Metallica Live in KL

Adakah impian akan jadi kenyataan?

Metallica Live in KL

Adakah akan disertai The Big 4?.

Safee Sali Bakal ke Bundesliga

Jom tengok selanjutnya.

Team J-League minat Amirul Hadi

Apa pendapat anda?.

Fara Fauzana HotFm Jatuh Cinta?

Jatuh cinta kat siapa?

Friday 19 August 2011

Jual Apartment Springville, Ukay Perdana.

Gua rasa sejak tahun lepas gua dah terpikir nak jual Apartment Springville, Ukay Perdana yang gua beli sejak 2003. Tapi lepas gua bincang dengan wife gua, hajat gua terbantut sebab wife gua tak brapa setuju dengan niat gua nak jual Apartment Springville tu. Sebab mula-mula gua beli Apartment Springville tu sebenar untuk gua tinggal kat situ sebaik je lepas gua kahwin. Tapi sebab Apartment Springville tu lambat siap yang berpunca daripada kerenah developer, tu yang skang ni gua tak duduk situ. Sejak gua tak dapat duduk kat situ, gua tumpang la tinggal kat rumah kerajaan kat Putrajaya ni. Start daripada gua belajar main property ni & dah berjaya mendapatkan sebuah rumah tanpa keluarkan deposit, gua dah plan nak beli rumah lagi. Apartment lagi laaaa...dan gua dah mula plan nak sediakan apartment-apartment tu semua untuk setiap anak-anak gua. At least setiap sorang akan dapat sebuah apartment. Skang ni gua akan dapat sorang lagi anak, anak yang ketiga. Maknanya gua kena beli lagi 3 apartment tu!!!!...





Gua plan macam tu sebab sekurang-kurangnya akan ada saving untuk setiap anak-anak gua.  Atau setiap anak-anak gua akan ada sumber pendapatan diorang walaupun ketika diorang belum ada kerja tetap lagi, dengan syarat diorang tak tinggal kat apartment tu. Tinggal kat rumah gua, yang gua baru beli kat Hillpark 2, Kajang bulan April 2011 lepas. Tak kisah la samada masa tu gua hidup lagi atau dah takde kat dunia ni lagi dah, diorang mesti tinggal kat Hillpark 2, Kajang.

Tapi sejak semalam, gua dah mula terpikir balik untuk jual Apartment Springville, Ukay Perdana tu. Gua ada plan lain yang gua rasa lebih baik untuk gua, wife gua & anak-anak gua. Insyaallah, kalau gua jadi jual & teruskan plan investment gua yang gua dah terpikir semalam. Insyaallah, sebelum raya ni, CF untuk Apartment Springville Ukay Perdana akan dapat. Gua akan discuss balik dengan wife gua.....kalau setuju, maka gua akan dapat meroketkan sumber pendapatan investment gua. Tapi apa-apa hal pun gua nak bagitau la yang gua dah start layan Emas balik...kalau korang tak perasan la...kat Menu Tab blog gua kat atas tu gua dah letak link harga Emas terkini....harga Emas memang tengah roket gile skang ni...Insyaallah, lepas raya ni, gua akan start jadi SAUDAGAR EMAS pulak....hehehehe...doa-doa kan la kejayaan gua...Gua anak korang layan PESTA EMAS kat SINI..JOM...Oh yaaa...klik SINI kalau korang nak usha harga terkini EMAS,...memandangkan harga EMAS berubah setiap 20 mnit, maka korang kena refresh/reload page PESTA EMAS setiap 20 minit untuk tau harga terkini EMAS......

Wednesday 17 August 2011

Dapat RM32,800.00 Dari Nuffnang!!!





Kenapa? Tak percaya ke??..RM32,800.00??!!!...Gile banyak.!!!..Ya gua tau, memang banyak gile amount ni. Gua syak mesti lu orang nak tau mana gua dapat RM32,800.00 ni. Gua syak je la..macam polis syak orang buat jahat la kan...syak ni kira belum tentu sohih lagi. Yang pasti gua tak merompakjual dadah & jauh skali gua jadi bapak ayam supply 'ayam'...






Ok sebenarnya gua dapat RM32,800.00 dari Nuffnang!!!...Perghhh...!!! gile kecoh satu Malaya kalau ada blogger baru macam gua ni boleh dapat RM32,800.00 dari Nuffnang. Lagi skali gua syak, Brader Ben Ashaari pun tak dapat banyak macam ni dari Nuffnang. Sama jugak la macam Red Mummy, gua syak dia pun tak dapat RM32,800.00 dari Nuffnang.

Ok...ok..gua cakap betul-betul la. Kali ni gua cakap terus -terang, gua dapat RM32,800.00 ni masa gua beli rumah awal tahun hari tu. Tak payah la nak percaya tajuk entri gua dapat RM32,800.00 dari Nuffnang ye...hehehe...Kalau tak silap gua hujung bulan March 2011. Gua beli rumah cuma keluar duit tak sampai RM800.00 pun. Tu pun untuk bayar duit lawyer. CHop!!!!...silap. Gua terlupa gua kena keluar duit booking RM3,000.00. Tapi gua rasa tak aci la, sebab duit booking tu refundable. Hehehe..gile kan...beli rumah boleh dapat duit banyak macam tu. Orang beli rumah kena keluar duit, tapi gua....

Ini kisah benar & nyata. Gua nak ajar gua tak pandai. Sebab gua pun belajar dari kawan gua jugak yang dah ada aset rumah melebihi RM1 juta...kalau lu orang nak belajar, lu orang bleh roger dia kat KuasaHartanah.

PakcikCamWhore

Gelaran yang brader ni dapat memang agak ...agak...agak macam apa gua pun tak tau nak cakap. Sebab kalau tengok maksud whore tu sendiri pun dah agak kasar. Tapi kalau tengok maksud camwhore tu, korang mesti tau apa maksudnye kan...Brader ni pun tak tau yang dia digelar sebagai #pakcikcamwhore kat twitter. Betul bro...kalau korang tak percaya, korang bleh tengok kat sini. Memula gua tengok blog dia gua macam "hek elehhhh brader ni..." ..Tapi bila gua tengok balik posting dia yang lama-lama gua jadi ketawa sorang-sorang bro...Brader ni kelakar jugak la walaupun memek muka dia masa camwhore tu sepesen je....Gua rasa brader ni dah jadi salah sorang blogger yang popular skang ni. Korang tak percaya??...korang tengok la komen-komen yang dia dapat setiap kali dia post entri gambar terbaru dia.....Yang gua boleh cakap "Bro Marzuki...lu memang cool la bro....selambe kodok abis...."....Gua nak petik butang follow kat blog BB@40, tapi takde la pulak....yang ada cuma gambar ni je.....

Tuesday 16 August 2011

Badrol Bahtiar Sah ke Wigan!!!





Sepertimana yang korang baca kat tajuk entri gua kali ni, Badrol Bahtiar Sah ke Wigan!!!...Info yang gua dapat dari web WIGAN. Gua memang bangga walaupun ini cuma panggilan percubaan untuk Badrol Bahtiar. Walaupun Badrol Bahtiar baru je dipanggil balik join skuad kebangsaan, dan sering memanaskan bangku simpanan, nampaknya bakat Badrol Bahtiar tetap dikesan oleh kelab dari luar. Gua harap dengan panggilan untuk pergi trial kat Wigan ni, akan beri kesan pada Coach Rajagobal dalam pemilihan pemain utama skuad Harimau Malaya nanti. Apa-apa hal korang bleh usha web WIGAN ye... Kalau ada rezeki, dapat la kot dia main sepadang dengan Steven GerrardWayne RooneyNicholas Anelka & ramai lagi jutawan-jutawan bola sepak kat sana. Kalau ada rezeki, mungkin Badrol Bahtiar pun akan tersenarai sebagai salah sorang jutawan bolasepak. Kalau tak dapat title tu kat sana pun, paling koman bila tukar Pound Sterling ke RM mesti jadi juta-juta jugak kan...

Sunday 14 August 2011

Malaysia Kalah Di Tangan Brazil.

Team Malaysia kalah lagi. Kali ni team Malaysia kalah di tangan Brazil. Perlawanan menentang pasukan Brazil diakhiri dengan jaringan Malaysia 1 - Brazil 2.  Keputusan perlawanan bolasepak Sukan Universiti Dunia ((Universiade 2011) Shenzen, China memang dijangka. Tapi gua tetap respect pada pasukan Malaysia (Universiti) berjaya mengelakkan diri daripada menjadi pasukan belasahan. Setelah perlawanan pertama menentang Juara bertahan, Ukraine, Malaysia yang berjaya mendahului terpaksa akur dengan kekuatan team Ukraine yang akhirnya kalah dengan jaringan yang sama 2-1.

Gua tengok rakaman perlawanan tu. Gua rumuskan sebenarnya Malaysia tak jauh ketinggalan dengan pasukan luar. Game agak teratur. Passing agak kemas. Cuma ada beberapa perkara yang gua rasa kena polish lagi. 

Apa-apa hal pun, jangan malu, jangan segan. Walaupun kalah & tak layak ke pusingan seterusnya, Malaysia tetap berjuang dengan mantap & tak menjadi pasukan belasahan.

Hadiah Sempena Hari Raya

Hari ni gua dapat satu email. Email pasal ada orang nak bagi gua hadiah sempena hari raya tak lama lagi. Gua pun apa lagi, click la link email tu sebab email tu dari sumber yang boleh gua percayai. Gua kalau dapat email dari sumber mengarut-ngarut memang gua tak buka punye. Bila terbukak je website link url yang gua click tadi, perghhh...sekali ada sorang yang berpangkat "Datuk" la pulak yang nak bagi gua hadiah. Gua nak kongsi dengan lu orang, so gua ajak lu orang pegi usha link tu skali....jom...jom tengok HADIAH....tapi kalau gua dapat hadiah PLAYBOOK BLACKBERRY ni pun ok gak

Tajuk Entri Blog

Kali ni gua tak tau nak letak tajuk entri blog gua.  Cuma kali ni, entri blog ni agak peribadi skit. Lagipun kewujudan Pesta Irama Jiwa ni memang untuk gua luahkan rasa jiwa gua pun....Semuanya pasal kejadian hari Jumaat lepas. Kejadian gua kena sound dengan Big Bos gua. Kali ni gua rasa makin demoralized. Dah lebih 10 tahun gua kerja kat divisyen skang ni, kali ni gua rasa sangat demoralized. Sebelum ni penah gak rasa macam tu, tapi takde la teruk sangat. Kira boleh recover la bila bangun tidur esoknya tu. Kali ni gua tak bleh nak lupa kejadian hari Jumaat lepas.

Gua dengan divisyen skang ni dah 10 tahun 3 bulan dah. Tapi dengan subsidiary yang gua kerja skang ni baru je 10 bulan. Gua join pun sebab dulu Bos-bos besar divisyen gua ni penah offer. Memula tu macam tak jadi, tapi sebab gua memang nak gerak dari subsidiary dulu tu, gua follow up la sampai jadi gua join subsidiary skang ni. Arghhh...panjang sangat la perjalanannya kalau nak gua cerita balik...

Gua coretankan balik la kejadian Jumaat lepas...chewahhh...coretan la..hahah...Ok, sebenarnya gua join subsidiary skang ni sebab company ni bawak masuk system baru, system dari Europe. Konon-konon gua akan handle application untuk system ni. Tapi sejak gua join, gua tak dapat nak fokus pada apa yang sepatutnya gua buat. Ada 2 sebab. Yang pertama, supplier control bahagian software application maintenance. Maknanya diorg takkan bagi gua tau satu haram pun hal-hal bahagian software application maintenance ni. Gua paham, sebab tu sumber diorang untuk terus survive in business. Walaupun gua dah attend training yang tak serupa training, diorang cuma ajar yang berkaitan hardware parts je. Kedua, sejak gua join company ni, kerja gua dah macam Project Manager. Padahal gua tahap kuliketif je pun. Gua takde hal. Gua buat je sebab gua bleh handle.

Tapi bila Bos gua cakap something yang buat gua tak rasa diorang appreciate gua kat company tu atau bahasa kasarnya "kalau software application maintenance kau tak bleh buat, then untuk apa kau join company ni.."...Perghh....korang bayangkan macam mana kedudukan gua skang ni. 

Gua pulak dah agak lama rasa tak syok kerja makan gaji ni. Asyik kena sound je. Gua dah bikin something extra untuk company pun gua kena gak. Something yang elok la..gua boleh pikir lagi apa yang elok, apa yang tak elok. Insyaallah gua takkan buat orang lain terjejas. Gua compare hasil kerja gua dengan company pesaing, jauh beza bro...tapi Bos gua tetap tak puas hati. Gua tak paham apa lagi yang tak cukup. Gua rasa nak meniaga, tapi gua tak tau nak meniaga apa. Business yang gua nak buat, plak perlu modal yang tinggi gile. Tu yang sampai skang ni gua tak start meniaga sejak bertahun-tahun gua rasa tak nak makan gaji lagi dah. Gua tak tau sampia bila gua akan rasa demoralized ni. Gua harap kejap lagi lepas gua publish post ni, gua akan ok. Paling koman pun lepas gua bangun tido esok pagi, gua akan ok....mintak mintak la....



Join contest CHill-lah              Konsert Mini Kat Alor Gajah, Melaka.                    Proton VIP Owner




http://bit.ly/o2v81a

Friday 12 August 2011

RM10,000.00

Gua takde apa sgt nak cerita kali ni. Cuma gua nak kongsi dengan lu orang pasal contest dari Nescafe ni. Diorang panggil contest ni Nescafe Chill-lah Contest. Gua rasa contest ni sesuai untuk lu orang yang creative. Nescafe nak lu orang design cun-cun punya untuk letak kat Nescafe punya tin. Ni kira limited edition punya tin Nescafe la...

Hadiah untuk lu orang yang menang contest ni nanti, RM10,000.00. Kalau lu orang menang, boleh la lu orang belanja gua tengok konsert Metallica hujung tahun ni nanti .... tak pun belanja gua pegi Vietnam lagi ke...tapi kali ni gua tak nak naik kapal terbang awek uniform merah...gua nak naik kapal terbang awek baju kebaya pulak...amacam boleh?...

Tapi apasal gua rasa macam penah post entri pasal contest ni ek...? Gua rasa RM10,000.00 punya pasal la ni....Dah .dah..kalau lu orang nak join contest ni, klik je SINI. Gua malas nak letak gambar untuk entri kali ni...

Thursday 11 August 2011

Kasut Raya, Kasut Bola

Lokasi : Kat rumah
Watak : Seorang Abah (30-an), Seorang Emak (30-an), Anak 1 (belum akil baligh), Anak 2 (minum susu botol) & Anak 3 (dalam perut Emak..dah ada bernyawa, kena masukkan dalam cerita la..).


Abah : "Jom..jom..kita gerak skang. Dah lewat dah ni..."


Emak, Anak 1 & Anak 2 bersiap-siap pakai kasut. Anak 3 pulak masih berkaki ayam, tak pakai kasut sebab masih dalam perut Emak..belum lahir lagi.


Anak 1 : "Kita nak pegi mana, Abah?"
Emak   : "Pegi beli baju raya, kasut raya...dah pegi siap cepat.."
Anak 1 :  "OOooo...okay Mader ..."..(cakap omputih...)


Lokasi 2.
Depan Kedai Jual Kasut Raya. Kedai Kasut BataJusco Cheras Selatan.


Abah    : "Pegi tengok kasut dalam tu..pilih nak yang macam mana..."
Anak 1  : "Adik, jom usha tengok kasut.....kasut raya.."
Anak 2 :  "Jom....."


Emak  senyum je tengok telatah Anak 1 & Anak 2....Anak 3 plak masih belum tau lagi macam mana rupa kasut raya...


Tiba-tiba.....


Anak 2  : "Abah, Acat nak kasut bola...Acat nak pakai kasut bola masa raya nanti...."....

Wednesday 10 August 2011

Apartment Springville Ukay Perdana

Dah lama jugak gua tak update status pasal Apartment Springville Ukay Perdana. Tapi sejak akhir-akhir ni gua tengok makin rancak pulak carian keyword untuk Springville Ukay Perdana ni. Kebanyakkannya ada keyword Springville CF. Maknanya ramai yang nak tau status berkaitan CF Springville Aprtment ni.

Okay la, gua update skit je la. Sebab gua pun hanya pembeli yang sama macam pembeli lain jugak, pembeli yang teraniaya. Tapi gua ada la contact sikit-sikit dengan pembeli lain yang tengah berusaha untuk memastikan developer serah kunci dalam tahun ni jugak. Diorang tu adalah wakil kepada pembeli-pembeli lain. Gua gelar diorang ni PEJUANG la.

Setakat yang gua dapat info, sepatutnya CF akan dikeluarkan oleh pihak MPAJ sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun ni jugak. Ada beberapa syarat yang diberikan oleh MPAJ kepada developer. Antaranya menyediakan BG (Bank Guarantee) untuk membaiki sokongan cerun kat kawasan berhampiran Springville Apartment. Ada lagi lain-lain syarat yang gua tak brapa ingat lagi dah. Sebab gua looking forward untuk dapat CF sebelum Aidilfitri tahun ni.

Mintak maaf la kalau ada pembeli-pembeli Springville Apartment tak selesa dengan bahasa gua kat blog gua ni. Pada gua, as long as info sampai pada reader blog gua ni, kira ok la ....Nanti ada update lain pasal Springville Apartment ni nanti, gua update lagi ye...rajin-rajin la singgah..

Gua Kecewa Kalau Metallica Datang Malaysia

Korang memang cari pasal la...

Memang gua kecewa kalau Metallica jadi datang Malaysia. Bukan datang jalan-jalan. Kalau takat datang jalan-jalan, gua tak peduli.Skang ni dah heboh pasal Metallica akan bikin konsert kat KL. Macam gua cakap sebelum ni, mesti ramai yang seronok tahap kodi sebab Metallica nak bikin konsert kat Malaysia dan gua syak Zamri Rockers pun sama jugak, syok tahap kodi. Tapi gua pulak akan rasa kecewa tahap kodi. Sebab rambut gua dah pendek!!!!!!!...Gua dah makin tua!!!...walaupun umur baru pertengahan 3 Series...dan gua dah gemok!!!...

Bila rambut dah pendek, gua tak bleh headbang!!...Bila dah tua & gemok, gua dah tak larat...stamina semput!!!! Sampai hati kau ye Lars Ulrich...kau komplot dengan Kirk Hammet & James Hetfiled dengan bassist baru korang tu yang gua tak tau nama dia( gua tak tau sebab gua lebih minat stail Cliff Burton & Jason Newsted)...Dah la korang bikin Album Load yang menyebabkan gua nekad meninggalkan korang. Korang betul-betul kecewakan gua masa album Load dulu..sebab masa tu gua harap gua akan dengar something yang gempak, maklumlah kakak gua blanja gua CD original Metallica Load masa dia blaja kat Amerika ..gua betul-betul kecewa la dude.....gua syak Jason Newsted blah sebab dia dah tau korang akan kecewakan gua satu hari nanti sebab Metallica akan buat konsert kat KL time gua dah berambut pendek, tua & gemuk!!!!!
Kalau Metallica bikin konsert kat KL 11 tahun lepas, gua selamba je headbang...



Tuesday 9 August 2011

Safe Sali Bakal ke Bundesliga


Info terkini gua dapat (sokernet.com & arena.my) pasal striker terbaik kat Malaysia skang ni, Safee Sali bakal ke Bundesliga. Bundesliga tu Liga Bolasepak Jerman. Micheal Ballack, Oliver Kahn & ramai lagi player top kat dunia ni main. Perghh...gua memang rasa sangat bangga dengan Safee Sali skang ni, walaupun dulu gua tak minat dengan cara dia main. Tapi sejak tengok dia main lawan Vietnam masa AFF 2010 tu, baru gua paham kenapa ramai coach minat dengan Safee Sali. Dalam kotak penalti, memang dia punya la...slalunya memang kompom gol.





Setakat ni, memang dah ada team Bundesliga yang contact Safee Sali, cuma belum ada official offer je lagi. Skang ni gua tengok player Malaysia hangat & laris. Safee Sali betul-betul bukak pintu untuk ramai lagi player Malaysia main kat luar. Elok sangat la kalau macam tu. Pemain Malaysia pertama yang main kat liga Jerman, Lim Teong Kim skang ni dah jadi coach untuk team remaja U-19 Bayern Munich. Lepas tu Rudie Ramli & Fazli Shaari yang skang ni balik main kat Malaysia dengan Selangor. Kiranya Safee Sali bakal jadi player Malaysia yang ke-4 la kalau terima main kat Bundesliga tu...

Gua harap sangat Malaysia jadi team yang kuat kat Asia ni, Lepas tu layak ke World Cup pulak. Nanti giliran anak gua pulak main kat luar...impian gua ni...heheheh...Nah amik RM10,000 ni buat belanja kat sana...

Kempen Jom Pindah Rumah

Jom Pindah Rumah. Hahahaha..dah macam kempen gomen pulak...Gini, sebenarnya gua rasa macam nak pindah rumah la pulak. Maksud gua bukan nak pindah rumah tempat tinggal ni sebenarnya. Tapi gua nak pindah guna selfhosted blog. Sebelum ni ada gak gua try bikin blog selfhosted ni. Masa tu gua guna corneamelayu.net. Best jugak. Macam-macam boleh buat. Tak macam guna blogspot ni la. Biasa la kan, blogspot ni benda free, so paham-paham je la kan benda free ni macam mana. Bukan blogspot tak bagus, blogspot ni kira dah bagus la sebab bagi free...hehehe

Cuma gua tak tau nak pakai nama domain apa nanti bila gua dah pindah rumah. Gua nak guna pestairamajiwa.com, gua rasa macam panjang sangat. Pestajiwa.com, tak bleh sebab Brader Meor dah guna Pestajiwa.net. Gua tak nak la kacau line dia...Gua respect dengan Brader Meor ni...orang seni...gua memang respect dengan orang seni ni...

Gua nak gak tanya pendapat korang, kalau guna iramajiwa.com ok tak?...Atau kalau korang ada idea lain ....gua akan pertimbangkan....Sorry la, gua minta maaf gua tak bikin contest pun...sebab gua nak pendapat ikhlas dari korang...tu pun kalau ada yang nak bagi pendapat....yang gua boleh bagi pun, kalau ada idea best untuk selfhosted blog gua nanti, gua akan announce siapa yang bagi idea best tu....

Monday 8 August 2011

Blogwalking

Sejak gua terjebak balik dalam berblogging, perkataan yang popular dan selalu gua jumpa kat blog-blog lain ialah BLOGWALKING. Gua tengok ramai yang bagi pandangan, kalau nak dapat trafik yang tinggi ke blog kita ni, kena la rajin blogwalking.


Gua rasa blogwalking ni kira macam pegi jalan-jalan ke rumah orang la...kalau nak sedap skit, pegi jalan-jalan kat shopping kompleks la. Sebab kalau cakap pegi jalan-jalan ke rumah orang dah kira macam Mak Cik Joyah dalam drama Opah pulak. Korang tau tak watak Mak Cik Joyah tu..?...Kalau tak tau, korang usha la tengok kat youtube. Gua rasa mesti ada punye somebody upload drama Opah ni.


Gua ni, kalau dalam real life ni pun tak brapa minat nak pegi jalan-jalan ke shopping kompleks. Ini kan pulak blogwalking. Gua cuba gak blogwalking ni, tapi kejap je gua bleh buat. Lepas tu gua boring. Dah la gua ni blogger baru, malas plak tu blogwalking ni...Sebab tu gua tak jadi blogger popular macam Brader BEN10 (jangan marah ye brader BEN)....hahahah..Brader Ben punye follower ada 17,431 tu!!!...gua tak tau la samada Brader Ben pun penah blogwalking untuk jana traffic yang tinggi ke blog dia...


Pada korang yang seangkatan dengan gua sebagai blogger baru, jangan la buat macam gua yang malas nak blogwalking...nanti la bila gua ada banyak masa terluang, gua akan cuba lagi....

Saturday 6 August 2011

Safiq Rahim ke Persija Jakarta, Amirul Hadi ke Jepun






Sejak 2 hari lepas info pasal Kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim akan ke Persija Jakarta. Memang dah agak kecoh jugak pasal perpindahan Safiq Rahim ke Persija Jakarta. Kalau diikutkan, info ni dah disahkan oleh orang kuat dalam FAS. Gua pun apa lagi, terus la pm Safiq Rahim kat Facebook. Gua rasa elok gua tanya Safiq Rahim terus. Setakat entri ni ditulis, Safiq Rahim belum respon pertanyaan gua pasal perpindahan dia ke Persija Jakarta. Tapi kalau confirm, Safiq akan jadi player Harimau Malaya yang ke-2 gerak main pro kat Indonesia.



Lagi satu info yang gua dapat, Amirul Hadi Zainal, player Harimau Malaya yang juga player The Red Giants, Selangor sedang di usha oleh kelab dari Jepun & Indonesia. Lagi sekali, info ni gua tak dapat nak pastikan kebenarannya. Gua nak tanya terus kat Amirul Hadi, gua tak friend dengan dia kat Facebook tu. Tapi kalau betul la kelab dari Jepun & Indonesia minat nak sign Amirul Hadi, gua memang sangat setuju kalau dia gerak. Pada gua elok Amirul Hadi gerak pergi Jepun. Bukan nak kata League Indonesia tak bagus, tapi pada gua biarlah Amirul Hadi jadi player Malaysia yang main pro kat Jepun tu. Kat Indonesia, Safee Sali dah main pro. Insyaallah lepas ni, Safiq Rahim join main kat Indonesia pulak. Amirul Hadi elok la main kat Jepun. Develope & asah skill dari J-League. Nanti bila diorang main untuk Malaysia, pasti mantap.


Gua memang sangat sokong player Harimau Malaya gerak main pro kat obersea. Bukan maksud Liga Malaysia tak bagus, tapi kalau semua player main domestic league, level player dalam Harimau Malaya tu nanti semua sama je. Kita boleh tengok performance Safee Sali sejak main pro kat Indonesia makin mantap. Kalau boleh biar ramai lagi player bola dalam Malaysia ni main kat obersea. Tak payah la nak naturalisasi kan foreigners supaya boleh main untuk Malaysia. Lagipun kalau korang selidik, ada rakyat Malaysia yang memang dah main kat obersea sejak dulu sampai skang. Kat Jepun ada sorang budak Malaysia (budak cine) main kat kelab remaja kat sana. Siap dihantar trainning kat Brazil lagi, kelab Jepun hantar. Kat England pun ada, 2 orang kalau tak silap gua. Kat US ada sorang, Wan Kuzain tengah main dengan kelab remaja liga amatur kat sana. So elok la Safiq Rahim & Amirul Hadi gerak main kat luar.

Gua pulak berangan-angan agar anak gua jadi pro football player. Sejak gua bujang lagi, gua teringin kalau dah ada anak nanti nak galakkan anak gua main bola. Maklumla, gua ni memang addicted to football...hehehe...tapi sampai skang, gua tak nampak anak-anak gua minat nak main bola. Dua-dua pulak tu...hmmmm..maybe sebab gua pun dah tak main bola sangat dah kot....

Friday 5 August 2011

Pesta Irama Jiwa & ChurpChurp

Sebenarnya gua dah penah blogging sebelum ni. Sesiapa yang tau pasal tu, mesti tau blog lama gua tu katne. Gua start blogging rasanya sejak 2007 kot. Masa tu gua main tulis je apa yang gua nak tulis. Sama jugak macam sekarang, gua tulis je apa yang gua terpikir nak tulis. Masa tu la gua tau serba-sikit pasal Nuffnang. Skang ni gua gelar Nuffnang sebagai Cik N. Gua jadi teman setia pada Cik N. Selama gua layan Cik N, gua perasan gak ada burung kat rumah Cik N. Burung yang bernama ChurpChurp. Tapi gua tak penah amik tau apa tugas ChurpChurp. Gua buat derk je....Ntah macamana, tetiba gua terusik (ter 'click') ChurpChurp, lantas ChurpChurp bawak gua terbang ke satu alam yang membuatkan gua nak explore. Explore punya explore, baru gua tau rupa-rupanya Si Burung ChurpChurp ni ada macam-macam kat dalamnye. Gua try je la...Insyaallah, murah rezeki bleh la gua dapat sen untuk settle Broadband gua tiap bulan.

Gua rasa boleh, sebab gua jumpa satu brader ni bleh dapat hasil yang boleh dikirakan best gak la & gua pun dah mula dapat skit walaupun tak semantap brader ni....Pada gua, layan ChurpChurp ni bukan macam Login Facebook dapat duit. Apa jadahnya nye buat kerja macam tu. Takde usaha langsung!!!...Macam MLM jugak la, naya orang lagi ada la...gua memang tak suka dengan MLM & sewaktu dengannya.

Eh!!..tersasar jauh plak...senang cite elok korang usha je blog brader ni...amacam?...

Konsert Metallica Live in KL RM15juta!!!

Perghh…gile kentang…Konsert Metallica Live in KL tu….gua dengar cite Metallica akan datang Malaysia untuk buat konsert bulan Disember 2011. Tarikh yang dijangkan adalah *2 Disember 2011. Gua tak pasti samada sahih atau tidak info yang gua dapat ni. Sebelum ni, Metallica shortlisted untuk perform masa penutup F1 kat Sepang International Circuit. Masa tu gua dapat info dari Facebook Sepang F1 Circuit. Tapi akhirnya, Rain yang perform kat SIC.


image source idiotflashback


Kali ni gua dapat info pasal Konsert Metallica Live in KL dari blog ohbulan.. Gua pasti ohbulan.com pasti ada sumber yang lebih tepat, kalau tak takkan ohbulan.com berani announce pasal info ni.


Difahamkan konsert Metallica Live in KL nanti boleh menjangkau kos sehingga RM15juta tidak termasuk kos sampingan yang lain. Gile tinggi betul kos nak merealisasikan inpian semua rockers Malaysia. Gua syak Zamri Rockers mesti teruja kalau dapat tau pasal ni. Gua syak Zamri Rocker mesti join Mail Lambung buat part time tarik kereta…hahahah….

The Big 4.
(source http://www.myspace.com/megadeth/blog/540167281)


Persoalan yang timbul bila dapat tau kos konsert ni nanti bleh sampai juta-juta RM, berapa harga tiket Konsert Metallica Live in KL nanti??...Adakah Konsert The Big Four yang dibarisi oleh band Slayer, Megadeath, Antrax & Metallica akan diluluskan permit & berlangsungnya konsert The Big Four Live in KL kat Stadium Bukit Jalil??...

Gua lebih suka zaman Jason Newsted as Bassist Metallica.
image source idiotflashback


Untuk info selanjutnya, korang bleh terus ke ohbulan.com.
*info terkini:permit dah diluluskan!!!....kesahihan masih samar....

Thursday 4 August 2011

Barcelona & Manchester United Kena Lauk!!!

Semalam Friendly Match antara Spanish La Liga team FC Barcelona lawan team dari Mexico, Chivas Gualajara. Macam biasa FC Barcelona control game. Pada gua FC Barcelona memang team terbaik & paling perfect di dunia skang ni.Walaupun sebenarnya gua minat dengan Real Madrid CF (tapi gua akan tetap support Harimau Malaya kalau lawan Real Madrid...hehehe), tapi gua akui FC Barcelona lebih mantap. Semantap-mantap FC Barcelona, kali ni Chivas Gualajara berjaya menjinakkan FC Barcelona.




Walaupun FC Barcelona control 75% game, tapi keputusan memihak kepada team underdog, Chivas Gualajara. Chivas Gualajara menang 4-1!!!...Korang jangan tak percaya. Chivas Gualajara membuat 9 percubaan tepat ke arah gol. Berbanding 5 je cubaan tepat ke arah gol dari FC Barcelona. Terbukti pasukan yang control game belum tentu menang. Bayangkan la Chivas Gualajara control game 25% je, tapi boleh belasah FC Barcelona walaupun FC Barcelona leading 1-0 masa first half. Teruk FC Barcelona kena lauk!!...


Klik Sini Untuk Highlight Game
Nescafe Chill-lah
Look Good Naked?
Bausch & Lomb For Ugly Betty Giving you RM80,000!!!






Tapi gua rasa Manchester United lagi teruk kena lauk dengan Marseille. Marseille belasah Manchester United 8-2....!!!!!

Tuesday 2 August 2011

Skill Bawa Motor Sambil Lelap Mata.

Gua rasa keadaan gua skang ni agak teruk. Gua rasa dah masuk 2 hari dah gua terlelap masa gua tunggang motor. Kalau terlelap sekejap tak pe la jugak. Ni teruk sangat sebab sepanjang perjalanan gua pergi kerja gua terlelap. Betul der, gua tak kencing. Bukan la gua lelap mata tidor sepanjang jalan. Tapi gua terlelap sekejap sekejap sepanjang jalan. Bukan tidor macam tidor nyenayak malam malam tu…heheh...Gua belum tahap ada skill bawa motor sambil lelap mata lagi der...

Pagi tadi je, gua hampir-hampir kena langgar dek Alza masa kat depan Istana Negara. Dah dekat dengan opis gua dah sebenarnye pun. Tetiba je gua terkejut dengar Alza tu hon gua kuat-kuat…hehhee..hon memang la kuat bunyinya kan…

Lepas tu patutnya mata gua segar la kan…tapi baru je dalam 50meter lepas tu, gua terasa nak terlelap balik….perghh…parah ni….nak buat camana ek…? Masalah besar gak ni....





Gua syak gua kena usha NAKED BIKE satu kot...baru tak ngantuk....hehehe...alasan..NAKED BIKE la der...bukan orang NAKED macam ni!!!!

Kelibat Yang Garang

Dah berapa hari ntah blog gua ni tak di update. Sebenarnya ini la pe'el gua. Kalau jiwa gua kosong, takde apa-apa nak dicerita, gua takkan update blog. Pada daripada gua update pasal hal merapu-merapu, update pasal orang putus tunang bagai...baik tak payah. Bikin semak je. Bila jiwa gua kosong maknanya takde apa-apa irama yang berkumandang kat jiwa gua ni....Tapi tadi gua terbaca kat Berita Harian Online pasal kelibat yang garang dari PERODUAPERODUA garang??..apa kedadahnye... 

Takde la..sebenarnya kat column Sukan Berita Harian Online, ada artikel pasal Coach Rajagobal panggil 7 players untuk join Harimau Malaya. Salah sorangnye Norhafiz Zamani Misbah. FAM cakap ....

"KELIBAT garang Norhafiz Zamani Misbah merantai kemas pergerakan Fernando Torres dan Didier Drogba ketika Malaysia menentang Chelsea dalam siri persahabatan pada 21 Julai lalu berjaya menambat hati Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)."

Nice clean tackle by S.Subramaniam terhadap Fernando Torres

Biar betul....Gua rasa masa game lawan Chelsea tu defender yang paling menyerlah & banyak buat clean tackle adalah S.Subramaniam. Pada pandangan gua, Norhafiz tak banyak sangat role dia malam tu...cuma dia nampak bagus sebab S. Subramaniam punya karekter & performance mantap malam tu. Norhafiz takde la garang mana pun...tapi dia memang commanding la...sesuai dengan peranan dia sebagai kapten malam tu..kalau tak silap gua dia kapten malam tu..gua pun ingat-ingat lupa...

Kalau korang tengok kat gambar yang gua amik dari Berita Harian Online ni pun korang bleh nampak tackle S.Subramaniam terhadap Fernando Torres...gile clean....

Tapi sebelum korang blah, gua nak minta tolong gua buat pilihan yang mana nak pilih dulu...

a) Ganti handphone gua yang dah rosak kepada handphone INI
b) Balik beraya kat kampung dengan kereta baru NI
c) Tukar ke Broadband pakej baru NI sebab gua memang slalu online internet...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More