Pages

Pages

Monday, 11 June 2012

Bank Rembat Duit Aku.

'www.maybank2u.com.my' itulah url address yang aku masukkan kat Internet browser. Macam biasa, rutin setiap bulan. Bayar bil secara online. Bayar bil letrik, bil handphone, bil Astro, bil Streamyx, bayar credit card dan bayar installment rumah. Aku rasa sama macam korang jugak. Mungkin ada yang komitmen setiap bulan sama macam aku. Mungkin juga ada yang lebih daripada komitmen bulanan aku. Mungkin ada yang lebih bagus daripada aku, kurang komitmen bulanannya. Aku login macam biasa, key in username dan password. Nak username dengan password maybank2u aku? Bayar dulu laaaa baru bleh bagi...heheh.. Klik kat Account lepas tu usha Transaction History... Jeng..jeng..jenggggg... Apa kodinya bank rembat duit aku RM150 ni!!!

Tengok tarikh 10 June 2012. Rasanya tarikh tu aku takde plak beli barang sampai RM150. Tengok plak resit yang aku simpan kat wallet. Kompom. Aku isi minyak kereta RM37.50 je tarikh tu. Aku call Customer Service Maybank. Yang paling aku menyampah adalah dengar mesin operator syarikat-syarikat besar bercakap. Buang masa sebenarnya. Baik buat stail dulu. Call mana mana customer service. Operator jawab dulu lepas tu kita bagitau nak cakap pasal apa then terus operator forward line kita ke department yang sepatutnya. Sekarang ni kena tekan 1 untuk Bahasa Malaysia..press 2 for English...bla..bla..blaa..

Ok..berbalik kat kes aku tadi. Bila dah dapat cakap dengan officer yang sepatutnya aku tanya kenapa ada Pre Auth-Debit RM150 kat akaun aku. Ini bermakna bank potong duit dari akaun aku... Lepas cerita punya cerita, officer tu cakap sebenarnya PRE AUTH-DEBIT tu adalah jumlah sekatan sementara yang dikenakan bila aku isi minyak dan buat pembayaran guna debit card kat pam station minyak. Kira kat nozzle tu terus la. Memang policy bank katanya. Bila bank dah clear semua transaction tu balance daripada RM150 - RM37.50 akan dimasukkan semula ke akaun aku. Memang policy ni dah lama buat. Aku je yang tak perasan sebab lama tak guna debit card kat pam minyak. Kira bank takde la rembat duit aku sebenarnya....Lega..

Pada aku policy ni tak berapa nak cun la sebenarnya. Sebab lepas settle berurusan dengan Customer Service Maybank nama Yaya tu, aku borak la dengan opismate aku. Katanya opismate aku yang sorang lagi tu pernah kena macam tu gak. Masa dia kena tu balance dia ngam-ngam kena jumlah sekatan sementara sama dengan balance kat akaun dia. Lepas tu dia nak beli barang lain dah tak boleh la. Sebab balance dalam akaun dah takde.... Elok bank pikirkan cara yang lebih efektif selain daripada PRE AUTH-DEBIT ni ye...jangan pikir nak untung kat bank je ...n
Published with Blogger-droid v1.7.4

1 comment:

  1. Owh... Camtu ceritanya... Wat suspen akak je dik oi...

    ReplyDelete