Maksud aku aku cuba untuk bikin entri yang tidak menyentuh sesuatu yang lucah atau menyinggung seseorang. Sebab utama ialah aku tak nak aku akan dipersoalkan semasa di dunia dan di akhirat nanti terutamanya. Aku pernah pesan kat salah satu entri blog ni..kalau aku ada bikin entri yang mengarut macam entri blog lucah atau menyinggung sesiapa, tolong tegur aku. Aku yakin kebanyakkan blogger cuba menulis dan berkongsi dengan ikhlas serta dalam masa yang sama cuba untuk generate income melalui blog. Tak banyak, sikit harapan tu mesti ada kan...
Bila nak generate pendapatan melalui blog, kita kena hati-hati dalam menulis supaya pendapatan yang diperolehi tidak tergolong dalam kategori 'kotor'. Takkan nak makan dan sara keluarga dengan pendapatan 'kotor'. Yang paling utama kita takkan dipersoalkan dikemudian hari. Sebab kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap perbuatan kita termasuklah penulisan kita diakhirat nanti.
Entri ni aku consider sebagai peringatan kepada diri aku sendiri dan juga bloggers lain...janganlah sebab nak kejar traffic yang tinggi sekaligus generate income melalui blog yang lumayan, kita sanggup membelakangkan etika dan garis keagamaan. Berhati-hati semasa blogging.....
Published with Blogger-droid v1.7.4
No comments:
Post a Comment