalu tengok kawan aku ni main grafik design aku mula tercari-cari karyawan grafik yang banyak main photomanipulation. Salah sorang yang aku sangat syok layan karyanya adalah Kuku Besi. Pereka poster Filem Merong Mahawangsa terbitan KRU Studios. Kuku Besi juga pemenang untuk Kategori Poster Filem Terbaik dalam Festival Filem Malaysia yang lepas. 







Logo Watermark Untuk Setiap Gambar Yang Aku Tangkap


1st. Trial 

Ada beberapa lagi artis photomanipulation tempatan yang aku suka layan karya diorang. Ada juga aku try layan sesikit tapi standard amatur gile la...hahah..Post Processing yang sangat minimal..maklum la bukan orang seni la katakan. Tapi sejak kebelakangan ni aku dah tak layan sangat sebab banyak komitmen dengan urusan seharian. 



Tapi bulan lepas aku try layan balik sebab aku bercadang untuk register blog aku ni guna domain dot com dan nak start blogging guna Wordpress. Aku design la skit Header untuk blog baru aku tu nanti...hasilnya kat bawah ni la...



Friday, 6 April 2012

Instagram For Android!!






Dan sebenarnya entri ni dah lewat aku post. Aku dah draf dah apa nak cite pasal Instagram for Android Isnin lepas. Tapi tiba-tiba plak aku nak cite pasal perhimpunan merah 404 tu. So aku peram je dulu entri ni.

Skang ni bila aku teringat pasal draf entri Instagram untuk Android ni, lain plak content yang aku taip. Ahh..takpe la. Siapa nak kisah pasal entri dari kutu ni pun kan..







Kalau sebelum ni hanya pengguna Apple iPhone je yang enjoy tangkap gambar guna Instagram, skang pengguna Android pun dah jadi Instagramers. Kalau tak sebelum ni jaki je tengok bebudak Apple layan Instagram. Aku dapat tau pun dari Facebook status Sue Anna Joe. Thanks Sue Anna Joe!! Bila dapat tau je..terus aku download Instagram for Android dari Play Store. Lepas siap download installed bagai, terus test layan Instragram. So gambar bini aku dengan anak bongsu aku jadi bahan uji kaji...maka ini la hasilnya....
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, 4 April 2012

Terkini 5 | Keputusan | Perhimpunan Merah 404.

Kalau tadi aku update keputusan Tan Sri Anuar Musa dibebaskan dari hukuman mengkritik skuad K.Rajagobal. Rupa rupanya keputusan tu tak habis kat situ je.

Keputusan terkini yang aku dapat adalah Tan Sri Anuar Musa dibebaskan tetapi tetap digantung selama dua setengah tahun dari aktiviti bersama F.A.M dan KAFA tanpa boleh buat rayuan!! Hmmmm..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Terkini 4 | Perhimpunan Merah 404.

Maklumat terkini berkaitan kes Tan Sri Anuar Musa yang dihadapkn ke Jawatankuasa Disiplin F.A.M petang tadi yang mencetuskan Perhimpunan Merah 404. Tan Sri Anuar Musa bebas tuduhan pertama. Tuduhan pertama adalah mengkritik skuad K.Rajagobal.

Kritikan Tna Sri Anuar Musa, terhadap skuad kendalian K.Rajagobal ni pada aku.memang berasas. Pada aku Tan Sri Anuar kritik demi untuk kebaikan dn kemajuan skuad. Tan Sri Anuar pun Timbalan Presiden F.A.M kan...so takde hal la kalau dia kritik...betul x?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Terkini 3 | Perhimpunan Merah 404.

Sebenarnya Perhimpunan Merah 404 dah habis masa aku buat update entri kali ke-3 ni. Walaupun perhimpunan dah tamat tapi ada juga penyokong bolasepak yang still ada kat Wisma.FA.M. Mungkin nak tau status terkini.dengan.segera.Aku pun cuma nak tambah beberapa gambar yang aku dapatkan dari page Facebook mereka yang join Perhimpunan Merah 404. Salah satunya aku dapatkan dari page Facebook Sukan Star. Ramai jugak rupanya peminat bolasepak.yang join Perhimpunan Merah 404 ni. Sampai FRU pun datang sekali. Takpela FRU tu buat kerja diorang. Alhamdulillah takde kejadian yang tak diingini terjadi. Tahniah kepada yang join Perhimpunan Merah 404 sebab mengotakan janji bahawa perhimpunan tu bukan untuk berdemonstrasi liar dan tiada kekacauan yang dicetuskan...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Terkini 2 | Perhimpunan Merah 404.

Keadaan terkini Perhimpunan Merah 404 yang aku dapatkan dari Facebook page Kelantan F.A. Jeritan Presiden Letak Jawatan dan chants dari para penyokong bergema di Wisma F.A.M. Maklumat jumlah penyokong yang join Perhimpunan Merah 404 still belum diperolehi. Sorang brader yang dikenali sebagai Abe Pozi (bukan aku ye...) ada kat sana untuk update gambaran terkini...thanx to Abe Pozi...Aku kerja so tak dapat join ...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, 3 April 2012

Terkini Perhimpunan Merah 404.

Kesinambungan pada entri aku sebelum ni pasal Perhimpunan Baju Merah kat Wisma F.A.M. Esok sah satu perhimpunan yang secara rasminya dipanggil Perhimpunan Merah 404 di Wisma F.A.M pada jam 2:00 petang akan diadakan.

Perhimpunan Merah 404 yang diilhamkan oleh para penyokong dari pantai timur ni adalah sebagai tanda sokongan kepada Tan Sri Anuar Musa yang akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin F.A.M esok. Perhimpunan ni bukanlah bertujuan mencetuskan kekecohan. Tapi sebagai sokongan kepada Tan Sri Anuar dan sebagai respon peminat bolasepak yang inginkan perubahan keterbukaan dan keadilan dalam F.A.M. Sekali lagi dimaklumkan Perhimpunan Merah 404 bukanlah medan untuk berdemonstrasi liar jauh sekali untuk mengganas ye...sebab peminat dan penyokong bolasepak negara sangat ingin melihat bolasepak negara berjaya...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, 1 April 2012

Perhimpunan Baju Merah Di Wisma F.A.M.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Macam mana hujung minggu korang? Enjoy? Bawak famili pegi jalan-jalan? Ada tak yang pegi layan Rock & Blues sempena Rock & Blues IV kat Havana Club Bukit Bintang? Kalau ikut keinginan aku nak jugak pegi. Tapi tak jadi sebab feel untuk aku layan entertainment macam tu dah kurang dan hampir pupus..heheh. Ada tak yang pegi pelancaran komik Super Safee kat Taman Permata petang tadi? Ada? Amacam syok jumpa Safee Sali? Ok..tu antara aktiviti hujung minggu yang diadakan kat area KL. Tapi korang tau tak pertengahan minggu ni iaitu hari Rabu 4 April 2013 nanti akan ada satu aktiviti yang dipanggil Perhimpunan Baju Merah di Wisma F.A.M?

Sebenarnya Perhimpunan Baju Merah ni bukanlah satu aktiviti santai macam aktiviti hujung minggu dan langsung tak sama macam Perhimpunan BERSIH. Tapi Perhimpunan Baju Merah adalah respon para peminat dan penyokong bolasepak Malaysia terhadap situasi dan status terkini arena bolasepak negara. Mesti korang dah tau pasal tindakan yang dikenakan terhadap Tan Sri Anuar Musa yang juga Timbalan Presiden F.A.M.

Perhimpunan Baju Merah ni dipercayai dinaungi oleh penyokong bolasepak dari Pantai Timur dan disokong oleh kebanyakan penyokong bolasepak dari seluruh negara termasuklah Ultras negeri. Perhimpunan yang dikatakan sebagai suara protes terhadap hukuman yang dikenakan terhadap Tan Sri Anuar selepas Tan Sri Anuar membuat kritikan terbuka terhadap perancangan dan prestasi semasa skuad Harimau Malaya yang tak konsisten dan hanya mengadakan perlawanan persahabatan menentang skuad negeri yang beraksi dalam Liga Malaysia.

Pada aku, kritikan Tan Sri Anuar tu ada betulnya. Sepatutnya pihak F.A.M kena berusaha untuk dapatkan perlawanan persahabatan Kelas A. Bukan buat friendly match dengan skuad negeri dan terutama sekali jangan buat eksperimen. Aku bagi contoh sepatutnya masa skuad Harimau Malaya friendly lawan skuad Piala Dunia Australia baru-baru ni, sepatutnya bawa full skuad yang terkuat. Bukan bagi player yang takde pengalaman dalam game antarabangsa. Bila bawa team yang tak mempunyai kekuatan sebenar, pihak lawan akan rasa diperlekeh. Sepatutnya kita appreciate jemputan opponent. Kita bukan lawan team Liga Kampung tapi Harimau Malaya lawan skuad Piala Dunia dan dibarisi player yang main kat liga-liga yang kompetetif kat Eropah nun...

Satu lagi Perhimpunan Baju Merah ni sebagai desakan peminat dan penyokong bolasepak negara yang inginkan perubahan pada organisasi F.A.M terutama sekali pucuk pimpinan F.A.M yang telah menerajui F.A.M sejak tahun 1984. Peminat dan penyokong berpendapat pimpinan sekarang gagal membawa kegemilangan bolasepak negara.

Aku tak pasti samada aku akan join Perhimpunan Baju Merah ni nanti atau tidak. Kalau aku join, ada la update tu nanti...heheh
Published with Blogger-droid v1.7.4

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More