Neelofa Bukan Bersama Kekasihnya.
Neelofa, satu nama yang agak hot skang ni. Nama yang selalu disebut-sebut oleh ramai jejaka. Termasuklah bloggers, penghuni kampung Facebook dan kadang-kadang gua sendiri pun sebut. Sebut dalam hati je la.. Gua kenal salah sorang penduduk kampung Facebook yang selalu sebut nama Neelofa ni. Gua syak dia ni minat gile kat Neelofa. Tapi gua silap..dah nama pun syak kan.. Korang boleh tengok gambar yang gua letak kat sini. Tapi gua terpaksa la blurkan wajah dia sebab gua kena hormat peribadi dia...lagipun dia bukan kekasih Neelofa. Nanti tak pasal-pasal orang suratkhabar cari dia plak...siapa yang susah? Orang suratkhabar la yang susah sebab kena cari...hehehe.. Lagipun blog gua ni bukan blog gossip artis...cukup la dah banyak majalah & blog gossip artis kat dunia ni...
Baru-baru ni, Neelofa dijemput sebagai salah sorang artis untuk event Soccerkids. Member gua ni pada mulanya macam tak berapa nak pergi la event tu. Tapi mungkin sebab meroyan asyik sebut nama Neelofa kat status Facebook, last-last pergi gak. Bukan setakat pergi event tu tapi siap bergambar dengan Neelofa. Sekali lagi diingatkan, lelaki dalam gambar tu bukan kekasih Neelofa...hehehe... Berbalik pasal Neelofa pulak.. Memang Neelofa cun. Gua tak nafikan. Gua rasa mungkin sebab dia ni jenis awek yang tido awal. Sebab few times gua tengok Neelofa tweet dia nak tido dalam lebih kurang pukul 9:30 malam. Bila tido awal, wajah nampak segar, cun..Ok..cukup cite pasal Neelofa nak tido. Tu hidup peribadi Neelofa.
Kita cite pasal karier Neelofa plak. Gua tak berapa tau pasal karier Neelofa. Yang gua tau, Neelofa adalah Finalist Dewi Remaja. Champion ke tidak gua tak tau sebab gua sedar gua bukan la remaja lagi...apa jadah gua baca majalah Remaja plak... Jatuh la status gua yang setaraf Zamri Rockers!!! Lepas tu skang ni filem Azura 2012 tengah roll kat panggung. Heroin...Neelofa la...siapa lagi. Tak kan Kak Ogy plak...kan gua tengah cite pasal Neelofa ni...
Sebelum Neelofa dapat jadi heroin Azura 2012 ni pun ada kisah gak sebenarnya. Neelofa dah pergi audition untuk filem tu tapi masa tu asistant Aziz M.Osman yang bikin audition tu sebab Aziz M.Osman takde..apasal Aziz M.Osman takde, jangan la korang tanya...kena darah tinggi plak gua sebab nak mikirkan apa sebabnya... Asistant Aziz M.Osman reject..dia bgtau Aziz yang Neelofa tak boleh berlakon. Nak dijadikan cerita, wife Aziz ni kenal dengan Neelofa. Wife Aziz suruh gak Aziz test audition Neelofa ni. Ada la few times wife Aziz suruh. Aziz pun setuju dan set la audition si Neelofa ni. Bila semua dah setting, Aziz M.Osman frame la wajah Neelofa kat camera monitor. Sekali Aziz M.Osman nampak macam ada something kat wajah Neelofa. Aziz nampak X-Factor kat wajah Neelofa. Aziz pun apa lagi, setuju la amik Neelofa jadi Azura. Ni cerita betul ni. Aziz M.Osman sendiri yang cakap masa kat MHI last 2 weeks.
Gua harap Neelofa jadi la artis yang baik dan kekalkan personaliti yang baik. Jangan terjebak dengan perkara-perkara yang tak elok. Senang-senang nanti boleh join gua main layang-layang ke...main kuda longkang ke...main monopoly ke...join skali la dengan anak bini gua... Lagi best kalau Neelofa nak beli emas atau silver dari gua... Hari tu gua ajak Safee Sali invest simpan emas...tapi sampai skang Safee Sali tak contact gua... Dia tak baca blog gua la tu...hehehe... Ops..lupa plak...gambar yang gua letak kat entri ni, gua dah dapatkan permission dari owner gambar tu dulu sebelum published...thanks bro..you know who you are... .
Published with Blogger-droid v1.7.4
3 comments:
wink..wink..wanie dah tengok dah cite AZURA tuu..serius swet gile n memang romnetik la cite tu..der babak tersentuh hati nie..der gak babak yang bikin wanie nagis..almaklum la wanie baru putus cinta..hahaha
Aku terrrsuka dgn lopa semenjk cita tahajud cinta dn jiwa & lara. .Dia nie belakon sempoi giler ah..selamba nk mampos. ...sesuai dgn zamn moden nie. ..Alaa. .Mcm org puteh blakon zamn skarang ni sume cool n selamba kan? X plu lah heavy sgt. Otak pun tenang jer tengok.
aduuh.. lemah jiwa tgk neelofa ni
Post a Comment