Pages

Pages

Sunday 23 September 2012

Video Jaringan Gol Liverpool vs. Manchester United 2 - 1 23 September 2012.

Perlawanan antara Liverpool vs. Manchester United 23 September 2012 adalah perlawanan yang dinanti-nantikan oleh kedua-dua peminat pasukan EPL. Setiap kali kedua-dua team ni bertembung pasti akan ada provokasi antara penyokong. Masing-masing mempertahankan pasukan kesayangan diorang. Biasalah tu... Ok aku ringkaskan highlight perlawanan Liverpool vs. Manchester United yang berkesudahan Manchester United tewaskan Liverpool dengan jaringan gol 2 - 1.

Minit 46 : Steven Gerrard jaringkan gol yang cantik melalui satu volley setelah mendada bola yang diterima dan tanpa dikawal oleh pemain Manchester United.

Minit 51 : Luis Suarez dikasari dalam petak penalti. Namun pengadil tak beri sebarang penalti kepada Liverpool.

Minit 57 : Manchester United menyamakan kedudukan setelah Rafael menjaringkan gol melalui satu rembatan lencong yang mengenai tiang gol kanan dan terus melantun menerjah jaring gol Liverpool.

Minit 81 : Van Persie menjaringkan gol penalti setelah pertahanan Liverpool dikatakan mengasari pemain Manchester United.

Sila klik sini untuk tengok video Highlights dan Gol Liverpool vs Manchester United 2 - 1 23 September 2012.
Keputusan penuh Manchester United 2 - 1 Liverpool.

Published with Blogger-droid v2.0.8

2 comments:

  1. aku peminat setia Liverpool dan aku marah ! Ummm.
    sedih laa team aku kalah :/

    ReplyDelete
  2. Mennang.kalah..biasa la tu..adat permainan..cuba lagi ye.. aku peminat La Liga sebenarnya..heheh

    ReplyDelete