Mario Gomez |
Mario Mandzukic |
Alan Dzagoev |
Dilihat Mario Mandzukic dan Mario Gomez mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memegang gelaran penjaring gol terbanyak EURO 2012. Ini adalah disebabkan peluang Alan Dzagoev telah tertutup setelah Russia gagal meneruskan cabaran ke peringkat seterusnya. Hanya pasukan Republik Czech dan Greece dari kumpulan A berjaya melayakan diri ke peringkat suku akhir. Manakala pasukan Poland dan Russia tersingkir.
Pasukan terbaru yang layak ke pusingan suku akhir adalah Portugal dan Germany dari kumpulan B. Mario Gomez pemain penyerang berusia 26 tahun dilihat sebagai pemain yang bakal memegang gelaran penjaring gol terbanyak EURO 2012. Ini berdasarkan konsistensi pasukan Germany yang tidak tewas dalam perlawanan peringkat kumpulan. Tapi harus diingat Cesc Febregas dan Fernando Torres mengikut rapat dengan masing-masing menjaringkan 2 gol untuk pasukan Spain setakat ini. Walaubagaimanapun, pertandingan masih panjang dan peluang semua pemain untuk menjaringkan gol masih terbuka luas....
Published with Blogger-droid v1.7.4
No comments:
Post a Comment