Perlawanan sepak mula oleh Singapura yang diketuai oleh Baihakki Khaizan pada awalnya sangat menarik. Di mana Singapura membuat beberapa percubaan tepat ke arah gol Malaysia. Setelah hampir 10 minit perlawanan berlangsung, Harimau Malaya berjaya settledown dan mengimbangi rentak permainan Singapura yang membariskan skuad Lion XII sepenuhnya. Seterusnya menguasai permainan pada separuh masa pertama. Manakala separuh masa kedua menyaksikan skrip yang berbeza apabila Singapura memasukkan pemain naturalisasi seperti Qiu Li, Shi Jiayi, Daniel Bannet & Mustafic Fahrudin. Tetapi skuad Malaysia berjaya mengekalkan rentak dengan baik. Menyerap segala serangan tanpa sebarang masalah. Sehinggalah minit ke 82, skrip drama di Temasik bermula.
Singapura dihadiahkan sepakkan penalti oleh Pengarah Drama dari Hong Kong, Ng Kai Lam yang disyaki mendapat bayaran tinggi sebagai Pengarah Drama. Ok, mungkin angle dari sudut Pengarah Drama melihat satu kekasaran dilakukan terhadap pelakon drama dari Singapura, Khairul Nizam. Tetapi Pengarah Drama sentiasa ada pembantu untuk memberikan pandangan dari sudut yang lebih baik. Sepakkan penalti yang diambil oleh Qiu Li diselamatkan oleh Apek. Tetapi sekali lagi Ng Kai Lam menggunakan kuasa sebagai pengarah drama dengan menghadiahkan kad kuning kepada Aidil dan sepakkan percuma di dalam petak penalti hanya kerana Aidil menyebut 'YES' sebagai respon gembira Apek berjaya selamatkan penalti!!! Akhirnya 'FREEPENALKICK' yang dihadiahkan Ng Kai Lam berjaya disempurnakan oleh Shahdan Sulaiman. Manakala gol kedua hasil gerakan set piece freekick dari sebelah kiri yang dihantar ke kawasan tengah luar petak penalti dan terus dirembat oleh Qiu Li untuk satu jaringan gol yang cantik. Tapi gol tercantik untuk perlawanan ni adalah gol dari sepakan percuma Safiq Rahim. Gol world class!!!
Entri bukan untuk mengulas perlawanan semalam. Tapi nak cerita pasal drama Temasik hasil Pengarah Drama Hong Kong. Aku tak pasti samada pengadil boleh menghadiahkan freekick apabila seorang pemain datang kepada pengadil dan meraikan kejayaan sambil menyebut 'YES'. Coach Rajagobal cakap insiden tu mengganggu konsentrasi pemain. Ok...menyentuh kepada konsentrasi pemain, aku seakan tak boleh nak terima alasan Coach tu. Sejak dulu memang kita sedar pemain skuad bolasepak Malaysia sering hilang fokus dipenghujung 10-15 minit terakhir pemainan. Kenapa macam tu? FAM atau mana-mana pihak berwajib kena kenal pasti apa masalahnya. Atasi puncanya.
Dari segi permainan, rentak permainan kembali seperti dulu. Kenapa rentak permainan dengan tempo yang laju macam masa lawan Filipina tak diamalkan? Hantaran kurang kemas dan harus diperbaiki. Ada beberapa player yang dah hilang sengat. Seakan kurang bernafsu untuk menyerang. Aku nak kaitkan dengan perlawanan pembukaan EURO 2012. Poland bukan team pilihan menentang Greece yang ranking lebih tinggi. Tapi rentak dan corak permainan Poland buat aku 'WOW'.. Hantaran tepat..laju..larian pantas. Idea fikiran pantas berfikir untuk bertindak. Kenapa Poland boleh jadi macam tu? Apa beza pemain kita dengan pemain Poland? Mungkin dari segi fizikal memang ada beza. Tapi players Poland profesional, players Malaysia juga porfesional. Jadi apa bezanya?
Come on, bangkitlah wahai Pahlawan ku! Kami sentiasa bersamamu! Kami tegur sebab kami sayang kamu! Kami takkan kembali tinggalkan Pahlawan kami yang berjuang demi maruah negara!! Hancurkan musuhmu!! Musuhmu adalah musuh kami!! Demi daulat negara yang tercinta!!!
BERJUANGLAH!!
PAHLAWANKU!!
SATUKANLAH TEKAD SEMANGATMU!!
KAMI RELA KORBAN NYAWA!!
DEMI DAULAT NEGARA TERCINTA!!!
Salute Azamudin!! Tak sambut salam Ng Kai Lam!!
Published with Blogger-droid v1.7.4
No comments:
Post a Comment