Metallica Live in KL

Adakah impian akan jadi kenyataan?

Metallica Live in KL

Adakah akan disertai The Big 4?.

Safee Sali Bakal ke Bundesliga

Jom tengok selanjutnya.

Team J-League minat Amirul Hadi

Apa pendapat anda?.

Fara Fauzana HotFm Jatuh Cinta?

Jatuh cinta kat siapa?

Friday 27 May 2011

Kung Fu Panda 2

Aku baru je balik tengok wayang cerita Kung Fu Panda 2. Tengok kat GSC Alamanda Putrajaya. Dekat je la dengan rumah aku. Tak sampai 10 minit sampai dah. Layan tengok wayang dengan bini & anak anak aku. Kira hadiah untuk Aiman sebab dapat keputusan cemerlang periksa tengah tahun. Layan tengok wayang je la yang mampu aku bagi buat masa ni. Tak boleh bagi mahal mahal sangat sebab dah banyak dah perabis duit sebelum ni. Beli basikal, beli but bola, beli Transformer Bumblebee. Lewat, tayangan pukul 11 malam. Nak tengok pukul 9 malam sebenarnya, tapi dah penuh walaupun bini aku pi beli tiket sehari sebelum, semalam la tu, hari Khamis.

Tak berapa fokus pada cerita tu. Sebab kat tengah cerita Aiman ajak pergi toilet. Potong betul la, tapi nak buat macam mana kan. Takkan aku nak jadi bapak durhaka...biar anak tahan kencing kang bleh kena batu caves....batu karang la...bleh ke cakap bapak durhaka?...

Lepas bawak Aiman pergi toilet, aku layan lepak tengok Kung Fu Panda 2 sambil bersila kat pintu masuk Panggung 4 GSC. Aku takde hal sangat la. Aiman lagi la kan sebab Aiman tak kisah...hehehe...cuma aku ada sikit bengang dengan satu couple yang teramat berat juboq dia untuk bangun bagi laluan kitorang keluar. Sikit pun tak bergerak. Dah nampak malas macam Garfield dah aku tengok couple tu. Dengan popcorn, air gas kole besar perisa apa aku pun tak tau, 'anjing panas' ( hotdog la)..Maka tak heran la kalau saiz badan couple tu boleh melayakkan diorang jadi peserta Biggest Loser Asia musim depan. Itu pun kalau diorg pergi audition la kan.

Pada aku, apa salahnya kalau gerak skit bagi laluan. Tu la antara salah satu kenapa rakyat Malaysia ni mengalami masalah obesiti. Aku bukan nak kutuk orang yang bersaiz besar ni. Aku paham diorang pun ada perasaan. Sebenarnya untuk lebih tepat, badan aku pun bukannye kecik mana pun hehehe... Yang aku perasan kebanyakan golongan ni malas bergerak. Contoh yang selalu aku jumpa nak ke tingkat UG dari aras G pun guna lif. Apa salahnya kalau guna tangga. Kalau ada masalah sakit lutut sekalipun, pelan pelan la panjat tangga tu. Aku pun kadang-kadang aku gunakan tangga untuk naik ke rumah aku kat tingkat 5. Pelan pelan la kan...

Berbalik pada cerita Kung Fu Panda 2. Best jugak la walaupun ada beberapa scene aku terlepas. Kelakar jugak. Tapi takde la sampai kelakar yang boleh menyebabkan aku ketawa guling guling sampai keluar airmata. Cuma yang aku heran, ada jugak penonton yang ketawa terbahak bahak. Padahal takde la kelakar sangat. Atau mungkin aku ni tak pandai nak layan kelakar bahasa orang putih kot. Mungkin la...

Cukup untuk kisah kejadian masa menonton Kung Fu Panda 2 ni. Lain kali cerita pasal lain pulak.

Monday 16 May 2011

Kasut Bola Ku Yang Pertama

Sejak minggu lepas anak gua, Aiman, minta gua belikan but bola. Bukan gua tak nak beli, cuma gua belum ada kesempatan untuk layan cari kat kedai. Tapi sebab planning gua untuk berpoya-poya dengan famili gua agak tak berjaya gara-gara filem Pantas & Garang 5 (Fast & Furious 5) dikategorikan sebagai filem tonton.com.my tontonan orang dewasa dan GSC melaksanakan undang-undang macam pengawas sekolah anak gua. Lantas gua bawak anak gua usha but bola kat Al-Ikhsan, Alamanda Putrajaya.

Sebaik je kitorang masuk ke Al-Ikhsan, Aiman tangkap satu but kaler biru, Nike. Terus dia try sarung. Agak besar skit tapi kira ok la. Gua syak harga but tu mesti diluar bajet gua. RM129.00. Mahal. Gua cuba ajar Aiman untuk beli barang ikut bajet. Berjaya.

Ahad pagi lepas gua layan beli ikan kat Pasar Komuniti Presint 8, Putrajaya dengan Arshad (anak gua no.2 baru 4 tahun), gua layan pergi Kompleks Pertama dengan Aiman & Arshad. Susah jugak nak beli but bola murah untuk budak-budak ni. Kalau yang harga RM100 ke atas tu senang-senang je. Pusing punya pusing Aiman jumpa satu but jenama Copa Mundial. Murah katanya. Bukan Adidas Copa Mundial, tapi Copa. Kaler kuning beb...tanpa banyak soal gua suruh tokey kedai tu amik yang baru bagi Aiman try. Cun...bungkus. Hehehe...dengan segera sebab harga RM49.00 je....

Masuk je dalam kereta Aiman pegang but bola tu sambil cakap "kasut bola ku yang pertama....terima kasih, Abah.."



Petang tu terus rasmikan but bola tu kat padang kecik sebelah Dewan Komuniti Presint 9 Putrajaya. Aiman pakai but Copa. Gua pun pakai but Copa, tapi Adidas Copa Mundial yang budak-budak remaja sekarang tak minat nak pakai sebab diorang kata but referee....hahahah....Suka hati korang la...jiwa korang lebih minat dengan but warna-warni macam kasut badut sarkas...hahahaha!!!!..

Wednesday 11 May 2011

Aku nak tulis blog, tapi.....

Skang ni aku rasa nak tulis something kat Pesta Jiwa ni. Tapi apa yang terlintas kat jiwa aku skang ni, aku rasa macam tak boleh nak diterjemahkan. Aku takut kalau aku tulis jugak, aku akan sakitkan hati orang lain. Berdosa bai kalau apa yang kita tulis ni boleh menyakitkan hati orang. Sebab tu aku tak tau nak tulis apa. Tapi aku nak tulis gak kat Pesta Jiwa ni. Bukan senang nak tulis blog ni. Aku terpikir macam mana la wartawan buat kerja. Terutama sekali wartawan hiburan. Banyak benda nak kena buat, demi memastikan berita yang disampaikan tu sahih dan tak menyakitkan hati sesiapa pun. Kalau tak kena cara, silap silap kena kutuk, kena maki. Sendri mau ingat la kan....

Foto kredit kepada www.politikana.com

Tuesday 10 May 2011

Irama Jiwa

Jiwa Si Tenang Tenang adalah salah satu irama jiwa.

Jiwa Hebat

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dengan kita, supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak komplen itu dan ini, supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

DAN hari ini telah aku DAPAT PENGAJARAN dari AYAT ini. Semoga aku lebih HEBAT JIWANYA. ^_^


Gua copy & paste je dari Facebook gua....Gambar bawah ni buktinya....

Jiwa Gua Tak Kisah Pun

Semalam gua dapat satu email. Email pasal bola bola-bola api. Bukan pasal bola tu made in apa atau bola tu brand apa. Tapi pasal result perlawanan bola antara Chesea vs. Dari Jemapoh ke Manchestee Manchester United. Ya...EPL la tu. Kadang-kadang gua tak paham kenapa orang kita ni sanggup bergaduh pasal team luar, kutuk member sendiri pasal team EPL. Hari tu masa PM pergi HotFM pun kutuk Seelan Paul. "Man U ada ManU TV kan?...Chelsea pun ada tv sendiri..Liverpool ada History Channel...hahaha"....habis satu studio HotFM tu ketawa bila PM cakap macam tu..ye aku tau dia bergurau. Gua pun bukan benci atau tak suka PM. Gua ok je dengan PM, asalkan negara ni taman, takde benda benda mengarut. Serius, gua memang tak kisah Dari Jemapoh ke Manchestee Manchester United menang ke, Real Madrid dah tak real lagi ke. Gambar kat bawah ni la email yang member gua bagi semalam. Jiwa gua takde rasa apa apa pun tengok gambar tu...sebab JIWA GUA TAK KISAH PUN..

Friday 6 May 2011

Peraturan

Kadang kala peraturan dalam hidup ada yang perlu dilanggar. Tak semua peraturan perlu dalam hidup. Tetapi yang PASTI dan MUKTAMAD adalah peraturan oleh-NYA harus tidak dilanggar!!!..

Pesta Jiwa


Pesta Jiwa ~ Irama jiwa yang sentiasa berpesta selagi jasad bernyawa. Berpesta dalam bermacam irama. Diibaratkan irama muzik. Blues, Rock, Balada, Reggae dan pelbagai macam irama lagi.





Yang pasti di ruang ini akan aku terjemahkan Irama Jiwa selagi Pesta Jiwa berlangsung.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More