Metallica Live in KL

Adakah impian akan jadi kenyataan?

Metallica Live in KL

Adakah akan disertai The Big 4?.

Safee Sali Bakal ke Bundesliga

Jom tengok selanjutnya.

Team J-League minat Amirul Hadi

Apa pendapat anda?.

Fara Fauzana HotFm Jatuh Cinta?

Jatuh cinta kat siapa?

Monday 30 July 2012

Satu Lagi BE, Yang Ke - 16!!

Alhamdulillah...pagi sementara tunggu anak-anak bangun tido utk bersiap untuk pi skolah sat lagi, aku usha tengok Nuffnang Traffic Analysis dan Earnings. Traffic Analysis menunjukkan jumlah visitor ke blog Pesta Irama Jiwa menurun skit sejak aku mula blogging kat tapi masih kira ok. Walaupun dah tak menulis kat sini dan ini adalah entri pertama sejak aku pindah ke blog fauziblues.com gunakan self hosted domain. Tapi Nuffnang dan VW Volkswagon tetap bermurah hati pilih blog Pesta Irama Jiwa sebagai platform untuk publish iklan diorang. Terima kasih aku ucapkan kat Nuffnang dan Volkswagon. Cuma aku harap pihak Nuffnang dan advertisers Nuffnang yang lain dapat consider blog fauziblues.com pulak untuk publish iklan-iklan diorang....
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday 21 July 2012

Pindah ke Self Hosted Domain.

Entry ni cuma nak bgtau kat korang yang tersinggah kat sini dan kepada followers blog ni yang aku dah pindah ke self hosted domain. Aku akan update blog kat blog baru aku iaitu http://www.fauziblues.com . Aku harap korang yang singgah sini atau followers blog Pesta Irama Jiwa boleh follow aku kat www.fauziblues.com pulak...ok..?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday 15 July 2012

Pemeriksaan 20 Poin Percuma.


Assalamualaikum...asyik duk bercerita pasal bola je sejak dua menjak ni kan? Ok...kita stop dulu sementara cerita pasal bola. Kelantan pun dah jadi Juara Liga Super 2012. ATM pulak Juara Liga Perdana 2012. Skang ni kita cerita pasal benda free Perodua bagi. Korang suka tak benda free? Tak payah nak temberang la korang tak suka benda free ni. benda free ni khas untuk pemilik kenderaan Perodua je...termasuk la aku. hehehe..Aku adalah salah sorang pemilik kenderaan berjenama PERODUA. Semua pemilik kenderaan Perodua layak mendapat pemeriksaan 20 poin percuma!!! Haaa...!!! amik kau. Betapa best dan padunye jadi pemilik kenderaan Perodua ni. 






Kena pula tak lama lagi dah nak puasa. Bulan puasa ni ada yang nak balik kampung menyambut Ramadhan dan berbuka puasa dengan keluarga tersayang kan?...Lepas sebulan berpuasa, nak balik beraya kat kampung pulak lagi sekali...perghh...!! Sendiri mau ingat la kan bila beraya kat kampung, habis segala ceruk kampung diredah. Maklum la, rumah pak long, mak ngah, pak lang dan termasuklah rumah ketua kampung nak kena pi singgah beraya. So, kita kena la pastikan kenderaan Perodua tu berada dalam keadaan terrrrbaikkkk....!!! 



 Maka elok la dapatkan pemeriksaan 20 poin secara percuma dari Tweckbot Perodua. Gila senang je nak dapatkan servis pemeriksaan 20 poin percuma tu. Caranya adalah 'LIKE' Facebook MYPERODUA atau follow twitter @MYPerodua untuk tau kat mana lokasi Tweckbot. Lepas tu hantar mesej peribadi ke Facebook, Twitter atau SMS ke 016-602 0287. Lepas tu team Twekbot MYPerodua akan buat pemeriksaan 20 poin percuma tu untuk korang kat mana je korang berada. So tunggu apa lagi....



Thursday 12 July 2012

Titus James Palani Ke Blackburn Rovers FC.

Titus James Palani satu nama yang pernah meletup pada satu ketika dizaman kanak-kanaknya dulu. Kemahiran menimang bola untuk satu tempoh yang lama mencetuskan keturujaan peminat bolasepak ketika itu. Sehinggakan Titus James terpilih sebagai salah seorang pemain dari Piala Nike B14 tahun beraksi dalam satu perlawanan pertunjukan di Piala Dunia 1998, Peranchis bersama lagi 3 orang pemain yang dipilih melalui kejohanan Piala Nike B14. Pada tahun yang sama juga skuad Peranchis yang diketuai oleh Didier Dechamps, Emanuel Petit, Robert Pires dan Zinedine Zidane menjadi juara Piala Dunia 1998. Berita terbaru, Titus James Palani akan ke Blackburn Rovers FC untuk menjalani ujian pemilihan bersama kelab England itu.

Titus kini berusia 26 tahun mendapat peluang setelah Penasihat Global Blackburn Rover FC mengadakan rundingan bersama kelab yang diwakili Titus kini untuk diuji oleh Blackburn Rovers. Titus yang berkelana di Peranchis sejak 10 tahun lalu dijangka tidak akan menghadapi sebarang masalah permit kerja sekira berjaya memikat pihak Blackburn Rovers FC seterusnya menawarkan kontrak kepada beliau. Permit kerja menjadi halangan kepada pemain-pemain berbakat dari Malaysia sepertimana yang dihadapai oleh Safee Sali dan Safiq Rahim yang turut memikat pihak Cardiff City FC. Manakala Middlesbrough FC juga terpaksa melupakan untuk mendapatkan khidmat Syed Adney.

Titus kini bermain untuk pasukan Normandy dan pernah mewakili pasukan FC Villenoy diawal pembabitan beliau dalam arena bolasepak Peranchis. Impian beliau untuk mewakili pasukan PSG dan beraksi di Ligue 1 tidak pernah luntur. Titus James Palani juga pernah dipanggil untuk menjalani latihan pusat pasukan bolasepak Malaysia untuk ke Sukan SEA sebanyak dua kali iaitu pada edisi 2005 dan 2007. Namun gagal memikat ketua jurulatih skuad Harimau Malaya pada ketika itu iaitu Bertalan Bisckei dan B.Sathianatan. Mungkin faktor kecergasan akibat perbezaan cuaca yang amat ketara membataskan keupayaannya pada ketika itu. Sekiranya Titus James berjaya memikat kem Blackburn Rovers FC sudah pastinya cuaca bukan lagi penghalang kepada beliau yang sudah biasa dengan keadaan di Eropah sejak 10 tahun lalu. Kita nantikan maklumat hasil ujian beliau di Blackburn.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday 10 July 2012

Undian AFF Suzuki Cup 2012.

Hari ni undian AFF Suzuki Cup 2012 akan berlangsung. Secara tepatnya upacara undian ni sedang berlangsung pada ketika entri ni ditulis. Upacara undian AFF Suzuki Cup 2012 yang berlangsung di Thailand akan menyaksikan Malaysia dan Thailand akan dipisahkan kepada 2 kumpulan yang berbeza kerana menjadi tuan rumah bersama Piala AFF Suzuki 2012.

Malaysia selaku Juara AFF Suzuki Cup 2010 juga akan mempertahankan kejuaraan pada edisi kali ni. Apa-apa hal nantikan update keputusan undian AFF Suzuki Cup 2012 kat sini nanti.

Keputusan undian Piala AFF Suzuki 2012 dah diketahui. Majlis undian ini juga menyaksikan Coach Rajagobal juga hadir selain daripada Presiden FAM dan Setiausaha Agung FAM. Myanmar yang mencetus kontroversi dalam kempen kelayakan Piala Asia B22 baru-baru ini akan menjadi tuan rumah pusingan kelayakan Piala AFF Suzuki 2012 secara automatik diletakkan sebagai pasukan yg ketiga dalam kedudukan saingan peringkat kumpulan nanti. Pasukan-pasukan yang akan mengharungi peringkat kelayakan Piala AFF Suzuki 2012 adalah :

1. Kemboja

2. Timor Leste

3. Myanmar

4. Brunei

5. Laos

Manakala pasukan Malaysia selaku juara bertahan Piala AFF Suzuki 2012 berada dalam kumpulan maut, Kumpulan B. Pasukan yang diundi bersama di dalam kumpulan maut adalah Singapura dan Indonesia. Manakala Kumpulan A tidak kurang hebatnya apabila Thailand dijangka menghadapi pasukan Filipina yang menggunakan pemain-pemain naturalisasi dari Jerman. Vietnam juga mampu menjadi pemusnah impian Thailand. Jangan dipandang rendah dengan kemampuan pasukan ini.

Malaysia dan Thailand masing-masing akan menjadi tuan rumah dalam saingan peringkat kumpulan Piala AFF Suzuki 2012. Skuad Harimau Malaya bakal memulakan saingan Piala AFF Suzuki 2012 dengan menentang pasukan seberang tambak, Singapura pada 25 November 2012.

Bak kata kawan aku "Let's Give'em Hell!!!"
Published with Blogger-droid v1.7.4

Gambar Nazmi Faiz Training Di SC Beira Mar.

Nazmi Faiz dah ada kat Portugal sekarang sejak Ahad lepas lagi. Nazmi Faiz yang akan sign kontrak secara rasmi bulan depan telah berangkat sendirian untuk melaporkan diri dan mula menjalani latihan bersama SC Beira Mar. Semalam adalah hari pertama Nazmi Faiz training dengan skuad SC Beira Mar. Aku sertakan beberapa gambar Nazmi Faiz training di SC Beira Mar. Sumber gambar dari page FB Nazmi Faiz.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday 9 July 2012

Senarai Pemain Dipanggil Untuk Perlawanan Persahabatan Arsenal dan Manchester City.

Perlawanan persahabatan di antara skuad Malaysia menentang kelab EPL iaitu Arsenal FC pada 24 Julai 2012 dan 30 Julai 2012 nanti. Perlawanan yang akan berlangsung pada bulan Ramadhan??!! Hmmm...tak tau nak cakap apa. Harap-harap buat jugak la solat terawikh tu. Senarai pemain-pemain yang dipanggil untuk perlawanan persahabatan menentang Arsenal FC dan Manchester City FC dah dikeluarkan. Antara yang dipanggil adalah penjaring terbanyak pada kempen Kelayakan Piala Asia Bawah 22 yang berasal dari Sabah baru-baru ni, Rozaimi Abdul Rahman.
Jom tengok senarai penuh pemain yang akan bermain dalam perlawanan yang tak menyumbang apa-apa point demi mengekalkan motto 'Ranking Tak Penting'.

Kedah.
Ammar Rohidan
Baddrol Bahtiar
Khyril Muhymeen Zambri


Selangor.
Asraruddin Putra Omar
Norazlan Razali
Bunyamin Umar
Safiq Rahim

Negeri Sembilan.
Shakir Ali
Shahurain
Farizal Marlias
S.Kunanlan

Kelantan.
S. Subramaniam
Shakir Shaari
Norsharul Idlan Talaha
Khairul Fahmi Che Mat

Terengganu.
Ashaari Samsudin
Muslim Ahmad
Faizal Muhamad

Pahang.
Azamuddin Akil

Sabah.
Rozaimi Abdul Rahman

Harimau Muda A.
Mahali Jasuli
Fadhli Shas

ATM.
Aidil Zafuan
Amiridzwan Taj
Azmi Muslim

Felda United.
Yong Kuong Yong

Pelita Jaya FC.
Safee Sali

Nampaknye kelibat Kapten Kelantan, Badri Radzi atau Piya tidak akan kelihatan untuk dua perlawanan persahabatan ini sebab Piya dan Faiz Subri akan beraksi bersama skuad Ong Kim Swee pada kejohanan Java Cup nanti. Adakah kita akan lihat gandingan Safee Sali bersama Rozaimi? Atau Rozaimi masih terlalu mentah untuk diberikan tanggungjawab bergandingan dengan penyerang sensasi Harimau Malaya, Safee Sali? Adakah kita bakal memyaksikan Safee Sali yang digelar Abang Besar atau Super Safee menamatkan kemarau gol beliau bersama skuad negara?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday 8 July 2012

Gambar-gambar Sekitar PFSLJ Breakfast Gathering Pecinta Bolasepak Malaysia.

Keterangan turutan gambar.

Gambar 1 : Sebahagian pecinta bolasepak Malaysia yang kebanyakkannya terdiri dari komrad Ultras Malaya sedang berkumpul.

Gambar 2-10 : Sesi perbincangan diantara wakil pecinta bolasepak Malaysia dan Ultras Malaya bersama Pegawai FAM sambil diawasi oleh pihak Polis.

Gambar 11 : Anggota polis beruniform dan preman berkawal di kawasan sekitar Royale Chulan Hotel.

Gambar 12 : Pecinta bolasepak Malaysia dan Ultras Malaya selepas perbincangan dan penyerahan memorandum kepada Pegawai FAM.

Gambar 13: Wakil pecinta bolasepak Malaysoa dan Ultras Malaya beredar selepas menyerahkan memorandum dan kembali ke tepat lain-lain komrad Ultras Malaya berkumpul.

Gambar 14: Berbincang untuk menyusup masuk ke dalam Royale Chulan Hotel.

Gambar 15: Presiden FAM melangkah keluar selepas kongres tamat.

Gambar 16: Timbalan Presiden FAM menyusul.

Gambar 17 - 19: Presiden FAM dan Timbalan Presiden FAM berangkat meninggalkan Royale Chulan Hotel.

Gambar 20 - 21: Komrad Ultras Malaya muncul keluar dari ruang dalam Royale Chulan Hotel untuk bertemu dengan Presiden PBNS, Mohamad Hassan.

Gambar 22 - 23: Dialog seketika antara Ultras Malaya dan Presiden PBNS, Mohamaf Hassan.

Gambar 24: Pecinta bolasepak Malaysia dan Komrad Ultras Malaya bersurai dan beredar dari kawasan Royale Chulan Hotel.
Published with Blogger-droid v1.7.4

PFSLJ Breakfast Gathering @ Royale Chulan Hotel.

Satu komplot yang dirancang , PFSLJ Breakfast Gathering @ Royale Chulan Hotel untuk serahkan memorandum kepada Presiden FAM. Sejak jam 9 pagi, hampir 30 peminat dan penyokong bolasepak Malaysia mula berkumpul kat kawasan sekitar Royale Chulan Hotel, Jalan Conlay. Jumlahnya bertambah sedikit demi sedikit sampai aku pun tak pasti jumlah sebenar yang datang untuk sama-sama bagi sokongan serahkan memorandum kepada Presiden FAM.

Lebih kurang pukul 10:45 pagi wakil pecinta bolasepak Malaysia yang diwakili orang kuat Ultras Malaya cuba masuk ke ruang legar hotel. Tapi dihalang oleh pihak Polis yang berkawal di ruang legar pintu masuk utama dan sekitar kawasan hotel. Hanya 5 orang wakil pecinta bolasepak Malaysia dan Ultras Malaya dibenarkan untuk berjumpa Pegawai FAM. Pegawai FAM berjumpa face to face dengan wakil-wakil pecinta bolasepak Malaysia dan Ultras Malaya sambil diiringi beberapa pegawai polis beruniform dan preman.

Wakil pecinta bolasepak Malaysia dan Ultras Malaya menyatakan tujuan mereka adalah untuk menyerahkan sendiri memorandum kepada Presiden FAM. Tetapi Pegawai FAM bertegas supaya memorandum tersebut diserahkan kepada beliau. Dalam masa yang sama beliau berjanji akan menyerahkan sendiri memorandum tersebut kepada Presiden FAM. Namun, wakil pecinta bolasepak Malaysia dan Ultras Malaya tak yakin dengan kata-kata janji tersebut. Beberapa dialog antara wakil pecinta bolasepak Malaysia dan Ultras Malaya dan Pegawai FAM :

Peg. FAM : "Korang tak boleh buat kecoh macam ni..."

UM : "Kami tak buat kecoh Tuan. Tujuan kami hanya nak serahkan memorandum kat Presiden FAM..tu aje."

Peg. FAM : "Kalau betul korang nak bagi surat tu..korang bagi kat saya. Saya sendiri akan serahkan kat Tuanku. Lagipun korang tak boleh suka-suka nak bagi. Korang kena ikut protokol. Saya ni ahli kongress..saya akan bagi.."

UM: "Apa jaminan Tuan surat kami akan sampai kepada Presiden FAM?"

Peg. FAM : "Saya orang Islam. Saya janji, saya akan tunaikan. Korang sepatutnya kalau nak bantah korang kena melalui persatuan bolasepak negeri. Korang bukan wakil seluruh rakyat Malaysia..."

UM :"Tuan..inilah yang kami biasa dengar. Dah berapa kali kami hantar surat. Kami rasa dah 3-4 kali dah. Last skali masa final Terengganu lawan Negeri Sembilan. Kami hantar by hand (sambil tunjuk bukti gambar dalam kamera)..kami email. Itu dari kami. Dari pihak lain kami tak tau la brapa banyak surat yang dah dihantar kepada FAM".

Peg. FAM : "Korang rasa korang tau semua pasal bola tapi sebenarnya tidak..."..

UM : "Apa yang Tuan rasa kami tak tau? Tuan bagitau kat kitorang..."


Itulah serba sedikit beberapa dialog antara Pegawai FAM dan wakil pecinta bolasepak Malaysia serta Ultras Malaya yang didengari. Dan dialog tersebut berlangsung dalam keadaan tenang dan aman. Komunikasi dalam tonasi yang amat tenang. Tahniah kepada kedua-dua pihak.

Komrad Ultras Malaya cuba untuk menyusup ke dalam hotel buat kali kedua. Mereka berjaya dan menunggu di kafe hotel sambil mesyuarat kongress tamat. Setelah kongress tamat sekali lagi 5 orang wakil pecinta bolasepak Malaysia yang terdiri dari orang kuat Ultras Malaya dibenarkan untuk menyerahkan dokumen protes kepada Timbalan Presiden FAM sambil diiringi oleh sekumpulan anggota polis (Sori gambar tak de..). Namun secara asasnya memorandum ketidakpuasan hati penyokong dan peminat bolasepak Malaysia berjaya diserahkan. Sampai tahap mana dokumen tersebut berada, sukar untuk kami jangka. Presiden dan Timbalan Presiden FAM berangkat pulang lebih kurang jam 12:30 tengahari. Begitu juga para pecinta bolasepak Malaysia yang bersurai pulang ke destinasi masing-masing lebih kurang 30 minit selepas itu setelah melaungkan chants "Presiden FAM sila letak jawatan...!!"

Aku secara peribadi takde masalah dengan Presiden FAM sekarang ni. Aku akur dengan apa yang ada.. Aku cuma rasa marah dengan gelagat dan alasan FAM yang bertindak seperti pengecut dan seakan tidak menghargai keringat dan komitmen skuad bolasepak Malaysia U22 di Myanmar baru-baru ni. Alasan bukti tak kukuh punca FAM tak buat bantahan secara rasmi kepada AFC sangat tak boleh diterima. Kami tak harap FAM untuk siasat pun. Kami tau itu bukan kerja FAM untuk siasat... Ramai yang bersorak menyokong tindakan Ultras Malaya di laman sosial tapi yang hadir hanya sekitar 30-40 orang je...Amat jauh dengan jumlah komrad semasa berada di curva...Mungkin yang lain terlalu sibuk dengan agenda peribadi masing-masing.... Apa pun, setakat ni matlamat telah dilaksanakan.

Gambar sekitar PFSLJ Breakfast Gathering @ Royale Chulan Hotel akan menyusul nanti.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday 6 July 2012

Konspirasi Bolasepak?

Kontroversi di Kelayakan Piala Asia U22 jadi semakin serabut. Macam-macam benda mengarut jadi. Dari penggunaan pemain melebihi had umur dalam team 'Myanmar U22' kepada pengubahsuaian maklumat kat website kelab bolasepak yang diwakili pemain 'Myanmar U22' membawa kepada pengubahsuaian profile pemain di website AFC. Adakah ini konspirasi bolasepak Asia sehingga menjejaskan integriti?

FAM kata bukti tak kukuh. Katanya maklumat kat website mudah ditukar akibat digodam. Peter Butler tweet, dia kenal beberapa player 'Myanmar U22' yang dah melebihi umur 22 tahun sebab pernah melatih diorg. Semalam pihak Singapore FA cakap kapten 'Myanmar U22' Kyaw Zayar Win yang main game Kanbawza FC vs Layola Marco Sparks di Liga S berumur 24 tahun. Tapi tiba-tiba tadi, pihak Singapore FA meminta maaf sebab maklumat yang disampaikan semalam salah. Kyaw Zayar Win baru berumur 21 tahun. Wahhh..!! Best betul macam tu.. Bila-bila masa boleh jadi tua. Bila rasa nak muda je, boleh bagitau "Eh!! Silap laa..umur saya muda lagi..baru 15 tahun. Saya boleh main untuk tournament Under 16".. Myanmar FF pulak cakap Kyaw Zayar Win adalah dua player yang berlainan tapi mempunyai nama yang sama.

Apa dah jadi sebenarnya?? Konspirasi apa ni??! Dalam tempoh seminggu ni terlalu banyak fakta yang mengarut melibatkan bolasepak Myanmar. Nampak sangat ada sesuatu tak kena. AFC ni nampak macam dibarisi oleh mereka yang tak profesional sebab terlalu banyak kelonggarannya. Sebab tu sepatut FAM terus submit official protes kepada AFC atau FIFA. Kami peminat dan penyokong bolasepak Malaysia BUKAN SURUH FAM SIASAT. Kerja siasatan tu biar AFC yang buat. Bila ada laporan sepatutnya ada siasatan akan dibuat. Siasatan yang melibatkan macam ujian klinikal boleh dilakukan. Skang ni macam teknologi ada. Kalau usia Mumia yang dah beribu-ribu tahun pun boleh dikenalpasti takkan usia manusia yang masih hidup dan boleh berlari seterusnya score gol tak bleh tau!!!

Aku bukan nak buat spekulasi. Jauh sekali nak fitnah atau syak sesuatu yang tak baik. Cuma kelihatan ada sesuatu yang tak kena. Aku tak nak hal-hal mengarut ganggu keindahan bolasepak. Football is a beautiful game. Hanya persoalan ADAKAH WUJUD KONSPIRASI BOLASEPAK? ANDAI WUJUD, APA TUJUANNYA?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday 5 July 2012

Breakfast Gathering Semua Pecinta Bolasepak Malaysia.

Serius sebelum ni aku memang tak amik port pasal FAM. Ramai penyokong dan peminat bolasepak marah FAM. Sebelum ni sejak FAM cakap "ranking tak penting", suara-suara menghentam FAM semakin lantang. Maki dan sumpah seranah mula jadi lirik sorakan penyokong bolasepak Malaysia kat stadium yang bermula masa tournament EPL Masters Malaysia 2012 bulan April kat Stadium Malawati, Shah Alam.

Esok satu lagi aktiviti protes telah dirancang. PFSLJ BREAKFAST GATHERING. Gathering yang dirancang bila FAM mengambil keputusan untuk tak terus menghantar protes rasmi kepada AFC setelah Myanmar menggunakan pemain melebihi umur 22 tahun pada kempen kelayakan Piala Asia U22 di Myanmar last week. FAM menggunakan alasan yang kita dah jangka.. "FAM tak boleh gunakan bukti dari pihak media. Bukti tak kukuh".

Aku yang selama ni tak kisah pasal tindak tanduk FAM, mula marah. Apa salahnya kalau teruskan hantar protes officially kepada AFC? Kalau AFC tak jalan, hantar pulak kepada FIFA. Tak salahkan? Berjaya atau tidak protes tu, belakang kira. Apa-apa hal protes dulu. Ini tak, belum apa-apa dah mengalah!! Cuba kalau players dan coaches tak nak main andai Malaysia lawan Spain sebab takut kalah, takut kena buli... FAM marah tak??!! Mesti FAM akan "cakap gaji dah bayar, dapat macam-macam tapi mengalah sebelum berjuang"... Betul tak??!!

C'mon la FAM... Skuad Malaysia U22 dah buat kerja diorg. Dah bagi full commitment. Appreciate la usaha dan tenaga diorg. Appreciate kami sebagai penyokong skuad bolasepak Malaysia!! FAM mahukan skuad bertaraf dunia. Mahukan penyokong bertaraf dunia... Tapi FAM taraf apa??!!

Ok...aku nak tulis panjang-panjang pun tak sempat dah ni. Bateri handphone dah nak habis. JOM!! Semua pencinta bolasepak Malaysia sempena Kongress FAM ke-8 kat Royal Chulan Hotel, kita join BREAKFAST GATHERING pagi esok kat Royal Chulan Hotel jam 9 pagi esok. SEMUA PENCINTA BOLASEPAK DIJEMPUT HADIR.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday 4 July 2012

TM Unifi atau TMNet Streamyx?



Petang semalam tepat jam 6 petang aku dapat satu call dari nombor yang tak dikenali. Rasanya nombor opis area KL jugak. Tak nak pikir panjang, aku pun jawab je call tu.
Selepas je sesi memberi dan menjawab salam, sesi soal jawab bermula.

Caller : "saya buat panggilan dari TM. Sekarang ni encik guna Streamyx Basic Package kan?"

Aku : "betul la tu..kenapa?"

Caller : "gini encik. Sekarang ni TM nak offer encik untuk upgrade Streamyx line encik daripada 384kbps ke 1Mbps dengan pakej baru. Untuk 3 bulan pertama encik guna 1Mbps, encik cuma bayar harga pakej Streamyx 384kbps iaitu RM70 selama 3 bulan. Bulan keempat dan seterusnya baru encik bayar RM110 iaitu harga Streamyx 1Mbps."

Aku : "Amboii...cantik betul bercakap bahasa baku. Panggil aku encik lagi tu"..aku cakap dalam hati je tu. "Ok..kalau saya nak upgrade terus ke Unifi pulak macam mana? Boleh ke?"

Caller : "Boleh. Takde masalah encik Mohammad.."

Aku : Dalam hati "Panggil aku Mohammad pulakk....takpe la. Nama aku jugak tu"..

Caller : "Pakej Unifi pulak ada serendah 5Mbps dengan harga RM149 encik. Cuma bila nak pasang nanti, ada kerja-kerja drilling sikit la encik. Sebabnya nak kena pasang Fiber Optik untuk Unifi tu...Nombor telefon encik pun kena tukar jugak. Kalau upgrade Streamyx 1Mbps pulak, Juruteknik TM akan datang ke rumah encik untuk configure modem je. Lepas tu jaminan modem encik akan dilanjutkan ke setahun lagi."

Aku : "Tapi modem TM tu dah rosak. Saya dah gantikan ke model lain dah pun. Boleh ke Juruteknik tu tolong configure? Nak ke dia configure bukan modem milik TM?"

Caller : "Ooo..macam tu. Kalau macam tu saya tak boleh janji la dengan encik. Itu dah bahagian teknikal. Saya ni bahagian jualan."

Aku : "Macam ni lah...saya memang nak upgrade Internet line saya. Bagi saya masa dalam 2-3 hari. Nanti saya bagi keputusan".

Caller : "Ok encik lagi 3 hari saya call balik. Terima kasih...."

Sekarang aku tak tau nak upgrade pilih TM Unifi atau TMNet Streamyx? Kena pulak kat blog shakiddo.com dah offer terbaik plak yang ada kaitan dengan TM Unifi. Shakiddo.com pun selalu cakap betapa padunya blogging bila dah pakai TM Unifi ni. Memang tak bleh tahan bila KiD selalu cakap macam tu. Lagipun tambah RM39 je aku dah bleh dapat Unifi dengan 5Mbps!!! Korang bayangkan la betapa padunya aku surf Internet nanti. Bleh tengok tv lagi plak dengan pakej yang TM Unifi offer tu.... Korang rasa-rasa macamana ek?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday 3 July 2012

Cuit Sikit Sang Harimau.

Game penentuan halatuju team Malaysia U22 dalam kempen Kelayakan Piala Asia U22 menyaksikan kita tewas di tangan team tuan rumah, Myanmar U22. Keputusan tewas 2-1 memang mengecewakan. Apa tidaknya, hanya kemenangan yang menjanjikan satu slot secara automatik ke Piala Asia 2013 gagal dicapai. Aku juga kecewa.

Aku kecewa dengan corak permainan yang ditampilkan. Corak permainan hantaran jauh tidak lagi relevan. Dan pendapat aku kekuatan sebenar team bolasepak Malaysia, tak kira la Harimau Malaya atau Harimau Muda, adalah hantaran pendek. Dah beberapa game aku tengok bila main long pass, kita out. Dulu kelebihan team Malaysia adalah counter attack. Tapi sampai bila kita nak main macam tu? Corak permainan bolasepak yang padu telah ditunjukkan oleh skuad Barcelona FC dan skuad Spain. Ball posession. Kesabaran dan keyakinan diri adalah kunci kepada corak permainan ball possession. Dalam melaksanakan corak permainan sebegini, kualiti kawalan bola setiap pemain mesti sentiasa berada ditahap tertinggi. Mesti sentiasa bergerak. Pantas berfikir dan membuat keputusan. Aku bukan nak jadi lebih pandai dari Coach Ong Kim Swee. Aku tak de sijil kelayakan sebagai jurulatih. Sebagai juruletih tu kompom laa..haha.. Dalam hal taktikal pasukan, aku yakin Coach OKS lebih arif. Sorry Coach. Aku cuma nak bagi pendapat aku.

Aku nak sentuh sikit pasal kekuatan mental pemain. 2 gol yang dijaringkan pasukan Myanmar U22 tadi berpunca dari kesilapan di bahagian Midfield. Lantas memberi padah kepada defender dan goalkeeper. Seterusnya menghukum skuad kita. Kenapa aku cakap puncanya kat Midfield? Passing yang nampak sangat tak yakin dan takut takut untuk menghantar bola kepada rakan menyebabkan bola mudah dirampas oleh opponent. Kurang keyakinan diri dalam diri pemain. Mudah..Kalau keyakinan diri tinggi dan percaya apa yang ingin dilakukan tu adalah betul dan tepat, permainan korang pasti meletup!! Mungkin orang akan kata "cakap senang la bro...lu main la tengok..boleh ke tak boleh.." Ok..aku cakap macam tu sebab korang dah tunjuk dan buktikan banyak kali. Last skali korang tunjuk masa lawan Qatar U22 kat Shah Alam. Korang banyak main short pass.

Sedikit persoalan timbul. Kenapa formasi yang menghasilkan kemenangan ditukar? Solo striker? 5 Midfield? Maybe Coach OKS tau apa yang dibuat. Pastinya dia dah buat homework. Itu kerja dia. Tanggungjawab dia. Dan dia lebih kenal team dia. Kita sebagai penyokong harus terima keputusan yang beliau buat. Apa yang kita boleh buat adalah bagi pendapat. Aku yakin bukan semua pendapat dia terima dan bukan semua pandangan kita OKS tolak. Tetapi pendapat dan pandangan kita kena la rasional. Bagi pandangan yang membina dan membantu beliau.

Perbaiki dan tingkatkan keyakinan diri, kecergasan dan kemahiran. Size doesn`t matter sekarang ni. Spain dah buktikan. Tiki-taka proven. Ada yang kata tiki taka boring. But still its a beutiful ball possession game. Dan kejayaan dicapai melaluinya. Aku juga agak terkejut dengan cara permainan Myanmar U22 tadi. Hampir menyamai tiki taka. Tadi memang aku mengharapkan corak permainan hantaran pendek diamalkan oleh Malaysia U22. KITA MAMPU MAIN CORAK ITU. Dan ianya harus sentiasa dipolish.

Entri ni bukan untuk aku kondem skuad Harimau Muda kita. Juga bukan untuk bantai Harimau Malaya. Bukan untuk tunjuk pandai dari OKS atau Rajagobal. Tapi hanya cuba untuk membantu dan memberi pandangan kerana mungkin ada yang kurang dilihat atau terlepas pandang oleh mereka yang terlibat dengan skuad bolasepak negara. Aku sayang Harimau Muda. Aku sayang Harimau Malaya. Aku peminat bolasepak berdarah Malaya. Aku bukan berdarah Italy, Spain, France, England atau Jerman. Aku tak pernah bangga apabila Spain jadi juara EURO atau WORLD CUP. Walaupun aku meminati pasukan Spain. Aku juga tak kecewa bila Italy tewas walaupun kagum dengan karisma Pirlo. Aku yakin skuad Malaysia juga pasti bangga apabila menang sebab bawa kejayaan untuk rakyat Malaysia. Dan aku juga pasti diorang sedih apabila memberi kekecewaan kepada kita.

Tapi yakinlah bahawa aku pasti bangga bila MALAYSIA menang dan aku akan kecewa bila MALAYSIA tumbang. Namun, sokongan aku akan terus bersama HARIMAU MALAYA kerana MALAYSIA TANAH TUMPAH DARAHKU!!!

Pesanan kepada majalah hiburan dan suratkhabar tabloid: Tolong jauhi permata baru yang digilap. Pendekatan korang boleh mencalarkan permata seperti mana yang korang buat kepada Nazmi Faiz dan Syahul Azwari. Diorang masih muda. Diorang perlukan guidance bukan dimomokkan dengan berita tanpa asas dari korang. Korang terus la siarkan berita pasal seks, pembunuhan, siarkan selebriti bergambar separuh bogel kat kolam.renang. Sebab itu yang korang suka demi melariskan jualan majalah dan suratkhabar tabloid korang.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Live Streaming Piala Asia U22 Malaysia U22 vs. Myanmar U22.

Pihak Astro melalui channel 801 Arena akan membuat siaran secara langsung perlawanan Piala Asia U22 diantara Malaysia U22 vs. Myanmar U22 yang akan berlangsung tepat jam 7:45 malam ini waktu Malaysia. Kepada korang yang tidak melanggan Astro, korang boleh ke website ni untuk Live Streaming Piala Asia U22 Malaysia U22 vs. Myanmar U22.

Berkemungkinan blog Pesta Irama Jiwa tidak akan membuat ulasan keputusan terkini perlawanan Malaysia U22 vs. Myanmar U22 kerana kesuntukan masa. Harap maaf. Lagipun ada live streamingkan. Tengok live lagi padu...

Sila ke website http://kodektv.weebly.com/ untuk Live Streaming Malaysia U22 vs. Myanmar U22.

SELAMANYA HARIMAU MALAYA!!!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday 2 July 2012

Piala Asia U22 | Harimau Muda Tenang Hadapi Perlawanan Penentuan.

Perlawanan terakhir bagi menentukan 2 pasukan dari Kumpulan G yang akan layak ke Pusingan Akhir Piala Asia B22 antara Malaysia U22 vs. Myanmar U22 bakal berlangsung malam ni. Keputusan perlawanan ini akan menentukan pasukan mana yang akan mengiringi Korea Selatan ke kejohanan yang akan diadakan kali pertama ini tahun depan. Pastinya satu perlawanan getir menanti Harimau Muda. Namun, kelihatan Harimau Muda tenang hadapi perlawanan penentuan ini.

Walaupun berita yang agak panas dan kontroversi sedang diperkatakan berkaitan Myanmar U22 menggunakan khidmat pemain melebihi umur 22 tahun, pasukan Malaysia U22 tetap menjalani latihan seperti biasa. Perlawanan menentang Myanmar U22 akan dihadapi dengan kemenangan menjadi matlamat mereka. Kyaw Ko Ko dan Kyaw Zayar Win adalah pemain yang telah beraksi pada Sukan SEA lalu dan masing-masing berumur 25 tahun dan 23 tahun. Pesanan kami dari Malaysia agar skuad Harimau Muda bermain dengan matlamat mencari kemenangan. Usah dipeduli dengan perkara remeh tu. Kami di Malaysia sentiasa sokong anda. Demi tanah tumpah darah kita, hancurkan musuh mu!!

Skuad Malaysia U22 menjalani latihan dengan tenang tanpa tekanan. Pihak kedutaan Malaysia di Myanmar juga menjemput skuad Malaysia U22 menjamu selera makanan Malaysia di Hotel Mikasa.

Pihak Astro Arena akan membuat siaran secara langsung perlawanan Malaysia U22 vs. Myanmar U22. Perlawanan akan bermula tepat jam 7:45 malam waktu Malaysia dan akan disiarkan melalui channel 801. Insyaallah blog ini akan menyediakan keputusan semasa dan terkini perlawanan Malaysia U22 vs. Myanmar U22 kalau ada permintaan.

Sumber gambar dari page ESPNSTAR.MY
Published with Blogger-droid v1.7.4

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More