Beberapa bulan lepas desas-desus berkaitan dua
pemain dari skuad Harimau Muda bakal dipancing kelab bolasepak dari Jepun. Kelab yang dimaksudkan itu adalah
FC Ryukyu, sebuah kelab yang berpengkalan di daerah Okinawa, Jepun.
FC Ryukyu yang beraksi di
Divisyen 3 Liga Jepun menerusi wakil mereka iaitu
Japan Dream FA mula menemui Ong Kim Swee pada
perlawanan kelayakan Olimpik Malaysia vs. Jepun di Jepun menyatakan bahawa mereka berminat untuk
menawarkan ujian kepada Wan Zaharulnizam. Ong Kim Swee mencadangkan agar
Wan Zack Haikal turut diuji oleh FC Ryukyu. Kini,
sah! Wan Zaharulnizam dan Wan Zack Haikal ke Jepun pada 12 Julai 2012 hingga 28 Julai 2012 untuk menjalani ujian pemilihan di sana. Perkara ini telah disampaikan sendiri oleh Ong Kim Swee kepada pihak
ESPNSTAR.
Satu lagi perkembangan yang amat baik untuk bolasepak Malaysia. Setelah beberapa pemain seperti
Nazmi Faiz Mansor yang berjaya mengikat kontrak 3 tahun bersama kelab dari
Portugal, SC Beira-Mar dan
Ariff Zulkilfy yang beraksi di New Zealand serta beberapa lagi pemain yang telah mula membuka mata kelab antarabangsa. Dengan perkambangan ini juga diharap bolasepak Malaysia maju dan menaikkan
ranking Malaysia sekaligus kembali menjadi gergasi bolasepak di Asia seterusnya layak ke peringkat akhir Piala Dunia. Siapa tahu suatu hari nanti cita-cita kita akan tercapai kan....
Published with Blogger-droid v1.7.4
Good news bro. Yg penting FAM kena kerja kuat utk bwk bdk2 ni keluar.
ReplyDeleteBtol....
Delete