Friday, 24 June 2011

Cik N Yang Kental



Kelmarin, hari Rabu gua ada satu entry pasal 'Cik N' a.k.a Nuffnang vs YMads. Korang ingat lagi tak? Tak ingat!!!..Apa barang yang korang pikir ni..mungkin jiwa korang tengah serabut. Ok, kalau tak ingat gua kasi korang ingat dengan menyuap korang dengan cara korang klik kat sini . Gua takde hal untuk suap sesiapa saje. Ni kan blog Pesta Irama Jiwa, sentiasa cuba untuk mendendangkan irama jiwa yang pelbagai.

Gua dapat email dari 'Cik N' a.k.a Nuffnang perihal soalan gua yang agak keliru pasal Glitterati status gua. Sama keliru macam jurulatih Olimpik Lebanon, Samir Saad, yang masih anggap team kendaliannya lebih bagus daripada Olimpik Malaysia padahal Olimpik Lebanon gagal untuk tewaskan Olimpik Malaysia yang main dengan hanya 10 pemain semalam. Tahniah Harimau Malaya!!!


Rupa-rupanya pihak 'Cik N' a.k.a Nuffnang menganggap YMads sebagai saingan kepada 'Cik N' a.k.a Nuffnang walaupun YMads bukan company yang berdaftar di mana mana negara SEA (Asia Tenggara). Sebab tu Glitterati membership status gua kena sita!!!...So, gua kena la remove semua script dari blog Pesta Irama Jiwa ni. Gua akur sebab gua setia pada yang satu...hehehe. Gua suka kat 'Cik N' a.k.a Nuffnang tu sebab 'Cik N' a.k.a Nuffnang selalu bagi iklan yang cun cun dan gua anggap sebagai penyeri blog Pesta Irama Jiwa ni walaupun gua belum dapat apa apa sen pun dari pada 'Cik N' a.k.a Nuffnang. Mungkin sebab blog gua tak popular kot....Alaa..lagipun 'Cik N' tak suka pada orang yang tak setia dan tak suka dimadukan....

2 comments:

aku loveee banget dgn nuffnang ni. pasalnya dh makan RM3K duit nuffnang taw. oh...syorganya berblogging :D

best la kau ye zie....dah makan 3k duit Cik N ...bila bleh dpt turn aku makan duit Cik N pun tak tau la....anyway...thnx singgah...

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More