Metallica Live in KL

Adakah impian akan jadi kenyataan?

Metallica Live in KL

Adakah akan disertai The Big 4?.

Safee Sali Bakal ke Bundesliga

Jom tengok selanjutnya.

Team J-League minat Amirul Hadi

Apa pendapat anda?.

Fara Fauzana HotFm Jatuh Cinta?

Jatuh cinta kat siapa?

Saturday 30 June 2012

Rozaimi Diintai Kelab Thailand dan Kelab Eropah Serta Gambar Perlawanan Malaysia U22 vs. Vietnam U22.

Perlawanan di antara Malaysia U22 vs. Vietnam U22 yang selesai semalam adalah perlawanan keempat dalam kempen Kelayakan Piala Asia B22. Kejohanan Piala Asia B22 yang akan diadakan tahun hadapan adalah kejohanan peringkat bawah umur 22 tahun kali pertama diadakan. Perlawanan diantara Malaysia U22 vs. Vietnam U22 yang berkesudahan Malaysia U22 berjaya menewaskan pasukan lawan dengan jaringan gol 3 - 0.

Ketiga-tiga gol dijaringkan oleh pemain Midfield berasal dari Sabah, tetapi Coach Ong Kim Swee meletakkan Rozaimi Abdul Rahman sebagai Striker pasukan Malaysia U22. Percaturan Ong Kim Swee menjadi sepanjang kempen Kelayakan Piala Asia B22 selepas mengharungi empat perlawanan apabila Rozaimi yang bermain sebagai Striker disenaraikan sebagai pemain utama skuad Malaysia U22 telah menjaringkan 9 gol dari 3 perlawanan beliau diturunkan. Jaringan hatrik yang dijaringkan oleh Rozaimi semalam adalah hatrik yang kedua dalam kempen kelayakan ini setelah melakukannya kali pertama ketika menumpaskan Filipina U22 Khamis lalu. Jumlah jaringan gol yang dijaringkan Rozaimi meletakkan Rozaimi sebagai pendahulu senarai penjaring gol terbanyak Kelayakan Piala Asia U22setakat ini. Kelincahan, keupayaan dan kemahiran Rozaimi menyebabkan beliau mengalami sedikit kecederaan pada bahagian muka setelah beliau disiku oleh pemain Vietnam U22 dalam perlawanan semalam. Dikhabarkan juga kelab bolasepak dari Thailand iaitu BEC Tero Sasana dan satu kelab dari Eropah mula mengintai beliau. Namun masih belum mendapat apa-apa pengesahan rasmi dari pihak pengurusan Harimau Muda. Semestinya pencapaian Rozaimi ini sukar diperolehi sekiranya tiada kerjasama dari rakan sepasukan yang lain. Komitmen yang diberikan oleh rakan sepasukan yang diketuai oleh Kapten Harimau Muda, Irfan Fazail sangat tinggi demi memastikan pasukan Malaysia U22 atau lebih dikenali sebagai Harimau Muda mencapai kemenangan yang diperlukan sekaligus melayakkan diri ke pusingan akhir Kejohanan Piala Asia B22 tahun depan.

Sumber gambar dari ESPNSTARMY dan Fanpage Rozaimi Abdul Rahman Official.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Keputusan Terkini Asia Cup U22 Perlawanan Malaysia U22 vs. Vietnam U22.







Sorry lambat buat entri keputusan terkini Asia Cup U22 perlawanan Malaysia U22 vs. Vietnam U22. memandangkan tiada siaran secara langsung di mana-mana stesen tv dan juga tiada live streaming perlawanan Malaysia U22 vs. Vietnam U22, blog ini akan memberi kedudukan terkini perlawanan Malaysia U22 vs. Vietnam U22.
Sementara korang tengok gambar senarai pemain Malaysia U22 dan Vietnam U22 aku akan buat list penuh untuk information semua.

Senarai penuh pemain utama skuad Malaysia U22 seperti berikut:

Izham, Fadhli, Shahrul Saad, Fandi Othman, Ashri Chuchu, Irfan Fazail, Gary, Wan Zack, Wan Zaharulnizam a.k.a Kecik, Thamil, Rozaimi

Perlawanan telah dimulakan tepat jam 4:45 petang waktu Malaysia dan menyaksikan Ashari Chuchu diberi tugasan sebagai pemain pertahanan kiri.

Vietnam U22 menguasai permainan dan mengamalkan corak permainan fizikal. Salah seorang pemain VIetnam U22, Quan bermain untuk kelab AC Sparta Prague.

Minit ke 13, Malaysia U22 mendapat sepakan percuma namun sepakan terus yang dilakukan oleh Kapten U22, Irfan Fazail melambung tinggi.

Gerakan Rozaimi jelas mengucar-kacirkan barisan Vietnam U22 menyebabkan pemain Vietnam U22 Nguyen Tien Duy dilayangkan kad kuning yang pertama dalam perlawanan ini kerana menyiku Rozaimi.

Sehingga minit ke 23, penjaga gol Izham Tarmizi telah diuji sebanyak dua kali. Manakala Myanmar U22 sedang mendahului Taiwan U22 dengan jaringan 1-0. Kedengaran juga Ong Kim Swee berteriak mengingatkan pemainnya tidak mengambil risiko ketika bermain dalam cyaca yang agak panas di sini.

Minit ke 26, Wan Zack yang kembali.menguatkan skuad Malaysia U22 setelah menjalani penggantungan 3 perlawanan dikasari oleh pemain VIetnam U22, Phuc. Vietnam U22 dilihat menguasai permainan sementara itu skuad Harimau Muda masih belum menemui rentak.

Minit ke 27, Rozaimi laju menewaskan pertahanan Vietnam U22 untuk melakukan tandukan, namun tandukannya tersasar. Setakat ini Gary bertindak dengan cemerlang. Corak permainan lasak dan kental mengekang asakan lawan. Seorang lagu pemain Vietnam U22, Hay Hui menerima kad kuning setelah menyiku Irfan Fazail pada minit ke 33.

Minit ke 39, Rozaimi dilihat mengalami kecederaan setelah dikasari, namun situasi tersebut tidak disedari oleh pengadil perlawanan.

Minit ke 42 Rozaimi telah menjaringkan gol tetapi dibatalkan kerana dikatakan offside

Halftime score:

Malaysia U22 0 - 0 Vietnam U22, Myanmar U22 3 - 0 Taiwan U22.

Separuh masa kedua bermula. Nazrul Naim masuk menggantikan Kecik. Nazrul Naim mengambil posisi pertahanan kiri bagi membolehkan Ashri Chuchu bertindak sebagai sayap kiri.

Shahrul Saad dikenakan kad kuning setelah mengasari Nguyen pada minit ke 50.

GOLLLL...!! Rozaimi menjaringkan gol pertama setelah mendapat hantaran dari Wan Zack yang melakukan gerakan dari arah kanan!!! Gol ke 7 dari Rozaimi sepanjang kejohanan ini!!!

Minit 62 - Saarvindran masuk menggantikan Irfan Fazail. Lilitan kapten pasukan diserahkan kepada Fadhli Shas. Dalam maaa yang sama pengadil melayangkan kad kuning kepada Irfan Fazail kerana dikatakan melengah-lengahkan permaina. Myanmar U22 menambah lagi 2 gol menjadikan Myanmar U22 mendahului Taiwan U22 5 - 0!!!

Permainan semakin sengit. Gary pula dilayangkan kad kuning pada minit 67 di atas kekasaran yang dilakukan. Kekentalan Gary di bahagian tengah betul-betul menyukarkan VIetnam U22.

Pemain Vietnam U22, Tien Duy menerima padah apabila dilayangkan kad kuning pada minit 70 kerana dilihat sering mengasari Wan Zack Haikal. Penyerang yang beraksi bersama AC Sparta Prague, Quan digantikan.

Azrif Nasrulhaq menggantikan Wan Zack pada minit ke 75.

Dalam cubaan Vietnam U22 untuk bangkit, satu pertukaran pada posisi Midfield telah dilakukan pada minit 77.

Minit ke 86 Fadhli Shas menerima kad kuning dan sepakan percuma dihadiahkan kepada pasukan lawan. Fadhli Shas menebus kesilapannya tadi dengan menyelamatkan gawang gol daripada dibolosi dari sepakan percuma pihak lawan. Minit 88, Saarvindran pula menerima kad kuning.

GOLLLLL...!!! Gol kedua Malaysia U22 dijaringkan oleh ROZAIMI sekali lagiiiii...!!! Gol dijaringkan pada minit 90+1.

Rozaimi menjaringkan HATRICK!!! Gol ke 3 perlawanan dijaringkan oleh Rozaimi pada minit je 90+3.

Keputusan penuh perlawanan Malaysia U22 vs. Vietnam U22. Malaysia U22 menang 3 - 0 menewaskan Vietnam U22. Malaysia U22 layak ke Asia Cup U22 sekiranya berjaya menewaskan Myanmar U22 pada perlawanan terakhir yang akan di adakan di Thuwunna Stadium selepas ini. Myanmar U22 kalahkan Taiwan U22 6- 2.

Insyaallah kita jumpa lagi next game...penat jari ni menaip.

Agak-agak apa yang Coach Ong Kim Swee katakan pada waktu rehat separuh masa pertama sehingga menyebabkan skuad Harimau Muda bangkit sedangkan sepanjang separuh masa pertama Vietnam U22 dilihat lebih menguasai permainan?..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday 29 June 2012

QPR Asia Tour 2012 | Safee Sali Pilih Sabah atau Kelantan?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....Hari ni takde perlawanan bolasepak untuk aku update. Semi final EURO 2012 dah selesai. Finalist EURO 2012, Spain vs. Italy dan perlawanan akan berlangsung pagi Isnin nanti. Perlawanan keempat Kelayakan Asia Cup U22 pula akan berlangsung esok petang. Malaysia U22 akan menentang Vietnam U22 jam 4:45 petang esok. Insyaallah aku akan bagi keputusan terkini perlawanan Asia Cup U22 Malaysia U22 vs. Vietnam U22.

Informasi terkini berkaitan QPR Asia Tour 2012 bulan Julai, dijadualkan perlawanan persahabatan QPR vs. Pilihan Sabah pada 18 Julai 2012 dan QPR vs. Kelantan ada 20 Julai 2012. Sebelum ni dikatakan Safee Sali dan Andik Vermansyah akan dijemput mewakili Kelantan. Tapi maklumat terbaru menyatakan Sabah telah menjemput Safee Sali, Safiq Rahim, Oktovianus Maniani, Titus Bonai, Baihakki Khaizan dan Shaiful Esah untuk mewakili skuad Pilihan Sabah vs. QPR. Kalau betul sah Safee Sali akan bermain untuk Sabah game lawan QPR, dua hari selepas itu Safee akan mewakili Kelantan pulak....So, Safee Sali pilih Sabah atau Kelantan?

Kemahiran Safee Sali amat ditagih oleh kedua-dua pasukan. Selain komitmen sebagai pemain dan ketua pasukan Pelita Jaya FC, komitmen Safee Sali bakal ditagih pada penghujung bulan Julai 2012 nanti. Skuad Malaysia akan menyertai satu kejohanan jemputan yang disertai oleh kelab eropah. Nantikan entrinya nanti....
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday 28 June 2012

Keputusan Terkini Perlawanan Asia Cup U22 Malaysia U22 vs. Taiwan U22.

Memandangkan tiada siaran langsung di tv atau live streaming di mana-mana website kerana kekurangan infra di Stadium Aung San, Myanmar. Aku akan cuba update keputusan terkini Asia Cup U22 perlawanan Malaysia U22 vs. Taiwan U22. Aku akan dapatkan kedudukan terkini dari pelbagai sumber. Rajin-rajin singgah dan refresh blog Pesta Irama Jiwa ni ye... Gambar player Malaysia tu adalah gambar sebelum memulakan latihan di Stadium Aung San semalam.

Update pertama, Jam 4:00 petang. Kira-kira satu jam sebelum perlawanan bermula, diberitakan cuaca di Stadium Aung San, Yangon, Myanmar mendung dan hujan.

20 minit sebelum perlawanan bermula. Senarai skuad Malaysia U22 vs. Taiwan U22. Irfan Fazail (C), Izham Tarmizi (GK), Fandi Othman, Shahrul Saad, Fadhli Shas, Nazirul Naim, Azrif Nasrulhaq, Gary Steven Robbart, Saarvindran, Shahrul Azwari, Mohd Rozaimi

Minit ke 7, gol pertama untuk pasukan Malaysia U22 dijaringkan oleh penjaring terbanyak skuad Malaysia U22 setakat ini, Rozaimi!!!!

Perlawanan sudah masuk minit ke 26. Kedudukan masih kekal Malaysia U22 mendahului Taiwan U22 1-0. Manakala satu lagi perlawanan Veetnam U22 mendahului Filipina U22 juga dengan jaringn yang sama 1-0.

GOLLLL!!! Gol kedua untuk pasukan Malaysia U22. Jaringan gol sendiri oleh pemain Taiwan U22 jersi no.24 Ciow Yi Huang pada minit ke 32.

Gol lagi...!!! Jaringan gol yang ke 3 untuk perlawanan ini dari Rozaimi pada minit ke 40!!!

tepat 5:30petang Half-time. Kedudukan still Malaysia U22 3 - Taiwan U22.

Perlawanan separuh masa kedua Malaysia U22 vs. Taiwan U22 dah bermula jam 5:45 petang

Minit ke 50 pemain no.10 Hsieh Ming Hsuan Taiwan U22 menjaringkan gol pertama untuk Taiwan U22.

Minit ke 55, Ong Kim Swee membuat pertukaran pertama dengan memasukkan seorang penyerang dari Kuala Lumpur, Hazwan Bakri bagi menggantikan Wan Zaharulnizam a.k.a Kecik.

Minit ke 65, pemain yg akan ke SC Beira-Mar, Nazmi Faiz Mansor masuk menggantikan Gary Steven Robbart.

Perlawanan sudah masuk minit ke 76. Kedudukan masih kekal Malaysia U22 3 - Taiwan U22 1.

Saarvindran yang juga penjaring gol ke 7 perlawanan menentang Filipina U22 menjaringkan gol ke 4 Malaysia U22 pada minit ke 78!!!!

Pertukaran terakhir yang dibuat oleh Ong Kim Swee pada minit ke 79 dengan menggantikan penjaring gol terbanyak skuad Malaysia U22 Rozaimi Abdul Rahman. Digantikan oleh Azizzan Nordin.

Taiwan U22 merapatkan jurang gol dengan jaringan gol ke 2 oleh pemain no.12 Wen Chih Hao pada minit ke 92. Sementara Vietnam U22 mendahului Filipina U22 dengan jaringan gol 9-0!!!

Perlawanan tamat jam 6:33 petang waktu Malaysia dengan kemenangan kepada skuad Malaysia U22 4 gol menewaskan Taiwan U22 2 gol...

Insyaallah ada peluang aku akan update lagi untuk game melibatkan skuad negara...Terima kasih semua yang sudi singgah!!! Kita masuk padang dia cuma pandang-pandang, Kita tunjuk belang dia lari lintang pukang!!!

Sumber info dari Saudara Wan Fakhrul Wartawan Sukan Berita Harian.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday 27 June 2012

Proses Rawatan Di Klinik Kesihatan Presint 9, Putrajaya.

Semalam anak aku, Arshad demam. Penangan lepas mandi kolam terus bedal minum air tin sejuk. Pagi-pagi lepas hantar Aiman pergi sekolah terus ke Klinik Kesihatan Presint 9, Putrajaya.

Ok...aku kongsi sikit pengalaman proses rawatan di Klinik Kesihatan Presint 9, Putrajaya.

1) Sebab Arshad hanya demam biasa dan berumur lebih dari 4 tahun, kitorang terus ke Klinik Infeksi. Dapatkan nombor giliran kat kaunter Klinik Infeksi. Contoh macam kitorang dapat no. 7251. Nombor tu dikeluarkan pukul 7:45 pagi.

2) Sementara tunggu nombor 7251 dipanggil, korang layan la tengok-tengok keliling, layan twitter, layan facebook, tangkap gambar kerusi Hak Kerjaan Malaysia yang jahanam ke... Arshad tido je...orang demam..

3) Lebih kurang 30 minit lepas tu, nombor 7251 dipanggil. Masuk ke kaunter triage. Bagitau jenis sakit. Dapat kad bernombor. Nombor kad kitorang 4099. Scan nombor kat kaunter. Tunggu lagi..

4) 15 minit selepas tu, nombor 4099 dipanggil. Masuk jumpa doktor. Konsultasi skit lebih kurang. Settle.

5) Pergi Farmasi Satelit. Tinggalkan kad nombor 4099 tadi. Tunggu lebih kurang 5 minit, Ahli Farmasi panggil nama pesakit. Penerangan presripsi ubat diberi. Settle... Start motor, balik rumah...hehehe.. Tempoh urusan lebih kurang sejam..ok la tu.Pesanan: jangan minta plastik ubat ye...klinik tak sediakan..

Itulah proses rawatan di Klinik Kesihatan Presint 9, Putrajaya bagi kes-kes kecik je...kalau kes besar skit kena berurusan kat klinik utama. Kes kecik boleh la settle dalam sejam. Kalau dah kena masuk klinik utama, boleh makan masa 3-4 jam jugak. Bergantung kepada kuantiti pesakit gak laaaa...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sekadar Gurauan | Pesanan Bergambar Untuk Perokok Tegar.

Entri ni hanyalah sekadar gurauan. Sekadar gurauan dan pesanan bergambar untuk perokok tegar. Aku harap jangan pulak ada antara korang yang tak puashati dengan aku. Lagipun aku ambil pesanan bergambar ni dari sudut pandangan kreatif ianya direka dan pesanan yang mudah difahami. Sama macam gambar-gambar ngeri yang dicetak kat kotak rokok yang dijual tu... Rileks bro....jangan marah...heheh
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sah! Wan Zaharulnizam dan Wan Zack Haikal ke Jepun.

Beberapa bulan lepas desas-desus berkaitan dua pemain dari skuad Harimau Muda bakal dipancing kelab bolasepak dari Jepun. Kelab yang dimaksudkan itu adalah FC Ryukyu, sebuah kelab yang berpengkalan di daerah Okinawa, Jepun. FC Ryukyu yang beraksi di Divisyen 3 Liga Jepun menerusi wakil mereka iaitu Japan Dream FA mula menemui Ong Kim Swee pada perlawanan kelayakan Olimpik Malaysia vs. Jepun di Jepun menyatakan bahawa mereka berminat untuk menawarkan ujian kepada Wan Zaharulnizam. Ong Kim Swee mencadangkan agar Wan Zack Haikal turut diuji oleh FC Ryukyu. Kini, sah! Wan Zaharulnizam dan Wan Zack Haikal ke Jepun pada 12 Julai 2012 hingga 28 Julai 2012 untuk menjalani ujian pemilihan di sana. Perkara ini telah disampaikan sendiri oleh Ong Kim Swee kepada pihak ESPNSTAR.

Satu lagi perkembangan yang amat baik untuk bolasepak Malaysia. Setelah beberapa pemain seperti Nazmi Faiz Mansor yang berjaya mengikat kontrak 3 tahun bersama kelab dari Portugal, SC Beira-Mar dan Ariff Zulkilfy yang beraksi di New Zealand serta beberapa lagi pemain yang telah mula membuka mata kelab antarabangsa. Dengan perkambangan ini juga diharap bolasepak Malaysia maju dan menaikkan ranking Malaysia sekaligus kembali menjadi gergasi bolasepak di Asia seterusnya layak ke peringkat akhir Piala Dunia. Siapa tahu suatu hari nanti cita-cita kita akan tercapai kan....
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday 26 June 2012

Selepas Tewaskan Filipina U22 7-0, Skuad Malaysia U22 Tak Turun Berlatih.

Petang esok jam 4:45 petang, skuad Malaysia U22 akan mengharungi perlawanan ke 3 dalam pusingan kelayakan Piala Asia U22. Perlawanan Malaysia U22 vs. Taiwan U22 esok dijadualkan akan diadakan di Stadium Aung San, Mynmar. Namun berita bertiup kencang selepas Malaysia U22 tewaskan Filipina U22, skuad Malaysia U22 tak turun berlatih.

Skuad Malaysia U22 diberi cuti satu hari oleh pihak pengurusan skuad bolasepak Malaysia U22. Cuti yang diberikan kepada skuad Malaysia U22 ada sebagai satu cara untuk memberi peluang kepada pemain-pemain melegakan tekanan mental dan fizikal setelah mengharungi 2 perlawanan. Dengan jadual perlawanan dan latihan yang padat ditambah lagi perlawanan yang mereka hadapi di dalam keadaan cuaca yang panas. Pihak pengurusan berpendapat pemain harus diberi sedikit kelonggaran sebelum mrnghadapi baki 3 perlawanan akan datang.

Pemain skuad Malaysia U22 diberi peluang bersiar-siar dan mendapatkan sedikit ole-ole di sekitar Yangon, Myanmar untuk dibawa pulang ke tanahair. Dalam satu temuramah wartawan Astro Arena bersama pemain pertahanan Fadhli Shas dan Shahrul Saad menyatakan cuti yang diberikan benar-benar memberi sedikit kelegaan kepada pemain dalam persediaan menghadapi perlawanan akan datang. Rozaimi pula kelihatan enjoy sambil petik gitar......

Pesanan kami di tanahair..."cuti..cuti juga...jalan jalan..pun kena beringat..jangan leka esok dah la ye..."....heheheeh

Sumber Nadi Arena. Gambar pun petik dari depan tv je... ;)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Panduan Apa Nak Buat Bila Dapat BE.

Alhamdulillah..murah rezeki. Melekat lagi Buffered Earnings (BE) kat blog Pesta Irama Jiwa. Baru masuk BE ke-13 sejak aku mula blogging dengan blog ni. Out of 13, cuma 2 je BE yang masih running. Lagi 11 BE dah bertukar jadi Metered Earnings. Sikit je BE....hehhe..Walau macamanapun aku tetap bersyukur. Tetap berterima kasih kepada Nuffnang dan Drypers Relaunch yang memilih blog Pesta Irama Jiwa sebagai salah satu medium tapak pengiklanan mereka.

Dulu-dulu masa aku baru mula blogging, aku tak tau pun apa gunanya BE ni. Tak tau langsung kenapa bloggers gilakan BE. Yang aku tau bila check kat bahagian Earnings Nuffnang mesti ada BE. Bila tanya kat Nuffnang, baru la paham apa fungsi BE tu...kodi betul aku ni tak tau untuk apa BE tu...hahaha.. Lagipun masa tu yang aku tau cara dapat duit melalui blogging hanya dengan Google Adsense je....bertambah lagi tahap kekodian aku...hahaha

Aku rasa mesti ada yang terpikir dan terlintas persoalan apa yang perlu buat bila dapat BE? Betul tak? Persoalan yang sama timbul masa aku mula-mula kenal dunia blog ni. Ok, aku kongsi dengan korang panduan apa nak buat bila dapat BE.

Aku takde panduan yang gempak power gila untuk kongsi dengan korang. Cuma aku kongsi apa yang aku tau dan aku buat bila dapat BE. Aku akan cuba cari info untuk sentiasa update blog Pesta Irama Jiwa. Aku cuba pastikan setiap hari ada maklumat baru untuk kongsi dalam blog ni. Maklumat hanya aku kongsi setelah aku pasti info tu sahih. Aku cuba elak untuk membuat entri yang mengundang kontroversi atau maklumat yang tak betul. Bahaya!!! Aku juga cuba untuk tidak menyinggung mana-mana pihak. Sebolehnya aku buat entri maklumat yang dicari atau diperlukan pembaca blog. Secara mudahnya, cuba naikkan trafik ke blog kita bila kita dapat BE. Tapi cara untuk naikkan trafik ke blog kita ni jangan la dengan cara kongsi gambar bogel ke, gambar lucah ke atau sebar fitnah ke... Tak dinafikan trafik visitor ke blog kita akan mencanak-canak naik beribu-ribu andai kongsi benda-benda lucah atau sensasi. Memang mudah dengan cara tu. Tapi cuba pikir balik, kita akan dapat income dari entri blog yang kita buat tu. Tanya balik kat diri kita dengan soalan "apa status rezeki aku dapat kalau aku kongsi gambar lucah kat blog aku?"... Aku pasti korang tau apa jawapannya kan..?

Secara asasnya 'Magic words' panduan apa nak buat bila dapat BE ialah usahalah untuk naikkan trafik Unique Visitors (UV) ke blog korang ye....Insyaallah pendapatan hasil dari blogging meletup!!!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Kelantan Bakal Tumbang Atau Terengganu Yang Rebah?

Malam ni perlawanan yang digelar East Coast Derby antara Juara Liga Super 2011, Terengganu dan wakil Malaysia di Separuh Akhir AFC Cup, Kelantan. Setiap kali pertembungan Liga Super antara Kelantan vs. Terengganu menjanjikan perlawanan yang hebat dan mantap. Persoalannya, Kelantan bakal tumbang atau Terengganu yang rebah?

Terengganu sebagai tuan rumah akan melayan kunjungan Kelantan. Pastinya tiada layanan yang mudah untuk pasukan Kelantan. Perlawanan terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah pada perlawanan suku akhir AFC Cup di Kota Bharu 23 Mei lalu. Perlawanan yang berkesudahan kemenangan dicapai oleh Kelantan 3 - 2.

Apa-apa hal pun sama-sama kita tengok perlawanan Liga Super Kelantan vs. Terengganu di Astro Arena 801 jam 8:45 malam ni....
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday 25 June 2012

Gambar Ultras Malaya di Stadium Yangoon, Myanmar.

Skuad Malaysia U22 yang bangkit setelah tewas di tangan Korea Selatan U22, menjadikan skuad Filipina U22 mangsa setelah meratah Filipina U22 dengan jaringan gol 7-0 semalam. Dalam perlawanan tersebut menyaksikan Rozaimi menjaringkan 4 gol. Salam perlawanan Malaysia U22 vs. Filipina U22 itu juga kelihatan kelibat komrad Ultras Malaya di Stadium Yangoon, Myanmar.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Gambar Penjaring Gol Malaysia U22 vs. Filipina U22.

Seperti yang kita sedia maklum pasukan bolasepak Malaysia U22 yang diketuai oleh Irfan Fazail telah berjaya menewaskan Filipina U22 dengan berpesta gol 7-0!! Jom kita kenali wajah-wajah dan gambar penjaring gol Malaysia U22 vs. Filipina U22 dalam perlawanan tadi. Seterusnya kita tengok kedudukan terkini Malaysia U22 selepas dua perlawanan kelayakan Piala AFC Kumpulan G. Perlawanan ketiga akan berlangsung pada 28 Jun 2012 menentang pasukan Taiwan U22. Gambar-gambar kredit dari page Facebook Bolasepak Malaysia dan Hidup Bolasepak Malaysia.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Keputusan Perlawanan Kelayakan Piala AFC Malaysia U22 vs. Filipina U22.

Minit ke 80, Malaysia U22 mendahului Filipina U22 dengan jaringan 6-0!! Skuad Harimau Muda umpama meratah The Azkals cukup-cukup, bangkit setelah tewas kepada Korea Selatan U22 2-3 Sabtu lalu. Keputusan perlawanan Kelayakan Piala AFC Malaysia U22 vs. Filipina U22 sehingga minit ke 80, pemain kelahiran Sabah, Rozaimi telah menjaringkan 4 gol. Gol pertama dijaringkan Rozaimi pada minit ke 3. Pada minit ke 32, Fandi Othman menjaringkan gol ke 2. Sekali lagi Rozaimi meledak gol ke 3 pasukan pada minit ke 35 manakala Wan Zaharul Nizam a.k.a Kecik menjaringkan gol ke 4 pada minit ke 40.

Setelah Malaysia U22 mendahului 4-0 pada separuh masa pertama, Rozaimi melengkapkan hatriknya pada minit ke 69 melalui sepakan penalti sekaligus gol ke 5 Malaysia U22. Pada minit ke 74 sekali lagi Rozaimi menjaringkan gol ke 6.

Malaysia U22 menamatkan perlawanan dengan penuh gaya apabila berjaya menewaskan Filipina U22 dengan jaringan 7-0 setelah D.Saarvindran menjaringkan gol pada minit 90+2. Manakala Korea Selatan U22 juga menamatkan perlawanan dengan menewaskan skuad Taiwan U22 8-1. Sebagai makluman, Taiwan U22 menewaskan Filipina U22 5-1 pada perlawanan pertama mereka pada Sabtu lepas.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday 24 June 2012

Gambar Kelakar Mario Balotelli Di EURO 2012.

Aku sebenarnya tak berapa tau sangat pasal Mario Balotelli ni. Yang aku tau Mario Balotelli ni pemain import kelab Juara EPL 2011/2012, Manchester Citu FC yang berasal dari Italy. First time aku tengok Mario Balotelli main masa game EURO 2012 Spain Vs. Italy. Game yang memperlihatkan Mario Balotelli gagal jaringkan gol masa situasi satu lawan satu berhadapan Iker Casilas setelah bola dikeluarkan oleh Sergio Ramos.

Mario Balotelli dikeluarkan dan digantikan oleh D' Natelli. D' Natelli jaringkan gol pulak tu. Masa tu kamera fokus ke arah Mario Balotelli, memang jelas nampak Mario Balotelli bengang sebab dikeluarkan. Tapi sejak 2-3 hari ni ada beberapa gambar Mario Balotelli dalam keadaan yang tak masuk akal.

Aku rasa Balotelli yang digelar Soccer Bad Boy ni memang gila-gila. Dia tak peduli apa orang nak cakap pasal dia. Kita tengok gambar Mario Balotelli di EURO 2012..Tengok je la perangai Mario Balotelli...kelakar pun ada...hahaha...dalam kelakar tu ada jugak gambar sportmanship si Mario Balotelli ...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday 23 June 2012

Gambar Jaringan Gol Spain vs. France EURO 2012.

Perlawanan Quarter Final EURO 2012 Spain vs. France telah yang berlangsung awal pagi tadi. Seperti biasa perlawanan yang melibatkan pasukan Spain pasti berat sebelah memandangkan penguasaan bola lebih kepada pasukan Spain yang mengamalkan corak permainan hantaran bola pendek dan tepat yang lebih mudah untuk dikawal. Kecuali perlawanan Spain vs. Italy yang melihatkan perlawanan seimbang setelah corak permainan Italy tidak lagi banyak bertahan tetapi menyerang. Menyerang adalah pertahanan terbaik!!

Perlawanan Spain vs. France berakhir dengan kemenangan 2 - 0 kepada Spain. Kedua-dua jaringan gol dijaringkan oleh Midfielder Spain yang mendapatkan caps ke-100 mewakili Spain, Xabi Alonso. Gol pertama Spain dijaringkan pada minit ke 19 melalui tandukan setelah Jordi Alba membuat satu hantaran lintang dari sebelah kanan gol France tepat kepada Xabi Alonso yang berlari tanpa dikawal di sebelah kiri gol France. Tandukan Xabi Alonso ke gawang kanan gol France gagal ditepis penjaga gol France, Lloris terus menerjah jaring.

Manakala gol kedua Spain dijaringkan melalui sepakan penalti juga oleh Xabi Alonso pada minit ke 89. Penalti diperolehi setelah Riviellere menjatuhkan Pedro di dalan kawasan petak penalti. Spain akan bertemu Portugal di peringkat semi final EURO 2012 pada Rabu nanti.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Senarai Pemain Spain Vs. France 3rd. Quarter Final Euro 2012.

Percaya tak sekali lagi Del Bosque meletakkan Fernando Torres sebagai pemain simpanan dalam perlawanan Spain vs. France 3rd. Quarter Final EURO 2012? Tiada natural born striker dalam kesebelasan utama Spain. Sama seperti perlawanan pertama Spain vs. Italy Group C.

Berikut adalah senarai pemain Spain Vs. France 3rd. Quarter Final EURO 2012. Kita mulakan dengan senarai pemain pasukan Spain.

Cassilas (C), Arberloa, Ramos, Pique, Alba, Busquets, Xabi Alonso, Xavi, Iniesta, Silva, Cesc Febregas.

Senarai pemain pasukan France:

Llorris (C), Riviellere, Rami, Koscielny, Clichy, Debuchy, M'Villa, Cabaye, Malouda, Karim Benzema, Frank Ribery.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Aku dan Ducati Monster.

Entri kisah aku dan Ducati Monster. Sebelum aku selalu nampak kelibat Ducati Monster. First aku jumpa Ducati Monster kaler hitam kat parking motor Menara SSM KL Sentral of course dalam keadaan enjin mati. Flat black Ducati Monster. Memang jahat kaler Ducati Monster macam tu. Terbayang Wolverine bawak motor kat salji...hahah.. Lepas tu kali kedua Ducati Monster yang sama kaler flat black tu jugak. Kali ni Ducati Monster tu lalu depan aku. Bergegar jantung dengar bunyinya!!

Kali ketiga, jumpa Ducati Montser lagi. Tapi kali ni jumpa dalam mimpi je.. Kali yang berikut dan seterusnya aku jumpa kat hiway MEX masa pegi atau balik kerja. Tapi hari ni impian aku jadi kenyataan. Ducati Monster merah dah ada depan mata aku. Berdebar-debar je rasa bila berada bersama Ducati Monster yang jadi idaman selama ni. Bila dengar bunyi Ducati Monster masa bersamanya...gegaran jantung sama laju dengan bunyi getaran enjinnya... Perghh..!! Selanjutnya..

Lokasi : depan Pasaraya Darussalam Presint 9, Putrajaya.

Situasi : Aku tengah pakai helmet. Ikat plastik beg berisi beras dan cili kisar cap Puteri. Sampai satu couple naik sebijik Ducati Monster merah no.pendaftaran W#V 773. Parking sebelah aku. Kini dah depa mata.

Aku : "perghh...Monster!! Gua mesti tanya jugak kat mamat ni. Tapi tunggu bini dia masuk kedai dulu laa.. Alahai..lambat plak bini dia ni nak masuk kedai.".(aku cakap dalam hati je..)

Aku lagi : "Bro..berapa downpayment ni?"

Mamat Monster :.... Diam hampir 15 saat...

Aku : cakap dalam hati.."lambatnye nak bagitau..."

Mamat Monster : " Saya beli cash bang"...katanya dalam nada lembut dan penuh rendah hati. Kedengaran macam dia segan je dia nak bagitau kat aku yang dia beli cash...

Aku : !!!! ... "Rm60,000??"

Mamat Monster : "62,000 bang..."


Aku : "Oooo...ok.." start motor, sedekah kat mamat monster tu skit senyuman..pastu.terus vrooommm!!!


Aku sampai kat bawah apartment sambil tunggu lif .." kerja apa la mamat tu tadi ek? Boleh beli Ducati Monster cash tuu..!!" Bila dah masuk dalam lif "jangan tak tau orang Malaysia..orang Melayu kaya jugak sebenarnya....boleh beli Ducati Monster cash!!! Macam mamat tu la..yang diidam dah jadi kenyataan. Siap beli cash lagi tu..hebakkk"

Dah selalu sangat jumpa Ducati Monster sekarang ni. Bila nak pakai sendiri pun tak tau laaa...heheh
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday 22 June 2012

Jangan Silap Kira.

Wahai para jurujual sekalian. Tak kira lah jurujual kereta, jurujual motor, jurujual MLM dan macam-macam juru lagi. Yang pasti jururawat dan RNR Juru tak termasuk. Tolong jangan silap kira bila nak jual barang ye. Pesanan ni untuk kebaikan korang wahai incik jurujual sekalian.

Kes terjadi hari ni. Sepatutnya aku dah sign agreement untuk beli Perodua Viva 850 bagi menggantikan kereta paling bersivik sekali di dunia, Honda Civic SR4. Honda Civic SR4 aku tu dah 18 tahun dah umurnya. Macam macam sakit dah pun. So aku nak beli Viva 850 untuk kegunaan bini aku pi kerja dan hantar jemput anak skolah. Semalam muka agak ketat sebab keta Honda aku rabak. Pagi tadi senyum bila dapat sms dari bank loan approved. Petang nak sign la.

Jurujual explain. Macam biasa, aku cuma nak tau monthly installment je. Lain aku tak mau peduli. Sekali tanpa rasa geli tapak kaki jurujual cakap "bulanan abg kena bayar RM411.." aku jadi tak puas hati la. Flyers tulis RM366. Discussion sebelum ni pun kata RM366 gak. Incik jurujual kira balik. Sah!! Dia salah kira katanya.

Aku plak decide untuk tak sign dokumen jual beli. Aku ada bajet aku. Ada perancangan aku. Memang la boleh bayar. Tapi dah kacau plan aku. Incik Jurujual dah offer macam-macam barang. Aku tetap tak nak sign. Sebab komitment 9 tahun tu bukan kejap...lama tu. Akhirnya aku salam incik jurujual melangkah pergi tanpa menoleh ke belakang. Meninggalkan incik jurujual yang menaruh harapan dalam kekecewaan.... Sori bro, lain kali jangan silap kira. Kan dah lepas sorang client. Takpe ramai lagi akan beli kereta dari incik jurujual...dont worry...yakin dengan.rezeki yang Allah tentukan..mungkin takde rezeki aku beli kereta dari Incik Jurujual .
Esok nak jumpa incik jurujual lain pulak....
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday 20 June 2012

Safee Sali dan Andik Vermansyah Bakal Mewakili Skuad Bolasepak Kelantan.

Baru-baru ni Tan Sri Annuar Musa membuat satu pengumuman melalui page Facebook beliau. Satu perlawanan persahabatan menentang salah satu kelab EPL akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kelab yang dimaksudkan adalah kelab Queens Park Rangers (QPR). Pasukan bolasepak QPR telah bersetuju untuk beraksi menentang skuad The Red Warriors dan perlawanan tersebut akan berlangsung beberapa hari selepas perlawanan persahabatan QPR menentang skuad bolasepak Sabah.

Skuad Kelantan yang diketuai oleh Badru Radzi a.k.a Piya kini mempunyai 6 orang pemain import yang masing-masing beraksi dalam Liga Super dan Piala AFC. Kemungkinan besar kesemua pemain import itu akan digunakan dalam perlawanan persahabatan menentang QPR. Namun Tan Sri Annuar Musa memberi bayangan penyerang sensasi negara yang kini beraksi bersama Pelita Jaya FC di Liga ISL, Safee Sali dan Andik Vermansyah bakal mewakili skuad bolasepak Kelantan sepertimana yang dipaparkan di wall Facebook TSAM.

Dijangkakan pihak Kelantan FA akan mengadakan rundingan dengan Safee Sali pemain Pelita Jaya FC dan juga Andik Vermasyah pemain Persebaya sekiranya hasrat Tan Sri Annuar Musa ingin direalisasikan. Andai menjadi realiti, para penyokong skuad The Red Warriors dan peminat bolasepak amnya, akan menikmati satu persembahan yang menarik dari kedua-dua pasukan Kelantan vs QPR.

Dikhabarkan harga tiket bermula dari harga serendah RM40 akan dijual kepada penyokong dan peminat bolasepak kedua-dua pasukan. Perlawanan bolasepak persahabatan Kelantan vs QPR djadualkan akan berlangsung pada 20 Julai 2012 jam 9:15 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil.... Semua penyokong Kelantan sudah bersedia??!!!... GOMO KELATE GOMO!!!

Published with Blogger-droid v1.7.4

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More