Aku baru je balik tengok wayang cerita Kung Fu Panda 2. Tengok kat GSC Alamanda Putrajaya. Dekat je la dengan rumah aku. Tak sampai 10 minit sampai dah. Layan tengok wayang dengan bini & anak anak aku. Kira hadiah untuk Aiman sebab dapat keputusan cemerlang periksa tengah tahun. Layan tengok wayang je la yang mampu aku bagi buat masa ni. Tak boleh bagi mahal mahal sangat sebab dah banyak dah perabis duit sebelum ni. Beli basikal, beli but bola, beli Transformer Bumblebee. Lewat, tayangan pukul 11 malam. Nak tengok pukul 9 malam sebenarnya, tapi dah penuh walaupun bini aku pi beli tiket sehari sebelum, semalam la tu, hari Khamis.
Tak berapa fokus pada cerita tu. Sebab kat tengah cerita Aiman ajak pergi toilet. Potong betul la, tapi nak buat macam mana kan. Takkan aku nak jadi bapak durhaka...biar anak tahan kencing kang bleh kena batu caves....batu karang la...bleh ke cakap bapak durhaka?...
Lepas bawak Aiman pergi toilet, aku layan lepak tengok Kung Fu Panda 2 sambil bersila kat pintu masuk Panggung 4 GSC. Aku takde hal sangat la. Aiman lagi la kan sebab Aiman tak kisah...hehehe...cuma aku ada sikit bengang dengan satu couple yang teramat berat juboq dia untuk bangun bagi laluan kitorang keluar. Sikit pun tak bergerak. Dah nampak malas macam Garfield dah aku tengok couple tu. Dengan popcorn, air gas kole besar perisa apa aku pun tak tau, 'anjing panas' ( hotdog la)..Maka tak heran la kalau saiz badan couple tu boleh melayakkan diorang jadi peserta Biggest Loser Asia musim depan. Itu pun kalau diorg pergi audition la kan.
Pada aku, apa salahnya kalau gerak skit bagi laluan. Tu la antara salah satu kenapa rakyat Malaysia ni mengalami masalah obesiti. Aku bukan nak kutuk orang yang bersaiz besar ni. Aku paham diorang pun ada perasaan. Sebenarnya untuk lebih tepat, badan aku pun bukannye kecik mana pun hehehe... Yang aku perasan kebanyakan golongan ni malas bergerak. Contoh yang selalu aku jumpa nak ke tingkat UG dari aras G pun guna lif. Apa salahnya kalau guna tangga. Kalau ada masalah sakit lutut sekalipun, pelan pelan la panjat tangga tu. Aku pun kadang-kadang aku gunakan tangga untuk naik ke rumah aku kat tingkat 5. Pelan pelan la kan...
Berbalik pada cerita Kung Fu Panda 2. Best jugak la walaupun ada beberapa scene aku terlepas. Kelakar jugak. Tapi takde la sampai kelakar yang boleh menyebabkan aku ketawa guling guling sampai keluar airmata. Cuma yang aku heran, ada jugak penonton yang ketawa terbahak bahak. Padahal takde la kelakar sangat. Atau mungkin aku ni tak pandai nak layan kelakar bahasa orang putih kot. Mungkin la...
Cukup untuk kisah kejadian masa menonton Kung Fu Panda 2 ni. Lain kali cerita pasal lain pulak.
Honda RS150R pasaran Malaysia dapat warna baharu
-
Tahun ini sekali lagi Honda RS150R diberikan warna baru, yang datang dalam
tiga pilihan iaitu White Trico, Matte Blue dan Silver. Harga cadangan
terkini ...
1 hour ago
4 comments:
si panda tu pun obesiti nurhaliza gak kan???:P
panda yg awesome... (abg poji ni dh pindah umah/blog brape kali ye..ahaha)
berpindah randah kau ni.
aku paling rimas dgn org yg duduk ikut suka hati tak ikut nombor. rasa nak pang je org yg mcm tu. pernah terkena tu yg panass tu.
nak tgk panda jugak.
hidemichi-mana tau ni...?...
liyana-dulu slalu pindah skolah..tu yg suka pindah2 blog...hehehe..
belle-jawapan spt diatas...hehehe..aku rasa org mcm tu suka main nombor ekor kot sbb no. ekor kan suka keluar ikut suka hati jugak...yg pasti lepas ni nak tgk Cars 2...
Post a Comment