Monday, 16 May 2011

Kasut Bola Ku Yang Pertama

Sejak minggu lepas anak gua, Aiman, minta gua belikan but bola. Bukan gua tak nak beli, cuma gua belum ada kesempatan untuk layan cari kat kedai. Tapi sebab planning gua untuk berpoya-poya dengan famili gua agak tak berjaya gara-gara filem Pantas & Garang 5 (Fast & Furious 5) dikategorikan sebagai filem tonton.com.my tontonan orang dewasa dan GSC melaksanakan undang-undang macam pengawas sekolah anak gua. Lantas gua bawak anak gua usha but bola kat Al-Ikhsan, Alamanda Putrajaya.

Sebaik je kitorang masuk ke Al-Ikhsan, Aiman tangkap satu but kaler biru, Nike. Terus dia try sarung. Agak besar skit tapi kira ok la. Gua syak harga but tu mesti diluar bajet gua. RM129.00. Mahal. Gua cuba ajar Aiman untuk beli barang ikut bajet. Berjaya.

Ahad pagi lepas gua layan beli ikan kat Pasar Komuniti Presint 8, Putrajaya dengan Arshad (anak gua no.2 baru 4 tahun), gua layan pergi Kompleks Pertama dengan Aiman & Arshad. Susah jugak nak beli but bola murah untuk budak-budak ni. Kalau yang harga RM100 ke atas tu senang-senang je. Pusing punya pusing Aiman jumpa satu but jenama Copa Mundial. Murah katanya. Bukan Adidas Copa Mundial, tapi Copa. Kaler kuning beb...tanpa banyak soal gua suruh tokey kedai tu amik yang baru bagi Aiman try. Cun...bungkus. Hehehe...dengan segera sebab harga RM49.00 je....

Masuk je dalam kereta Aiman pegang but bola tu sambil cakap "kasut bola ku yang pertama....terima kasih, Abah.."




Petang tu terus rasmikan but bola tu kat padang kecik sebelah Dewan Komuniti Presint 9 Putrajaya. Aiman pakai but Copa. Gua pun pakai but Copa, tapi Adidas Copa Mundial yang budak-budak remaja sekarang tak minat nak pakai sebab diorang kata but referee....hahahah....Suka hati korang la...jiwa korang lebih minat dengan but warna-warni macam kasut badut sarkas...hahahaha!!!!..

2 comments:

gambar cun der...mcm dlm iklan sokabar!hehehe.

gambar target utk market La Liga sempena RMFC menang Piala Raja Sepanyol....hahaha

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More