Keputusan Malaysia Vs. Singapore untuk game 2nd leg Kelayakan Piala Dunia 2014 semalam memihak kepada Singapore . Team Malaysia tak kalah ye…korang kena tau tu. Untuk game semalam Team Malaysia seri 1-1 dengan Singapore . Ramai yang cakap Malaysia kalah. Sebenarnya Malaysia tak kalah la…Cuma Malaysia tak menang setelah jaringan aggregate dikira sebab untuk Kelayakan Piala Dunia jumlah jaringan aggregate dikira. So kira Singapore layak ke pusingan peringkat kumpulan setelah jumlah aggregate 6-4 selepas game 2nd leg semalam.
Korang kena ingat team Malaysia masih mengekalkan rekod belum tewas di Stadium Nasional Bukit Jalil. Untuk official game je ye…game yang boleh memberi point untuk ranking FIFA. Game persahabatan dgn team EPL tak dikira. Muktamad!!!...So apa yang nak kita kecewa. Ya memang betul Team Malaysia tak lepas untuk ke Grouping Round, gua tak peduli la..sebab target sebenarnya untuk Piala Asia 2015. Kena tau tu….
Lagipun Team Malaysia still ada peluang untuk layak ke Olimpik 2012 pulak. Kan Team Harimau Muda yang skang ni ada kat Slovakia layak ke Grouping Round. Korang dah lupa ke dengan pencapaian Team Malaysia skang ni?...Tak kisah la senior team (Harimau Malaya ) atau pun Harimau Muda.
Semalam punya game, memang tak mengecewakan gua. Walaupun cuma seri & tak layak ke Grouping Round, gua tetap puashati. Semua player dah berjuang habis-habisan. Yang paling gua puashati sebab stadium penuh. Sorakkan tak putus-putus bagi sokongan & semangat untuk player. Gua yang join port kat Curva 1Q, Curva Ultras Malaya memang enjoy.Cuma ada terjadi situasi yang membantutkan kerancakan gua untuk chants bersama Ultras Malaya. Takpe, gua simpan je dalam diri gua. Tak payah la nak cerita kat sini. Sokongan Ultras Malaya semalam berpanjangan sampai stadium hamper gelap. Penyokong Singapore pun still tak berganjak dari tempat duduk diorang. Maybe sebab Polis tak bagi diorang keluar lagi. Sebagai langkah untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini kot…
Apa-apa hal pun, sampai pukul 5:00 petang ni, gua masih rasa letih. Syok punya pasal masa chants 90 minit melanjut ke masa tambahan dengan Ultras Malaya punya pasal la ni…..Chants masa tambahan sebab Ultras Malaya chants sampai lampu stadium tutup & sambung kat luar stadium pulak...
1 comments:
betol la msia tak kalah..tapi da tersingkir.hehe
Post a Comment