Sunday 14 August 2011

Malaysia Kalah Di Tangan Brazil.

Team Malaysia kalah lagi. Kali ni team Malaysia kalah di tangan Brazil. Perlawanan menentang pasukan Brazil diakhiri dengan jaringan Malaysia 1 - Brazil 2.  Keputusan perlawanan bolasepak Sukan Universiti Dunia ((Universiade 2011) Shenzen, China memang dijangka. Tapi gua tetap respect pada pasukan Malaysia (Universiti) berjaya mengelakkan diri daripada menjadi pasukan belasahan. Setelah perlawanan pertama menentang Juara bertahan, Ukraine, Malaysia yang berjaya mendahului terpaksa akur dengan kekuatan team Ukraine yang akhirnya kalah dengan jaringan yang sama 2-1.


Gua tengok rakaman perlawanan tu. Gua rumuskan sebenarnya Malaysia tak jauh ketinggalan dengan pasukan luar. Game agak teratur. Passing agak kemas. Cuma ada beberapa perkara yang gua rasa kena polish lagi. 

Apa-apa hal pun, jangan malu, jangan segan. Walaupun kalah & tak layak ke pusingan seterusnya, Malaysia tetap berjuang dengan mantap & tak menjadi pasukan belasahan.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More