Pages

Pages

Monday, 11 June 2012

Harimau Malaya Mengaum Bersama Ultras Malaya.

Esok perlawanan ke 2 Causeway Challenge antara Malaysia dan Singapura akan berlangsung di Stadium Shah Alam. Semakin dekat semakin aku tak sabar untuk berada di stadium. Setelah keputusan perlawanan yang mengecewakan seri 2-2 Jumaat lepas akibat drama yang diarahkan oleh Ng Kai Lam semangat aku semakin membara untuk terus beraksi di curva stadium. Esok kita akan saksikan perjuangan Harimau Malaya sambil dihangatkan oleh Ultras Malaya. Harimau Malaya mengaum bersama Ultras Malaya.

Setelah sambutan yang keruh diterima semasa kunjungan ke Stadium Jalan Besar, aku menjangkakan ngauman Ultras Malaya akan lebih nyaring di tanahair sendiri. Aku rindu untuk tengok nyalaan flare merah menyala sepertimana yang dilakukan di Kota Bharu. Aku rindukan gegak gempita sorakkan komrad-komrad Ultras Malaya melaungkan chants dengan lirik-lirik yang membakar semangat Harimau Malaya sepertimana perlawanan timbal balik kelayakan Piala Dunia menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil. Sokongan yang sangat padu dari semua penyokong Harimau Malaya yang memenuhi setiap ruang tempat duduk stadium.

Sejujurnya aku mengharapkan sesuatu yang lebih besar dari Ultras Malaya. Tapi apa yang aku harapkan tu perlu kebenaran dari pihak pengurusan stadium atau FAM. Aku sangat inginkan suasana sepertimana Besiktas Carsi bersorak. Sorang Capo berada di tengah padang mengetuai choreo sebelum perlawanan bermula. Mungkin Lekir atau Fred atau The Living Legend, Rambo boleh melakukannya. Ya..aku tau itu sesuatu yang agak mustahil untuk berlaku dalam masa terdekat. Memandangkan penyokong bolasepak di Malaysia lebih sukakan bunyi vuvuzela dan airhorn!!! Satu banner atau tifo menggesa FIFA siasat Ng Kai Lam juga harus dikibarkan esok memandangkan tiada sebarang info samada FAM sudah atau akan membuat bantahan terhadap Ng Kai Lam!!!

Jom tengok Besiktas Carsi beraksi!!
http://www.youtube.com/watch?v=A8qRylUVmC4&feature=youtube_gdata_player

Kredit dan sumber gambar Facebook Ultras Malaya & ChiqahPhotography.
Published with Blogger-droid v1.7.4

No comments:

Post a Comment